CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   Ask/Help : Apakah fungsi empangan ketika banjir? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=186297)

anuarul 04-11-2010 09:43 AM

Apakah fungsi empangan ketika banjir?
 
Salam,

pagi tadi ada sorang kawan ako membangkitkan persoalan ni, die tanye..ape fungsi empangan atau kawasan tadahan air ni ketika banjir. sebab die kate, die bace..ade empangan yang dibuka sebab air dah terlalu tinggi..so air tu dilepaskan separuh. Jika air empangan tu dah dilepaskan keluar, bukan kah ia akan menambahkan air banjir di kawasan2 yang sedia ada banjir ni..hehehe...

ako pun terpikir gak..ako pun tak tau jawapan die..sebab ako ni hanya belajar dalam bidang jahit menjahit je..so bab2 teknikal ni ako tak tau la pulak..ape fungsi empangan, bile nak lepas air..kenapa lepas air..berapa kapasiti..ape kegunaan...hehehehe:">

so, sapa2 yang arif lagi berilmu tuh..sudi2 la kongsi info..agar ako akan lebih tahu..dan mempelajari sesuatu ilmu yang baru harini..:)paid

gambar hiasan:

http://i262.photobucket.com/albums/i...l/100_5603.jpg

Toshinoda 04-11-2010 09:47 AM

aku xada la arif tp tau la serba sedikit.. sbb rumah aku akn banjir kalo empangan dibuka..
kalo xbuka empangan xada masalah...

empangan pn ada gak had dia boleh simpan air n xbleh penuh sgt...
empangan ada paras bahaya dimana bila smpi paras bahaya perlu utk dilepaskan air..
kalo xlepaskn air dikuatiri empangan tersebut akn pecah..
kalo empangan pecah lg la teruk jadi nya.. boleh jadi ombak wo...

so terpaksa la lepas air bila empangantu smpi tahap bahaya..

anuarul 04-11-2010 10:10 AM

Quote:

Originally Posted by Toshinoda (Post 7756562)

maksud nya melepaskan air ke kawasan yang sedia ada banjir tak de masalah la? tak membahayakan? air makin tinggi la???

Duffayoi14 04-11-2010 10:11 AM

penjelasan yg simple tp mudah difahami...:)paid

sbb bkn ape, kalo nk cite dr segi teknikal, nnti lg pening plak..

kni 04-11-2010 10:16 AM

Quote:

Originally Posted by Toshinoda (Post 7756562)
aku xada la arif tp tau la serba sedikit.. sbb rumah aku akn banjir kalo empangan dibuka..
kalo xbuka empangan xada masalah...

empangan pn ada gak had dia boleh simpan air n xbleh penuh sgt...
empangan ada paras bahaya dimana bila smpi paras bahaya perlu utk dilepaskan air..
kalo xlepaskn air dikuatiri empangan tersebut akn pecah..
kalo empangan pecah lg la teruk jadi nya.. boleh jadi ombak wo...

so terpaksa la lepas air bila empangantu smpi tahap bahaya..

yup
betul dah tu...
yg aku tahu, empangan ni ada 2 fungsi.

1. membekalkan stok air minuman, pengairan.
2. menjana tenaga elektrik seperti empangan Jor, Habu, Woh di cameron highland tu.

bila berlaku ujan lebat, atau pun stok air empangan sampai tahap maksimum yg mampu, diorang akan lepaskan air.

memang byk kg akan tenggelam kalau air dilepaskan, tapi banjirnya adalah terkawal.

tapi kalau empangan ni pecah sebab terlebih kapasiti, banjirnya tidak terkawal. akibatnya lebih buruk.

aku pernah dgr org cerita, kalau empangan hidroelektrik TNB kat cameron higland tu pecah, pekan Tapah akan tenggelam.

zamreda 04-11-2010 10:20 AM

mmg kena lpskan air.....

klau tidak air yng melimpah keluar kat bahagian lain2 tempat...dan menghakis kwsan tersebut...

