CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   Santai : Rumah Idamanku - Villa Balang Kaca (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=187294)

fantaghiro 09-11-2010 12:19 AM

Rumah Idamanku - Villa Balang Kaca
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/20...ma/ru_04.1.jpg

MANIFESTASI ekstravaganza jiwa moden. Itu yang dapat disimpulkan kala menjejaki vila tiga tingkat yang tersergam di sebuah kawasan perumahan di Seri Kembangan, Selangor ini.

Garapan seni artistiknya terbentuk daripada jalinan segi empat dan bulatan.

Lazimnya, bentuk-bentuk sebegini dianggap ringkas dan membosankan, tetapi rekaan rumah ini bisa membuatkan mata anda enggan berganjak daripada menatapnya.

Sengaja satu struktur kanopi di tingkat atas direka menjulur dan dilubangkan membentuk bulatan bagi membolehkan sebatang pokok tinggi menembusinya.

Beberapa jenis pohon termasuk pokok palma tumbuh berasingan lalu membentuk landskap indah yang melingkari kediaman agam itu.

Dominasi dinding konkrit dan kaca pula menterjemahkan cita rasa moden pada rekaan rumah.

Kaca

Kaca tahan lasak berwarna biru nampak harmoni dijalinkan dengan dinding batu berwarna putih dan kelabu.

Dinding kaca di tingkat bawah itu juga berfungsi seperti pintu gelangsar.

Berbanding rumah konvensional yang selalunya beratap tiga segi atau limas, banglo ini sebaliknya berbumbung rata.

Bumbungnya menggunakan metal roofing iaitu kepingan besar logam keluli bergalvani.

Menurut arkitek Patrick Ho dari firma Arkitek Axis yang mereka rumah berkenaan, penggunaan bumbung rekaan rata itu melambangkan cita rasa moden.

"Moden selalunya bersifat ringkas dan minimalis.

"Lagipun, dengan rekaan rumah seperti kotak-kotak, bumbung konvensional yang berbentuk gerbang atau tiga segi serta bercerun tidak sesuai digunakan.

"Bumbung material logam kepingan besar pula menggantikan bumbung genting.

"Jadi masalah kepingan bumbung terbang ditiup angin tidak lagi berlaku," ujar Patrick kepada Jurnal.

Bahagian hadapan rumah juga diperindahkan dengan rekaan kolam mandi infiniti dan pasu hiasan berukiran unik dari Bali.

Di sisi dinding di luar rumah terdapat mural kemasan dinding unik yang juga didapati dari kepulauan Indonesia itu.

Biji-biji batu sebesar buah kelapa disusun di sisi rumah untuk menyempurnakan landskap.

Menjengah ke dalam rumah selepas melintasi kolam infiniti dan pavilion, rekaan dalamannya juga mempesonakan.

Rumah berkeluasan 865 meter persegi ini mempunyai tujuh buah bilik dan setiap bilik dilengkapi bilik air.

Rumah ini dibahagikan kepada bahagian barat, tengah dan timur.

Terdapat dua tempat letak kereta masing-masing di bahagian barat dan timur.

Di tingkat bawah bahagian barat menempatkan ruang tamu dengan siling setinggi tujuh meter berbanding siling kebanyakan rumah lain iaitu antara tiga hingga empat meter.

"Apabila membina rumah moden seperti ini, kita perlu mengambil kira soal budaya dan cuaca tropika di negara ini.

"Memandangkan kaca juga boleh memerangkap haba, kita perlu membina siling yang lebih tinggi bagi mengelakkan suasana panas dan tidak selesa di dalam rumah.

"Membina siling yang lebih tinggi akan membuatkan ruang menjadi lebih lapang dan segar," jelas Patrick.

Dekorasi ruang tamunya bercirikan minimalis. Sofa-sofa berciri moden dengan warna hitam, putih dan kelabu menonjolkan cita rasa kontemporari tapi elegan.

Perhiasan dan bingkai gambar berwarna-warni dari China membangkitkan seri pada ruang yang lantai dan dindingnya dicat putih.

Serba putih

Bahagian tengah pula menempatkan laluan yang menyambungkan bahagian barat dan timur serta bilik tetamu dan pembantu rumah.

Ia turut menempatkan tangga untuk naik ke tingkat-tingkat seterusnya.

Sepanjang pendakian tangga, corak-corak bulatan aneka saiz dapat dilihat pada sudut tepi tangga.

Di tingkat bawah bahagian timur pula menempatkan ruang makan, dapur kering, dapur basah dan ruang dobi.

