CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Gossip, Celebrities (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=235)
-   -   History Channel Bongkar Kisah Sebenar Tan Sri P Ramlee (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=185439)

takumie 16-11-2010 11:37 AM

korg sume dh beli syilg gmbr p.ramli..mmg btl2 buat duit lh..sng2 je gune name p.ramli..untg msk poket diorg gak..

ringgit_maker 16-11-2010 03:01 PM

Quote:

Originally Posted by akecema (Post 7729966)
hmmmm...
susah sikit nak selidik sbb buget xde
kalo barat diorg ade buget dari national geo

bukan budget takde tapi malu sebab dorang tak pernah hargai segala jasa P.Ramlee semasa hayatnya sehingga mati pun dalam keadaan tertekan dan penuh kesusahan...

g_kan 16-11-2010 03:17 PM

Quote:

Originally Posted by NEMO (Post 7770299)
kalu korang tgk..zaman kejatuhan...p ramlee..cuba wat filem berbaur seks... spt dr rushdi dan gelora.....

http://1.bp.blogspot.com/_Fcj1OCC1TY..._rushdi_01.jpg


Filem ini banyak tersasar, malah jalan ceritanya sangat ‘corny’, kita mengingatkan P. Ramlee sudah nyanyuk. Kita tidak sedar, walaupun mungkin belum dibualkan secara rasmi, P. Ramlee telah memperkenalkan unsur 'noirish' di dalam kemelayuan Dr. Rushdi tanpa disedari.


Dr. Rushdi menceritakan sebuah filem separa melodrama dan separa ngeri tentang Dr. Rushdi yang tidak dapat melayan nafsu seks isterinya kerana kesibukan kerja (ya, filem ini seksual) di kliniknya. Dr. Rushdi sebenarnya mencari sesuatu yang lebih dari hidupnya yang biasa (mundane), lalu pada suatu hari, kawan baiknya, Alimin (dilakonkan oleh Ed Osmera) yang romantis telah meninggal dunia, lalu Dr. Rushdi, oleh kerana kecewa besar dengan isterinya yang berfoya-foya dengan lelaki lain telah membawa dirinya ke banglo Alimin yang kosong dengan melakonkan sebuah insiden yang menyebabkan orang ramai mengesyaki bahawa Alimin mati kemalangan di sebuah gaung di tepi bukit.

P. Ramlee sebagai Dr. Rushdi sendiri sinikal terhadap isterinya, dan kemaruk delusi terhadapnya (terjawab pada akhir cerita). Ciptaan identitinya yang 'kedua' pada pertengahan cerita adalah hasil delusi yang dicipta oleh Dr. Rushdi pada awal cerita, walaupun unsur ini lebih terarah kepada melodramatik (yang sebenarnya, unsur biasa dalam filem noir yang tulen, oleh kerana pada waktu itu, kebanyakan penonton filem Hollywood di Amerika ialah wanita, para isteri/kekasih yang tinggal di rumah semasa perang). Malah, jika ditonton dengan teliti, P. Ramlee dengan berani mewarnakan Dr. Rushdi sebagai 'mandul' terhadap isterinya dan memerlukan 'identiti lain' atau 'hidup lain' untuk berfungsi secara seksual. Dr. Rushdi di sini mengalami dilema moral, apakah dia patut tinggal dengan isteri cantiknya yang sah yang kini sudah menyebabkan nafsu seksualnya dingin, atau dia patut mengikut 'hatinya' dan tinggal bersekedudukan (walaupun di dalam filem ini secara nyata menafikan) dengan simbol berahinya, si jururawat lakonan Sarimah?



Cetusan pilihan 'salah' yang dilakukan oleh Dr. Rushdi di dalam filem ini bukan saja mengejutkan para penonton pada waktu itu yang 'melampaui batas' tetapi memilih melakukan satu terjunan paradigma daripada kebiasaan 'romantisme' filem Melayu.



Begini. Jika dilihat dengan teliti, P. Ramlee menggambarkan bahawa dalam Dr. Rushdi, semua 'romantisme' sudah mati, atau menjadikan filem Dr. Rushdi sebuah filem pertama Melayu romantis seram. Alimin, kawan Dr. Rushdi adalah simbol nyata romantisme yang dipegang oleh Ghazali dalam Antara Dua Darjat(1960) atau Amran dalam Penarek Becha(1955). Unsur hero yang romantis adalah seorang watak 'wira' yang mengalami satu pengembaraan yang penuh halangan untuk mencapai sesuatu yang murni (selalunya, yang murni itu ialah si wanita yang dicintai yang mesti didapatkan). Si wira itu mesti mendapat ciri murni itu akhirnya setelah segala yang ia lalui (seperti membunuh naga). Tetapi, Alimin yang romantis 'mati' kerana romantis (diceritakan kembali dengan gaya imbas kembali), seorang hero hindustan yang kecundang (pilihannya mencapai sesuatu yang murni dihalang sehingga menyebabkan maut). Kesalahan Dr. Rushdi ialah, memilih untuk meniru identiti Alimin kerana buat Dr. Rushdi, sifat Alimin itu 'murni' dan lari daripada delusinya terhadap isterinya yang sundal.