jutawan_kokusba89 04-11-2010 10:20 AM

nak elak lagi banjir teruk.ni pun dah teruk terputus alor star dgn jitra..doc xboleh nak smpai.waa..orang pos laju pun xboleh mai jitra..bnjir2..air xbergerak2

dragger 04-11-2010 10:23 AM

empangan ada had maksima. so kena lps kan 'sekidit' supaya empangan x pecah. sbb tu alor setar, hujan dh berhenti, tp paras air semakin naik. maybe empangan pedu dh lps skit air

1305 04-11-2010 10:33 AM

asal sebelum ada empangan, banjir yang terjadi kat sesuatu kawasan amat teruk,
bayangkan kepala air dari kawasan hulu yang merempuh semua benda yang ada kat sebelah hilir.. macam tsunami jadinya.

jadi, empangan dibuat untuk menakung air dari kawasan hulu, dan dilepasan secara berperingkat dan terkawal.

mmg kawasan hilir dah banjir, tapi tak seteruk kalau empangan tak ada..

air yang dilepaskan dari empangan masa kawasan hilir banjir pun dgn cara terkawal dan ada perkiraan dan kaedah yang digunapakai untuk meminimumkan kerugian dan kerosakan..

sekian wassalam..

kalau salah tolong tunjukkan.

Duffayoi14 04-11-2010 10:34 AM

Quote:

Originally Posted by anuarul (Post 7756765)
maksud nya melepaskan air ke kawasan yang sedia ada banjir tak de masalah la? tak membahayakan? air makin tinggi la???

mmg makin tinggi...mcm kt perlis skrng ni, empangan timah tasoh terpaksa lepas air sbb dh nk cpai paras bahaya, kalo xlepas, takut empangan prob / risiko pecah...jadi nk xnk, terpaksa la jgk lepaskn air walaupun akan akibatkn paras banjir akan bertambah

tp pelepasan air empangan dikawal, empangan ni ada

overflow hole - utk buang air secara sikit2 bila paras dh smpai paras yg sebatutnya (mcm sistem dlm tangki air, tandas)

scour valve - injap ni hanya dibuka bila paras air dh xbleh dikawal oleh overflow hole, sbb air yg datang terlalu banyak (bila kes hujan terlalu lebat dan berterusan)

so, mcm kes empangan timah tasoh tu, scour valve sebanyak 6 biji dibuka utk release air sbb terpaksa, kalo xbuka takut empanngan pecah, akibatnya lagi teruk

ni ape yg aku faham la...btulkan ek kalo salah

mojotudam 04-11-2010 10:34 AM

Quote:

Originally Posted by anuarul (Post 7756765)
maksud nya melepaskan air ke kawasan yang sedia ada banjir tak de masalah la? tak membahayakan? air makin tinggi la???

terpaksa. dah kat situ je air buleh pi. lain la kalo depa buat paip besar gila salur air yang lebih ni pi negeri lain yang tak banjir :D

sawamura 04-11-2010 10:41 AM

benda nyer simple jer..

kalo air dah sampai paras bahaya, empangan kena lepaskan air laa.. bahsa kampung nya empangan pecah laa.. tapi realiti nyer empangan tuh xkannyer pecah..

kita berdiri btol2 atas dinding empangan nampak lebar mcm tuh jer, tapi kat dasar tuh 6x ganda lebar atas dia.. so teman boleh kata walopon air melebihi paras bahaya tetap empangan x akan pecah.. :D

so.. kenapa perlu dilepaskan air tuh.. jawapan dia, adalah kerana turbine2 kt penstock tuh.. bila paras air menaik, pressure kt dasar makin bertambah.. and bila presure bertambah, velocity bertambah.. kalo halaju air tuh tinggi sangat, punah ranap laa turbine n machinery tuh :)

sebab tuh air dilepaskan bila dah sampai paras limit dia.. utk memastikan machine berada dalam range operating pressure :D

banjir x banjir.. tuh isu lain.. summore empangan akan design utk lepaskan air direct ker main river.. bukannya anak2 sungai..

