CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=99)
-   -   Ilmu PEMIKAT dari cabang ilmu PENGASIH (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=159865)

usop 07-08-2010 12:22 AM

tulisan dan ejaan rumi sgt berbeza dgn ayat quran sebenar...

aniqhamizan 07-08-2010 12:56 AM

Petikan dpd www.darulsyifa.org/ As-Syifa' Melaka.



MENTERA, JAMPI DAN SERAPAH: HUKUM KETIGA2 PERKARA INI..


SOALAN


Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Pant Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?


JAWAPAN


Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga tertunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu mengikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia. Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, mengharapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membebankan pesakit.


Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang diakui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.


Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab sebagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-kadang amat digalakkan.


Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.


Adapun menjampi seseorang itu dengan menggunakan bahasa khusus seperti Jawa, atau bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diharuskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui maknanya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT. Jangan ada sebarang tafsiran yang boleh membawa syirik.


Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa. Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar dan bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.


Saya sendiri sememangnya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus. Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.


Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.


Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya) : “Dan Kani turunkan


dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ , ayat 82)


Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.


Oleh itu maka ulama bersependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggunakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharuskan, kadang-kadang digalakkan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:


Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.


Kedua, boleh menggunakan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percanggahan dengan syarak.


Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebenarnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.


Oleh itu saya suka menjelaskan, jika sudah ternyata al-Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?


Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.


WalLah hu a’lam. Petikan, www.darussyifa.org/Harakah

Maklumat lanjut tdpt di sini.. AS-SYIFA' MELAKA

aniqhamizan 07-08-2010 12:58 AM

Artikel ini juga adalah dari AS-SYIFA' MELAKA



PERBEZAAN ANTARA JAMPI, MENTERA DAN SERAPAH:


Artikel pada kali ini akan membawa para pembaca mengetahui erti jampi, mentera dan serapah serta perbezaan antaranya. Masyarakat Melayu dan masyarakat lain di asia amat sinonim dengan jampi, mentera dan serapah baik dalam rawatan penyakit malah ia menjadi amalan dalam masyarakat dahulu kala. Jampi, mentera dan serapah sebenarnya telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Malah kaedah pengubatan menggunakan jampi telah wujud sejak zaman jahiliyyah lagi. Konsep kepercayaan kepada 'semangat' dan roh jahat serta animisme merancakkan lagi penggunaan jampi, mentera dan serapah dimana melalui penggunaannya menunjukkan bahawa manusia perlu bergantung kepada kuasa luar yang dikatakan dapat membantunya.


Jampi merupakan susunkata yang dipercayai dapat memberi kesan keatas perkara tertentu yang dihajati. Contohnya untuk menyembuhkan penyakit, air, minyak atau bahan tertentu yang dijampikan dan digunakan sama ada dengan menyapukan ketempat yang sakit atau dimandikan untuk menyembuhkan penyakit. Jampi juga digunakan oleh orang dahulu kala dalam melakukan amalan harian seperti ketika mandi, ketika menyikat rambut, ketika keluar rumah dan sebagainya sama ada bertujuan untuk kecantikkan, keselamatan dan sebagainya.
Berikut diperturunkan contoh jampi bagi tujuan pengasih:-


"Hey panah ranjunaku

Panah ke langit langit runtuh
Ku panah ke bumi, bumi tembus,
Ku panah ke laut, laut kering
Ku panah hati engkau,
Hancur lebur mabuk kasih sayang padaku
Berkat doa La ilaha iLlah
Muhammadu 'r-Rasulullah".


Jampi diatas merupakan salah satu contoh jampi yang mengandungi unsur-unsur Islam. Malah terdapat penggunaan kata La ilaha iLlah, ungkapan bismillah, sebutan nama Allah, malaikat dan sebagainya menunjukkan adanya pengaruh Islam diadunkan dalam jampi tersebut sedangkan sebelum kedatangan Islam jampi yang diungkapkan tidak langsung menggunakan ungkapan tersebut sebaliknya menggunakan perkataan yang kadangkala tidak difahami. Sungguhpun jampi diatas diakhiri dengan kalimah tauhid kepada Allah, ianya bukanlah membuktikan jampi tersebut dapat diterima di sisi syara'.