Sophia Ibrahim yang berlakon sebagai isteri Dr. Rushdi bukan femme fatale yang tunggal dalam filem ini. Terdapat tiga 'wanita durja' di dalam filem ini sebenarnya. Wanita yang dicintai oleh Alimin dan diabadikan dalam sebuah potret adalah 'wanita durja' terhadap Alimin, membawa penyebab kejatuhan Alimin, dan kemudiannya mempengaruhi 'moral' Dr. Rushdi. Sarimah adalah "the fallen women" yang ketiga secara tidak sengaja. Setiap langkah dan pilihan Sarimah secara kebetulan telah menyebabkan bahaya dan perangkap terhadap Dr. Rushdi, walaupun bukan salah Sarimah seratus peratus. Sebenarnya, apabila Sarimah mencintai Dr. Rushdi sudah sendirinya 'salah', dan ini menyebabkan pemilihannya menjatuhkan status Dr. Rushdi. P. Ramlee sengaja mahu memaparkan 'kejatuhan' seorang doktor oleh tiga orang wanita ini kerana mempamerkan seorang individu yang dihormati dalam masyarakat Melayu pada masa itu boleh saja buruk martabatnya oleh kerana mengikut perasaan mereka yang 'murni' atau memilih pasangan yang salah. Walau melodramatik kedengarannya, inilah pesimis sebenar yang mengaburi romantisme garapan P. Ramlee, sekali gus menjadi 'prophecy' P. Ramlee terhadap 'kejatuhan' filem Melayu pada tahun-tahun berikutnya kerana pemilihan pembikin filem waktu itu yang terlalu 'romantis'. Malah menakutkan, pada saat-saat 'duka' hidup P. Ramlee, P. Ramlee telah menggambarkan 'hiba' hatinya terhadap sisa-sisa hidupnya yang berlari mencari tempat berlindung, melarikan dari aib dan bahaya yang mengejarnya dan cuba melingkupkannya, di dalam babak akhir filem ini.



Filem ini agak pelik bila ditonton pada awalnya. Ini adalah kerana, kita tidak jumpa P. Ramlee yang pernah kita kenali sebelum ini (dan kita jumpa sekali lagi pada filem terakhirnya, Laksamana Do Re Mi(1972) ). Latar lagunya tampak sama, melodi yang beralun-alun dengan gaya romantis tetapi dibisukan dengan pengakhiran yang 'kelam' lagi suram. Pencahayaannya lebih gelap, walaupun penggambarannya berani mengambil cahaya kulit wanita terang-terangan. Dialognya tampak baku (dan diikuti oleh pembikin filem sampai sekarang seperti Yusof Haslam) tetapi jelas berani dan tidak berlindung, melawan segala tatasusila kias dalam adab kata orang Melayu (dan diikuti sekarang dalam filem-filem neo-realis pembikin orang muda). Suntingannya mungkin agak lama, tetapi tepat dengan teknik zaman noir yang diperhatikan. Memang, kadang-kadang, filem ini juga membuahkan banyak persoalan, banyak pertanyaan logik akan pilihan watak-wataknya terutamanya Dr. Rushdi. Tetapi persoalan ini kembali membentak penonton untuk lebih banyak bermuhasabah diri, apakah yang sebenarnya murni dalam kehidupan, dan apakah yang real, dan apakah yang kita mahukan sebenarnya dalam hidup real ini untuk mencapai kemurnian? Kerana P. Ramlee sudah lebih awal melontarkan soalan-soalan ini

dah 10 X layan,tp x pernah bosan,bnyak mesej tersirat...

g_kan 16-11-2010 03:18 PM

en NEMO,ada sinopsis cerita GELORA? citer ni pun lebih kurang sama konsep dgn citer Dr Rushdi

takumie 16-11-2010 06:34 PM

kt mne blh dpt cte gelora dan dr.rushdi??

g_kan 16-11-2010 08:33 PM

dr rushdi kat tesco rasa2nya ada kot,kalau citer dr rushdi selalu kuar kat astro prima

aBe_kun89 16-11-2010 11:02 PM

sumbangan yang tak ternilai dalam bidang seni..tengok sahaja filem2 beliau yang maseh evergreen..maseh menjadi kegilaan orang melayu...sampai bila2 pun takda sapa boleh buat macam ni...A Razak Mohaideen??jauh sekali..

khairulkaya 16-11-2010 11:17 PM

P.Ramlee-Dr.Rushdi[1970]

aes 16-11-2010 11:26 PM

Quote:

Originally Posted by kez (Post 7850470)
smlm ada ulangan kat astrok.. baru aku layan sampai habis..
mmg sedeh bila masuk part last, zaman kejatuhan dia..
tp itulah orang melayu.. huhu
bila dah takde, baru dapat tan sri.. baru dapat sanjungan..

tu le realiti kat malaysia

bl dah takde baru nak bg datuk, tan sri ....

dah takde maknanya

tp kisah p ramlee mmg sedih :((:((

elmyda 16-11-2010 11:27 PM

antara org yg aku respect.. buat keje sungguh2 betoi tan sri nih..


All times are GMT +8. The time now is 04:30 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.