tapi normally, kalo hujan lebar, air sungai dah sedia naik.. pastuh air empangan lak lepas, means too bad laa... org bawah laa menanggung.. :p

p/s:- kalo empangan temenggor pecah, yg akan banjir bukan Gerik, tapi Kuala Kangsar :)paid

sawamura 04-11-2010 10:44 AM

Quote:

Originally Posted by dragger (Post 7756893)
empangan ada had maksima. so kena lps kan 'sekidit' supaya empangan x pecah. sbb tu alor setar, hujan dh berhenti, tp paras air semakin naik. maybe empangan pedu dh lps skit air

empangan xleh pecah bro..

diorang design dah consider tolerance utk failure.. :)

empangan x pecah tapi machine2 yg akan ranap :D

Duffayoi14 04-11-2010 10:44 AM

ni gambar nya supaya lebih faham ape yg aku cite td

overflow hole

http://i410.photobucket.com/albums/p...yoi/images.jpg

scour valve

http://i410.photobucket.com/albums/p...r_safety_4.jpg

syabrembo 04-11-2010 10:46 AM

bru aku tau..thnksz

marlen 04-11-2010 10:49 AM

Quote:

Originally Posted by sawamura (Post 7757043)
benda nyer simple jer..

kalo air dah sampai paras bahaya, empangan kena lepaskan air laa.. bahsa kampung nya empangan pecah laa.. tapi realiti nyer empangan tuh xkannyer pecah..

kita berdiri btol2 atas dinding empangan nampak lebar mcm tuh jer, tapi kat dasar tuh 6x ganda lebar atas dia.. so teman boleh kata walopon air melebihi paras bahaya tetap empangan x akan pecah.. :D

so.. kenapa perlu dilepaskan air tuh.. jawapan dia, adalah kerana turbine2 kt penstock tuh.. bila paras air menaik, pressure kt dasar makin bertambah.. and bila presure bertambah, velocity bertambah.. kalo halaju air tuh tinggi sangat, punah ranap laa turbine n machinery tuh :)

sebab tuh air dilepaskan bila dah sampai paras limit dia.. utk memastikan machine berada dalam range operating pressure :D

banjir x banjir.. tuh isu lain.. summore empangan akan design utk lepaskan air direct ker main river.. bukannya anak2 sungai..

tapi normally, kalo hujan lebar, air sungai dah sedia naik.. pastuh air empangan lak lepas, means too bad laa... org bawah laa menanggung.. :p

p/s:- kalo empangan temenggor pecah, yg akan banjir bukan Gerik, tapi Kuala Kangsar :)paid

oooo br tau..:)paid:)paid:)paid

Duffayoi14 04-11-2010 10:51 AM

Quote:

Originally Posted by sawamura (Post 7757063)
empangan xleh pecah bro..

diorang design dah consider tolerance utk failure.. :)

empangan x pecah tapi machine2 yg akan ranap :D

sapa kata empangan xleh pecah?? :D

mmg waktu design dia akan consider FOS yg tinggi, tp kalo x kena gaya..pecah jugak..ada je kes empangan pecah...

machine2 turbin hanya utk empangan hidroelektrik...kalo empangan yg bukan hidroelektrik mcm mn? :D.....kenapa kena lepaskn air jgk??

sbbnya hal2 yg berkaitan dgn safety dam tu jgk...xkan nk biarkan air tu lalu kt spillway dam tu..mesti la kena release air tu

meone amirun 04-11-2010 11:08 AM

kalo la keraajan buat empangan besar skit mesti xyah lepaskan air..hmmm..buat bangunan tggi2 bukan boleh jadi rumah pon..

