CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Health, Beauty, Wellness Products (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=282)
-   -   Produk Kelapa Sawit Dapat Pengiktarafan "US Patented Formulation" (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=161046)

syahrizal 01-08-2010 01:10 AM

http://i977.photobucket.com/albums/a...um/zurinah.jpg

Ketua Jabatan Biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Wan Zurinah Wan Ngah.



KELAPA SAWIT PENAWAR KENSER HATI

KANSER hati atau kanser hepar merupakan salah satu kanser yang paling sering ditemui dengan kadar 250,000 hingga sejuta pesakit setahun.

Berbanding negara Barat dan negara maju yang lain, Asia Timur serta Asia Tenggara mencatatkan jumlah pesakit tertinggi.

Situasi itu menjadikan usaha untuk mencari penawar kepada penyakit ini agak lesu kerana kajian lebih tertumpu ke arah mencari penyelesaian penyakit kanser yang lain seperti kanser payu dara, kanser tulang dan kanser kulit.

Bagaimanapun faktor itu memberikan kesedaran kepada Ketua Jabatan Biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Wan Zurinah Wan Ngah untuk 'bertapa' dalam makmalnya selama lapan tahun bagi mencari penawar kepada penyakit kanser hati yang menjadi masalah besar kepada masyarakat Asia.

Hasil usaha keras selama lapan tahun itu akhirnya membuahkan kejayaan apabila beliau berjaya membuktikan sigma tokotrienol yang terdapat dalam vitamin E dalam minyak kelapa sawit ('palm vitee) mampu mengurangkan proses keterukan barah hati.

Ia merupakan pertemuan pertama seumpamanya di negara ini.

Pertemuan ini dibentangkan semasa menyampaikan syarahan perdana sempena pelantikan ke jawatan profesor bertajuk 'Kesan Perlindungan Vitamin E Kelapa Sawit Ke Atas Kanser Hepar' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sigma tokotrienol merupakan satu daripada lapan jenis vitamin E. Jenis vitamin E ini mempunyai taburan yang luas dalam tumbuhan umum, tetapi kurang dalam minyak sayuran kecuali minyak kelapa sawit.

Justeru itulah, kajian di makmal ini ditumpukan kepada sigma tokotrienol (sejenis tokotrienol yang terbanyak dalam kelapa sawit) dan perbandingan juga dilakukan dengan sejenis lagi vitamin E yang dikenali sebagai alfa tokoferol.

Kajian ke atas vitamin E dan kanser telah banyak dilakukan dengan menggunakan model haiwan dan kajian epidemiologi.

Dalam konteks ini, pelbagai jenis kanser telah dikaji termasuk kanser oral, gaster, kolon, pankreas, hati, kulit dan payu dara.

Bagaimanapun, sebelum ini, kajian yang dilakukan adalah menggunakan alfa tokoferol sebagai sumber vitamin E.

Di Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) sigma tokotrienol dikenal pasti sebagai sumber vitamin E untuk menghalang pembentukan sel barah payu dara.

Dalam melengkapkan kajian, Prof. Wan Zurinah menggunakan dua kaedah kajian praklinikal digunakan iaitu 'in vitro' dan 'in vivo'.

Kajian 'in vitro' melibatkan kajian luaran di mana keberkesanan sigma tokotrienol terhadap sel kanser hati diuji dalam bekas kultur.

Kaedah 'in vivo' pula melibatkan penyuntikan sel barah ke dalam haiwan kajian iaitu tikus dan kemudiannya diberikan suplimen sigma tokotrienol.

Hasil kajian mendapati dengan dos rendah 30 mg/kg diet, alfa tokotrienol dapat mengurangkan keterukan proses keterukan barah hati dan lebih berkesan lagi jika suplimentasi dimulakan awal iaitu serentak atau empat minggu selepas barah dikesan.

Jika pembentukan kanser telah berkembang, pengambilan vitamin E ini kurang memberi kesan perlindungan. Bagaimanapun kesan perlindungan akan lebih ketara apabila pengambilan vitamin diteruskan sehingga sembilan bulan.

Menurut Prof. Wan Zurinah, hasil daripada penemuan ini telah membuahkan kepada penyelidikan-penyelidikan lain yang berkaitan.

Antaranya menurut beliau ialah melihat kesan Vitamin E ini ke atas manusia terutama mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk menghadapi penyakit kanser hati seperti pesakit hepitatis B kronik.

Katanya, ini akan melibatkan kajian 'Nutrition intervention trials' yang selalunya melibatkan perbelanjaan yang sangat besar dan masa yang lama.

