CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Religious Talk (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=69)
-   -   Bandar Yahudi Di Bawah Masjid Al-Aqsa (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=156710)

wanna 20-07-2010 08:31 PM

tanpa disedari kubu ni terbina..

wanzex 22-07-2010 06:42 PM

kelicikan yahudi menjadikan islam teraniaya dan mereka semakin bongkak.... apa kesudahannya kepada Masjidil Aqsa?

wanzex 25-07-2010 07:14 PM

yahudi ini sungguh licik sehingga dia berjaya membina kota di bawah tanah....di bawah masjidil aqsa....perkara ini sgt bahaya!

zalnet 25-07-2010 10:57 PM

Masjidil Aqsa Yang Sebenar
 
Ya Allah! Baru ku tau lokasi Masjidil Aqsa yang sebenar. Aku ingat yng kat kubah kuning tu.

http://htmlimg1.scribdassets.com/2zl...0c9677/000.jpg

Melihat pada gambar diatas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau
yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna
hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.


http://htmlimg3.scribdassets.com/2zl...515cb5/000.jpg

Yang Ini? Atau

http://htmlimg3.scribdassets.com/2zl...515cb5/000.jpg

Yang Ini?


Masjidil Aqsa merupakan kiblatpertama bagi Umat Islam sebelum
dipindahkan ke Kaabah denganbperintah Allah SWT.
DI tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan
Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadits
shahih disebutkan sebagai salah satu daria
tiga masjid yang dianjurkan untuk diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian,pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan
Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai
Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk
meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam
sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa
yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk
melaksanakan perancangan tersebut.


bersambung...

zalnet 25-07-2010 11:05 PM

Lihat pula gambar di bawah,berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya
perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam

http://htmlimg3.scribdassets.com/2zl...35afed/000.jpg


Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam

Israel telah menggembar-gemburkan di seluruh dunia samada di dalam akhbar, internet, dan televisyen mengelirukan umat
Islam tentang wajah sebenar masjid Al-Aqsa ini.Ini kerana mereka
ingin menguasai masjid ini lantas merobohkannya apabila umat islam tidak mengetahui masjid Al-Aqsa yang sebenar.

Malah sekiranya anda menaip membuat carian masjid Al-Aqsa di
Yahoo Image, Google Image atau mana-mana pencari Image internet,
gambar bangunan berkubah kuning ini akan kelihatan dengan
tajuk masjid Al-Aqsa!!!

Ramai umat islam termasuk di Malaysia keliru menganggap
masjid berkubah kuning ini masjid Al-Aqsa.

Sebenarnya bangunan yang berkubah kuning ini adalah Doom of Rock yang terletak berhampiran dengan masjid Al-Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-
Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.


bersambung...

zalnet 25-07-2010 11:13 PM

Terjemahan surat Dr. Marwan:

Quote:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang
Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab
utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel.
Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di
USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah
mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada
orang arab dan Muslim.

Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan
kadangkan diberikan secara percuma supaya
Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di
rumah mahupun pejabat Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam
supaya mereka dapat memusnahkannya dan
membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti.

Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau
merungut, maka Israel akan menunjukkan
gambar The Dome of The Rock yang masih utuh
berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak
berbuat apa-apa.

Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim,
bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.

Oleh:
Dr. Marwan Saeed Saleh
Abu Al-Rub Associate
Professor,
Mathematics Zayed
University Dubai


bersambung...

kancil biru 25-07-2010 11:16 PM

ermmm mcm dalam filem ja...

nwar 25-07-2010 11:20 PM

laknat punya yahudi!!!!!!

zalnet 25-07-2010 11:44 PM

http://htmlimg1.scribdassets.com/2zl...150b10/000.jpg

http://htmlimg3.scribdassets.com/2zl...064289/000.jpg

Tujuan utama media Yahudi (dengan eksploitasi berita di CNN) menyamarkan Masjid Sakhra sebagai Masjid
Aqsa adalah agar Yahudi bisa menghancurkan Al Aqsa dan membangun “Solomon Temple” (Kuil Sulaiman) pada bekas reruntuhan Al Aqsa

Umat Yahudi meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahwa akan datang diakhir zaman seorang yang mereka
anggap sebagai dewa penolong Yahudi yang dinamakan “Messiah” (Al Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka
mengadakan ritual agama di Solomon Temple dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah (Al-Baqarah)