1305 04-11-2010 11:08 AM

Quote:

Originally Posted by Duffayoi14 (Post 7757121)
sapa kata empangan xleh pecah?? :D

mmg waktu design dia akan consider FOS yg tinggi, tp kalo x kena gaya..pecah jugak..ada je kes empangan pecah...

machine2 turbin hanya utk empangan hidroelektrik...kalo empangan yg bukan hidroelektrik mcm mn? :D.....kenapa kena lepaskn air jgk??

sbbnya hal2 yg berkaitan dgn safety dam tu jgk...xkan nk biarkan air tu lalu kt spillway dam tu..mesti la kena release air tu

hambik.... dulu time belajo pasal dam aku dok ngulo.. dapat la basic jer... hehrhehehhehe...

bagus-bagus..

kongsi ilmu

zamreda 04-11-2010 11:12 AM

Quote:

Originally Posted by meone amirun (Post 7757287)
kalo la keraajan buat empangan besar skit mesti xyah lepaskan air..hmmm..buat bangunan tggi2 bukan boleh jadi rumah pon..

klau hujan tak henti2 pon empangan besar singapore kena lepaskan jua air...

mnzaim 04-11-2010 11:28 AM

Quote:

Originally Posted by kni (Post 7756820)
yup
betul dah tu...
yg aku tahu, empangan ni ada 2 fungsi.

1. membekalkan stok air minuman, pengairan.
2. menjana tenaga elektrik seperti empangan Jor, Habu, Woh di cameron highland tu.

bila berlaku ujan lebat, atau pun stok air empangan sampai tahap maksimum yg mampu, diorang akan lepaskan air.

memang byk kg akan tenggelam kalau air dilepaskan, tapi banjirnya adalah terkawal.

tapi kalau empangan ni pecah sebab terlebih kapasiti, banjirnya tidak terkawal. akibatnya lebih buruk.

aku pernah dgr org cerita, kalau empangan hidroelektrik TNB kat cameron higland tu pecah, pekan Tapah akan tenggelam.

Fungsi yg 1 kalau lori minyak terbalek, naya....:D:D:D
Bukan stakat pekan Tapah je, pekan sekitar2nya gak, thn brape ntah, empangan "pecah", abes banjir tapah ngan pekan2 sekitarnya.

sipout 04-11-2010 11:30 AM

so moral dia...lau dgr pojek kerajaan nk buat empangan kat hulu sungai, spae2 yang tinggal di laluan air sungai,better pindah dulu sblm terlambat..hehehe..dam tak direkabentuk untuk pecah and sumanye tanggungjwp engineer cuma dam ada max lateral force yang boleh ditanggung,lau technician tidoq boleh jadi jgk la dam pecah.banyak kelebihan dam dan tak silap aku nama mudah dia pojek kawalan banjir..so kawal je takleh cegah pun..lau takde dem pun,kwsn bwh tu ttp banjir.kat dam byk ikan tilapia,rajin2 la gi ngail...hehehe

meone amirun 04-11-2010 11:41 AM

Quote:

Originally Posted by zamreda (Post 7757327)
klau hujan tak henti2 pon empangan besar singapore kena lepaskan jua air...

singapore besar ke?

Duffayoi14 04-11-2010 11:44 AM

Quote:

Originally Posted by 1305 (Post 7757293)
hambik.... dulu time belajo pasal dam aku dok ngulo.. dapat la basic jer... hehrhehehhehe...

bagus-bagus..

kongsi ilmu

:)):)):))

lawak la ko bro...aku pn dh karat otak ni..nasib baik ada topik ni, kasi kikis sket karat2 tu...:)cgrock:)paid:)paid

Tersembam 04-11-2010 12:26 PM

Tq 4 de knowledge...
ni mesti geng JPS kot?

Nama10 27-11-2010 05:28 PM

Quote:

Originally Posted by anuarul (Post 7756521)
Salam,

pagi tadi ada sorang kawan ako membangkitkan persoalan ni, die tanye..ape fungsi empangan atau kawasan tadahan air ni ketika banjir. sebab die kate, die bace..ade empangan yang dibuka sebab air dah terlalu tinggi..so air tu dilepaskan separuh. Jika air empangan tu dah dilepaskan keluar, bukan kah ia akan menambahkan air banjir di kawasan2 yang sedia ada banjir ni..hehehe...

ako pun terpikir gak..ako pun tak tau jawapan die..sebab ako ni hanya belajar dalam bidang jahit menjahit je..so bab2 teknikal ni ako tak tau la pulak..ape fungsi empangan, bile nak lepas air..kenapa lepas air..berapa kapasiti..ape kegunaan...hehehehe:">

so, sapa2 yang arif lagi berilmu tuh..sudi2 la kongsi info..agar ako akan lebih tahu..dan mempelajari sesuatu ilmu yang baru harini..:)paid

gambar hiasan:

http://i262.photobucket.com/albums/i...l/100_5603.jpg

Aku pernah bekerja sebagai eksekutif dekat salah sebuah empangan penebat banjir & pelbagai fungsi di salah sebuah negara di Asia. Jadi aku faham sangatlah pasal empangan ni.

