CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Saving Investments (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=170)
-   -   Kelebihan SSP BSN (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=145629)

aiman27 23-05-2010 04:01 PM

Kelebihan SSP BSN
 
SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN

Simpanan SSP anda dijamin Kerajaan Malaysia .
Semua hadiah SSP dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Semua unit SSP berhak untuk cabutan bulanan, selagi tidak ditebus.
Pemegang SSP (simpanan minima sebanyak RM 4,000) berumur 21 tahun berhak memohon Kad Kredit BSN.
berpeluang mendapat dividen sehingga 2.42%

p/s : ANGGAP INI SEBAGAI SIMPANAN BUKAN UTK MENDAPAT HADIAH SEMATA2. KALU TAK KITA AKAN MUDAH HAMPA BUKAN SENANG UTK MENANG!


berkenaan hadiah : http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=182
berkeann tmpt cabutan : http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=185

mustopa_a 23-05-2010 06:04 PM

masuk tu nak simpan... so simpan je la

emoney 23-05-2010 06:15 PM

Pokcik dulu adak gak masuk SSP nih...2-3 tahun tak dapat apa..so tebus jer la...letak dalam ASB pulak...:)paid:)paid:)paid

QEM 23-05-2010 06:17 PM

dividen tu sikit sbb duit dia wat hadiah cabutan.. tp x pnh dpt pun..

din cacing 23-05-2010 06:53 PM

Quote:

Originally Posted by QEM (Post 6531498)
dividen tuhttp://ezreload.my/klik/?affid=202 sikit sbb duit dia wat hadiah cabutan.. tp x pnh dpt pun..

nasib la kalu dapat.......

ahbond 23-05-2010 07:14 PM

Kalau ikut dari segi dividen yang ditawarkan...adalah lebih baik pilih ASB/ASW..tetapi kalau lihat dari apa yang ditawarkan melalui hadiah-hadiahnya...perh cukup menarik...Saya mengambil sikap tuah manusia siapa yang tahu...tidak mengharap tetapi sekadar mencuba (menyimpan) jika ada shj...eheheh

sonOFjawa 23-05-2010 07:19 PM

maybe diorang saje bikin gempak kot...

obious 23-05-2010 08:06 PM

Quote:

Originally Posted by ahbond (Post 6531686)
Kalau ikut dari segi dividen yang ditawarkan...adalah lebih baik pilih ASB/ASW..tetapi kalau lihat dari apa yang ditawarkan melalui hadiah-hadiahnya...perh cukup menarik...Saya mengambil sikap tuah manusia siapa yang tahu...tidak mengharap tetapi sekadar mencuba (menyimpan) jika ada shj...eheheh

ni saya sokong...coz terpulang pada diri sendiri..:D

panglima 23-05-2010 08:10 PM

Hehe..aku mmg x simpan pun kat sini. Baik simpan kat asb:)
Kebarangkalian nk kena cabutan premium tu tipis jee..

Forex888 23-05-2010 09:12 PM

ada dividend ke?...

Ahmad07 23-05-2010 09:13 PM

aku penah dengar citer, orang bank sendiri tak rekemen SSP ni...

aiman27 23-05-2010 11:24 PM

Quote:

Originally Posted by Forex888 (Post 6532181)
ada dividend ke?...

syarat untuk dapat div perlu insert at least rm2k... kalu dulu div ssp boleh capai 15% setahun tapi sejak dibuat cabutan bertuah dia bg div sikit jer...

razif1224 23-05-2010 11:49 PM

Banyak lagi pelaburan PNB untuk dipenuhkan...:)

Simpan untuk guna leh la di bank2 nie...

