CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Offline Business, Entrepreneur Discussion (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=177)
-   -   Tolong!! Tak Tahu Nak Buat Apa Dgn Tanah 12 Eka. (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=120946)

En. Rhoma Irama 06-01-2010 07:18 PM

Sekiranya ada kayu balak, ada advantage untuk ko sebab balak ko boleh jual. Jangan lupa nak jual balak kene apply permit, kalau tak tak pasal2 kene saman :).

Untuk kawasan yang backhoe takleh masuk, ko boleh pilih samada nak pakai excavator atau bulldozer. Harga sewa memang mahal, tapi mana ceruk boleh masuk. Sewa sehari melebihi RM1,000 tak termasuk sewa loader.

En. Rhoma Irama 06-01-2010 07:22 PM

Abis cerita bab bersihkan tanah secara ringkasnya.

Kita cerita bab penyediaan infra dalam kebun pulak. Ini bergantung kepada jenis tanaman. Tapi secara asasnya ko perlu ada pam air, pipe (polypipe)dan sprinkler. Tak boleh nak harap hujan je. Buatnya tak hujan 2-3 bulan, binasalah tanaman. Hasil pun tak cantik.

En. Rhoma Irama 06-01-2010 07:27 PM

Untuk tanaman jangka panjang ada 2 jenis tanaman yang pada market mmg takde masalah.

Getah dan kelapa sawit.

Kedua-duanya tidak memerlukan kita untuk menyediakan pam air dan segala aksesorinya.

Sawit akan mengeluarkan hasil dalam tempoh 2.5-3 tahun. Getah pula dalam masa 7 tahun. Ada setengah orang umur 6 tahun dah toreh. Nak-nak harga tengah mahal skang ni :D.

MrLey 06-01-2010 11:32 PM

Jenis tanah? Kalau sesuai utk tanaman sawit dah kira cantik tu..
1. Sandarkan geran ke Bank (jgn Ahlong).
2. Bincang projek yg nak dilaksanakan (mungkin dapat bayaran ikut musim).
3. Duit yg dapat dari bank mulakan dengan pembersihan tanah - tanam - baja - racun (upah kerja & bahan).

Saya prefer cara ni sobab walaupun sandar geran tapi duit tu boleh buat projek (jangan enjoy).

Ataupun pajakkan tanah tu kepada pengusaha lain (macam yg saya buat)..
Tanah kosong asal hutan biasa saya pajak selama 15 tahun (kalau tanah dah ada sawit dalam 2 atau 3 tahun biasanya pajak 10tahun je. Kasi tuan tanah rasa gak).
Kalau 1 ekar dalam RM300 (ikut kawasan la). Jadi kalau 12 ekar X RM300 = RM3600 X 15 tahun = RM54000.00..Jadi buat hitam putih (perjanjian dan pastikan dimatikan stamp di Pejabat Tanah..kalau tak perjanjian tak bermakna).

So, selama 15 tahun tuan tanah tak bolehkacau sebab dah dapat habuan pajakan RM54000.00 tadi. Si pengusaha pula memang keluar modal RM54k pajak, belum bersih & tanam. Tapi dalam 7 tahun modal dah balik. Baki lagi sepuluh tahun makan hasil bersih.

Contoh (kira cerita sawit la);
Selepas 7 tahun (dah balik modal) ada lagi 8 tahun.
Kalau sekali kait sawit (sawit pun dah tahap maksima) sebulan satu ekar dapat RM1000 (anggaran) kalau 12 kear dah dapat RM12k (biasanya lebih lagi). Bayangkan unuk 8 tahun, RM12K X 8 = RM96K.

Saya cerita ni untuk rakan-rakn tahu kenapa orang yang kaya bertambah kaya. Mereka tahu selok belok tambah dui dari duit yg ada. Jangan fikir semua kita kena buat. Nak kait sawit upah je orang. Kalau 1 tan dalam RM40 (pokok rendah) dan RM30 (pokok tinggi) satu tan. Kalau satu tan RM410(harga Ahad lalu) kalian ada lagi RM380.00. Masa tu mungkin kalian sedang minum-minum bersama keluarga (masa orang kait sawit)..