Terdapat jampi yang mengaitkan dengan kalimah-kalimah tertentu yang tidak difahami, nama-nama yang tidak pernah diketahui, ungkapan lucah dan jahat dan diakhiri dengan kalimah tauhid jelas menunjukkan jampi tersebut menyimpang dari hukum syara'. Malah penggunaannya juga yang bertujuan tidak baik merupakan satu bentuk tujuan yang amat bertentangan syara'.


Sebuah hadis rasulullah jelas menunjukkan keharusan penggunaan jampi selagi mana ia bertujuan kebaikan serta menggunakan bahasa yang difahami dengan tidak mengandungi perkara dan perbuatan syirik kepada Allah. Auf bin Malik berkata, kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliyyah dahulu lalu kami bertanya: "Wahai rasulullah apakah pendapat kamu tentang perkara ini ?" Baginda menjawab: " Kemukakan padaku mentera kamu itu. Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik".


Setiap masyarakat mempunyai kepercayaannya tersendiri termasuk dalam penggunaan jampi. Orang kristian mempercayaai penggunaan bible dapat menyembuhkan penyakit yang diakibatkan oleh rasukan jin, demikian juga dengan golongan hindu dan budha yang turut mempunyai jampi tertentu dalam menanggani masalah seharian.


Masyarakat orang asli, masyarakat eskimo di kutub utara turut mempunyai ritual dan jampi mereka sendiri dalam menghadapi masalah. Kesemua jampi ini dihukumkan harus selagimana ia tidak menyandarkan kesembuhan dan keberkesanan jampi selain Allah disamping penggunaan bahan yang halal, perkataan yang difahami tidak mengandungi ungkapan yang menyekutukan Allah serta tidak juga menggunakan perkataan lucah atau apa-apa nama mahupun sebutan yang tidak difahami maksudnya. Jampi juga boleh digunakan dalam apa-apa bahasa sekiranya bahasa tersebut difahami maksudnya serta tidak bercanggah dengan perkara diatas.


Atas dalil daripada hadis diatas, dapat disimpulkan bahawa jampi adalah harus disisi syara' sekiranya ia mempunyai ciri-ciri yang disebutkan diatas sebaliknya adalah haram disisi syara' sekiranya ia menggunakan ungkapan yang berikut:-


1. Menyebut perkataan yang tidak difahami maksudnya kerana dibimbangi perkataan yang digunakan merupakan kata-kata penyekutuan kepada Allah.
2. Memuja nama-nama jin dan syaitan mahupun nama-nama sembahan berhala
3. Menggunakan kata-kata lucah dan nista
4. Menggunakan bahan-bahan yang diharamkan seperti darah dan sebagainya serta sembelihan yang bukan kerana Allah.
5. Menyakini adanya kuasa lain selain Allah dalam menjayakan permintaan.
6. Penggunaan jampi dalam perkara kejahatan


Beberapa keterangan daripada hadis telah menjelaskan keharusan menjampi dengan bersandarkan kaedah yang dibenarkan syara' malah jampi juga turut boleh digunakan dengan menggunakan ayat al-Quran sebagaimana yang dijelaskan melalui kisah Abu Hurairah yang pernah menjampi ketua kampung yang disengat binatang berbisa dengan menggunakan al fatihah.