Itupun sbb ada kad... :)

2bz4money 24-05-2010 12:10 AM

Yang menyimpan dalam SSP tu, mmg x kisah pasal untung..kerna untung terlalu ciput..Tapi apa yg mereka inginkan adalah PELUANG, sekurangnya sentiasa berpeluang memenangi pelbagai hadiah..tanpa modal lesap tak seperti skim cepat kaya, habuk pun tarak..:)

THX 24-05-2010 12:26 AM

ssp ni bukannya pelaburan. ia hanya satu peluang untuk dapat hadiah yang bernilai tinggi jika ada rezeki. aku pun beli gak tetiap bulan mana tau rezeki dapat hadiah. selain tu kalau cukup syaratnya nanti leh lar buat loan bercagarkan ssp ni dgn interest yg rendah.

ahbond 24-05-2010 02:10 AM

Quote:

Originally Posted by THX (Post 6533356)
ssp ni bukannya pelaburan. ia hanya satu peluang untuk dapat hadiah yang bernilai tinggi jika ada rezeki. aku pun beli gak tetiap bulan mana tau rezeki dapat hadiah. selain tu kalau cukup syaratnya nanti leh lar buat loan bercagarkan ssp ni dgn interest yg rendah.

Betul tu...dengan SSP nie kita boleh dapat 90% nilai cagaran unit SSP dengan kadar interest 4% setahun...okaylah tu. Sesak sesak boleh gi cagar....:">

abahmu 24-05-2010 02:16 AM

senang je nak menang...masuk 200-300k..jgn beli serentak..beli la tiap2 bulan 10k ke 20k 30k..cmtu la

mcm Dr balkis di kelantan dia membeli sijil ni mcm tu la..tiap2 bulan dia beli..skrg total ada dekat 400k nilai sijil dia...boleh katakan tiap2 tahun dia menang..keta dh 2 kali menang..

ada jgk yg beli skit pun kena..nasib ler...tp klu beli banyak peluang utk dpt tu ada..

jambatan 24-05-2010 03:14 AM

SSP ni kira mcm power root gak.. kalu ada ratus2 ribu, baru leh menang hadiah kot..

aiman27 24-05-2010 11:59 AM

Kelebihan SSP

Simpanan SSP dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Semua unit layak menyertai cabutan yang diadakan pada setiap bulan selagi tidak ditebus.
Hadiah-hadiah lumayan untuk dimenangi.
Mudah mendapatkan gantian jika sijil hilang.
Individu berumur 21 tahun ke atas dan memiliki Sijil SSP (minimum RM4,000) adalah layak untuk memohon Kad Kredit BSN.

aiman27 24-05-2010 12:17 PM

ada forumer yang pernah tengok masa cabutan di buat tak? last month buat kat dungun... bulan ni dibuat kat 1utama PJ pada 29hb ni.. jam 3ptg

coolganas 24-05-2010 12:19 PM

dah sepuluh tahun ...tak kene-kena bro....

azlanhussain 24-05-2010 12:32 PM

Kalau niat nak menyimpan baik masuk ASB. Kalau nak cuba merasa mana tau boleh menang kereta, masuklah SSP. So apa yang susah sangat nak fikir.

ahbond 25-05-2010 09:38 AM

Quote:

Originally Posted by aiman27 (Post 6535542)
Kelebihan SSP

Simpanan SSP dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
Semua hadiah dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Semua unit layak menyertai cabutan yang diadakan pada setiap bulan selagi tidak ditebus.
Hadiah-hadiah lumayan untuk dimenangi.
Mudah mendapatkan gantian jika sijil hilang.
Individu berumur 21 tahun ke atas dan memiliki Sijil SSP (minimum RM4,000) adalah layak untuk memohon Kad Kredit BSN.

