CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Health, Beauty, Wellness Products (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=282)
-   -   Anda Botak @ KeGuguran Rambut... (Tocotrienol) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=148050)

syahrizal 10-08-2010 11:11 PM

http://i977.photobucket.com/albums/a...um/zurinah.jpg

Ketua Jabatan Biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Wan Zurinah Wan Ngah.



KELAPA SAWIT PENAWAR KENSER HATI

KANSER hati atau kanser hepar merupakan salah satu kanser yang paling sering ditemui dengan kadar 250,000 hingga sejuta pesakit setahun.

Berbanding negara Barat dan negara maju yang lain, Asia Timur serta Asia Tenggara mencatatkan jumlah pesakit tertinggi.

Situasi itu menjadikan usaha untuk mencari penawar kepada penyakit ini agak lesu kerana kajian lebih tertumpu ke arah mencari penyelesaian penyakit kanser yang lain seperti kanser payu dara, kanser tulang dan kanser kulit.

Bagaimanapun faktor itu memberikan kesedaran kepada Ketua Jabatan Biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Wan Zurinah Wan Ngah untuk 'bertapa' dalam makmalnya selama lapan tahun bagi mencari penawar kepada penyakit kanser hati yang menjadi masalah besar kepada masyarakat Asia.

Hasil usaha keras selama lapan tahun itu akhirnya membuahkan kejayaan apabila beliau berjaya membuktikan sigma tokotrienol yang terdapat dalam vitamin E dalam minyak kelapa sawit ('palm vitee) mampu mengurangkan proses keterukan barah hati.

Ia merupakan pertemuan pertama seumpamanya di negara ini.

Pertemuan ini dibentangkan semasa menyampaikan syarahan perdana sempena pelantikan ke jawatan profesor bertajuk 'Kesan Perlindungan Vitamin E Kelapa Sawit Ke Atas Kanser Hepar' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sigma tokotrienol merupakan satu daripada lapan jenis vitamin E. Jenis vitamin E ini mempunyai taburan yang luas dalam tumbuhan umum, tetapi kurang dalam minyak sayuran kecuali minyak kelapa sawit.

Justeru itulah, kajian di makmal ini ditumpukan kepada sigma tokotrienol (sejenis tokotrienol yang terbanyak dalam kelapa sawit) dan perbandingan juga dilakukan dengan sejenis lagi vitamin E yang dikenali sebagai alfa tokoferol.

Kajian ke atas vitamin E dan kanser telah banyak dilakukan dengan menggunakan model haiwan dan kajian epidemiologi.

Dalam konteks ini, pelbagai jenis kanser telah dikaji termasuk kanser oral, gaster, kolon, pankreas, hati, kulit dan payu dara.

Bagaimanapun, sebelum ini, kajian yang dilakukan adalah menggunakan alfa tokoferol sebagai sumber vitamin E.

Di Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) sigma tokotrienol dikenal pasti sebagai sumber vitamin E untuk menghalang pembentukan sel barah payu dara.

Dalam melengkapkan kajian, Prof. Wan Zurinah menggunakan dua kaedah kajian praklinikal digunakan iaitu 'in vitro' dan 'in vivo'.

Kajian 'in vitro' melibatkan kajian luaran di mana keberkesanan sigma tokotrienol terhadap sel kanser hati diuji dalam bekas kultur.

Kaedah 'in vivo' pula melibatkan penyuntikan sel barah ke dalam haiwan kajian iaitu tikus dan kemudiannya diberikan suplimen sigma tokotrienol.

Hasil kajian mendapati dengan dos rendah 30 mg/kg diet, alfa tokotrienol dapat mengurangkan keterukan proses keterukan barah hati dan lebih berkesan lagi jika suplimentasi dimulakan awal iaitu serentak atau empat minggu selepas barah dikesan.

Jika pembentukan kanser telah berkembang, pengambilan vitamin E ini kurang memberi kesan perlindungan. Bagaimanapun kesan perlindungan akan lebih ketara apabila pengambilan vitamin diteruskan sehingga sembilan bulan.

Menurut Prof. Wan Zurinah, hasil daripada penemuan ini telah membuahkan kepada penyelidikan-penyelidikan lain yang berkaitan.

Antaranya menurut beliau ialah melihat kesan Vitamin E ini ke atas manusia terutama mereka yang mempunyai risiko tinggi untuk menghadapi penyakit kanser hati seperti pesakit hepitatis B kronik.

Katanya, ini akan melibatkan kajian 'Nutrition intervention trials' yang selalunya melibatkan perbelanjaan yang sangat besar dan masa yang lama.