Nanti aku cerita fungsi penebat banjir empangan. Kaedahnya memang berkesan. Dah beribu tahun dah kaedahnya terbukti berkesan. Sejak penduduk Mesir Purba mula bina empangan Sungai Nil.

Mula-mual kita kena tahu saiz banjir yang kita nak tebat. Sebagai contoh, banjir terbesar dalam 200 tahun. Kemudian kita kena tahu berapa banyak air yang akan turun dalam tempuh 1-4 hari bergantung kepada saiz kawasan tadahan. Untuk empangan Timah Tasoh kat Perlis tu aku rasa dia gunakan satu hari punya jumlah hujan.

Aku ramalkan jumlah hujan yang jatuh dalam kawasan tadahan empangan Timah Tasoh tempuhari tu adalah 10juta meter padu dalam 4 hari. Maklumat ni berdasarkan sumber JPS. Purata hujan tahunan kawasan ni pula adalah 90juta meter padu setahun. Jadi anda dapat lihat hujan kat empangan Timah Tasoh baru-baru ni berjumlah kira-kira purata hujan selama 40 hari yang turun dalam tempuh 4 hari. Jadi memang lebat. Mereka boleh mengetahui jumlah hujan yag masuk dengan mengira berapa banyak mereka lepaskan air dicampurkan dengan jumlah tambahan simpanan dalam empangan.

Nah sekarang aku nak tunjukkan bagaimana empangan tu dibina untuk menebat banjir. Kita tahu jumlah hujan terlebat dalam tempuh 7 tahun untuk empangan Timah Rasoh adalah sebagai contoh 10 juta m3 yg turun dalam 4 hari. Namun kita ingin menebat banjir yg terbesar dalam tempuh katakan 200 tahun. Jadi kita perlu mengira perkadaran isipadu air hujan yg turun dalam tempuh 4 hari akan tetapi adalah terbanyak dalam tempuh 200 tahun. Yang ni susah sikit aku nak terangkan. Katakan jumlahnya adalah 25 juta meter padu dalam tempuh 4 hari. Apa nak buat seterusnya?

Sekarang kita nak bina empangan penebat banjir. Kita pilih kawasan empangan berhampiran kawasan tadahan katakan seluas 13km2untuk menyimpan 25juta meter padu air yang turun dalam tempuh 4 hari. Bila kita kira, ketinggian paras air 25juta meter padu untuk mengisi kawasan seluas 13km2 adalah 2.0m. Jadi ruang simpanan untuk menyimpan air tu kita dah ada. Jika hujan lebat selama 4 hari berjumlah 25juta meter padu kita akan simpan dalam kawasan seluas 13km2. Pada dasarnya, bila HUJAN BERHENTI dan paras di hilir sungai turun di bawah paras banjir kita akan lepaskan jumlah air yang kita simpan tu sedikit demi sedikit selama katakan sebulan. Jadi, kita sebenarnya memanjangkan tempuh air hujan mengalir ke laut supaya air tersebut tidak dilepaskan serentak dengan air hujan di hilir sungai dengan kadar yang terkawal.

Berbalik kita kepada empangan Timah Tasoh melepaskan sewaktu banjir tempuh hari. Adakah ia wajar. Jawabnya tidak wajar sama sekali sekiranya empangan tersebut adalah empangan penebat banjir. Sebabnya mudah. Empangan penebat banjir TIDAK BOLEH melepaskan air pada waktu kawasan hilir sungai mengalami hujan lebat. Jika tidak ia bertentangan dengan perkataan "Tebat" itu sendiri.