Setelah dirujuk kepada rasulullah, baginda membenarkan tindakan Abu Hurairah dan meminta sebahagian daripada upah yang diberikan. Keharusan jampi ini juga dapat dilihat pada sebuah hadis dimana Abdullah b. Masud ia berkata ketika rasulullah S.A.W sedang bersolat, ketika sujud jari baginda telah disengat oleh seekor kala jengking. Lalu rasulullah s.a.w berkata:" Allah melaknat kala ini, juga dilaknat oleh nabi dan tidak pada yang lain. Kemudian baginda berdoa pada sebuah mangkuk yang berisi air dan garam. Baginda meletakkan tempat yang kena sengat dalam air garam dan membacakan Qul huwa' Llahu ahad dan al-mu' awwizatain sehingga sembuh.


Ulama' sepakat menyatakan keharusan menjampi terutamanya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Ulama' meletakkan taraf jampi seperti berikut:-


1. Menjampi dengan menggunakan ayat al-Quran dan doa para nabi yang terdapat di dalam al-Quran. Inilah yang terbaik
2. Menjampi dengan menggunakan jampi dan doa yang bersumber daripada hadis nabi s.a.w
3. Menjampi dengan menggunakan jampi atau doa-doa yang diamalkan oleh salafussoleh
4. Menjampi dengan menggunakan jampi yang difahami maksudnya dimana ianya mestilah menepati syarat berikut:
a) Jampi yang digunakan hendaklah tidak menyekutukan Allah
b) Jampi yang digunakan tidak memuja nama-nama jin dan syaitan atau apa sahaja nama-nama kerana dibimbangi ianya nama-nama berhala.
c) Jampi yang digunakan tidak menggunakan sebutan yang langsung tidak difahami manusia
d) Jampi yang digunakan tidak mengandungi kata-kata lucah, nista serta pembohongan.
5. Menyakini hanya Allah sahajalah yang memberi bekas atas setiap perbuatan

Maklumat lanjut sila rujuk.. AS-SYIFA' MELAKA

pok wang 07-08-2010 01:25 AM

alaaa...mat black dtg malaysia pikat aweks guna ayat manis jer..cair aweks melayu...ahaksss

piracy_agen 07-08-2010 02:01 AM

bro bwk jumpe 3-4 ustaz dlu bende cam ni .. kalau bende ni berdasarkn pndapat n kajian pribadi salah tu .. kalu bende ni btl ok la.. tp HOW kalu bnda ni salah pastu org lain test? sbb kalo diteliti baik2 .. wujud unsur paksaan @ ketak relaan kat mangsa tu..

-hanya Allah maha mengetahui-

PinguSpy 07-08-2010 07:48 AM

kalau anda adalah lelaki sejati dan macho.. ngorat face 2 face la..
xpun pakai FB/MS ...
jampi2 ni adeh.... cm pondan je.. kata lelaki.. sorry to say :D


p/s kalau ttbe ade pompuan huduh, gemuk, buruk, pg jampi dkt anda sampai anada jatuh hati dkt dia.. apa anda rasa?

afutelos 07-08-2010 06:02 PM

Quote:

Originally Posted by aniqhamizan (Post 6959702)
Saya pernah mempelajari sejenis ilmu pemikat iaitu salah satu cabang ilmu pengasih.

Ilmu ini dinamakan "Pemegang Jantung Hati".

Jika anda berminat dgn seseorang dan inginkan reaksi positif daripadanya.. dan tentunya ingin org tersebut merasa sayang/rindu/cinta kepada anda.. silalah cuba amalan ini.

Bacaan mentera/doanya:-

Bismillahirrahmanirrahim.

Fadam dama 'alaihim,
Maa rabbuhum, Bizam bihim,
Fasau waha, Wala waha, Fohok faha.

Bukan aku memegang darah daging si ..(sebut nama serta bayang wajahnya)..,
Aku memegang jantung hati si ..(sebut nama serta bayang wajahnya)..

Terbalit! Terbalit! Terbalit!

Rasa hati si ..(sebut nama serta bayang wajahnya).. kepadaku.

Berkat Laailahaillallah Muhammadarrasulullah.