Untuk mendapatkan gantian sijil yang hilang..akan dikenakan charge RM5.00 per sijil. :">

aiman27 25-05-2010 02:18 PM

Quote:

Originally Posted by coolganas (Post 6535692)
dah sepuluh tahun ...tak kene-kena bro....

xde ker forumer CG yg pernah menang...

aiman27 26-05-2010 09:21 AM

ARKIB utusan : 15/05/2010
BSN sasar RM2 bilion pembelian SSP tahun ini

Akhsan Zaini bersama kakitangan Bank Simpanan Nasional, Nursaeida Mohd Lattif (kiri) dan Nor Mariam Mat Adam menunjukkan contoh Siji Simpanan Premium di Wisma BSN, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Mei - Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan untuk mencapai RM2 bilion jumlah pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Jabatan Perbankan Konsumer BSN, Akhsan Zaini berkata, sejak diperkenalkan pada 1978, jumlah pembelian SSP setakat Mac lalu adalah sebanyak RM1.3 bilion membabitkan lebih 1.5 juta pelanggan.

Katanya, bagi mencapai sasaran itu, BSN akan mempelbagaikan kaedah pemasaran dan jualan di samping menguatkan jenama SSP melalui iklan komersial.

''Melalui kajian, pelanggan SSP kebanyakannya menetap di kawasan bandar terutama di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

''Kita akan menggiatkan usaha untuk menguatkan jenama SSP di kawasan luar bandar.

''Pendekatan penggunaan pelbagai bahasa dalam iklan komersial seperti bahasa etnik di Sabah dan Sarawak akan dilakukan agar pengetahuan mengenai SSP dapat diperluaskan,'' katanya pada sidang akhbar mengumumkan penganjuran Mega Karnival SSP di Wisma BSN di sini hari ini.

Akhsan berkata, BSN juga akan mempermudahkan proses penjualan SSP kepada pelanggan yang kini boleh dibeli melalui mesin pengeluar automatik (ATM).

''Kita akan membuka kaunter di beberapa pusat beli-belah dari semasa ke semasa dengan menempatkan kakitangan BSN untuk memudahkan pelanggan membuat pembelian,'' katanya.

Jelas beliau, penjualan SSP kini dikuasai kaum Melayu dengan hampir satu juta pelanggan diikuti Cina (345,290 orang), India (119,020 orang) dan kaum lain (156,820 orang).

Atas dasar itu, katanya, BSN berusaha untuk melebarkan lagi produk SSP kepada kaum-kaum bukan Melayu.

Menurutnya, untuk terus memperkasa produk SSP, BSN secara konsisten turut menambah bilangan hadiah cabutan bagi memastikan SSP sentiasa dinamik.

Pada tahun lalu, katanya, BSN telah menambah bilangan hadiah untuk cabutan SSP sebanyak 1,700 sebulan berbanding 1,610 hadiah pada 2008.

''Untuk tahun ini, bilangan hadiah telah ditambah kepada 1,795 sebulan dengan nilai hadiah berjumlah RM12 juta,'' jelasnya.

Mengenai penganjuran Mega Karnival SSP pula, katanya, ia merupakan penganjuran kali pertama dengan fokus untuk meningkatkan jualan SSP di seluruh negara dan meningkatkan kesedaran terhadap produk tersebut.

''Ia akan diadakan pada 26 hingga 30 Mei ini di pusat beli-belah One Utama di Bandar Utama selain di Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.

''Sepanjang karnival berlangsung, BSN mensasarkan jualan SSP sebanyak RM500 juta,'' katanya.

Tambahnya, selain karnival itu, BSN akan melakukan dua cabutan istimewa iaitu Cabutan Penghargaan dan Cabutan Simpanan Tertinggi.

Cabutan Penghargaan bakal diadakan 31 Julai ini dan terbuka kepada pelanggan yang menyimpan RM500 SSP sejak 1978 manakala Cabutan Simpanan Tertinggi menawarkan hadiah kereta BMW 120i Convertible.