Apakah yang sepatutnya mereka lakukan? Mereka hanya perlu membiarkan limpahan dari empangan berlaku secara semulajadi. Limpahan empangan berlainan dengan melepaskan air. Jumlah air yang keluar melalui pelepasan air adalah dalam kuantiti yang ditetapkan oleh operator. Jumlah tersebut munkin terlalu tinggi dan boleh menyebabkan banjir. Gambar yang anda gunakan sebagai hiasan tu adalah contoh limpahan semulajadi empangan. Limpahan macam ni adalah sangat berkesan mengawal aliran air keluar kerana jumlah limpahan hanya bertambah secara semulajadi bila paras air naik. Jadi empangan tu menyimpan sebahagian dari air tersebut dan melepaskannya secara semulajadi yang sudah tentunya secara perlahan-lahan.

Aku dah semak dah dan boleh pastikan bahawa masih ada ruang empangan yang mereka tak gunakan untuk menyimpan air pada waktu banjir di Perlis dan Kedah tempuh hari. Ketinggian maksimum empangan Timah Tasoh adalah 32.5meter dari aras laut. Mereka dah mula melepaskan air pada ketinggian 29.4m dari aras laut. Ruang antara 29.4m-32.5m tersebut boleh diisi dengan 50juta meter padu. Jumlah air yang dilepaskan cuma antara 10-14juta meter padu dari 1/11 hingga 5/11/2010. Sebenarnya mereka masih ada ruang nak simpan 4 kali ganda lebih banyak dari jumlah hujan yang turun di kawasan tadahan empangan Timah Tasoh pada waktu kejadian banjir tempuhari. Mengapa? Akupun tak tahu....

Nota buat renungan: Di Hong Kong, jurutera-jurutera mereka hampir tak pernah gagal untuk menambat banjir di pulau tersebut dah dekat 100 tahun dah. Kita di sini aku tengok dah banyak kali gagal. Perlis dah dua kali dah. Banjir kat Johor dulupun teruk juga kan? SMART Tunnelpun sama teruk rekodnya. Banyak lagi sebenarnyakalau kita selidik.

mnzaim 27-11-2010 05:57 PM

Quote:

Originally Posted by Nama10 (Post 7929299)

Info yg berguna :)cgrock:)cgrock:)cgrock

So sebenarnya adakah kita bersedia menghadapi worst case scenario???

Macam Empangan Bakun tu...dikire pelbagai fungsi atau just untuk hidro sahaja???

Nama10 27-11-2010 07:41 PM

Quote:

Originally Posted by mnzaim (Post 7929407)
Info yg berguna :)cgrock:)cgrock:)cgrock

So sebenarnya adakah kita bersedia menghadapi worst case scenario???

Macam Empangan Bakun tu...dikire pelbagai fungsi atau just untuk hidro sahaja???

Good questions demand good answers. Macam aku kata rekabentuk empangan penebat banjir untuk bandar-bandar utama biasanya mengmbil kira banjir terbesar dalam 50-200 tahun. Untuk empangan Timah Tasoh ruang simpanan sekitar 25juta meter padu adalah memadai. Tapi sebenarnya ruang simpanan sebenar adalah dua kali ganda dari runag simpanan rekabentuk. Itu adalah bagi tujuan worst case scenario. Berapa teruk worst case scenario yang dipertimbangkan dalam rekabentuk? Banjir kat Pakistan tempuhari tu dalam konteks worst case scenario hanya baby aje tu. Sama gak dengan banjir kat Johor beberapa tahun lampau.

Nanti aku ceritan bagaimana rekabentuk empangan penebat banjir untuk meyakinkan anda teknologi empnagn memang selamat dan boleh diharap.

Katakan jumlah banjir yang ingin ditebat untuk Timah Tasoh adalah 25juta meter padu hujan yang turun dalam tempuh 4 hari. Maka kita perlu ada ruang simpanan 25 juta meter padu untuk hujan tersebut. Ini adalah bersamaan seperempat dari purata hujan tahunan. Bermaksud kita menjangkakan hujan lebat yang bakal turun membawa jumlah hujan yang kebiasaan didapati dalam tempuh 3 bulan.

