CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Health, Fitness (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=279)
-   -   kudis buta- kanak2 apa ubatnya (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=183484)

juezairi 25-10-2010 10:28 AM

kudis buta- kanak2 apa ubatnya
 
apa agaknya ubat untuk kudis buta
yer

ada yg pernah berpelangaman... jom kongsikan disini


:)

zerovirus 25-10-2010 01:10 PM

fuh teringat kecik2 kena ... mak aku basuh baju dan seluar pakai air panas dan detol :D

tenungskrin 25-10-2010 01:42 PM

mandi air paneh kat podeh tak pun gi klinik yahya, tampin.

AjuL 25-10-2010 01:43 PM

tolnaderm..cari ubat tu kat farmasi..sapu je..

juezairi 25-10-2010 02:33 PM

Tulah kena basuh baju budak2 ngan air panas...

TamingSari 25-10-2010 02:38 PM

Quote:

Originally Posted by juezairi (Post 7670945)
Tulah kena basuh baju budak2 ngan air panas...

satu lagi bawa gi mandi laut, 3 kali mndi baik la tu

zerovirus 25-10-2010 02:41 PM

Quote:

Originally Posted by TamingSari (Post 7670981)
satu lagi bawa gi mandi laut, 3 kali mndi baik la tu

btl2 ... kalau umah kat ngan laut tak pe la .. senang je ..

VertiLo 25-10-2010 02:43 PM

Quote:

Originally Posted by TamingSari (Post 7670981)
satu lagi bawa gi mandi laut, 3 kali mndi baik la tu

sokong 100% bro tamingsari...adakalanya petua lama nie mmg munjarab... :)paid

mandi laut ... biar budak² tu main pasir pantai+mandi laut... then semua baju kain diorg basuh laaa dgn air panas+ dettol... Insyaallah berkesan... :)

satsepit 25-10-2010 02:45 PM

Quote:

Originally Posted by juezairi (Post 7670945)
Tulah kena basuh baju budak2 ngan air panas...

ni cara tradisional.
& salah satu ikhtiar yg aku buat dulu.
bila hilang tu tak naik dah.

caranya.
1. sapu kudis ngn minyak gas, biar meleleh2 kat situ.
2. sapu minyak juga pd sehelai kertas.
3.halakan kudis yg dilumur minyak gas tu pada api dengan kertas tadi sbg penghadang.
4.jgn sampai nyala kertas & kaki anda.:eek:

kalau rasa lawak takyah buat, tp ada yg berjaya dengan cara ni

suprol 25-10-2010 02:49 PM

Quote:

Originally Posted by satsepit (Post 7671038)
ni cara tradisional.
& salah satu ikhtiar yg aku buat dulu.
bila hilang tu tak naik dah.

caranya.
1. sapu kudis ngn minyak gas, biar meleleh2 kat situ.
2. sapu minyak juga pd sehelai kertas.
3.halakan kudis yg dilumur minyak gas tu pada api dengan kertas tadi sbg penghadang.
4.jgn sampai nyala kertas & kaki anda.:eek:

kalau rasa lawak takyah buat, tp ada yg berjaya dengan cara ni

nih kalo org tua ok lar kot.. kena kat bdk2 mau tak cukup tanah meraung.... anak aku dulu samapi kepala pun kena... g mandi kolam air panas kat selayang.. pahtu.. aku lupa lar ubat apa guna.. tp cream dia claer.. tak da warna.. beli kat farmasi... alhamdulillah.. mujarab

zerotech 25-10-2010 02:53 PM

kene tengok bebetul..
takut kene penyakit tangan kaki dan mulut je... (plus alser)

tapi kalau kudis buta gi mandi air laut
baju tu basuh ngan air panas..
tu pun dah ok...

nsriza 25-10-2010 03:10 PM

Petua dlm saya sama macam kekawan cg lain

1. Mandi/berendam dlm air laut - skrg ni pun dah ada jual garam laut mati, bole mandi kt rumah je. Berendam jgn kurang 1/2 jam dan diulang sekurang2 3 hari berturut2.
2. Pakaian, sarung bantal, cadar & dll yg digunakan oleh pesakit dibasuh guna dettol @ pencuci antiseptik yg lain