Sumber

zalnet 26-07-2010 12:03 AM

Seawal 20 Ogos 1929 lagi, sekumpulan Yahudi ekstremis dari kumpulan Kachaneh (Kach) telah menyerbu masuk ke dalam kawasan Masjid al-Aqsa untuk menguasai tembok Buraq untuk ditukarkan menjadi "Kotet" (tembok meratap). Nasib baiklah kaum Muslimin yang pada waktu itu masih merupakan penduduk majoriti kota tersebut berjaya mematahkan tindakan tersebut dan sekali gus Berjaya mempertahankan masjid tersebut. Walau bagaimanapun harga yang terpaksa dibayar amat mahal. Pengganas Yahudi Kach yang dibantu oleh tentera British dari segi persenjataannya telah membunuh lebih kurang 338 rakyat Palestin dalam tempoh 15 hari. Kegagalan percubaan pertama itu tidak berakhir begitu sahaja. Selepas penubuhan negara Israel dengan restu League of Nations pada 14 Mei 1948, Zionis membuat persiapan yang lebih rapi untuk menawan kota tersebut.

Mufti Al-Aqsa, Sheikh Ikarama Sabri baru-baru ini mendedahkan bahawa masjid yang dimuliakan Allah s.w.t, Masjid Al- Aqsa di Baitulmaqdis mengalami kesan retak yang serius akibat kegiatan mengorek lubang di bawahnya oleh kumpulan Yahudi. Ikarama dipetik sebagai berkata oleh televisyen Al-Jazeera, keretakan paling jelas kelihatan pada tembok penanda garisan sempadan kawasan Haram al-Sharif, iaitu meliputi banyak tempat di Masjid Al-Aqsa dan Bandar Lama yang melingkunginya sejak diceroboh rejim Zionis. `Kesan keretakan besar dapat dilihat pada tembok terbabit kerana kerja-kerja mengorek dilakukan rejim Yahudi bertambah agresif sejak tahun 1967,” (iaitu setelah kekalahan negara-negara Arab kepada negara rejim Zionis pada peperangan Jun 1967 atau dikenali sebagai perang Enam Hari telah membuka ruang baru bagi rejim tersebut) kata mufti itu.


Menurut ramai dari kalangan kaum Yahudi, peperangan tersebut merupakan mukjizat bagi kaum Yahudi dan menunjukkan bahawa tuhan Yahweh sentiasa membantu mereka untuk membina kembali Haykal. Natijah daripada peperangan tersebut, tentera-tentera Zionis telah menyerbu masuk ke dalam Masjid al-Aqsa dan seterusnya menawan tembok Buraq dan ditukar menjadi Kotel. Semenjak tarikh tersebut sehingga kini tembok tersebut telah menjadi milik rejim Zionis, Masjid al-Aqsa terletak di bawah kekuasaan mereka dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Yang lebih penting lagi, kota al-Quds selepas peristiwa tersebut telah mula mengalami proses pengYahudian.


Selepas sahaja Yahudi menduduki Quds Timur, mereka bertindak memusnahkan kawasan di sebelah barat yang bertentangan dengan tembok Masjid Al-Aqsa (Tembok Buraq atau Yahudi memanggilnya sebagai Tembok Ratapan). Ia merupakan satu kawasan yang mengandungi 135 buah rumah dan dua masjid. Mereka meratakan tanah di situ supaya menjadi satu kawasan lapang yang digunakan Yahudi untuk melakukan ibadat sekalipun tempat itu adalah tanah wakaf kepunyaan Islam. Yahudi mula berkempen secara fanatik untuk mengorek kawasan bawah tanah Masjid Al-Aqsa serta persekitarannya.


``Mereka menumpukan kawasan di sebelah barat dan selatan masjid untuk mencari sebarang bukti menyokong kewujudan Haykal. Tetapi sebaliknya mereka mendapati kesan peninggalan Islam yang jelas membuktikan kewujudan identiti Islam di situ. Mereka musnahkan bukti menyokong Islam tetapi meneruskan kerja-kerja keji itu.”

sumber


All times are GMT +8. The time now is 12:28 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.