Cara mengamalkannya:

Sebelum keluar rumah dengan tujuan dapat bertemu/berselisih jalan dgn org yg dimaksudkan, bacalah mentera di atas sebanyak 1x.

Kemudian, tiupkan ke kedua2 biji mata anda.

Semasa di luar rumah, carilah kesempatan agar anda boleh bertemu/berselisih jalan dengan org yg anda tujukan itu.

Semasa bertemu dengan org yg anda minati itu..

LIHAT/ TENUNG MATA KEKASIH ANDA ITU HINGGA KE ANAK MATANYA.. TENUNG DALAM-DALAM MACAM MATA BURUNG HANTU TENUNG ANAK TIKUS.. (sebab tikus makanannya).. :)

Jika dia berpaling, dan anda mampu terus memandang matanya dan tidak berpaling, bermakna anda telah mampu memikatnya (memegang jantung hatinya). Lihatlah reaksi positifnya selepas itu nanti.. pada hari2 mendatang.

Tapi jika anda jadi malu (bujang pemalu), dan terus berpaling dari memandang matanya.. Maknanya anda telah kalah dan dia tidak berjaya anda pikat. Tapi jgn putus asa.. lain kali cuba lagi ya.. :)

Wasalam.

Amacam? Best tak ilmu ni??

tiupkn ke mata??mcm mna tu ek?

aniqhamizan 07-08-2010 06:14 PM

Tiup je.. ke atas.. fuhh!! camni.. :)

mathafiz 07-08-2010 06:34 PM

Quote:

Originally Posted by aniqhamizan (Post 7040712)
Tiup je.. ke atas.. fuhh!! camni.. :)

erk, igtkn ada org pggey sy, rupa2nya, bro bt demo ilmu pngasih kt sini, haha

afutelos 07-08-2010 07:43 PM

huhuh..ko pnh try ke?

aniqhamizan 08-08-2010 04:12 AM

Quote:

Originally Posted by afutelos (Post 7041213)
huhuh..ko pnh try ke?


tentu la penah.. tp mula2 tak mjadi.. sbb slalu "kalah". Sedara tahan ke tenung anak mata anak dara orang (cam burung hantu nengok tikus :) ). Anak dara skrg ni bukan mcm dulu2..

Hitman™ 08-08-2010 02:05 PM

hhmmm..
Hitman™ Was Here.

anak_jatiperak 08-08-2010 02:16 PM

Salam... fuyooooo

afutelos 08-08-2010 06:04 PM

haha..
ye la..bkn sng kn..
ada cara lain x?

Hitman™ 28-06-2012 01:12 AM

haha..cmner nk tiup ke mata sendiri.

panjg tul mulut

by vivazopera

azulasmidi 28-06-2012 01:14 AM

nak cuba lah..

TT 28-06-2012 01:26 AM

ala..lofa jauh..yg jarak jauh xde ke

[V]endetta 28-06-2012 01:50 AM

kaji habis2 weh ayat tu, kalau elok, baru aku try hehe

[V]endetta 28-06-2012 01:51 AM

Quote:

Originally Posted by aniqhamizan (Post 7043645)
tentu la penah.. tp mula2 tak mjadi.. sbb slalu "kalah". Sedara tahan ke tenung anak mata anak dara orang (cam burung hantu nengok tikus :) ). Anak dara skrg ni bukan mcm dulu2..

silap2 kena penampar, masuk kedalam mata kita hehe

TT 28-06-2012 01:59 AM

Quote:

Originally Posted by [V]endetta (Post 13668742)
kaji habis2 weh ayat tu, kalau elok, baru aku try hehe

ayat tu jawi die xde ke..ak nk kaji dlu

noradrenalina 28-06-2012 02:06 AM

thread paling bnangang utk hari niieee
pliz remove
kerana ia menyesatkan umat islam
ALLAHhUAKBAR!!

jerungenius 28-06-2012 02:32 AM

sapa plak korek thread lama ni..

fizie1988 28-06-2012 02:37 AM

Bismillahirrahmanirrahim.

