CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Santai, Others (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=106)
-   -   kereta ditarik??? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=148914)

wazri75 10-06-2010 05:42 PM

Quote:

Originally Posted by sukan4Dhyip (Post 6643479)
Saya bukan bro lah..:D
OK dapat surat mahkamah disebabkan anda berada dalam status begini. Tengok flow dia camni..

1. Anda tak bayar kereta katalah Perdana V6 model tahun 2005 selama 4 bulan, yang mana jumlah baki hutang dengan bank ialah RM60,000

2. Masa kereta tu ditarik, anda tak mampu untuk tebus kereta tu dalam store dan buat tak tahu jer pasal sakit hati.

3. Bank selepas 14-21 hari anda tak tebus bayar, mereka akan masukkan kereta anda dalam senarai kereta untuk dilelong.

4. Pada hari lelong 10/06/2010...lelong! Lelong! harga bukak Perdana RM60k, tak laku2 :D so paksa diturunkan harga, sampai harga market V6 tahun 2005 ialah RM 46,000 then suddenly ada satu akak ni angkat tangan dan menang lelong kereta tersebut.

5. Masalahnya, harga hutang awak dengan bank ialah RM60,000 harga lelong dapat jual cuma RM46k jer. So dah short RM14k. Sapa nak bayar? Awak yg bayar melalui perintah mahkamah.

6. Mahkamah bersidang dan majistret sahkan anda salah dan perlu membayar RM14k tu. Anda jawab, tuan majistret, saya tak mampu nak bayar just boleh bayar RM100 jer sebulan..(boleh bersih nama bila habis hutang)Kalau tak bayar anda diblacklist seluruh bank dimalaysia. Takleh pinjam bank untuk beli kereta sampai mati, dalam kes2 tertentu boleh diistihar bangkrap!

Moral story
1. So dapat surat mahkamah, kenalah datang dan merayu ker apa ker kat majistret yg nak putuskan kes awak.
2. Janganlah bagi nama untuk orang lain pinjam beli kereta or jadi guarantor sebab padah bala sengsara anda dapat sama bila tak bayar kereta dilelong dsb.
3. Bertambah teruk masalah bila, harga kereta yg dilelong takleh tampung jumlah baki pinjaman. Perbezaan tu kena gak bayar walau kereta takda lagi ditangan. Kalau sebaliknya, jumlah yg dilelong tinggi dari baki harga pinjaman, anda dapat duit tu. :D

ooooo..camtu.baru le faham...
ada satu kes,kreta dah 4 bulan tak bayar tapi belum ditarik tapi surat mahkamah dah sampai..camne pulak tu..

kaylis 10-06-2010 05:49 PM

Quote:

Originally Posted by wazri75 (Post 6643434)
maksud bro...first time tarik ambil balik.pastu kali kedua,bayar dan jual.ada tak apa2 tindakan bank slps tarik...

a'a...lebey kurang mcm tu laa...pasal once keter nko kn tarik, nko ada tempoh masa tertentu nak amik balik dan settle kan semua charge tu, masa ni laa ada kaki2 yg dok mark mana2 keter yg menarik/ada value....aku dah tak mampu nak tebus balik for the second time, terus let go jerr...kira settle semua dgn bank dan jual jerrr....

CikSukan 10-06-2010 06:00 PM

Quote:

Originally Posted by wazri75 (Post 6643573)
ooooo..camtu.baru le faham...
ada satu kes,kreta dah 4 bulan tak bayar tapi belum ditarik tapi surat mahkamah dah sampai..camne pulak tu..

Kes camni jadi bila tukang tarik, cari bagai nak mati tapi tak jumpa2 kereta awak, Jadi pejabat peguam yg dilantik oleh pihak bank akan isu satu surat perintah mahkamah.

Kes ni boleh terjadi untuk kategori kereta yang..
1. Total lost akibat eksiden, dah claim kat insurans e.g. RM46k tapi hutang awak ada RM60k, different tu awak kena bayar.

2. Kereta hilang or kena curi pun apply benda yg sama.

Moral of story
1. Bank taknak rugi. :)

duitraya 10-06-2010 06:00 PM

Tolong tarik keta aku
 
Quote:

Originally Posted by sukan4Dhyip (Post 6643251)
Satu lagi nak share, anda boleh dapat duit dengan keadaan orang yg tak mampu bayar kereta ni. Caranya ialah..