Tingkat satu menempatkan tiga buah bilik dengan satu ruang luas di bahagian tengah yang boleh dijadikan lapangan rehat atau aktiviti keluarga.

Bilik tidur utama rumah ini terletak di tingkat dua atau atas sekali. Lebih menarik, di beranda bilik utama turut menempatkan jakuzi di luar rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/20...ma/ru_04.4.jpg

Bayangkan sambil menikmati cuaca di luar, anda boleh menenangkan minda di dalam tab jakuzi selepas pulang daripada kerja.

Terdapat sebuah lagi bilik di tingkat atas yang boleh dijadikan ruang permainan atau apa saja yang difikirkan sesuai.

Ia juga mempunyai beranda luas yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti keluarga.

Rumah ini turut dilengkapi dengan sistem vakum dan pemanasan air solar berpusat dan boleh memasukkan sistem penggera, kamera litar tertutup dan sistem kabel.

Menurut Patrick, rumah berkonsepkan moden dinding kaca ini mampu menawarkan pemandangan dari luar yang lebih indah pada waktu malam.

Seperti cahaya yang terperangkap di dalam balang kaca, begitulah kilauan menakjubkan yang dapat disaksikan.

"Siling-siling di rumah ini berkonsep moden dengan kemasan lampu tersembunyi. Terdapat juga lampu-lampu yang dipasang di sisi rumah.

"Apabila malam dan lampu dipasang merefleksi dinding cermin, orang di luar rumah boleh melihat keindahannya," kata Patrick.

Sumber : Kosmo Online

ivy_aku 09-11-2010 12:54 AM

ansainya aku mmpu membeli rumah ini... syoknye :)

Jeb 09-11-2010 12:58 AM

Quote:

Rumah berkeluasan 865 meter persegi ini mempunyai tujuh buah bilik dan setiap bilik dilengkapi bilik air.
tak luas mana pun umah ni?:-?

azanney 09-11-2010 12:59 AM

brp juta pondok ni???

bob76 09-11-2010 01:09 AM

Quote:

Originally Posted by Jeb (Post 7793322)
tak luas mana pun umah ni?:-?

aaaa??? x luas mana???biar betul....tgk betol2 bro...luas dia dlm meter persegi bukan kaki persegi...865 meter persegi lebih kurang 9310 sq/ft..besar tu...

zerovirus 09-11-2010 01:11 AM

aku suka kongsep mcm ni

ejalmlk 09-11-2010 01:11 AM

besaq niee ..... dalam meter tueee .... hurmm nak beli lah satu

S.Y.E.D 09-11-2010 01:13 AM

Quote:

Originally Posted by fantaghiro (Post 7792964)
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/20...ma/ru_04.1.jpg

MANIFESTASI ekstravaganza jiwa moden. Itu yang dapat disimpulkan kala menjejaki vila tiga tingkat yang tersergam di sebuah kawasan perumahan di Seri Kembangan, Selangor ini.

Garapan seni artistiknya terbentuk daripada jalinan segi empat dan bulatan.

Lazimnya, bentuk-bentuk sebegini dianggap ringkas dan membosankan, tetapi rekaan rumah ini bisa membuatkan mata anda enggan berganjak daripada menatapnya.

Sengaja satu struktur kanopi di tingkat atas direka menjulur dan dilubangkan membentuk bulatan bagi membolehkan sebatang pokok tinggi menembusinya.

Beberapa jenis pohon termasuk pokok palma tumbuh berasingan lalu membentuk landskap indah yang melingkari kediaman agam itu.

Dominasi dinding konkrit dan kaca pula menterjemahkan cita rasa moden pada rekaan rumah.

Kaca

Kaca tahan lasak berwarna biru nampak harmoni dijalinkan dengan dinding batu berwarna putih dan kelabu.

Dinding kaca di tingkat bawah itu juga berfungsi seperti pintu gelangsar.

Berbanding rumah konvensional yang selalunya beratap tiga segi atau limas, banglo ini sebaliknya berbumbung rata.

Bumbungnya menggunakan metal roofing iaitu kepingan besar logam keluli bergalvani.

Menurut arkitek Patrick Ho dari firma Arkitek Axis yang mereka rumah berkenaan, penggunaan bumbung rekaan rata itu melambangkan cita rasa moden.

"Moden selalunya bersifat ringkas dan minimalis.

"Lagipun, dengan rekaan rumah seperti kotak-kotak, bumbung konvensional yang berbentuk gerbang atau tiga segi serta bercerun tidak sesuai digunakan.

