CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Offline Business, Entrepreneur Discussion (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=177)
-   -   Business Kedai Serbaneka RM2 apa pendapat semua? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=147936)

sains_metafizik 05-06-2010 03:17 AM

Business Kedai Serbaneka RM2 apa pendapat semua?
 
Salam & selamat sejahtera...

Kat sini aku nak tanya pendapat warga CG mengenai kedai serbaneka RM2 yang dipelopori oleh warga cina. Kebanyakan barangan yang ada kat dalam ini adalah barang yang diimport dari China.

Tetapi yang menarik mengenai konsep kedai ini, semua barangan berharga RM2 (tapi ada setengah kedai harga melebihi RM2). Aku pernah bertanya pada adik ipar aku yang kerja kat kedai tu..berapa collection sehari kedai RM2 sebab harganya murah...jawapannya boleh mencecah RM4k ke atas untuk 1 hari...macam tak percaya je...
Menurut adik ipar aku tu...collection cawangan kedai RM2 lebih tinggi bagi cawangan yang berada dikawasan pendalaman cthnya dikawasan perkampungan @ felda.

Anda pernah pegi ke kedai macam ni??so mari kita share pendapat dan komen tentang kedai ni...:D

bizplan 05-06-2010 03:20 AM

kalo barang banyak mmg akan jadi umpuan org.. contoh macam ada 1 kedai kat segamat.. siap ada tools macam playar.. tkul besi..

haudli 05-06-2010 03:20 AM

supplier ada sesape kenal x?

zamreda 05-06-2010 03:26 AM

org mesti fikir nak murah.....tapi kualiti tu no 2...

silverchair959 05-06-2010 03:31 AM

kadang2 aku pelik mcm mana diaorang boleh jual satu2 brg tu dgn harga rm2 jer huhuhu

gandaduit 05-06-2010 03:48 AM

Quote:

Originally Posted by silverchair959 (Post 6609958)
kadang2 aku pelik mcm mana diaorang boleh jual satu2 brg tu dgn harga rm2 jer huhuhu

diaorang beli borong..lagipun made in china dan thailand memang murah..

GOOD JOB TT,this business will going well..jgn lupa tutup api sebelum keluar umah.

Jeb 05-06-2010 03:50 AM

konsep ni tak silap aku asalnya dari mana ek?us kan?orang tu dah kaya raya dah.

silverchair959 05-06-2010 03:52 AM

murah punya pasal kadang2 sampai terbeli barang yg tak perlu dibeli...kira taktik gak ni kan huhuhu

sains_metafizik 05-06-2010 03:58 AM

itu la pasal...rasa macam harga tak logik sampai semua pun rasa nak beli...tapi kualiti tak leh tahan lama...sesuai dgn harga

sains_metafizik 05-06-2010 04:01 AM

Quote:

Originally Posted by haudli (Post 6609928)
supplier ada sesape kenal x?

stakat ni yang aku kenal...owner kedai RM2 ni dia mmg supply barang dr china..dia ada bnyk cawangan kat seluruh Malaysia. Gudang dia kat jementah...bnyk gak kedai RM2 yang lain ambik kat dia...sebab barang kat kedai RM2 ni macam2...bukan dr china saje..kek apollo pun dia jual, power root tu pun ada...kalau kat luar rm2.50 kat kedai rm2, rm2 je...

ereload 05-06-2010 04:35 AM

mcm menarik je kedai rm2 ni..jementah kat mane ek gudang dia.. bole survey2 bape modal utk setup kedai.. kalau ada rezeki bole buka kedai nanti..

sains_metafizik 05-06-2010 04:43 AM

Quote:

Originally Posted by ereload (Post 6610040)
mcm menarik je kedai rm2 ni..jementah kat mane ek gudang dia.. bole survey2 bape modal utk setup kedai.. kalau ada rezeki bole buka kedai nanti..

kat jementah aku pun tak tahu kat mana...kalau nak nanti aku carikan alamat sebab adik ipar ni keje kat kedai Rm2 dulu...

modal tak tahu nak cakap...tapi adik ipar aku cakap kalau berhajat nak bukak kedai ni boleh jumpa boss dia...dia akan bg gondola, barang2 skali...boleh bincang ngan boss tu...