Tahu caranya, perniagaan offline ni banyak juga untung. Cuma untung untuk keringat kita la...banyak pula merepeknya den ni yo...hanya berkongsi.

tabib 07-01-2010 12:45 PM

ok.. kwn nak start bersih maybe ambik mase..
sbb nk kena modal jugak dlm RM3-5k tuk process membersih..
skang mmg kwn xde duit byk tu...

baik laa.. skang kwn tambah lg skop >
kwn nak fokus utk kerjakan tanah ni tp pd masa same nak kene tanggung family jugak..mana nak cekau tu?
adkh langkah utk sandar pd bank kaedah terbaik..
> sandarkn tanah pd bank, resign keje skang then fokus kat tanah tu?
ape langkah terbaik?

tabib 07-01-2010 11:11 PM

ada sape2 nak JV dgn saya utk tanah ni?
keluasan tanah = 12 ekar.
Lokasi = chaah segamat.
kesesuaian tanah = pertanian.
area sekeliling = tanam kelapa sawit.
tq.

MrLey 07-01-2010 11:13 PM

Quote:

Originally Posted by tabib (Post 5594079)
ok.. kwn nak start bersih maybe ambik mase..
sbb nk kena modal jugak dlm RM3-5k tuk process membersih..
skang mmg kwn xde duit byk tu...

baik laa.. skang kwn tambah lg skop >
kwn nak fokus utk kerjakan tanah ni tp pd masa same nak kene tanggung family jugak..mana nak cekau tu?
adkh langkah utk sandar pd bank kaedah terbaik..
> sandarkn tanah pd bank, resign keje skang then fokus kat tanah tu?
ape langkah terbaik?

Pandangan saya saudara tak perlu resign dulu. Jika dah sandar ke bank, wang yang ada boleh upah pekerja untuk handle (cuba survey dan rancang mesti ada punyer). Kalau nak resign pun kalau terdesak mungkin sampai seminggu tak tido ke.

Lain la kalau saudara sandarkan geran dan duit loan saudara rancang untuk buat perniagaan. Sebab permulaan proses pertanian ni melibatkan jentera (bukan tuan yang bawa). Minta sebut harga dan tempoh siap. Bagi deposit - kerja jalan. Kerja siap baru bagi baki. Dari awal warning kat orang yg terangkan tanah. Lewat saya potong upah. Kalau tanah ada hasil lagi best. Offer kat orang, kalau ekau nak batang gotah ni ambik la...janji tanah den ekau ratokan...hehehe..

MAsuk bab tanam pun ekau bleh upah. Kalau 12 ekar jangan la kasi pakai cangkul. Kalau sawit ekau upah pakai jentera korek. Sebab luas so kerja cepat & jadi murah pulak sebab kira hari bekerja. Kalau pakai cangkul kira berapa lubang.

Tang nak jaga masa sawit tu kecik pulak. Tuan offer kat orang sape nak tanam pisang ke atau tanaman kecilan seperti serai & etc. Syaratnya depa dok tengokkan pokok kelapa sawit tuan tu sekali. Lepas 2 atau 3 tahun tuan kasi notis la. Tapi masa kasi offer bagaitau la berapa lama. Kalau pisang mungkin 3 lapis ker. So, pokok kelapa pun sejuk je masa kecik. Kepas 3 tahun pisang kena terang sebab nak kasi sawit naik..dah mula berbuah tu...masa ni tuan nak resign pun den raso tak perlu..