"Bumbung material logam kepingan besar pula menggantikan bumbung genting.

"Jadi masalah kepingan bumbung terbang ditiup angin tidak lagi berlaku," ujar Patrick kepada Jurnal.

Bahagian hadapan rumah juga diperindahkan dengan rekaan kolam mandi infiniti dan pasu hiasan berukiran unik dari Bali.

Di sisi dinding di luar rumah terdapat mural kemasan dinding unik yang juga didapati dari kepulauan Indonesia itu.

Biji-biji batu sebesar buah kelapa disusun di sisi rumah untuk menyempurnakan landskap.

Menjengah ke dalam rumah selepas melintasi kolam infiniti dan pavilion, rekaan dalamannya juga mempesonakan.

Rumah berkeluasan 865 meter persegi ini mempunyai tujuh buah bilik dan setiap bilik dilengkapi bilik air.

Rumah ini dibahagikan kepada bahagian barat, tengah dan timur.

Terdapat dua tempat letak kereta masing-masing di bahagian barat dan timur.

Di tingkat bawah bahagian barat menempatkan ruang tamu dengan siling setinggi tujuh meter berbanding siling kebanyakan rumah lain iaitu antara tiga hingga empat meter.

"Apabila membina rumah moden seperti ini, kita perlu mengambil kira soal budaya dan cuaca tropika di negara ini.

"Memandangkan kaca juga boleh memerangkap haba, kita perlu membina siling yang lebih tinggi bagi mengelakkan suasana panas dan tidak selesa di dalam rumah.

"Membina siling yang lebih tinggi akan membuatkan ruang menjadi lebih lapang dan segar," jelas Patrick.

Dekorasi ruang tamunya bercirikan minimalis. Sofa-sofa berciri moden dengan warna hitam, putih dan kelabu menonjolkan cita rasa kontemporari tapi elegan.

Perhiasan dan bingkai gambar berwarna-warni dari China membangkitkan seri pada ruang yang lantai dan dindingnya dicat putih.

Serba putih

Bahagian tengah pula menempatkan laluan yang menyambungkan bahagian barat dan timur serta bilik tetamu dan pembantu rumah.

Ia turut menempatkan tangga untuk naik ke tingkat-tingkat seterusnya.

Sepanjang pendakian tangga, corak-corak bulatan aneka saiz dapat dilihat pada sudut tepi tangga.

Di tingkat bawah bahagian timur pula menempatkan ruang makan, dapur kering, dapur basah dan ruang dobi.

Tingkat satu menempatkan tiga buah bilik dengan satu ruang luas di bahagian tengah yang boleh dijadikan lapangan rehat atau aktiviti keluarga.

Bilik tidur utama rumah ini terletak di tingkat dua atau atas sekali. Lebih menarik, di beranda bilik utama turut menempatkan jakuzi di luar rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/20...ma/ru_04.4.jpg

Bayangkan sambil menikmati cuaca di luar, anda boleh menenangkan minda di dalam tab jakuzi selepas pulang daripada kerja.

Terdapat sebuah lagi bilik di tingkat atas yang boleh dijadikan ruang permainan atau apa saja yang difikirkan sesuai.

Ia juga mempunyai beranda luas yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti keluarga.

Rumah ini turut dilengkapi dengan sistem vakum dan pemanasan air solar berpusat dan boleh memasukkan sistem penggera, kamera litar tertutup dan sistem kabel.

Menurut Patrick, rumah berkonsepkan moden dinding kaca ini mampu menawarkan pemandangan dari luar yang lebih indah pada waktu malam.

Seperti cahaya yang terperangkap di dalam balang kaca, begitulah kilauan menakjubkan yang dapat disaksikan.

"Siling-siling di rumah ini berkonsep moden dengan kemasan lampu tersembunyi. Terdapat juga lampu-lampu yang dipasang di sisi rumah.

"Apabila malam dan lampu dipasang merefleksi dinding cermin, orang di luar rumah boleh melihat keindahannya," kata Patrick.

Sumber : Kosmo Online

cam umah makcik aku je kt taman mutiara gombak.. design same je.. skng reger kt 2jota..~X(

NEMO 09-11-2010 01:14 AM

bape sen umah ni...kalu 100k..boleh la beli..ni mau juta2

abahmu 09-11-2010 01:16 AM

Quote:

Originally Posted by Jeb (Post 7793322)
tak luas mana pun umah ni?:-?

luas bro..dlm 9000kp lebih tu built up..besar gile


All times are GMT +8. The time now is 08:33 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.