1. Anda kenal mana2 geng tarik kereta.

2. Kalau jumpa/suspek/syak mana2 kereta tak bayar, biasa ada tanda2 orang tak bayar kereta e.g.
(a)Dia balut bungkus sorok kereta dia,
(b)No.plate kereta dia buang or blurkan nombor,
(c)Kereta jarang parking tak tentu,
(d)Kereta dah siap repair tapi lama sangat kat bengkel
(e)Kereta tak terjaga, comot
(f)Kereta plate KL tapi pakai kat kampung jer e.g.kat Machang Kelantan
(g)Kereta guna roadtax meragukan, scan etc.

3. Tahukah anda, anda boleh deal dan berkomplot dengan tukang tarik kereta untuk mereka dapat isu surat repose letter dari bank. Certain kes, kereta panas e.g. 10 bulan tak bayar sure upah tarik RM3000 tu.

4. Jadi maklumat anda beri, e.g.
(a)Alamat kereta tu sekarang
(b)Gambar kereta tu kalau ada lagi cantik
(c)Sapa yg pakai or bawak kereta tu. Penting kalau bonzer, samseng kampung atau Ahlong pakai, so tukang tarik akan bawak lagi ramai geng dan upah boleh mintak tinggi dengan bank.

5. Biasanya, ketua tukang tarik kereta berlesen panel dengan bank akan memberi wang saguhati pemanis keatas anda RM200 - RM5000 depend pada kes dalam masa 2 minggu, lepas kereta ditarik masuk stor.

6. Tapi janganlah buat kat kawan2 anda, bila dia mengadu tak dapat bayar kereta, anda menganiaya untuk dapat duit dari kesusahan dia.

Salam.. ada sesapa tau tak mana2 tukang tarik.. aku nak minta tolong tarik satu kereta ni.. dah 5 bulan tak byr... suruh bayar liat... aku nak minta tolong tarik keta ni.. pastu aku gi setel ngan bank...

CikSukan 10-06-2010 06:03 PM

Quote:

Originally Posted by irsaffy (Post 6643555)
actually sblm keluar surat mahkamah bende ni boleh setel dgn pihak bank...dimana bank akan bagi dua pilihan:

1) Serahkan keta pada bank dengan cara baik, pihak bank akan tolong lelong dan baki hutang yang tertunggak selepas kereta tu dijual kita kene setelkan. Cth, kalau baki hutang keta kt bank dalam rm70k (market value keta dlm rm50k)so kita serah kat bank, bank ambik dlm rm35k so balance lg rm35k kita kene setelkan.

2) Buat reschedule loan dengan bank (bukan refinance). Biasa bank akan extend tempoh loan utk 2 kali ganda drp baki tempoh skrg. Cth kalo baki loan rm70k ada lg dalam 4 tahun utk dihabiskan, bank akan extend lagi 4 tahun (interest tak ubah) so total akan jadi 8 tahun utk setelkan loan rm70k tu dan monthly installment kita akan reduce half drp yg kita bayar semasa.

Jarang saya tengok, orang bayar bulan2 kat bank untuk kereta yg takda kat tangan dia lagi dah, most kes diorang prefer komited dengan kereta yg lain yg dibeli guna nama sedara mara dia etc..Apapun saya setuju, kalau tak mampu cuba jual secepat mungkin dengan new agreement tak babit nama asal pemilik kereta tu untuk elak kes susut nilai market value kereta yg turun ikut tahun.

bojed 10-06-2010 06:14 PM

Quote:

Originally Posted by wazri75 (Post 6642389)
Salam kawan2.disini sy ada beberapa persoalan mengenai kereta yang hendak ditarik oleh bank.

1.biasanya brape bulan tak bayar menyebabkan bank tarik?
2.biasenya brape kos tarik yang dicharge oleh bank?
3.sekiranya kereta ditarik menggunakan towing,adakah kos towing
ditanggung pemilik kereta bila nak ambil balik kereta nanti?
4.dalam tv3 dulu,menteri hal ehwal pengguna mengatakan pihak
bank perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk tarik
kereta.adakah ini berlaku?

harap kawan2 dapat membantu...:)cgrock

1. Ikut pada bank dan branch. Setiap branch ada budi bicara masing2. Maybank Shah Alam mungkin akan tarik lagi cepat daripada Maybank Sabak Bernam. Yang aku tau, masuk bulan ke-3 tak bayar, Maybank akan bagi surat. RHB 4 bulan.

