CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Automotive (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=101)
-   -   ` Tulunn - Kipas Aircond Tak Pusing [Kes Selesai] (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=170992)

tebbaloi 04-09-2010 10:02 AM

Quote:

Originally Posted by alkbar (Post 7279928)
owh sori kipas aircond yer..ingatkan kipas radiator td..huuu...ok xpe suh dia check wiring dulu sebelum declare kipas aircond ok.

ok ok .. noted :D

crkb 04-09-2010 10:07 AM

Quote:

Originally Posted by tebbaloi (Post 7279907)
masa keta stop temp normal bos.. hehe dah tau blower dashboard yg prob bos..

kalu ada pic DIY kan senang.. aku takut lak nak bukak² ni karang jadi lain pulak :(( :((

Temp bukan bererti aircond okay @ rosak...tu temp untuk cooling system (Radiator)...cerita lain tu boss...
RAsanya dah pasti blower tu problem.Try tgk connection.Kalau connection tak berapa elok, agak merbahaya.Blh jadi spark tuh.Kena tukar connector tuh.Kalau blower rosak, rasanya tak susah sangat nak tukar...
Selamat mencuba...

zamreda 04-09-2010 10:14 AM

Quote:

Originally Posted by crkb (Post 7279967)
Temp bukan bererti aircond okay @ rosak...tu temp untuk cooling system (Radiator)...cerita lain tu boss...
RAsanya dah pasti blower tu problem.Try tgk connection.Kalau connection tak berapa elok, agak merbahaya.Blh jadi spark tuh.Kena tukar connector tuh.Kalau blower rosak, rasanya tak susah sangat nak tukar...
Selamat mencuba...

mmg temp utk radiator...tapi radiator dgn cooling coil tu kongsi satu kipas....
temp tu sbg penunjuk jika kipas radiator/cooling coil tak pusing..
klau temp naik dgn airkon tak sejuk something wronglah dgn kipas tu..

MrMama 04-09-2010 10:23 AM

Sumber:klik sini

Full Story
Sistem Penghawa Dingin Kereta (AirCond)

Sistem Penghawa Dingin Kereta (AirCond Kereta) berfungsi untuk menyejukkan suhu dalaman kereta. Sistem operasinya adalah menggunakan sejenis gas yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar ialah R134 / R134A yang dimampatkan oleh compressor.

Gas tersebut akan dialirkan melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta. Blower yang ditugaskan untuk menyejukkan akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk.

Selepas itu gas tersebut perlu disejukkan kembali dan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut.

Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.


Bilakah dan Apakah yang mekanik lakukan untuk penyelengaraan sistem penghawa dingin kereta anda.

Sistem aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali ataupun sekurang-kurangnya 5 tahun sekali. Selain faktor jangkamasa sistem penghawa dingin kereta anda perlu diselengara sekiranya terdapat tanda-tanda seperti berikut :-

1. Enjin kereta terasa terlalu berat apabila suis aircond dihidupkan
2. Suhu aircond tidak stabil (ada masa sejuk dan ada masa panas)
3. Terasa angin panas keluar dari corong aircond
4. Apabila aircond dihidupkan kipas radiator tidak berpusing atau berpusing dengan perlahan (tidak laju).

Apakah yang dilakukan mekanik untuk proses selengaraan sistem aircond kereta (Servis Aircond Kereta)-
1. Memeriksa kandungan gas aircond. Sekiranya berkurangan ianya perlu ditambah. Dua jenis gas yang digunakan iaitu jenis R134 atau R134A. Kedua-dua jenis gas tersebut adalah diluluskan oleh Jab Alam Sekitar Malaysia.
2. Cucian atau membersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian sistem aircond seperti cooling coil , condenser dan sebagainya.
3. Memeriksa tahap pencapaian aircond compressor, tabung gas aircond (receiver dryer) – Samaada masih baik atau terdapat sebarang kerosakan atau kekotoran.
4. Pemeriksaan motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dengan baik ataupun sudah tidak berfungsi dengan baik (berputar secara perlahan)
5. Mekanik akan menasihat anda untuk menukar barangan-barangan yang dirasakan tidak sesuai digunakan lagi kerana kualiti barangan tersebut. Jadi periksa betul-betul dan minta penjelasan mengenai barangan yang dikatakan tidak sesuai atau tidak boleh digunakan lagi.
Kebiasaannya selepas aircond anda diservis, kereta anda akan lebih selesa dengan udara segar dan enjin kereta anda akan terasa ringan dari sebelumnya (Semasa aircond dihidupkan)
Kos servis
Sekiranya perkakasan system aircond berada didalam keadaan baik, cuma pembersihan habuk-habuk dan tambahan gas yang sudah berkurangan kos nya antara RM 30 – RM80. Bergantung pada sesebuah kedai.
Sekiranya perkakasan (part) rosak caj tambahan dikenakan mengikut jenis kerosakan antaranya
- Reciever Dryer (RM 50 -60)
- Expansion valve
- Cooling coil
- Condenser
- Compressor
- Moto Kipas aircond radiator – RM 140 – RM100 (baru)
Sila semak terlebih dahulu harga-harga barangan sebelum pengantian dilakukan bagi mengelakkan kos yang tinggi. Sebaik-baiknya minta penerangan yang jelas sekiranya mekanik anda menyatakan sesuatu barang perlu ditukar.