Lepas tu kena sentiasa ajar bebudak tu selalu jaga kebersihan diri, insyaallah:)

abangjedi 25-10-2010 03:12 PM

ank sy kene ms umo 2 bln..abis semua bdn kene..gi SMC dia kasi ubat sapu n minum...lupa dah nama ubat tuh...then bj anak tuh wife sy rebus...kene salin cadar n bantal selalu...kalo boleh jgn guna carpet kat umah n bilik...psl pembiakkan hama yg cepat berlaku disitu...insyaAllah semuanyer akan beransur sembuh...

fahmisyah5585 25-10-2010 03:23 PM

bagus tt wat tajuk nih sbb anak2 saya sekrng mmg kena kudis buta,,,
mcm2 ubat dah bg...masuk smc seminggu pun dah,bg ubat farmasipun dah, bebaru nih jd balik,cuma tak cuber lg mandi laut...minggu nih nak pi laut ler..

mrlan09 25-10-2010 03:30 PM

betul2 bawak pi berendam dlam laut 4...5..kali berendam INSYAALLAH sembuh,...atau pun bleh try ni....:))
pelik tapi benar....tepek duit syiling 1sen....kalau boleh duit yg lama kaler dia dah jadi gelap...
http://i956.photobucket.com/albums/a..._2009/1sen.jpg

Abu_sg.pelik 25-10-2010 06:17 PM

kalau ubat pun tak jalan ,pergi mandi kat air panas kat kolam air panas insya Allah mujarap.

aznor59 25-10-2010 06:21 PM

gi ajer GH nanti dia orang akan full treament untun pastikan tiada kudis..tak pun kalo nak senang gi ajer pakar kulit

zerovirus 25-10-2010 06:25 PM

Quote:

Originally Posted by fahmisyah5585 (Post 7671379)
bagus tt wat tajuk nih sbb anak2 saya sekrng mmg kena kudis buta,,,
mcm2 ubat dah bg...masuk smc seminggu pun dah,bg ubat farmasipun dah, bebaru nih jd balik,cuma tak cuber lg mandi laut...minggu nih nak pi laut ler..

mmg susah nak lega kalau kena kudis ni ...

bypass 25-10-2010 07:15 PM

kenapa orang panggil kudis buta?
Kudis celik ada ker?

rijal2009 25-10-2010 07:17 PM

sapu ubat biru atau kuning..tapi susah sikit nak cari.. kalau kena kurap letak ubat tu kejap je hilang..

bypass 25-10-2010 07:17 PM

Cari ubat 760.
Aku tak tau ubat ni ada lagi tak sekarang.

zerovirus 25-10-2010 07:20 PM

Quote:

Originally Posted by rijal2009 (Post 7673171)
sapu ubat biru atau kuning..tapi susah sikit nak cari.. kalau kena kurap letak ubat tu kejap je hilang..


ubat biru dan kuning tu .. ada lagi ke ?

fahmisyah5585 25-10-2010 08:47 PM

Quote:

Originally Posted by zerovirus (Post 7672797)
mmg susah nak lega kalau kena kudis ni ...

betul mmg susah nak baik kudis nih,saya dah mcm2 wat kat anak saya
ubat sapu kat farmasi dah beli siap dia bg ubat mandi tuk satu keluarga,pi hospital duk seminggu pun dah...basuh kain baju dgn air panas pun dah...nih nak cuber mandi air laut dulu pastuh jika tak ok gak mandi air panas tgk mana yg rasi...atau pi 2 2 sekali ker..

mohdridzuan® 25-10-2010 08:57 PM

Quote:

Originally Posted by juezairi (Post 7668871)
apa agaknya ubat untuk kudis buta
yer

ada yg pernah berpelangaman... jom kongsikan disini


:)

hohoho...duk asrama dulu bejangkit-jangkit penyakit ni,
memang seksa kalau kene,
tangan den benanah, bengkak2 sampai susah nak menulis,
time dah kronik, g klinik terus kene suntik.
memang bekesan la ubat suntik tu...ehehee

kalau pakai ubat kurap yang warna merah tu pun bekesan gak,
tapi kene tahan pedih la, memang azab kalau sapu ubat tu.
pengalaman pakai ubat kurap tu lepas sapu hari-hari,
dalam 2-3 hari dah kering :)

