CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Religious Talk (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=69)
-   -   Buku hakikat insan (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=128164)

keminyanarab 19-02-2010 12:17 PM

Buku hakikat insan
 
Salam,

Siapa tahu tempat nak beli buku Hakikat Insan???

kuhik 19-02-2010 12:18 PM

buku panas ni...:D

razif1224 19-02-2010 12:26 PM

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatw....asp?keyID=372

http://i1.lelong.com.my/UserImages/I...jealano@11.jpg

ikha 19-02-2010 12:27 PM

aku rasa banyak dikedai buku yg menjual buku agama yg besar...tp guru aku berpesan jgn membacanya kalau tak dak ilmu..kalau di kelantan mungkin boleh di dpati syarikat buku Jaffar Rawas yg terletak dibandar kota Bharu dekat hotel Ansar Kota Bharu...

kuhik 19-02-2010 12:28 PM

Quote:

Originally Posted by ikha (Post 5859941)
aku rasa banyak dikedai buku yg menjual buku agama yg besar...tp guru aku berpesan jgn membacanya kalau tak dak ilmu..kalau di kelantan mungkin boleh di dpati syarikat buku Jaffar Rawas yg terletak dibandar kota Bharu dekat hotel Ansar Kota Bharu...

Jaafar Rawas tak jual buku Hakikat Insan ni :)

Putra_Quezee 19-02-2010 12:31 PM

buku tentang aper nie ya? q pun first time dgr buku nie....

kuhik 19-02-2010 12:33 PM

Quote:

Originally Posted by Putra_Quezee (Post 5859987)
buku tentang aper nie ya? q pun first time dgr buku nie....

ilmu sufi dan tauhid :)

Putra_Quezee 19-02-2010 12:41 PM

Quote:

Originally Posted by kuhik (Post 5860003)
ilmu sufi dan tauhid :)

oooo... ok... terima kasih.... :)cgrock

WangEmas 19-02-2010 12:41 PM

Quote:

Originally Posted by kuhik (Post 5860003)
ilmu sufi dan tauhid :)

C. Oleh yang demikian:

(1) Mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat Insan” adalah menyeleweng dan menjadi murtad.

(2) Mana-mana orang Islam adalah dilarang:

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat Insan.”

(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku “Hakikat Insan” atau mana-mana bahagiannya termasuk:

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa jua bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada buku “Hakikat Insan.”

Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatw....asp?keyID=372

keminyanarab 19-02-2010 12:43 PM

takde ke di jaafar rawas? dalam internet ada tapi dah tak jual lagi.

keminyanarab 19-02-2010 12:45 PM

saya rasa untuk yg tak berguru memang tak faham....

ikha 19-02-2010 12:54 PM

ya ke...tp aku pernah jumpa buku ni jual kat pasar sekitr kemaman..yg di tulis oleh anak murid tok guru hj daud bukit abal..tp kalu tak silap bukunya tajuknya mengenal diri..biasanya kupasanya hampir sama

keminyanarab 19-02-2010 12:59 PM

mungkin betul juga ikha. di terengganu dan kelantan mungkin ada. KALAU ADA MEMBER FORUM YG JUMPA LET ME KNOW OK...

kuhik 19-02-2010 01:01 PM

banyak lagi kitab Ulamak lain yang lebih utama kita pelajari. seperti Ihya Ulumuddin ke, Bahru Mazi ke, ini pun sudah memadai...

keminyanarab 19-02-2010 01:07 PM

saya setuju saudara kuhik. kitab2 itu memang bagus. tapi selera kadang2 tak sama. bab2 ini memang tak ramai yg tahu dan kalau tahu pun dia akan di cop sebagai sesat dan tak betul. Ia merupakan cabang ilmu juga.

ahmades 19-02-2010 01:09 PM

Aku baca buku ini tidak terpesong pun akidah aku. :)

Mengenai buku ini, anda akan ditanya pelbagai soalan killer, betul betul killer sehingga anda akhirnya tidak tahu menjawab.