Fadam dama 'alaihim,
Maa rabbuhum, Bizam bihim,
Fasau waha, Wala waha, Fohok faha.

ayat terakhir surah alsyamsi

UMNGOK 28-06-2012 02:42 AM

hebatnya, boleh try ni

mzak 28-06-2012 03:13 PM

Boleh jadi playboy la lepas mie.....:)):)):)):))

rulam94@yahoo.com 29-06-2012 12:28 PM

laki org boleh ka TT

istinggar 29-06-2012 02:53 PM

Takde testimoni ke

TT 30-06-2012 12:05 AM

Quote:

Originally Posted by fizie1988 (Post 13669001)
Bismillahirrahmanirrahim.

Fadam dama 'alaihim,
Maa rabbuhum, Bizam bihim,
Fasau waha, Wala waha, Fohok faha.

ayat terakhir surah alsyamsi

ak cari xsama pun..

Zarith 30-06-2012 10:35 PM

Salam, Setiap dari kita pastinya selalu diuji & x terlepas dengan pelbagai ujian dari Allah S.W.T. Buntu ketika diduga dan terfikir mencari alternatif untuk semua itu. Izinkan saya membantu masalah bagi :

1. MEMULIHKAN PERASAAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ATAU ISTERI. CARA MENGGUNAKAN :
* WAKTU SIANG/MALAM:
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN PASANGAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM

*WAKTU MALAM
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. PADA WAKTU MALAM, DISAPU PADA UBUN-UBUN


2. ISTERI ATAU SUAMI YG INGKAR DAN CURANG TERHADAP PASANGAN MASING.
* WAKTU SIANG/MALAM:
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN PASANGAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM

*WAKTU MALAM
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. PADA WAKTU MALAM, DISAPU PADA UBUN-UBUN



3.MELEMBUTKAN HATI MERTUA DAN DENGAN IZIN ALLAH MENUNAIKAN HAJAT.

i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN MERTUA (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM
atau DISAPU PADA TANGAN @ ANGGOTA BADAN MERTUA (CUKUP WALAU SEDIKIT)



4.SUAMI YANG SUDAH TIDAK BERNAFSU KEPADA ISTERI DAN ISTERI MAKIN LEMAH SYAHWAT.
* WAKTU SIANG/MALAM:
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN PASANGAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM

*WAKTU MALAM
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu)DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. PADA WAKTU MALAM, DISAPU PADA UBUN-UBUN



5. PUTUS TUNANG DAN PASANGAN SUDAH TIDAK RASA CINTA PADA DIRI ANDA.

i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN PASANGAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM atau DISAPU / DICALIT KEPADA ANGGOTA TUBUH TUNANG @ PASANGAN (jika pasangan jauh, cukup sekadar dicalit pada gambar tunang / pasangan setiap malam selama 14 malam, waktu yang sesuai dalam 12.00 malam sehingga 1.30 pagi. Selepas dicalit pada gambar, gambar diletakkan dibawah bantal dalam keadaan gambar menghadap ke tilam. Jangan dialih @ dibuka bantal sehingga malam keesokkan harinya)



6. DITINGGAL OLEH PASANGAN SETELAH DIBERI MAHKOTA PERAWAN.
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN PASANGAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM atau DISAPU / DICALIT KEPADA ANGGOTA TUBUH TUNANG @ PASANGAN (jika pasangan jauh, cukup sekadar dicalit pada gambar tunang / pasangan setiap malam selama 14 malam, waktu yang sesuai dalam 12.00 malam sehingga 1.30 pagi. Selepas dicalit pada gambar, gambar diletakkan dibawah bantal dalam keadaan gambar menghadap ke tilam. Jangan dialih @ dibuka bantal sehingga malam keesokkan harinya)