TamingSari 05-06-2010 04:45 AM

aku pun suka singgah kdai ni, suka cari tools, kekdang dah ada pun terbeli lagi..:))

ereload 05-06-2010 04:56 AM

boleh gak kalau tahu alamat dia. aku dok sgmt.. x jauh jementah tu.. bole jumpa bos dia nanti.. tq

haudli 05-06-2010 12:01 PM

kasi kongsi pasal modal dan prosedur bro...

dr_zool 05-06-2010 12:09 PM

salah 1 teknik meniage
kdng tuh mende x perlu pon,tp sebab harge murah,kite p beli gk

sains_metafizik 05-06-2010 12:10 PM

Quote:

Originally Posted by haudli (Post 6610934)
kasi kongsi pasal modal dan prosedur bro...

nanti aku tanya adik ipar aku, aku post kat sini alamat dan nama boss skali...
aku pun ada hajat nak bukak...tapi bila memikirkan aku tak reti dan tak ada pengalaman bidang ni so terpaksalah aku tangguhkan sampai aku pandai...

yang aku tau modal utk barang 1 kontena dlm rm25k++ penuh satu kedai.Bab gondola kalau kita ambik barang kat dia, dia sediakan.

veaz_azr 05-06-2010 05:17 PM

kekadang bukan semua dijual dgn rm2..tapiii..disebabkan murah yg rm5 pun ak sebat..nmpk berbaloi..

sains_metafizik 05-06-2010 07:54 PM

Quote:

Originally Posted by veaz_azr (Post 6611963)
kekadang bukan semua dijual dgn rm2..tapiii..disebabkan murah yg rm5 pun ak sebat..nmpk berbaloi..

betul...aku setuju....:D

yusry2007 05-06-2010 08:20 PM

pendapat saya konsep mcm nie memang bleh buat, sebab kalau kat kg, org dah tak fikir pasal kualiti, janji murah. saya dulu pon org kampung jugak, sebab tu saya pernah rase perasaan mcm tu. cuba bro fikir, kalau 1 kedai sehari dapat collect RM4K, kalau 10 kedai berapa sehari?? berapa sebulan. nama jerk "KEDAI 2 RINGGIT" tapi masyuk. tapi kene ingat jugak TT, bisnes mcm nie bajet mau besar, takkan nak letak 20-30 jenis barang jerk. tapi ader cara, kalau nak letak byk jenis, tapi kene ambik dalam kuantiti yang skit, kene kaji bab transport plak la..

yusry2007 05-06-2010 08:23 PM

Quote:

Originally Posted by veaz_azr (Post 6611963)
kekadang bukan semua dijual dgn rm2..tapiii..disebabkan murah yg rm5 pun ak sebat..nmpk berbaloi..

betul2,, bukan semua brg harga RM2. ader gak brg harga lebih dari itu. kalau kt kedah, kt pasar malam, ader gerai seringgit tau, bukan kata makcik pakcik, budak2 pon shopping sama.

sains_metafizik 06-06-2010 02:00 PM

Quote:

Originally Posted by yusry2007 (Post 6612608)
betul2,, bukan semua brg harga RM2. ader gak brg harga lebih dari itu. kalau kt kedah, kt pasar malam, ader gerai seringgit tau, bukan kata makcik pakcik, budak2 pon shopping sama.

uish...gerai seringgit...dia jual apa?

oldskoolrocka 06-06-2010 02:04 PM

bgus jugak idea nih..moga berjaya..

haudli 06-06-2010 04:13 PM

Quote:

Originally Posted by sains_metafizik (Post 6610962)
nanti aku tanya adik ipar aku, aku post kat sini alamat dan nama boss skali...
aku pun ada hajat nak bukak...tapi bila memikirkan aku tak reti dan tak ada pengalaman bidang ni so terpaksalah aku tangguhkan sampai aku pandai...