TT 25-10-2010 09:02 PM

ak kcik2 dlu pnh kena kudis buta ni sbb abg ak yg duk sek asrama balik berjangkit kt ak

solution terbaik yg pnh ak try..mmg xde parut lgsung..

cari daun gelenggang..kena usaha ckitla ni cri kt paya kot byk..daun tu rebus dgn garam ckit..mandi air die..pstu bilas mcm mandi biase

-yg penting kena pantang..snack lgsung jgn sentuh..ayam xbole makan..seafood xbole..telur bole cube makan klo nk kuning telur tu keluar kt kudis tu haha..pndai2la nk makan ape klo nk baik

-mmg msa ak kena dlu balik raya 2hari pun sminggu pas tu org kg call ckp bjangkit kt sana plak..mmg hantu betul la..time tu ak drjah 4,5 cmtu..berbulan2 ak makan berpantang..smpaila ade org ckp cr daun gelenggang ni..mmg pg amik injection kt klinik pn xbaik gk..pergh mmg seksa ak kena time tu

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:A...bJuwyPFUn7AOo=

TT 25-10-2010 09:07 PM

Quote:

Originally Posted by mohdridzuan® (Post 7673905)
hohoho...duk asrama dulu bejangkit-jangkit penyakit ni,
memang seksa kalau kene,
tangan den benanah, bengkak2 sampai susah nak menulis,
time dah kronik, g klinik terus kene suntik.
memang bekesan la ubat suntik tu...ehehee

kalau pakai ubat kurap yang warna merah tu pun bekesan gak,
tapi kene tahan pedih la, memang azab kalau sapu ubat tu.
pengalaman pakai ubat kurap tu lepas sapu hari-hari,
dalam 2-3 hari dah kering :)

btol la..tangan smpi xbole genggam :((..tahap serius ak kena dlu..inject pn xjln

mrlan09 25-10-2010 09:15 PM

Kudis Buta

Apa itu kudis buta?
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Perihal Sarcoptes Scabies :

* Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
* Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
* Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
* Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?
Kudis buta biasanya berkait dengan :

1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :

* Dicelah-celah jari.
http://www.infosihat.gov.my/penyakit...ge001_0016.jpg
Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari

* Tapak tangan
* Bahagian dalam pergelangan tangan

Kawasan-kawasan lain termasuk :

* Kawasan kemaluan.
* Punggung
* Sekitar pusat.
* Celah-celah ketiak.
* Siku
* Kaki dan buku lali.

Bagaimana ianya merebak?
Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:

* Sentuhan kulit ke kulit.
* Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

Apakah rawatan untuk kudis buta?
Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

* Losyen benzyl benzoate
* Krim gamma benzene hexachloride
* Losyen malathion

Dimana ianya disapu?

* Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
* Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.

Bagaimana ianya disapu?

* Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
* Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.

Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Pencegahan dari merebak kepada orang lain

1. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
2. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.


kredit to infosihat.gov.my

firdaus90 25-10-2010 09:17 PM

Quote:

Originally Posted by mohdridzuan® (Post 7673905)
hohoho...duk asrama dulu bejangkit-jangkit penyakit ni,
memang seksa kalau kene,
tangan den benanah, bengkak2 sampai susah nak menulis,
time dah kronik, g klinik terus kene suntik.
memang bekesan la ubat suntik tu...ehehee

kalau pakai ubat kurap yang warna merah tu pun bekesan gak,
tapi kene tahan pedih la, memang azab kalau sapu ubat tu.
pengalaman pakai ubat kurap tu lepas sapu hari-hari,
dalam 2-3 hari dah kering :)

adik beradik sy pun salu kene dulu..
abg kene kat asrama..
pas 2 berjangkit kat kami 1 famili..
1 hari 2,ade sorg makcik 2 gtau klo nak cepat sembuh pakai kapur..
ala,kapur yg org wat tuk masak 2..
ri 2 anak jiran saye kene kudis bernanah2 kat kepale die...
pas 2 mak suh mak die sapu kapur kat kpale budak 2..
Alhamdulillah,esoknye da kering kudis 2...
luse da hilang licin mcm biase..
klo xcaye,cube la..