Diantara soalannya, jeng jengggg :

1# Adakah manusia itu wujud?
2# Menghuraikan maksud Syahadah, yang sangat kritikal, ilmu tauhid yang paling tinggi sekali.

Cukuplah dua hint tu.... :)

keminyanarab 19-02-2010 02:27 PM

saudara ahmades,

boleh tak kasi info macam mana nak beli buku tu.
my email - drfishkl@gmail.com
boleh lah dapat kongsi sama

ahmades 19-02-2010 03:44 PM

Quote:

Originally Posted by keminyanarab (Post 5860390)
saudara ahmades,

boleh tak kasi info macam mana nak beli buku tu.
my email - drfishkl@gmail.com
boleh lah dapat kongsi sama

Anda boleh dapat buku ini di toko-toko buku Islam di kelantan. Saya membaca buku ini melalui kenalan saya, saya pinjam darinya :)

Tapi, kalau anda betul-betul ingin mengenali diri, saya tahu satu tempat di Bukit Mertajam, P.Pinang. Mungkin anda ingin mengikuti kuliah disana. :)

Buku ini sangat tajam, ianya mencabar minda anda, ianya mencabar pendirian anda. Ianya mebezakan pendapat diantara Syariat dan Hakikat. Mana-mana orang, kalau ditunjukkan buku ini pasti akan mengatakan yang buku ini membawa ajaran sesat.

Saya tidak dapat menerangkan kesemuanya. Saya khuatir nanti saya dituduh sesat pula :)

keminyanarab 19-02-2010 03:54 PM

Timakasih ahmades,

saya faham. kalau tak mengenal takkan saya cari. benda ni memang perlu ada guru. dan tahap pelajaran pun bukan boleh masuk terus. saya ada rujukan saya dan sebab2 saya sendiri dengan buku itu..kalau kosong, saya pun tak berani.

tapi kalau ahmades dapat email saya guru di BM tu pun bagus juga. saya kerap ke sana.

emo|less 19-02-2010 03:59 PM

Quote:

Originally Posted by ahmades (Post 5860985)
Anda boleh dapat buku ini di toko-toko buku Islam di kelantan. Saya membaca buku ini melalui kenalan saya, saya pinjam darinya :)

Tapi, kalau anda betul-betul ingin mengenali diri, saya tahu satu tempat di Bukit Mertajam, P.Pinang. Mungkin anda ingin mengikuti kuliah disana. :)

Buku ini sangat tajam, ianya mencabar minda anda, ianya mencabar pendirian anda. Ianya mebezakan pendapat diantara Syariat dan Hakikat. Mana-mana orang, kalau ditunjukkan buku ini pasti akan mengatakan yang buku ini membawa ajaran sesat.

Saya tidak dapat menerangkan kesemuanya. Saya khuatir nanti saya dituduh sesat pula :)

tak payah terang... cukup la utk diri sendiri...

utamakan diri sendri tk bermaksud pentingkan diri sendiri...

kalau org nak blaja, dia usaha sendiri...

mmg 'ilmu' ni percuma utk blaja tp kena usaha cari sama...



sory if salah....(cerita dekat org yg syariat kuat, mmg kena la kata sesat...):))

akuslamberjer 19-02-2010 11:10 PM

hehe pernah baca masa zaman belajao dulu..tapi orang takdak ilmu macam aku nih..macam tikus tengok besi jerk.. :D

adil2604 20-02-2010 01:48 PM

tak ada guru tak guna gak kalau baca jer...ada soalan pun buku tak leh jawab...

black_pang5 20-02-2010 01:58 PM

aku ader. nak ker? tak payah beli, g photosetet jer. kalau berminat, pm aku. aku takkan bg sebarangan. dan kalau nak photosetet pun, kena pegi dengan aku, coz takut ilang.:D:D
bukan senang nak dapat. kalau sesaper ader qhashaful asro, meh photosetetkan tuk aku. :D:D

Rishhana 21-02-2010 01:58 AM

Quote:

Originally Posted by black_pang5 (Post 5866555)
aku ader. nak ker? tak payah beli, g photosetet jer. kalau berminat, pm aku. aku takkan bg sebarangan. dan kalau nak photosetet pun, kena pegi dengan aku, coz takut ilang.:D:D
bukan senang nak dapat. kalau sesaper ader qhashaful asro, meh photosetetkan tuk aku. :D:D

aku nak..bley pm phone number kau kat aku..
aku orang k.l

airden 21-02-2010 02:03 AM

nk belajar dlm buku ni kene ader guru...takut sesat...silap2 mereng jadinya...