mim 26-05-2010 02:30 PM

SSP nie sebenarnya adalah simpanan orang kaya yang tak nak sangat untuk tetapi lebih kepada nasib untuk menang. kalu dapat bagus la tapi kalu tak nasib la. bagi mereka yang hendak menyimpan dan ingin mendapat untuk adalah tidak digalakkan untuk menyimpan dalam SSP nie sebab kebarangkalian nak kena adalah 1/sejuta lebih. bayangkan berapa tipis. so kalu nak mencuba tak jadi masalah bak kata orang untuk sabut timbul untung batu tenggelam. so jangan la terlalu mengharap untuk mendapat imbuhan yang tinggi dalam SSP baik masuk asb ajer......

bujanglapok 26-05-2010 02:42 PM

Quote:

Originally Posted by aiman27 (Post 6543225)
xde ker forumer CG yg pernah menang...


hmm.. alhamdulillah..
aku dah pernah dapat hadiah 3 kali
tapi sumer tu hadiah tempat ke 12 berupa SSP bernilai RM100
okey la tu

bestfriend aku pernah dapat merc
dia jual balik dapat la dekat-dekat 250k
apa pun, ini semua atas tuah dan rezeki la..

girlsilver 26-05-2010 02:55 PM

Quote:

Originally Posted by bujanglapok (Post 6550355)
hmm.. alhamdulillah..
aku dah pernah dapat hadiah 3 kali
tapi sumer tu hadiah tempat ke 12 berupa SSP bernilai RM100
okey la tu

bestfriend aku pernah dapat merc
dia jual balik dapat la dekat-dekat 250k
apa pun, ini semua atas tuah dan rezeki la..

bestfriend tu brp dia melabur?kdg2 terpk gk adekah sbb melabur byk lebih peluang nk menang?yer la beli byk kn :D:D

TT 26-05-2010 03:04 PM

ssp ni kn cecah bilion..chances nk menang bkn besar..mmg nasib r

AMICO66 26-05-2010 03:04 PM

buang karen ja simpan kat sini..
aku pun dah keluarkan dan simpan kat koperasi tentera....

ahbond 27-05-2010 06:30 PM

Quote:

Originally Posted by mim (Post 6550272)
SSP nie sebenarnya adalah simpanan orang kaya yang tak nak sangat untuk tetapi lebih kepada nasib untuk menang. kalu dapat bagus la tapi kalu tak nasib la. bagi mereka yang hendak menyimpan dan ingin mendapat untuk adalah tidak digalakkan untuk menyimpan dalam SSP nie sebab kebarangkalian nak kena adalah 1/sejuta lebih. bayangkan berapa tipis. so kalu nak mencuba tak jadi masalah bak kata orang untuk sabut timbul untung batu tenggelam. so jangan la terlalu mengharap untuk mendapat imbuhan yang tinggi dalam SSP baik masuk asb ajer......

Yes setuju...:D

forexian 27-05-2010 06:44 PM

camne cabutan pemenang ni dibuat? ..... x salah guna komputer kan?

2bz4money 31-05-2010 09:42 PM

http://mstar.com.my/archives/2010/5/...5495756bsn.jpg
Quote:

Sabtu Mei 29, 2010
BSN Tawar 21,000 Hadiah Cabutan Sijil Simpanan Premium

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan 21,540 hadiah kepada para pemegang bagi setiap cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Eksekutif BSN (Perbankan Konsumer & Pembangunan Perniagaan) Yunos Abd Ghani berkata ia adalah bagi menggalakkan orang ramai menambah sijil simpanan serta menambah peluang mereka memenangi hadiah menerusi dua cabutan istimewa iaitu Cabutan Penghargaan dan Simpanan Tertinggi.

"Hadiah utama yang ditawarkan menerusi cabutan SSP ialah sebuah kereta BMW 523i Convertible serta pelbagai hadiah lain," katanya kepada pemberita pada majlis Cabutan SSP bulan Mei di sini hari ini.

Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan misi kerajaan yang sentiasa menggalakkan amalan menabung dan menyimpan kerana ia secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih berkesan.

Yunos berkata sehingga 23 Mei lepas, jumlah SSP yang dilanggan ialah lebih 132 juta unit oleh 1.6 juta orang.

