CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Saving Investments (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=170)
-   -   Kelebihan SSP BSN (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=145629)

Jutawan 17-01-2012 11:14 AM

Diversification of investment, simpan RM50/RM100 setiap bulan kira ok juga tu.
Untung sabut timbul, untung batu dapat dividen.:D

Daripada pi reformasi tak tentu pasal.:)cgrock

Pulpa 19-01-2012 08:57 AM

Setelah dikomen di laman BSN, saya mendapat email dari BSN berkenaan hadiah 2012..berikut adalah senarai hadiahnya...

NO.
TYPE
TOTAL UNIT IN A YEAR
1
Audi A5 2.0
1
2
BMW 523i
2
3
Mercedes Benz E 200 CGI
2
4
Mercedes Benz C 200 EL
2
5
BMW 320i
2
6
SSP RM 100,000
4
7
SSP RM 50,000
15
8
SSP RM 10,000
40
9
Modenas GT128
20
10
Gold Bar
20
11
SSP RM 5,000
10
12
EEE Pad Transformer
120
13
Kamera DSLR
120
14
32" LED TV
120
15
Samsung Galaxy Tab
120
16
Ipad
560
17
SSP RM 1,000
200
18
Pemain MP4
1200
19
Shopping Voucher
1600
20
SSP RM 100
33600

adeh...untuk makluman, barisan ke-2 selepas produk..cth SSP RM100 (33600 ni adalah bilangan hadiah ditawarkan..so nilainya RM3,360,000

Pulpa 19-01-2012 11:40 AM

Quote:

Originally Posted by peniagaemasperak (Post 11960136)
Lawati Blog saya dibawah untuk keterangan lanjut tentang pelaburan emas yang lebih menguntungkan dari mana2 unit amanah dan asb.

http://peniagaemasperak.blogspot.com/

Email: naimnordin@gmail.com

bro, if nak iklan pun.. letak le tmpt sepatutnya..

2bz4money 30-01-2012 04:17 PM

Promosi & Hadiah SSP 2012..
 
BSN sasar pertumbuhan RM1b
Oleh Petah Wazzan Iskandar

2012/01/30
BANK Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan pertumbuhan simpanan bersih sebanyak RM1 bilion bagi Sijil Simpanan Premium (SSP) dan SSP Edisi Khas, tahun ini.

Ketika ini jumlah simpanan SSP dan SSP Edisi Khas adalah RM1.6 bilion membabitkan 1.6 juta pelabur. Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Kewangan BSN, Frederick Siew Kin Meng, berkata pihaknya akan melaksanakan pelbagai promosi untuk menarik masyarakat terutama bukan Bumiputera menyertai kedua-dua produk itu.

“Kami dapati pelabur bukan Bumiputera kurang melabur dalam SSP kerana berpendapat ia hanya untuk Bumiputera. “Justeru, bagi menarik lebih ramai pelabur terutama bukan Bumiputera, BSN akan menganjurkan promosi sehingga Mac depan untuk memberi peluang kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut kelebihan menyimpan dalam SSP, termasuk SSP Edisi Khas,” katanya selepas perasmian Majlis Cabutan SSP BSN 2012 oleh Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning di Queensbay, Georgetown, semalam.

Mengulas kelebihan SSP Edisi Khas, Frederick Siew berkata, produk itu berlainan daripada SSP kerana menawarkan kadar dividen yang pasti memikat pelabur. SSP Edisi Khas yang dilancarkan Oktober tahun lalu menawarkan kadar dividen masing-masing dua dan 2.3 peratus setahun bagi simpanan minimum RM1,000 dengan tempoh matang enam bulan dan simpanan minimum RM3,000 dengan tempoh matang 12 bulan.
“Penyimpan SSP, termasuk SSP Edisi Khas berpeluang memenangi 60 kereta mewah dan hadiah bernilai RM14 juta sepanjang tahun dengan 29 kali cabutan,” katanya.