Upah orang racun atau baja (ikut ekar atau bilangan pokok) masih berbaloi lagi. Janji tuan mesti turun padang la juga sebelum & selepas depa buat kerja. Kalau masa dpa buat kerja pun ok. Baru dirang kerja bebetul. Bila nak kait pun bleh upah orang. Kalau pokok kecil kat tempat saya satu tan RM40 (susah sebab kecik) tapi buah tak banyak & ringan lagi. Murah la upahnya nanti. Bila pokok dah besar upah adlam RM30/tan. Kalau dapat 1 tan seear sekali kait. Sebulan 2 tan seekar X 12 ekar. = 24 tan..X RM410 (last week) = RM9840. Upah setan RM30 X 24tan = RM720. Banyak lagi baki duit tuan tu..kalau nak berenti kerja pun saya rasa tak perlu kot..hehehe...tamak tol saya ni...seronok bila dapat duit offline dari keringat sendiri....berkatnya lebih..

rayz 07-01-2010 11:15 PM

la
 
apa la tt.

ada tanah pun xtahu nak wat apa.rugi-rugi.

tanam ler aper2 yg patut. buluh madu ker haper.

sconsult 07-01-2010 11:17 PM

Pertimbangkan nasihat MrLey.......

rayz 07-01-2010 11:20 PM

stuju
 
Quote:

Originally Posted by MrLey (Post 5590688)
Jenis tanah? Kalau sesuai utk tanaman sawit dah kira cantik tu..
1. Sandarkan geran ke Bank (jgn Ahlong).
2. Bincang projek yg nak dilaksanakan (mungkin dapat bayaran ikut musim).
3. Duit yg dapat dari bank mulakan dengan pembersihan tanah - tanam - baja - racun (upah kerja & bahan).

Saya prefer cara ni sobab walaupun sandar geran tapi duit tu boleh buat projek (jangan enjoy).

Ataupun pajakkan tanah tu kepada pengusaha lain (macam yg saya buat)..
Tanah kosong asal hutan biasa saya pajak selama 15 tahun (kalau tanah dah ada sawit dalam 2 atau 3 tahun biasanya pajak 10tahun je. Kasi tuan tanah rasa gak).
Kalau 1 ekar dalam RM300 (ikut kawasan la). Jadi kalau 12 ekar X RM300 = RM3600 X 15 tahun = RM54000.00..Jadi buat hitam putih (perjanjian dan pastikan dimatikan stamp di Pejabat Tanah..kalau tak perjanjian tak bermakna).

So, selama 15 tahun tuan tanah tak bolehkacau sebab dah dapat habuan pajakan RM54000.00 tadi. Si pengusaha pula memang keluar modal RM54k pajak, belum bersih & tanam. Tapi dalam 7 tahun modal dah balik. Baki lagi sepuluh tahun makan hasil bersih.

Contoh (kira cerita sawit la);
Selepas 7 tahun (dah balik modal) ada lagi 8 tahun.
Kalau sekali kait sawit (sawit pun dah tahap maksima) sebulan satu ekar dapat RM1000 (anggaran) kalau 12 kear dah dapat RM12k (biasanya lebih lagi). Bayangkan unuk 8 tahun, RM12K X 8 = RM96K.

Saya cerita ni untuk rakan-rakn tahu kenapa orang yang kaya bertambah kaya. Mereka tahu selok belok tambah dui dari duit yg ada. Jangan fikir semua kita kena buat. Nak kait sawit upah je orang. Kalau 1 tan dalam RM40 (pokok rendah) dan RM30 (pokok tinggi) satu tan. Kalau satu tan RM410(harga Ahad lalu) kalian ada lagi RM380.00. Masa tu mungkin kalian sedang minum-minum bersama keluarga (masa orang kait sawit)..

Tahu caranya, perniagaan offline ni banyak juga untung. Cuma untung untuk keringat kita la...banyak pula merepeknya den ni yo...hanya berkongsi.


org kaya bertambah kaya sbb dia reti buat duit tu bkerja utk dia.:D


All times are GMT +8. The time now is 08:42 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.