Q-pid 21-02-2010 02:13 AM

Quote:

Originally Posted by Rishhana (Post 5869924)
aku nak..bley pm phone number kau kat aku..
aku orang k.l

aku pun kl...berminat gak nih:)paid:)paid

Q-pid 21-02-2010 02:15 AM

Quote:

Originally Posted by ahmades (Post 5860206)
Aku baca buku ini tidak terpesong pun akidah aku. :)

Mengenai buku ini, anda akan ditanya pelbagai soalan killer, betul betul killer sehingga anda akhirnya tidak tahu menjawab.

Diantara soalannya, jeng jengggg :

1# Adakah manusia itu wujud?
2# Menghuraikan maksud Syahadah, yang sangat kritikal, ilmu tauhid yang paling tinggi sekali.

Cukuplah dua hint tu.... :)

bg satu lagi hint bro...

# siape yg solat...

huhuh...mmg kritikal nih:D:D:D

Q-pid 21-02-2010 02:17 AM

Quote:

Originally Posted by emo|less (Post 5861089)
tak payah terang... cukup la utk diri sendiri...

utamakan diri sendri tk bermaksud pentingkan diri sendiri...

kalau org nak blaja, dia usaha sendiri...

mmg 'ilmu' ni percuma utk blaja tp kena usaha cari sama...



sory if salah....(cerita dekat org yg syariat kuat, mmg kena la kata sesat...):))

betul3...

tp statement yg aku highlight tu yg kene jaga2 bro...

sbb aku penah kene gak...biasala, diorang tgk luaran, bkn dalaman..:)paid:)paid:)paid

mr_man 21-02-2010 02:22 AM

hmm.. mudh jer.. 2 perkara yg pasti kita x sesat.. al-quran ngan sunnah... cukup dh rasanya, aku nak mendalami ilmu al-quran dulu (berguru laa)

akuslamberjer 21-02-2010 02:26 AM

nak baca-baca je ler untuk info..nak bagi faham pi tanya guru...jangan sewenangnya amal tanpa ilmu..kang ado yang mengaku......bebukan kang..

shadow 21-02-2010 02:59 AM

oo buku ni aku ada bapak aku punya.tapi ntah mana letak.kene carik balik.
Penah tanya dengan Guru aku.dia kata xpayah baca.
xtau pasal apa.
tp guru aku anak murid Haji Daud Bukit Abal yang terkenal tu.
Ikut paham aku,elok la berguru dulu.
kalau terus baca buku ni.memang kalau xreti boleh sesat.
pasal ilmu hakikat adalah ilmu rasa.
mana boleh tulis2.
siapa yang rasa dia la yang tau.
kang xpasal memandai-mandai ikut paham otak sendiri.
Kalau nak baca yang mudah paham pi cari buku
'Mengenal Diri dan wali Allah'tulisan anak murid Sheikh Haji Daud iaitu Sheikh Mustapha Mohamed Al Jiasi dan pastu cari buku 'Ramuan Ilmu Tasauf'
juga dari pengarang yang sama.

exllon 21-02-2010 12:05 PM

Hmm nampaknya ramai juga yang ingin mengenal diri dalam CG ni..

NI mungkin basic tapi dalam maknanya..carila ia walau berada...