Sementara itu, BSN menawarkan hadiah khas baru, iaitu Audi A5 2.0 bernilai RM320,000 bagi cabutan SSP Penyimpan Terbanyak untuk 2012.

Kereta mewah itu adalah tambahan kepada kereta mewah Mercedes-Benz E200 CGI, Mercedes-Benz C200 EL, BMW 320i dan BMW 520i yang ditawarkan ketika ini.

BSN menyediakan 37,000 hadiah tahun ini berbanding 30,000 tahun lalu termasuk jongkong emas, barangan kemas, pakej umrah/pelancongan, motosikal, barangan elektronik dan baucar beli-belah. Sumber:BHonline

p/s: lama dah saya order keta Merc, tapi x sampai2 lagi..mungkin queue pjg kot mcm tunggu tambahan saham BR pulak..:D

DirectorAhmadNisfu 15-02-2012 12:30 PM

prmosi SSP Edisi Khas dilanjutkan sampai Mac 2012.



Kalau tengok kat website 3 cabutan yang lama dah takde

Quote:

SPECIAL SSP DRAWS
SSP Jaminan Masa Depan Draw
There will be five (5) SSP Jaminan Masa Depan draws throughout the year 2011.
The draws will be held in April, May, June, October and November 2011.
Only eligible for SSP Holders who has minimum savings of RM1,000 and above, before or on the draw date of draw months.

SSP Appreciation Draw
The draw will be held in June 2011.
Only eligible for SSP Holders who has saved for 5 years and above.
Any one of the SSP certificate must be purchased in between the year 1978 to June 2006.
The certificate must be active up to the draw date, June 2011.

SSP High Savers Draw

The draw will be held in December 2011.
Only eligible for SSP Holders who has minimum savings of RM20,000 and above, before or on 30th September 2011.
The minimum savings amount must be maintained until the draw date, December 2011.
ganti dengan cabutan baru

Quote:

SSP Extra Draw
There will be twelve (12) SSP Extra Draws throughout the year 2012.
The draws will be held in March,June,September and December 2012.
Only eligible for SSP Holders who has minimum savings of RM100 and above, before or on the draw date of draw months..
The draw will be categorized by age:

DRAW CATEGORY AGE RANGE
Category 1 12 – 18
Category 2 19 – 30
Category 3 31 – 50
Category 4 Above 51

SSP High Savers Draw

The draw will be held in December 2012.
Only eligible for SSP Holders who has minimum savings of RM5,000 and above, before or on 30th September 2012.
The minimum savings amount must be maintained until the draw date, December 2012.
Ada betul ke?

2bz4money 16-02-2012 09:19 AM

Hukum Harus utk Simpanan/Pelaburan SSPM
 
awatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.”


Sumber: Laman KL-Today.Com

yustaiping2 16-02-2012 10:15 AM

bila lah aku nak dapat merc tue...

azrul7238 16-02-2012 10:38 AM

buat loan RM250,000.....
kemudian pasang strategi untuk beli sijil dalam rm10,000 setiap minggu....

kalu x mengena, kita jual balik kemudian beli lagi.....hahaha

2bz4money 16-02-2012 11:13 AM

Quote:

Originally Posted by yustaiping2 (Post 12255039)
bila lah aku nak dapat merc tue...

saya order via ssp ni pun dah lama, sampai merc pun dah bertukar2 model..belum sampai rezeki lagi tu..:D

2bz4money 16-02-2012 11:26 AM

Quote:

Originally Posted by azrul7238 (Post 12255308)
buat loan RM250,000.....
kemudian pasang strategi untuk beli sijil dalam rm10,000 setiap minggu....

kalu x mengena, kita jual balik kemudian beli lagi.....hahaha

biar betul bro..kalu dah rezeki, hadiah2 tu x ke mana2..cuma giliran kita saja belum sampai..:D


All times are GMT +8. The time now is 02:05 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.