7.DISAPU PADA GAMBAR PASANGAN SELAMA 14 MALAM BERTURUT INSYALLAH AKAN KEMBALI PASANGAN ANDA.
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. DISAPU / DICALIT KEPADA GAMBAR PASANGAN (Bagi pasangan jauh @ sukar berjumpa, cukup sekadar dicalit pada gambar tunang / pasangan setiap malam selama 14 malam, waktu yang sesuai dalam 12.00 malam sehingga 1.30 pagi. Selepas dicalit pada gambar, gambar diletakkan dibawah bantal dalam keadaan gambar menghadap ke tilam. Jangan dialih @ dibuka bantal sehingga malam keesokkan harinya)


8.DI SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR ,INSYALLAH AKAN PATUH DAN TAAT KEPADA ANDA DAN AJARAN ALLAH (PASANGAN DEGIL)
* WAKTU SIANG/MALAM:
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN PASANGAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM

*WAKTU MALAM
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu)DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. PADA WAKTU MALAM, DISAPU PADA UBUN-UBUN


9. UNTUK PELARIS PERNIAGAAN , DIBAWA BERSAMA NIAGA ATAU DILETAK DITEMPAT SIMPAN DUIT DENGAN IZIN ALLAH AKAN LARIS BARANG2 DAGANGANYA.

SEBELUM MELANGKAH KELUAR DARI RUMAH :
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SENTIASA BAWA BERSAMA NAMUN DINASIHATKAN JANGAN MEMBAWA MASUK KEDALAM TANDAS. JIKA TERBAWA, TIDAK MENGAPA.
ix. DISAPU PADA PENJURU WANG PERTAMA DARI PELANGGAN PERTAMA @ DILETAKKAN DI DALAM TEMPAT SIMPAN DUIT PERNIAGAAN.



10. DISAPU PADA KENING DAN TANGAN SEWAKTU TEMUDUGA INSYALLAH AKAN BERJAYA DAN MENDAPAT PEKERJAAN.
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA. (SEBELUM KELUAR RUMAH @ SEBELUM MASUK BILIK TEMUDUGA)
viii. SAPUKAN SEDIKIT PADA TAPAK TANGAN, DAN BERJABAT TANGAN / BERSALAM DENGAN PENEMU DUGA ANDA (minyak akan terpalit pada tangan mereka)



11. DISAPU PADA UBUN-UBUN ANAK,ISTERI,SUAMI,PEKERJA AKAN PATUH DAN MENJADI SEORANG YG RAJIN, BERIMAN DAN SOLEH.
* WAKTU SIANG ( BG PASANGAN / ANAK PEKERJA)
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN PASANGAN/ANAK/ PEKERJA (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM

*WAKTU MALAM ( UNTUK PASANGAN & ANAK)
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. PADA WAKTU MALAM, DISAPU PADA UBUN-UBUN


12. UNTUK MENGETAHUI @ MENGUBAT ORANG TERKENA SANTAU
* WAKTU SIANG/MALAM:
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM AKAN KELUAR SEGALA RACUN SANTAU DAN ILMU GUNA-GUNA JIKA MEREKA YG TERKENA SIHIR.

CARA GUNANYA:( FOR NON MUSLIM NIATKAN HAJAT SAHAJA)
1. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
2.SELAWAT 7X
3. YA-LATIFF 3X
4.YA-WAHAB 3X
5. YA-MUHSHII 3X
6.NIAT APA DIHAJATI.
7. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.

PANTANG LARANG
1. JANGAN DILANGKAH DAN BERBUAT ZINA.MINUM ARAK SERTA DOSA-DOSA BESAR YG LAIN
2. SEBAIK - BAIKNYA JANGAN DIBAWA KE DALAM TANDAS

Ada 3 jenis iaitu yang biasa, sederhana dan paling ampuh

yang biasa : RM 999.00
Yang sederhana RM 1999.00
Yang paling ampuh RM 2999.00 ( Yang paling ampuh ini diisi pengisian dengan bacaan 3333 Surah 3 Qul, 3333 selawat dan doa diatas nama anda dan ibu.)