mohdridzuan® 25-10-2010 09:22 PM

Quote:

Originally Posted by baru nak belajar (Post 7674013)
btol la..tangan smpi xbole genggam :((..tahap serius ak kena dlu..inject pn xjln

tau xpe, nasib baek aku x kene teruk sangat,
tapi xtahan kene inject tu, terus kebas separuh badan.

time kat asrama tu memang ramai2 la kene,
kalau dah baik pun anytime je boleh kene jangkit balik #:-S

mohdridzuan® 25-10-2010 09:24 PM

Quote:

Originally Posted by firdaus90 (Post 7674109)
adik beradik sy pun salu kene dulu..
abg kene kat asrama..
pas 2 berjangkit kat kami 1 famili..
1 hari 2,ade sorg makcik 2 gtau klo nak cepat sembuh pakai kapur..
ala,kapur yg org wat tuk masak 2..
ri 2 anak jiran saye kene kudis bernanah2 kat kepale die...
pas 2 mak suh mak die sapu kapur kat kpale budak 2..
Alhamdulillah,esoknye da kering kudis 2...
luse da hilang licin mcm biase..
klo xcaye,cube la..

kene kat kepala? pedih tu..
ok gak petua ni, senang nak dapat kapur tu :D

vwgti 25-10-2010 09:30 PM

kalau bebudak dok asrama yg kena kat celah kangkang tu org panggil kena songkla...songkla ni pasal tak jaga kebersihan, pakai underwear yg sama sampai 2-3 ari, sepatutnya sekali pakai jer pastu basuh....ni berbeza dgn kudis buta, adik ipar aku pun ada kena gak...kecik lagi - 3 taun pasal dia suka garu bila kn gigit nyamuk...bila dah garu tu, jadilaa kudis yg tak mo hilang tu...org2 tua cakap kena mandi air laut...kakak aku pun ada kena gak kecik2 dulu, bila dah besar sikit dia ilang mcm tu jer

lebih baik amik langkat pencegahan sblm terkena...bila anak dalam kandungan, pastikan siibu mengambil pemakan yg seimbang dari segi kandungan nutrisi makanan, so susah nak kena kudis buta...even kalau ada bekas garu budak tu pun, sekejap jer ilang pasal kulit tu dah mmg cantik dahh...senang nak ilang bila jadi apa2

juezairi 27-10-2010 09:46 AM

okie dah pegi pakar..dah naik satu badan...
minta injection dia x bg dia suruh sapu cream anti kudis jer

juezairi 27-10-2010 02:51 PM

Quote:

Originally Posted by mrlan09 (Post 7674084)
Kudis Buta

Apa itu kudis buta?
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Perihal Sarcoptes Scabies :

* Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
* Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
* Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
* Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walaubagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?
Kudis buta biasanya berkait dengan :

1. Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
2. tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
3. Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
4. Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan yang biasa dijangkiti
Tempat-tempat yang biasa ialah :

* Dicelah-celah jari.
http://www.infosihat.gov.my/penyakit...ge001_0016.jpg
Kudis buta yang menjangkiti kawasan dicelah-celah jari

* Tapak tangan
* Bahagian dalam pergelangan tangan

Kawasan-kawasan lain termasuk :

* Kawasan kemaluan.
* Punggung
* Sekitar pusat.
* Celah-celah ketiak.
* Siku
* Kaki dan buku lali.

Bagaimana ianya merebak?
Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:

* Sentuhan kulit ke kulit.
* Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

Apakah rawatan untuk kudis buta?
Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

* Losyen benzyl benzoate
* Krim gamma benzene hexachloride
* Losyen malathion

Dimana ianya disapu?

* Daripada bawah dagu hingga kehujung jari-jari kaki.
* Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.