Pada majlis itu seorang petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Kota Damansara, Noor Asihin Surani, 46, diumumkan sebagai pemenang sebuah kereta Toyota Camry menerusi cabutan SSP bagi bulan April. - BERNAMA

ahbond 31-05-2010 11:38 PM

Mekasih bro 2bz4money ...info menarik..insyallah nie klu ada rezeki dapatlah...

mautau 31-05-2010 11:48 PM

Quote:

Originally Posted by 2bz4money (Post 6579922)
Sabtu Mei 29, 2010
BSN Tawar 21,000 Hadiah Cabutan Sijil Simpanan Premium

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan 21,540 hadiah kepada para pemegang bagi setiap cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Eksekutif BSN (Perbankan Konsumer & Pembangunan Perniagaan) Yunos Abd Ghani berkata ia adalah bagi menggalakkan orang ramai menambah sijil simpanan serta menambah peluang mereka memenangi hadiah menerusi dua cabutan istimewa iaitu Cabutan Penghargaan dan Simpanan Tertinggi.

"Hadiah utama yang ditawarkan menerusi cabutan SSP ialah sebuah kereta BMW 523i Convertible serta pelbagai hadiah lain," katanya kepada pemberita pada majlis Cabutan SSP bulan Mei di sini hari ini.

Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan misi kerajaan yang sentiasa menggalakkan amalan menabung dan menyimpan kerana ia secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih berkesan.

Yunos berkata sehingga 23 Mei lepas, jumlah SSP yang dilanggan ialah lebih 132 juta unit oleh 1.6 juta orang.

Pada majlis itu seorang petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Kota Damansara, Noor Asihin Surani, 46, diumumkan sebagai pemenang sebuah kereta Toyota Camry menerusi cabutan SSP bagi bulan April. - BERNAMA

21,540 hadiah / 132,000,000

kebarangkalian utk salah satu hadiah = 0.0001632
kebarangkalian utk hadiah utama 1 dari 132 juta..

he he ada berani..

aiman27 02-06-2010 10:00 AM

keputusan cabutan SSP bulan MEI..

http://www.bsn.com.my/simpanan/ssp/keputusanssp.asp

ahbond 03-06-2010 10:26 AM

Quote:

Originally Posted by aiman27 (Post 6589857)
keputusan cabutan SSP bulan MEI..

http://www.bsn.com.my/simpanan/ssp/keputusanssp.asp

Mekasih bro...:)cgrock

2bz4money 03-06-2010 11:13 PM

Tambah sikit2..walaupun x untung
 
Quote:

Originally Posted by mautau (Post 6580776)
21,540 hadiah / 132,000,000

kebarangkalian utk salah satu hadiah = 0.0001632
kebarangkalian utk hadiah utama 1 dari 132 juta..

he he ada berani..

Tak rugi apa2 pun..ntah2 rezeki dtg menggolek, siapa tau, kann..Berbanding dgn sikap tunggu dan lihat, kebarangkalian pun tarak..:D

Atas hemat ni, pagi tadi aku pegi tambah sikit lagi kebarangkalian utk menang hadiah..

mr.khairul 04-06-2010 12:05 AM

apepe pn aku baru menang tmpt ke-11 cabutan bulan mei hehehe...br 2 bulan aku beli.target nk pau camry yg ade 2.tp klu xdapek...pakcik menang moto pn jadi la.pakcik kayo hihihi...

ahbond 04-06-2010 03:02 AM

Quote:

Originally Posted by mr.khairul (Post 6602459)
apepe pn aku baru menang tmpt ke-11 cabutan bulan mei hehehe...br 2 bulan aku beli.target nk pau camry yg ade 2.tp klu xdapek...pakcik menang moto pn jadi la.pakcik kayo hihihi...

Cayalah....dan tahniah..Tuah manusia siapa yang tahu...:">


All times are GMT +8. The time now is 02:14 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.