Mungkin anda merasakan mahar itu terlalu mahal. Untuk pengetahuan tuan/puan, mahar itu bukan semata2 untuk nilai minyak. Ianya digunakan untuk disumbangkn kpd beberapa orang yang berhak menerima bantuan/zakat. Kiranya sumbangan itu dianggap sedekah dari pihak tuan/puan melaluiya.

talibanes 30-06-2012 10:38 PM

ilmu hisab lg best..

TT 30-06-2012 10:39 PM

Quote:

6. DITINGGAL OLEH PASANGAN SETELAH DIBERI MAHKOTA PERAWAN.
i. AL-FATIHAH KEATAS NABI MUHAMMAD SAW
ii.SELAWAT 7X
iii. YA-LATIFF 3X
iv.YA-WAHAB 3X
v. YA-MUHSHII 3X
vi.NIAT APA DIHAJATI.
vii. SAPUKAN PADA DIRI SENDIRI (kedua- dua kening, kedua - dua cuping telinga, dagu) DAN GUNA SEPERTI PERFUMA BIASA.
viii. SAPU PADA JARI TELUNJUK DAN DICELUP DIDALAM AIR MINUMAN PASANGAN (AIR SUAM), DAN DIBERI MINUM atau DISAPU / DICALIT KEPADA ANGGOTA TUBUH TUNANG @ PASANGAN (jika pasangan jauh, cukup sekadar dicalit pada gambar tunang / pasangan setiap malam selama 14 malam, waktu yang sesuai dalam 12.00 malam sehingga 1.30 pagi. Selepas dicalit pada gambar, gambar diletakkan dibawah bantal dalam keadaan gambar menghadap ke tilam. Jangan dialih @ dibuka bantal sehingga malam keesokkan harinya)
:p ni yg dah menitis air mani pstu menitis air mata sesuai kot

razzo 01-07-2012 10:25 AM

kitorang guna minyak dagu....
gerenti 40 hari >
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tumbuh janggut @ BON HAIR

G.Spicy 01-07-2012 10:30 AM


syaq90 01-07-2012 10:47 AM

Quote:

Originally Posted by G.Spicy (Post 13700722)

yang nie comfirm berkesan nie..:D

zamreda 23-07-2012 12:35 AM

bump satu kali

primefiqone 23-07-2012 12:39 AM

siapa yg dah cuba and berkesan ni?
xde demo ker? hikhik

kOmAnDeR 23-07-2012 01:04 AM

sesaper yg guna pngasih ni msti trdesak mnat sgt kt seseorg tu hehe
tp klau yg guna pngasih seru2 jin tuh klau si target tu org yg jga amalan agama psti x jln melainkn time dia tido yg mna x bca amalan apa2 sblum tido or tido tnpa wuduk...
jd bila kor dok amal jgk mentera pngasih tp xder kesan jgak kau mgkin bley jd angau walhal target x der ksan aper2 pn...jin nk prgi kt si target xleh ada pndinding kor dok seru dia hr2 lma2 jin tu melekat kt bdan kor..awas hehe
jd lbey slamat amalan doa dr al quran tnpa ada modified or tokok tmbah... dgn niat klau makbul tul2 nk jd kn psgan hdup bkn main2...
mmg laa ada pngsih biarpn gna khadam tp brkesan..tp prlu diingt jin n syaitan ni ada beribu mcm cara nk sesatkn manusia..nmpk mcm ada elemen2 agama tp ending tuh nk nyesatkn kita..wallahu'alam

malande 05-08-2012 11:52 PM

Janda leh kah?

mix&match 06-08-2012 12:13 AM

jgn main amal jer......bahayo

cilox 06-08-2012 12:19 AM

orang tak tau yang dia main amal ni ada khadam dan pedamping yang datang.. hati hati bro sekalian


All times are GMT +8. The time now is 01:00 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.