Di samping itu katanya, kajian lain yang boleh dilakukan ialah untuk melihat keperluan harian (RDA) vitamin E untuk orang normal dan pesakit.

http://utusan.com.my/tokotrienol

syahrizal 10-08-2010 11:11 PM



Rahsia Sawit - Mampu Bunuh Sel Kanser Payu Dara

Kanser payu dara merupakan penyakit yang paling digeruni oleh golongan wanita lebih - lebih lagi apabila kajian mendapati seorang daripada 19 wanita Malaysia menghadapi risiko menghidapi penyakit maut itu jika mereka tidak mengambil langkah - langkah pencegahan. Biarpun kesedaran mengenai penyakit tersebut kian meningkat menerusi pelbagai kempen dan aktiviti, jumlah kes penyakit tersebut dilihat tidak menunjukkan sebarang pengurangan. Ini berkemungkinan kerana sebahagian besar daripada golongan wanita kerjaya kadangkala terlalu sibuk untuk mengambil langkah - langkah penjagaan kesihatan. Merujuk kepada pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati, pemeliharaan kesihatan sepatutnya bermula lebih awal dan bukannya setelah seseorang itu dikesan menghidapi penyakit.' Selain pemeriksaan sendiri payu dara, pemakanan dan gaya hidup yang sihat merupakan asas utama di dalam penjagaan kesihatan seseorang wanita.

Jangkitan

Pengambilan vitamin atau pemakanan tambahan juga tidak harus diabaikan kerana sumber vitamin dapat menghalang atau mengurangkan risiko jangkitan penyakit - penyakit tertentu.

Golongan wanita kini mungkin boleh menarik nafas lega kerana Tocovid SupraBio mampu membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit terutamanya kanser payu dara. Seorang pakar endocrinologi dari Amerika Syarikat (AS), Prof. Paul W. Sylvester dalam kajiannya mendapati ekstrak kelapa sawit iaitu tocotrienol berupaya membunuh sel - sel kanser terutamanya sel kanser payu dara. "Tocotrienol merupakan salah satu daripada bahan yang terkandung di dalam vitamin E dan sangat baik untuk kesihatan. Ia dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, barah, meningkatkan sistem immunisasi dan mempunyai fungsi pengantioksidaan." katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar mengenai penemuan tocotrienol sebagai salah satu bahan yang menghalang jangkitan kanser payu dara di Kuala Lumpur baru - baru ini.

Sylvester berada di Malaysia kerana menghadiri Kongres Antarabangsa Minyak dan Lemak 2004 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung pada 29 September hingga 2 Oktakber.

Beliau merupakan seorang professor Farmakologi di University Louisiana, Monroe, AS. Sylvester aktif menjalankan kajian untuk Persatuan Kanser Amerika, Institut Kanser Amerika dan Institut Kajian Kanser Amerika. Pengkhususan kajian beliau ialah mengenai hubungan di antara hormon dan khasiat tertentu pada pesakit barah buah dada. Jelasnya, pengambilan Tocovid Suprabio tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada mereka yang normal dan ingin mengawal daripada terkena kanser mahupun penghidap kanser tersendiri.

"Umumnya penyerapan vitamin E yang terdiri daripada tokoferol dan tokotrienol oleh badan adalah rendah. Ini menjadiakn pengambilan vitamin E dari pemakanan tambahan harian dan sumber makanan tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana penyerapan yang terhad," kata Sylvester. Penemuan terbaru penyerapan tokotrienol melalui sistem suprabio mampu meningkatkan fungsi tokotrienol kepada badan di antara 200 hingga 300 peratus.

Bergantung

Ini menjadikan produk tokotrienol lebih berkesan daripada vitamin E sebanyak 40 hingga 60 kali ganda. Pengarah Urusan Hovid dan Carotech Bhd, David Ho berkata, setiap kapsul tocovid suprabio adalah bersamaan dengan satu gelas minyak kelapa sawit asli. Hovid dan Carotech Bhd merupakan pengeluar tocovid suprabio. Ditanya berapakah usia yang sesuai bagi seseorang wanita untuk memulakan pengambilan tocovid suprabio, Sylvester menjawab ia boleh nermula seawal gadis mula kedatangan haid.

"Bagaimanapun, seseorang wanita tidak seharusnya hanya bergantung kepada tocovid suprabio dan mengabaikan penjagaan kesihatan dari aspek lain dalam usaha menghalang kanser payu dara," jelas beliau.

Sylvester menambah tabiat merokok, pengambilan minuman keras yang berlebihan dan gaya hidup yang tidak sihat perlu dijauhkan untuk memastikan Tocovid Suprabio dapat membantu menghindari penyakit dengan lebih berkesan.

Tocovid Suprabio boleh didapati di farmasi - farmasi terkemuka di seluruh negara.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai Tocovid Suprabio, anda boleh melayari laman web pengeluarnya di http://www.hovid.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

News & Headlines - Bahasa Malaysia
Written by Utusan Malaysia
Tuesday, 19 October 2004 00:00

http://tinyurl.com/29oz9gs

syahrizal 10-08-2010 11:12 PM


http://hovidpure.com/bm/article01_palm_oil.html

syahrizal 10-08-2010 11:13 PM


Untuk maklumat anda, 1 softgel ageless diestrak bersamaan dengan satu gelas minyak kelapa sawit asli.

Merujuk gambar diatas, selaluny minyak tidak akan bercampur dengan air..? Dengan teknologi terkini sekarang Ageless mampu menyerap & bercampur didalam air.