Anda sudah lihat hujan yang sebanyak ni cukup senang nak diurus oleh empangan sebenarnya. Katakan jumlah hujan sebenarnya adalah 40 juta meter padu yang turun dalam tempuh 4 hari di Timah Tasoh. Paras tasik akan naik dari paras 29.0m. Pada setiap m kenaikan ia akan menyimpan 13juta meter padu katakan dalam tempuh 4 hari (37m3/s)disamping membuang keluar secara melimpah katakan pada kadar 13juta meter padu/bulan (4.9m3/s). Oleh kerana jumlah limpahan bertambah dengan peningkatan paras empangan, alurlimpah (seperti dalam gambar pembuka thread)ini akan mencari keseimbangan antara jumlah hujan yang masuk ke dalam empangan dan aliran keluar dari empangan. Jika keseimbangan ditemui makanya paras tasik akan berhenti dari terus naik. Bila hujan berhenti, ia akan turun secara perlahan-lahan. Jika ia berlaku di bawah paras Fasa 2 bermula maka ini Design Expected Scenario.

Fasa seterusnya iaitu Fasa 2, "Thing might go wrong". Tak semesti "thing must go wrong" akan tetapi "might go wrong". Macam mana kita tahu? Ada satu paras lagi yang di panggil paras "Reservoir Flood Level" yang biasanya didefinasikan oleh paras empangan pelana. Ia di atas paras operasi biasa akan tetapi di bawah paras empangan utama. Empangan pelana ini pula sebenar struktur binaan pasif yang dibina untuk menangani banjir lampau tinggi di luar jangkaan Fasa 1. Biasanya dikira berdasarkan banjir terbesar dalam tempuh seribu tahun, atau setengah dari jumlah hujan yang maksimum secara teori yang boleh berlaku dalam satu-satu kawasan tadahan. Untuk empangan Timah Tasoh aku anggarkan pada paras 31.5m dari aras laut atau 2.4 meter di atas paras operasi biasa. Pada paras ini Kangar dah lama banjir. Aliran keluar limpahan aku jangka sekitar 120m3/s. Purata aliran pada hari-hari biasa cuma 3m3/s. Lebih 40 kali ganda lebih besar bukan? Apakah yang empangan itu boleh lakukan? Apabila sampai paras ini empangan tersebut TIDAK lagi dapat dipertangjawabkan untuk mengawal banjir. Empangan itu sendiri sebenrnya telah mengalami banjir. Air akan melimpah melalui empangan pelana. Sememangnya direkabentuk demikian sebenarnya untuk menghalang paras air dari sampai ke paras empangan utama. Jika paras air terus naik, pengurusan empangan perlu membuka mana-mana aliran air keluar kecemasan. Objektif kendalian adalah untuk mengelakkan paras air MENGATASI paras empangan utama "at all cost".

Fasa 3 adalah fasa "design failure". Untuk Timah Tasoh paras tersebut adalah sekitar paras 32.5m dari aras laut. Ini hanya berlaku jika jumlah air hujan yang turun dalam tempuh 4 hari adalah lebih tinggi dari jumlah purata hujan tahunan. Senang cakap jumlah hujan yang turun dalam satu tahun "dicurahkan" ke dalam empangan dalam 4 hari. Paras empangan Timah Tasoh aku anggarkan akan sampai ke paras 32.5m dari aras laut. limpahan keluar adalah, pada anggaran aku adalah 200-300m3/s. Ini tidak termasuk limpahan dari empangan pelana. Empangan akan gagal hanya jika paras empangan naik ke paras di atas 32.5m dari aras laut. Senario ini perlu dielakkan walau dengan apa kos sekalipun. Empangan utama tidak boleh di biarkan dinaiki air jika empangan tidak dibuat dari simen bertulang. Kegagalan empangan utama akan menyebabkan saiz banjir boleh menjadi 10 kali ganda lebih besar dari saiz banjir Fasa 3 di atas.