2. Taktau.

3. Kos towing kena bayar sendiri. Biasanya RM200-RM300.

4. Entahla. Tapi aku pernah tengok surat tarik kereta kawan aku. Dalam tu maybank ada bagi sekali surat perintah mahkamah.

Kereta yang ditarik dan ditahan dalam compound akan kena daily charge. Taktau berapa.

wazri75 11-06-2010 02:40 PM

byk info yang saya dapat kat sini...nampaknya kena bli cash baru tak poning kepalo den,,...

soleq 11-06-2010 03:53 PM

Quote:

Originally Posted by sukan4Dhyip (Post 6643479)
Saya bukan bro lah..:D
OK dapat surat mahkamah disebabkan anda berada dalam status begini. Tengok flow dia camni..

1. Anda tak bayar kereta katalah Perdana V6 model tahun 2005 selama 4 bulan, yang mana jumlah baki hutang dengan bank ialah RM60,000

2. Masa kereta tu ditarik, anda tak mampu untuk tebus kereta tu dalam store dan buat tak tahu jer pasal sakit hati.

3. Bank selepas 14-21 hari anda tak tebus bayar, mereka akan masukkan kereta anda dalam senarai kereta untuk dilelong.

4. Pada hari lelong 10/06/2010...lelong! Lelong! harga bukak Perdana RM60k, tak laku2 :D so paksa diturunkan harga, sampai harga market V6 tahun 2005 ialah RM 46,000 then suddenly ada satu akak ni angkat tangan dan menang lelong kereta tersebut.

5. Masalahnya, harga hutang awak dengan bank ialah RM60,000 harga lelong dapat jual cuma RM46k jer. So dah short RM14k. Sapa nak bayar? Awak yg bayar melalui perintah mahkamah.

6. Mahkamah bersidang dan majistret sahkan anda salah dan perlu membayar RM14k tu. Anda jawab, tuan majistret, saya tak mampu nak bayar just boleh bayar RM100 jer sebulan..(boleh bersih nama bila habis hutang)Kalau tak bayar anda diblacklist seluruh bank dimalaysia. Takleh pinjam bank untuk beli kereta sampai mati, dalam kes2 tertentu boleh diistihar bangkrap!

Moral story
1. So dapat surat mahkamah, kenalah datang dan merayu ker apa ker kat majistret yg nak putuskan kes awak.
2. Janganlah bagi nama untuk orang lain pinjam beli kereta or jadi guarantor sebab padah bala sengsara anda dapat sama bila tak bayar kereta dilelong dsb.
3. Bertambah teruk masalah bila, harga kereta yg dilelong takleh tampung jumlah baki pinjaman. Perbezaan tu kena gak bayar walau kereta takda lagi ditangan. Kalau sebaliknya, jumlah yg dilelong tinggi dari baki harga pinjaman, anda dapat duit tu. :D


info yg berguna....
:)paid:)paid
saya nak tnyer..
adakah prosedur ni sama pada rumah??
if rumah kena lelong dan harga lelong lg rendah dr market value,,
balance yg kurang,pemilik asal kena bayar baki?
cm tu ker???:-?

CikSukan 12-06-2010 01:12 AM

Quote:

Originally Posted by soleq (Post 6649570)
info yg berguna....
:)paid:)paid
saya nak tnyer..
adakah prosedur ni sama pada rumah??
if rumah kena lelong dan harga lelong lg rendah dr market value,,
balance yg kurang,pemilik asal kena bayar baki?
cm tu ker???:-?

1. Sama jer prosedur,

2. Amat-amat jarang sebenarnya, rumah dilelong bawah dari market value kecuali rumah anda di Bukit Beruntung Selangor. Balance different tu kalau negative = owner rumah bayar, walau rumah dah dirampas dan dilelong.

3. Most case, owner dapat duit sebab harga rumah yg dilelong lebih dari market value. Tulah bezanya melebur membeli kereta mahal-mahal adalah rugi jika dibanding melabur dalam properties e.g. rumah, shoplot, hotel, tanah dsb.

4. Kereta adalah keperluan kita sahaja dan susut nilainya sangat teruk.

watakutama 12-06-2010 02:23 AM

masuk PEkida..pastu masuk 36 atau 77..pastu letak tanda kat kereta..konpem takkan kena tarik..paling kuat belanja minum je ngan tukang tarik kereta..kalo dia tarik jugak..alamat perang la...kihkihkih


All times are GMT +8. The time now is 12:24 AM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.