Di samping itu katanya, kajian lain yang boleh dilakukan ialah untuk melihat keperluan harian (RDA) vitamin E untuk orang normal dan pesakit.

http://utusan.com.my/tokotrienol

syahrizal 01-08-2010 01:24 AM



Rahsia Sawit - Mampu Bunuh Sel Kanser Payu Dara

Kanser payu dara merupakan penyakit yang paling digeruni oleh golongan wanita lebih - lebih lagi apabila kajian mendapati seorang daripada 19 wanita Malaysia menghadapi risiko menghidapi penyakit maut itu jika mereka tidak mengambil langkah - langkah pencegahan. Biarpun kesedaran mengenai penyakit tersebut kian meningkat menerusi pelbagai kempen dan aktiviti, jumlah kes penyakit tersebut dilihat tidak menunjukkan sebarang pengurangan. Ini berkemungkinan kerana sebahagian besar daripada golongan wanita kerjaya kadangkala terlalu sibuk untuk mengambil langkah - langkah penjagaan kesihatan. Merujuk kepada pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati, pemeliharaan kesihatan sepatutnya bermula lebih awal dan bukannya setelah seseorang itu dikesan menghidapi penyakit.' Selain pemeriksaan sendiri payu dara, pemakanan dan gaya hidup yang sihat merupakan asas utama di dalam penjagaan kesihatan seseorang wanita.

Jangkitan

Pengambilan vitamin atau pemakanan tambahan juga tidak harus diabaikan kerana sumber vitamin dapat menghalang atau mengurangkan risiko jangkitan penyakit - penyakit tertentu.

Golongan wanita kini mungkin boleh menarik nafas lega kerana Tocovid SupraBio mampu membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit terutamanya kanser payu dara. Seorang pakar endocrinologi dari Amerika Syarikat (AS), Prof. Paul W. Sylvester dalam kajiannya mendapati ekstrak kelapa sawit iaitu tocotrienol berupaya membunuh sel - sel kanser terutamanya sel kanser payu dara. "Tocotrienol merupakan salah satu daripada bahan yang terkandung di dalam vitamin E dan sangat baik untuk kesihatan. Ia dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, barah, meningkatkan sistem immunisasi dan mempunyai fungsi pengantioksidaan." katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar mengenai penemuan tocotrienol sebagai salah satu bahan yang menghalang jangkitan kanser payu dara di Kuala Lumpur baru - baru ini.

Sylvester berada di Malaysia kerana menghadiri Kongres Antarabangsa Minyak dan Lemak 2004 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung pada 29 September hingga 2 Oktakber.

Beliau merupakan seorang professor Farmakologi di University Louisiana, Monroe, AS. Sylvester aktif menjalankan kajian untuk Persatuan Kanser Amerika, Institut Kanser Amerika dan Institut Kajian Kanser Amerika. Pengkhususan kajian beliau ialah mengenai hubungan di antara hormon dan khasiat tertentu pada pesakit barah buah dada. Jelasnya, pengambilan Tocovid Suprabio tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada mereka yang normal dan ingin mengawal daripada terkena kanser mahupun penghidap kanser tersendiri.

"Umumnya penyerapan vitamin E yang terdiri daripada tokoferol dan tokotrienol oleh badan adalah rendah. Ini menjadiakn pengambilan vitamin E dari pemakanan tambahan harian dan sumber makanan tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana penyerapan yang terhad," kata Sylvester. Penemuan terbaru penyerapan tokotrienol melalui sistem suprabio mampu meningkatkan fungsi tokotrienol kepada badan di antara 200 hingga 300 peratus.

Bergantung

Ini menjadikan produk tokotrienol lebih berkesan daripada vitamin E sebanyak 40 hingga 60 kali ganda. Pengarah Urusan Hovid dan Carotech Bhd, David Ho berkata, setiap kapsul tocovid suprabio adalah bersamaan dengan satu gelas minyak kelapa sawit asli. Hovid dan Carotech Bhd merupakan pengeluar tocovid suprabio. Ditanya berapakah usia yang sesuai bagi seseorang wanita untuk memulakan pengambilan tocovid suprabio, Sylvester menjawab ia boleh nermula seawal gadis mula kedatangan haid.

"Bagaimanapun, seseorang wanita tidak seharusnya hanya bergantung kepada tocovid suprabio dan mengabaikan penjagaan kesihatan dari aspek lain dalam usaha menghalang kanser payu dara," jelas beliau.

Sylvester menambah tabiat merokok, pengambilan minuman keras yang berlebihan dan gaya hidup yang tidak sihat perlu dijauhkan untuk memastikan Tocovid Suprabio dapat membantu menghindari penyakit dengan lebih berkesan.

Tocovid Suprabio boleh didapati di farmasi - farmasi terkemuka di seluruh negara.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai Tocovid Suprabio, anda boleh melayari laman web pengeluarnya di http://www.hovid.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

News & Headlines - Bahasa Malaysia
Written by Utusan Malaysia
Tuesday, 19 October 2004 00:00

http://tinyurl.com/29oz9gs

syahrizal 01-08-2010 02:11 AM


http://hovidpure.com/bm/article01_palm_oil.html

syahrizal 01-08-2010 02:20 AM


Adakah anda dapati bahawa rambut anda gugur dengan banyak semasa menyikat rambut? Atau adakah rambut anda semakin kurang padat dan anda dapati terdapat banyak rambut yang telah gugur di bilik mandi selepas mandi? Semua ini mungkin merupakan tanda-tanda anda mengalami masalah pengguguran rambut..