yang aku tau modal utk barang 1 kontena dlm rm25k++ penuh satu kedai.Bab gondola kalau kita ambik barang kat dia, dia sediakan.

jgn lupe update bro...:)cgrock:)cgrock

yusry2007 06-06-2010 06:17 PM

Quote:

Originally Posted by sains_metafizik (Post 6615523)
uish...gerai seringgit...dia jual apa?

ader mcm brg2 rumah, alat2 tulis.. byk choice jugk la..

sains_metafizik 07-06-2010 07:14 PM

Quote:

Originally Posted by yusry2007 (Post 6616326)
ader mcm brg2 rumah, alat2 tulis.. byk choice jugk la..

menarik...unik idea jual kat pasar malam...kat sana lagi ramai crowd yg dtg...:D

azlalchedin 07-06-2010 07:33 PM

Quote:

Originally Posted by haudli (Post 6615934)
jgn lupe update bro...:)cgrock:)cgrock

bagus biz ni .....
bila lagi mau update ... :D

zulco 07-06-2010 08:27 PM

update leh TT. aku mcm berminat je biz nie...

ereload 08-06-2010 02:52 AM

ramai nampaknya yg berminat..
tunggu tt update alamat tokei besar rm2 kat jementah..

sains_metafizik 08-06-2010 10:03 PM

ok nanti aku update....
adik ipar aku kat penang...nnti dia balik aku tnya kat dia supplier tu... :D
yg aku tau nama boss dia mr jackie chan....hahaha nak tergelak pun ade aku dgr waktu dia cakap...

rayz 08-06-2010 10:24 PM

bagus gak bisnes ni.
kat tmpt aku pasar mlm jual brg RM1 penuh org beli.

mcm lighter rm1 lampu suluh tu.memang brg murah dan budget berpatutan la.

strawda 08-06-2010 10:35 PM

kedai murah ni walaupun kadang-kadang barang low kualiti tapi tetap menjadi tumpuan sebab harganya.. itu jadi penarik.. then biler orang dah datang masuk kedai tu, daripada nak beli sebiji gunting, nanti keluar tetiba dah beli berpuluh-puluh items.. orang xde duit pun boleh perabis duit apa yang ada sebab biler nampak barang, dia rasa macam perlu..

Bukan dekat Malaysia jek, masa aku duduk US, kedai a dolar-Tree @ kedai OneDollar lagi lawa dari kedai lain.. dan aku kalau masuk berejam... asal nak beli sudip USD1, skali masuk, nampak alas meja, amek.. nampak inner t-shirt, amek.. nampak satu Rim kertas corak-corak, ambil (konon2 boleh la buat card ke keje tulis surat).. nampak cute-cute stuffs, ambil, boleh buat hadiah kat member2 or bagi kat adik.. last-last keluar, aku habis usd30... T_T

tenungskrin 08-06-2010 10:47 PM

mcm best je biz nih

AUSSIEMAS TRADING 27-06-2010 03:20 AM

Membekal barangan-barangan untuk Kedai RM2

Assalammualaikum

Aussiemas Trading merupakan syarikat yang mengimport dan membekal barangan-barangan untuk kedai RM2.Sesiapa yang berminat untuk membuka dalam bisnes kedai RM2 boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.Berikut adalah sedikit info mengenai bisnes kedai RM2 :-

Modal yang diperlukan: RM30k-40k

Kelebihan:

Bisnes kedai RM2 amat menguntungkan kerana setiap barangan hanya bernilai RM2.Sesiapa juga mampu membeli barangan bernilai RM2 berbanding barangan lain yang sama jenis dan nilai yang berada dipasaran. Aussiemas Trading pembekal barangan RM2 dari China dimana aussiemas sebenarnya membuat pesanan melalui gabungan pengusaha kedai RM2 yang beroperasi di seluruh Malaysia. Oleh itu harga yang diperolehi jauh lebih murah daripada memperolehi bekalan dengan kuantiti yang sedikit. Kami mempunyai kerjasama dengan syarikat lain yang menjalankan perniagaan kedai RM2 yang dipelopori majoriti oleh kaum cina yang memberi kami peluang untuk membuka cawangan seterusnya di daerah yang sesuai di kawasan-kawasan perkampungan dan juga di bandar seperti di kedah dan juga selangor. Jika sesiapa yang bercadang atau berminat untuk menjalanakan bisnes RM2 ini, Hubungi kami jika untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut untuk kedai RM2. Untuk info lanjut sila hubungi:


019-4266512
support@aussiemas.com

Sekian Terima Kasih.

forexian 27-06-2010 03:38 AM

aku setuju ngan korang ckp pasal kalo bukak kedai ni kat kawasan kampung kompom laku......sebab pakcik aku ada buka satu kedai camni......huhu laku je aku tgk.......

haudli 27-06-2010 02:44 PM

Quote:

Originally Posted by AUSSIEMAS TRADING (Post 6749802)
Membekal barangan-barangan untuk Kedai RM2

Assalammualaikum

Aussiemas Trading merupakan syarikat yang mengimport dan membekal barangan-barangan untuk kedai RM2.Sesiapa yang berminat untuk membuka dalam bisnes kedai RM2 boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut.Berikut adalah sedikit info mengenai bisnes kedai RM2 :-

Modal yang diperlukan: RM30k-40k

Kelebihan:

Bisnes kedai RM2 amat menguntungkan kerana setiap barangan hanya bernilai RM2.Sesiapa juga mampu membeli barangan bernilai RM2 berbanding barangan lain yang sama jenis dan nilai yang berada dipasaran. Aussiemas Trading pembekal barangan RM2 dari China dimana aussiemas sebenarnya membuat pesanan melalui gabungan pengusaha kedai RM2 yang beroperasi di seluruh Malaysia. Oleh itu harga yang diperolehi jauh lebih murah daripada memperolehi bekalan dengan kuantiti yang sedikit. Kami mempunyai kerjasama dengan syarikat lain yang menjalankan perniagaan kedai RM2 yang dipelopori majoriti oleh kaum cina yang memberi kami peluang untuk membuka cawangan seterusnya di daerah yang sesuai di kawasan-kawasan perkampungan dan juga di bandar seperti di kedah dan juga selangor. Jika sesiapa yang bercadang atau berminat untuk menjalanakan bisnes RM2 ini, Hubungi kami jika untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut untuk kedai RM2. Untuk info lanjut sila hubungi:


019-4266512 begin_of_the_skype_highlighting**************019-4266512******end_of_the_skype_highlighting
support@aussiemas.com

Sekian Terima Kasih.



ini sudah bagus

FaRid^sp 27-06-2010 02:55 PM

berapa agaknya margin profit utk setiap produk RM2 tu ye.. rasanya lebih 100% ??

FaRid^sp 27-06-2010 03:05 PM

Quote:

Originally Posted by zul83 (Post 6751674)
HYPROBULKSMS bakal berkibar dipuncak Everest ..Insyaallah..Setelah menjadai penaja Misi D Everest- Tibet 2011Dengan mendapat sijil keahlian dari PPIM membuktikan perniagaan ini halal..Oleh itu anda tidak perlu sangsi lagiAyuh bertindak segera mendaftar percuma di HyprobulksmsTahukah anda??..Di Hyprobulksms .....kita bu...at ke...rja sekali untung berkai-kali...Istimewanya pulaProduk disediakan..Laman Web disediakan..Tugas anda hanya buat promosi..dan..promosi....untuk mendapatkan RMN500-Rm1000 sehari..Tidak mustahil... anda mampu melakukan nya.Mudah bukan?...Ayuh jangan berlengah klik disini untuk daftar percuma: http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=segamat88

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

ada jual kat kedai RM2 ka ?? abgi aku satu.. :-?

penangboy 27-06-2010 03:28 PM

kat penang kat mana ada

myaura 27-06-2010 05:13 PM

Saya berminat gak ni biz, slama ni diteroki oleh org2 cina. Cuma masalah lokasi jauh di Sabah, ada link ke Sabah utk bekalan utk biz ni....??


All times are GMT +8. The time now is 07:45 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.