Tanda kerosakan dan panduan pemeriksaan.

1. Angin panas atau aircond tidak sejuk.

Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan.

- Periksa kandungan gas aircond dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircond (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Sekiranya buih kelihatan, bermaksud gas masih ada. Maka kerosakan bukan disebabkan kebocoran.

- Hidupkan enjin dan aircond kereta anda. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak atau bergerak dengan perlahan ini membawa maksud kipas itu rosak dan perlu di tukar. Angaran Kos moto kipas tersebut adalah RM100 – RM130 bagi kenderaan jenis proton (Wira,Satria). Sebaik-baiknya anda membeli dan memasangnya sendiri bagi mengurangkan kos kerana pemsangan motor tersebut adalah mudah dilakukan.

- Sekiranya kipas bergerak laju dan aircond masih terasa tidak sejuk, biarkan aircond terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircond. Sekiranya ternampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airond masih tidak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan dicadangkan buat service aircond sekaligus.



2. Aircon tak cukup sejuk.

- Perkara sebegini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircond diservice. Sebenarnya tiada kerosakan kerana suhu aircond di kawal oleh satu suis yang menghidupkan dan mematikan aircon kita secara automatik. Minta mekanik laraskan suis ini supaya aircond lebih lama dihidupkan.


3. Dalam perjalanan jarak jauh, selepas beberapa ketika, aircon tidak sejuk.

- Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircond tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau terjadi ketulan ais hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang menyejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya masih berlaku lagi, bermaksud, injap atau suis aircond anda perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

5. Angin aircond berbau busuk.
- Ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircond kereta anda atau aircond anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6.Asap putih keluar
- Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adalah seperti di '3'.

7. Corong keluar angin aircon berminyak.
- Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.

8. Cadangan
- Aircond di servis setiap setahun setengah atau dua tahun atau sekurang-kurangnya 3 tahun. Untuk perjalanan jauh di highway, elakkan pelarasan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil.



Sumber Rujukan – Mekanik Air Cond Service, Glenmarie Shah Alam

Toxic2010 04-09-2010 10:25 AM

Carilah kedai aircond yang berdekatan..
time dekat raya harga membunuh..
Nasihat aku survey dulu kedai repair aircond..
baru buat keputusan nak repair..
kalau ada member yg ada kedai repair lagi elok..

lanst 04-09-2010 10:34 AM

kipas apa yg x pusing? Bhgn dlm atau luar? Kalu luar angran dlm rm120-rm180 je...kalu kipas dlm,lnsung x pusing atau speed 1,2,3 shj x fungsi? Kalu suma x fungsi, check fius dulu..klu fius burn, cuba tukar fius yg sm amp. On burn jugak fan motor rosaklah tu...kalu kipas pusing speed 4 aje,ada 1 brg yg rosak, sm fungsi ngan regulator kps dlm rumah kita...x silap sy nm brg tu speed regulator...hrg dlm rm100..tp tu pun kalu tt pndai godek sndri la..kalu anta kedai sdiakanla rm3-4rts...

tebbaloi 04-09-2010 11:36 AM

thanks mr mama sebab bagi link :)

tebbaloi 04-09-2010 11:37 AM

Quote:

Originally Posted by Toxic2010 (Post 7280025)
Carilah kedai aircond yang berdekatan..
time dekat raya harga membunuh..
Nasihat aku survey dulu kedai repair aircond..
baru buat keputusan nak repair..
kalau ada member yg ada kedai repair lagi elok..

ermm ok.. hari ni survey, besok aku decide nak g mana.. :-?

tebbaloi 04-09-2010 11:38 AM

Quote:

Originally Posted by lanst (Post 7280063)
kipas apa yg x pusing? Bhgn dlm atau luar? Kalu luar angran dlm rm120-rm180 je...kalu kipas dlm,lnsung x pusing atau speed 1,2,3 shj x fungsi? Kalu suma x fungsi, check fius dulu..klu fius burn, cuba tukar fius yg sm amp. On burn jugak fan motor rosaklah tu...kalu kipas pusing speed 4 aje,ada 1 brg yg rosak, sm fungsi ngan regulator kps dlm rumah kita...x silap sy nm brg tu speed regulator...hrg dlm rm100..tp tu pun kalu tt pndai godek sndri la..kalu anta kedai sdiakanla rm3-4rts...

dalam dashboard. so far regulator ok. fan moto berapa harga dia bro?

alkbar 04-09-2010 11:51 AM

Quote:

Originally Posted by zamreda (Post 7279932)
aper kena airkon dgn radiator nie?..:-?:-?:-?

sori tersalah tadi ingatkan kipas radiator rosak..rupanya kipas aircond..mcm kete aku kipas aircond dgn kipas radiator asing2..wira aku xpasti la..

ade kaitan bro..kalo kipas dia asing2 la..kipas aircon pun akan sejukan radiator jugak.dgn sedut angin dari luar melalui liang2 radiator jugak..at least boleh la menyejukkan radiator walaupun kipas aircond x besar mcm kipas radiator.boleh juga melambatkan proses pemanasan radiator..


All times are GMT +8. The time now is 08:27 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.