Baru-baru ini, satu penyelidikan telah dijalankan di Pusat Pengajian Farmaseutikal Sains , Universiti Sains Malaysia dan ia telah menunjukkan bahawa Tocotrienol yang terdapat dalam Ageless Bio-Optima menolong untuk mencegah pengguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.


Dalam penyelidikan tersebut, para sukarelawan telah diminta untuk mengambil satu kapsul gelatin lembut Ageless (mengandungi 50mg tocotrienol) dua kali sehari selepas makan. Setelah menjalankan penyelidikan selama 8 bulan, kebanyakan subjek menunjukkan keputusan yang memuaskan. Di bawah merupakan gambar yang telah dipilih dan diambil daripada 2 orang sukarelawan yang telah melalui penyelidikan ini.

Memandangkan penyelidikan ini berjaya, baru-baru ini 'United States Patent and Trademark Office' telah memberi paten kepada Ageless Bio-Optima sebagai satu formulasi yang menggalakkan pertumbuhan rambut dan mencegah pengguguran rambut. Oleh itu, jagalah rambut anda dengan baik dan amalkan tabiat pemakanan yang sihat bersama dengan Ageless Bio-Optima untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan semula jadi!

http://hovidpure.com/bm/article05_hair_growth.html

julzen 01-08-2010 03:25 PM

menarik info nie.... tp harga tuh kurang mampu lg.

syahrizal 01-08-2010 06:38 PM


Untuk maklumat anda, 1 softgel ageless diestrak bersamaan dengan satu gelas minyak kelapa sawit asli.

Merujuk gambar diatas, selaluny minyak tidak akan bercampur dengan air..? Dengan teknologi terkini sekarang Ageless mampu menyerap & bercampur didalam air.

Ini membawa maksud, tubuh badan manusia mempunyai 80% cecair(darah). Minyak (tokotrienol) akan MENYERAP ke semua sel2 badan manusia untuk merawat sel2 yang bermasalah.
Kerana segala penyakin berpunca drpd DARAH.

Sebenarny pengambilan ageless tiada terhad, jikalau anda berkemampuan, anda boleh mengambil lebihan softgel dlm satu hari.

Logikny dapat dilihat kita mengambil minyak hari2, tetapi didlm bentuk gorengan seperti ayam goreng, nasi goreng dan sebagainya.
Itu adalah minyak yang TIDAK SIHAT.

Setakat ini banyak testomoni dr pengguna yg diterima. Dr maslah yg kecil sehingga masalah yg besar. Dr masalah migrin hingga ke masalah kencing manis(hampir tahap potong kaki)

Ini menjadikan produk minyak sawit(tokotrienol) lebih berkesan daripada vitamin E sebanyak 40 hingga 60 kali ganda.

syahrizal 01-08-2010 06:48 PM


Perlu di ingat kumpulan Tocotrienols juga terdapat pada bahan2 yang lain. Akan tetapi Tocotrienols didalam kelapa sawait adalah TERBAIK.

http://www.scienceinafrica.co.za/2005/september/carotino.htm

syahrizal 02-08-2010 01:10 PM

http://i977.photobucket.com/albums/a...bum/mcoba3.jpg

http://i977.photobucket.com/albums/a...lbum/mcoba.jpg

http://i977.photobucket.com/albums/a...bum/mcoba2.jpg


Seisi Bicara Kesihatan (AGELESS™) Bersama HOVID BERHAD Oleh
Mr Tony Ng (General Manager) Hovid Marketing
Tarikh: 03 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 3pm-6pm
Tempat : Bangunan MCOBA , Jln Syed Putra Kuala lumpur.
HUBUNGI SEGERA, TEMPAT TERHAD...!!!
0102212334 SYAHRIZAL

syahrizal 02-08-2010 04:00 PM



Pelbagai anugerah telah dikurniakan kepada Hovid Bhd kerana berjaya menghasilkan AGELESS™, diantaranya ialah :

- Anugerah dari MITI (Minitry of International Trade and Industry) pada tahun 2004, Anugerah Khas untuk produk cemerlang (Produk Inovatif). Sila rujuk sini

- Ageless adalah keluaran Malaysia dan diiktiraf Halal oleh JAKIM. Sila rujuk sini

- Mendapat anugerah Praktik Pengeluaran Baik (GMP - Good Manufacturing Practice). Sila rujuk sini

- Ageless mendapat kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan pendaftaran bernombor MAL05061561XC. Sila rujuk sini

- Selain dari itu, Ageless di PATENKAN di Amerika Syarikat dengan no paten 6,596,306 B1. Sila rujuk sini

- Lesen syarikat jualan langsung dr KPDNKK. Sila rujuk sini

"Gunalah Ageless tanpa ragu-ragu untuk mengekal dan merawat kesihatan semua"

http://hovidpure.com

syahrizal 02-08-2010 04:08 PM

http://www.youtube.com/watch?v=HJaQe...layer_embedded

HOVID BERHAD mempunyai Saintis dan RND sendiri di Universiti Sains Malaysia (USM).


All times are GMT +8. The time now is 12:02 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.