Quote:

Sungguh-sungguh

Aku tulis pendapat ini adalah mengikut panganganku dan pandangan ulamak-ulamak yang terdahulu dari aku maka aku baca kitab-kitabnya seta perkataan-perkataan yang baik-baik lagi mersik.Tulisan ini aku tulis pada malam pertama puasa iaitu malam sabtu,malam satu Ramadhan

LA ILAHA ILLA ALLAH

LA=Khalimah nafi
ILAHA= Khalimah yang di nafi
ILLA=Khalimah Isbat
ALLAH=Khalimah yang di isbat

1.Tidak sempurna nafi melainkan isbat,dan tidak sah isbat melainkan nafi
2. Nafi mengandungi isbat dan isbat mengandungi nafi
3. Tidak bercerai antara nafi dan isbat,sesiapa cerai maka kafirlah mereka itu
4. Iktiqaq, Isbat, Suhud,Baka

Carilah Ia di mana berada,walaupun dihujung dunia tetap berjumpa dan carilah ia alam syokirrah dan alam qabir,apabila didapati apabila berjumpa kasihkanlah ia dengan sempurna dan menyayangilah ia dengan sepenuh jiwa dan raga,dan kasihkanlah ia,kasih abadi,pujilah ia dengan irama dan lagu dan asyikan ia sehingga maksud dan terlena didalam jaga,jaga seta terlenba ,Abadi....Abadi...kekal abadi..
Sekian wassalam....Tok Wan Putih


ikhmal_ok 21-02-2010 12:22 PM

Quote:

Originally Posted by exllon (Post 5871270)
Hmm nampaknya ramai juga yang ingin mengenal diri dalam CG ni..

NI mungkin basic tapi dalam maknanya..carila ia walau berada...

mencari diri pun kena ada bimbingan guru,,,kalau tidak akan tertipu dengan muslihat syaitan.

adil2604 21-02-2010 12:54 PM

bukan senang cari guru yg mursyid skarg nie....puas aku cari satu malaya last2 jumpa gak....guru aku bekas anak murid tokku...

ikhmal_ok 21-02-2010 12:58 PM

Quote:

Originally Posted by adil2604 (Post 5871442)
bukan senang cari guru yg mursyid skarg nie....puas aku cari satu malaya last2 jumpa gak....guru aku bekas anak murid tokku...

tokku paloh ke ? Murshid ni ada banyak,,,dalam bidang feqah, syariat, perundangan dan tasauf masing2 ada kelebihannya.

Rishhana 21-02-2010 12:59 PM

Quote:

Originally Posted by adil2604 (Post 5871442)
bukan senang cari guru yg mursyid skarg nie....puas aku cari satu malaya last2 jumpa gak....guru aku bekas anak murid tokku...

ic..........................

putri87 21-02-2010 12:59 PM

tentang apa??
 
nak tau?kami nak tahu lebih detail..
camna caranya??

ikhmal_ok 21-02-2010 01:01 PM

Quote:

Originally Posted by putri87 (Post 5871467)
nak tau?kami nak tahu lebih detail..
camna caranya??

sebelum belajar mendalam dalam ilmu ketuhanan, hendaklah dimantapkan (belajar) syariatnya dulu. kalau belajar tasauf tanpa syariat menjurus kepada kesesatan aka sesat,,,tu yg sampai tak solat tu.

alfa123 21-02-2010 01:11 PM

Lebih bagus belajar kitab faridahtulfaraid sblm gi kitab lebih dalam lagi.Yang ini kitab tauhid .Tapi kena berguru kalau nak belajar,coz bahasanya kitab ini org lama-lama.

exllon 21-02-2010 01:13 PM

Quote:

Originally Posted by ikhmal_ok (Post 5871472)
sebelum belajar mendalam dalam ilmu ketuhanan, hendaklah dimantapkan (belajar) syariatnya dulu. kalau belajar tasauf tanpa syariat menjurus kepada kesesatan aka sesat,,,tu yg sampai tak solat tu.

Cuba bayangkan guna ilmu usul..

jika syriat itu digambarkan kulit..

Camner la diri manusia tanpa kulit? cantek ke??

fikir2 la...


All times are GMT +8. The time now is 11:20 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.