Ini membawa maksud, tubuh badan manusia mempunyai 80% cecair(darah). Minyak (tokotrienol) akan MENYERAP ke semua sel2 badan manusia untuk merawat sel2 yang bermasalah.
Kerana segala penyakin berpunca drpd DARAH.

Sebenarny pengambilan ageless tiada terhad, jikalau anda berkemampuan, anda boleh mengambil lebihan softgel dlm satu hari.

Logikny dapat dilihat kita mengambil minyak hari2, tetapi didlm bentuk gorengan seperti ayam goreng, nasi goreng dan sebagainya.
Itu adalah minyak yang TIDAK SIHAT.

Setakat ini banyak testomoni dr pengguna yg diterima. Dr maslah yg kecil sehingga masalah yg besar. Dr masalah migrin hingga ke masalah kencing manis(hampir tahap potong kaki)

Ini menjadikan produk minyak sawit(tokotrienol) lebih berkesan daripada vitamin E sebanyak 40 hingga 60 kali ganda.

syahrizal 10-08-2010 11:14 PM

http://www.youtube.com/watch?v=HJaQe...layer_embedded

HOVID BERHAD mempunyai Saintis dan RND sendiri di Universiti Sains Malaysia (USM).

syahrizal 10-08-2010 11:15 PM


Kisah kebaikan Kelapa Sawit di Malaysia & Tocotrienol.

syahrizal 10-08-2010 11:15 PM

http://www.youtube.com/watch?v=NYfM9R8JZo8

syahrizal 10-08-2010 11:16 PM

NATURAL VITAMIN E TOCOTRIENOL mencapai DARAH AT TINGKAT Protektif



COLUMBUS, Ohio - Dua kajian baru-baru ini menawarkan bukti baru menunjukkan alternatif bentuk vitamin E alami dapat diambil melalui mulut dan akan mencapai darah pada manusia pada tahap yang ditentukan untuk melindungi terhadap penyakit stroke dan lain-lain.

Vitamin E berlaku secara alami di lapan bentuk yang berbeza. E vitamin utama pada rak-rak kedai ubat disebut tokoferol, atau TCP. Tapi bentuk lain dari vitamin E alami permukaan sebagai agen neuroprotective kuat dalam mengulangi Ohio State University Medical Center kajian tocotrienol, atau TCT.

http://researchnews.osu.edu/archive/vitetoco.htm

syahrizal 10-08-2010 11:17 PM

Kemudahan Kelas Dunia produk Hovid


Hovid mempunyai kilang yang moden dan menepati piawaian PIC/S. Kami merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mempunyai loji pengkapsulan gelatin lembut yang moden dan telah mendapat pengesahan GMP untuk pengkapsulan barisan suplemen kesihatan dan farmaseutikalnya yang luas dan terhasil secara dalaman. Audit dalaman dan luaran sentiasa dijalankan bagi mempastikan bahawa segala amalan pengeluaran menepati keperluan dan syarat-syarat GMP pada setiap masa.

Hovid juga menggunakan cogan kata " Kualiti Menerusi Budaya Cekap " dengan mengamalkan Sistem Pengeluaran Padu, juga dikenali sebagai Sistem Pengeluaran Toyota (TPS). Sistem Pengeluaran Padu menghasilkan cara kerja yang optimum di sepanjang sistem tersebut menerusi penghapusan pembaziran, agar KUALITI terbina di dalam proses pengeluaran untuk mempastikan kepuasan pelanggan sepenuhnya tercapai.

http://hovidpure.com/bm/aboutWCF.html

syahrizal 10-08-2010 11:18 PM

Kekuatan Penyelidikan & Pembagunan (R&D) Hovid Berhad


Satu daripada kekuatan utama Hovid terletak pada kemampuan penyelidikan dan pembangunannya. Ini boleh dilihat daripada dua divisyen R&Dnya yang terletak di dua lokasi berasingan. Divisyennya di Universiti Sains Malaysia memfokuskan usaha ke arah kajian pra-perumusan dan kemujaraban, ciri-ciri ubat, serta sistem khas penghantaran ubat. Manakala, divisyen yang terletak di kilang pengeluarannya di Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia, memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan lagi proses-proses pengeluaran, serta memperbaiki lagi perumusan produk-produk tersedia ada, dan menghasilkan produk-produk baru.

Hovid Bhd merupakan syarikat pertama dalam industri farmaseutikal di Malaysia yang diberi akreditasi bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) pada tahun 1995.

Akreditasi ini membuktikan bahawa makmal Hovid Bhd memenuhi syarat-syarat MS ISO/IEC 17025, di mana ia mempunyai keupayaan ujian yang tinggi dan sistem kawalan mutu yang teguh bagi memastikan produk-produk yang dikeluarkan adalah bermutu tinggi dan selamat.

Dengan erti kata lain, produk-produk Hovid Pure adalah berkualiti dan bertaraf tinggi, dan sentiasa mementingkan keperluan kesihatan para pengguna.

http://hovidpure.com/bm/aboutRnD.html


All times are GMT +8. The time now is 06:03 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.