Pernahkah sesiapa melihat banjir tahap 2 dan tahap 3 di atas?Banjir tahap 2 tu munkin pernah berlaku kat Sabah kira-kira 20 tahun yang lalu. Nama dia ribut Greg kalau anda masih ingat. Purata aliran biasa salah satu sungai yang terlibat adalah 100m3/s. pada masa banjir tu aliran sungai tu naik sehingga 2500m3/s. 25 kali ganda tu. Ada satu struktur kat sungai tu yang bernilai RM 400juta dibina berdasarkan kaedah yang mengira banjir yang betul. Struktur tu terselamat. Paras air betul-betul mencecah halamannya akan tetapi struktur tersebut tidak terjejas.

Peringkata 3? Tak pernah aku dengar pernah berlaku di mana-mana di zaman moden ni jika rekabentuk empangan itu tepat. Kebanyakan kegagalan empangan adalah disebabkan faktor senggaraan dan operasi. Bukan kesilapan konsep rekabentuk.

Maaf cakaplah. Banjir yang berlaku empangan Timah Tasoh Tempuhari adalah "baby flood" bagi empangan penebat banjir jika ia direkabentuk dan dikendalikan dengan betul. Kalau aku yang kendalikan empangan tu aku rasa aku sempat berforum lagi dengan anda semua. Lepas tu aku bagi tahu kat pembantu aku suruh ingatkan aku apabila paras tasik sampai ke paras 30.00m dari aras laut. I will take it from there. Bukan aku nak cakap besar. Mesej aku adalah "EMPANGAN PENEBAT BANJIR TIDAK MEMERLUKAN SEBARANG PERTOLONGAN DARI SESIAPAPUN JIKA SAIZ BANJIR ADALAH DI BAWAH FASA 1 SEPERTI DI ATAS. Ia boleh direkabentuk untuk beroperasi walaupun semua kakitangan empangan sedang mogok. Jika seseorang perlu campur tangan untuk menambah cekap urusan mengawal banjir mereka perlu tahu banyak perkara-perkara yang agak rumit untuk aku ceritakan. Jika tidak SEBARANG CAMPURTANGAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA "ARTIFICIAL FLOOD".

Nota 1: Pernahkah anda mendengar seseorang di Kangar berkata kepada anda bahawa banjir yang lepas adalah banjir bersaiz besar yang tidak pernah mereka lihat sebelum adanya empangan Timah Tasoh? Jika pernah makanya 75% peluang banjir yang berlaku di sana tempuhari adalah artificial flood.

Nota 2: Aku & kumpulan penah berjaya "Menambat" banjir yang terbesar dalam 40 tahun beberapa tahun yang lalu menggunakan empangan penebat banjir. Jumlah hujan yang turun adalah dekat 1 billion meter padu dalam tempuh 7 hari. Empangan aku tu super besar. Jumlah simpanan lebih dari 10billion meter padu. berbanding dengan Timah Tasoh yang dijangka mempunyai simpanan 70-80juta meter padu menjelang 2011. Kaedahnya operasinya jauh lebih sulit dari empangan Timah Tasoh.

Nota 3: Empangan Bakun memang ada fungsi kawalan banjir. Cuma pengurusan empangan perlu tahu strategi yang betul untuk memperolehi manafaat penuh.

Nama10 27-11-2010 08:13 PM

Quote:

Originally Posted by marlen (Post 7757113)
oooo br tau..:)paid:)paid:)paid

Grik yang pertama "jalan". Tak sampai pun 15 minit. Apa-apa sahaja di bawah paras 240m dari aras laut confirm hanyut. Ketinggian air sekitar 100m di atas paras bumi. Kalau anda tahu empangan tu nak pecah, lebih selamat drive ke arah lebuhraya Timur-Barat.

Sampai kat Kuala Kangsar paras air munkin jauh ke tahap 40m dari paras bumi. Di antaranya anda kiralah sendiri. Apapun empangan Temengor tu tak boleh pecah KECUALI gempa bumi yang teruk atau perbuatan sabotaj yang amat terancang.

All times are GMT +8. The time now is 07:16 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.