Bagaimana ianya disapu?

* Ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
* Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.

Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

Pencegahan dari merebak kepada orang lain

1. Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
2. Rawat seluruh ahli keluarga serentak.


kredit to infosihat.gov.my

GOOD INFO ..TQ YER:)cgrock
TERPAKSA HANTAR ANAK KE TEMPAT ASUHAN..SBB BEKERJA

juezairi 28-10-2010 02:20 PM

agak2 lama x nak elok

GeeKaDoY 28-10-2010 09:49 PM

Just nak share..my kids dah kena last year...menderita 3 bulan sebelum pulih sepenuhnya..mula2 si kakak yg 2 tahun tuh jangkit dr rumah pengasuh..simptom awal naik biji2 kecik macam ruam kat badan dan gatal sgt2(sb tengok dia asyik tergaru2 ja)memang kesian sb masa tuh kami suami istri tak tau itu kudis buta sb memang tak pernah kena kudis ni dan beli ubat ruam kat farmasi ja tp tak sembuh pun..ditakdirkan Allah si kakak ni demam,so bawa la ke doctor dan dari situ doctor dpt detect tu kudis buta..malang tidak berbau kerana kudis itu telah pun menjangkiti adiknya yg berusia 7 bulan ketika itu..bila doctor dah cerita detail ttg kudis buta ni kami suami istri agak stress sb rasa mcam penyakit nih susah nak diubati..ambik masa nak sembuh sepenuhnya dan ia juga terlalu mudah berjangkit..perkara pertama yg kami buat ialah tak hantar lagi si kakak kat rumah pengasuh tu sb memang isteri saya mengesahkan kanak2 lain yg ada di situ memang jd kudis buta,mujurlah perkara ni terjadi dlm bulan disember, so my wife mmg cuti sekolah dan anak2 ada di rumah,kami guna ubat sapu anti kudis buta sapu 3 malam berturut2 dan siang guna krim fobancort keluaran syarikat HOE.. tp sebelum jumpa 2 jenis ubat ni, byk juga cara yg kami try tp tak berkesan..yg 2 nih mungkin serasi dengan anak saya dan kini telah pulih sepenuhnya...memang cadar,selimut, baju kena ganti selalu dan jemur pakaian yg di basuh di tengah terik matahari, pengudaraan di rumah biarlah terbuka..kami juga bawa anak2 mandi air laut 2 minggu sekali..dalam 3 bulan dah lega...si adik yg 7 bulan tuh jd lagi teruk dr kakak sb ada nanah,kakak cuma mcam ruam ja walaupun kakak yg mula dijangkiti,mungkin sistem pertahanan badan si adik masih lemah..syukur kini kami telah bebas...:):)

Jika anak anda dijangkiti,cepatlah rawat kerana ia mudah merebak dan akan menjadi semakin teruk jika dibiarkan..

musashibest 29-10-2010 03:29 AM

bahaya jugak ni kudis buta..

Megat Sri Rama 29-10-2010 05:29 AM

ubat paling mujarab : brotowali.

aku dah tak ingat macam mana penyediaannya, tapi bapak aku cuma buat sekali dan dah tak berkudis sampai tua.

mana nak cari? haha... dulu kat rumah arwah atuk aku ada pokoknya, tapi sekarang rumah arwah pun dah takde.

miecs 29-10-2010 05:33 AM

guna je benzyl benzoid tu...cari kat klinik kerajaan...mmg mujarab...tapi ingat telur dia akan menetas balik lepas 3-4 bulan...kemudian sapu lagi sekali....sampai lah bila2...kenapa???? sbb dia ada berjuta2 dlm rumah tu ....haha...repeat je lah....

juezairi 29-10-2010 10:12 AM

yer ker ..
anak dah kena 1 bdn
dah kering tapi dia menggaru sampai darah
sapu lotion kudis pon bukan senang..aduhai kesian tengok kulit dia

satanic 29-10-2010 12:43 PM

p cr kat kedai ubat cina..nama dia imbi..kaler pink..baguih gak utk kudey buta..


All times are GMT +8. The time now is 05:15 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.