CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   News, Current Issues, Rumours (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=72)
-   -   Bapa ayam cemar Bukit Bintang (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=117796)

eboss 21-12-2009 02:54 AM

Bapa ayam cemar Bukit Bintang
 
http://www.utusan.com.my/pix/2009/12...ta/wk_01.1.jpg
DUA ‘bapa ayam’ sedang menunggu pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan seks di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini. – Gambar MOHD. HATIM MAZLAN

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Kehadiran individu ini di Jalan Bukit Bintang sudah diketahui ramai. Mereka boleh dikenali daripada gaya pemakaian dan berlagak seperti seorang ahli perniagaan yang terdesak mencari pelanggan.

Berdiri di sepanjang jalan di segi tiga emas negara, mereka sebenarnya membawa imej buruk kepada Kuala Lumpur, khususnya kawasan Bukit Bintang itu sendiri.

Dengan mengukir senyuman paling manis untuk menarik pelanggan, mereka tanpa segan-silu menawarkan perkhidmatan seks kepada sesiapa sahaja yang ditemui.

Tidak perlu diperkenalkan, merela sendiri akan mendekati pelancong asing yang melalui jalan ini.

Tujuan mereka hanya satu, membawa peminat seks berbayar ini kepada sebuah lokasi yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.

Mereka bergerak berseorangan, namun difahamkan bekerja untuk modus operandi yang sama.

Mereka juga dikatakan bekerja untuk sebuah ‘syarikat’ yang letaknya berhampiran jalan itu.

Lebih dikenali dengan gelaran ‘bapa ayam’, mereka akan menunggu pelanggan untuk dipertemukan dengan ‘barang dagangan’ yang dijual.

Sayangnya, kehadiran mereka hanya mencemar sekali gus membawa kesan negatif kepada industri pelancongan negara.

Sedar atau tidak, kelibat mereka ini banyak mengganggu kerana ada di antara mereka yang mengekori pelanggan sambil mempromosikan ‘produk milik mereka’.

Bapa ayam ini memang tidak segan-silu untuk menghampiri orang ramai dan menawarkan perkhidmatan yang mereka sediakan.

Adakala taktik memujuk pelancong asing digunakan untuk mengikut mereka ke sebuah destinasi yang tidak diketahui.

Lagak mereka benar-benar mengganggu pelancong asing yang hendak membeli-belah atau menjamu selera di situ.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kumpulan ini memulakan operasi mereka seawal pukul 12 tengah hari dan berakhir pada pukul 2 pagi pada setiap hari.

Mana-mana pelancong yang mempunyai prospek akan dihampiri dan diumpan dengan barang jualan mereka.

Difahamkan, harga yang dibuka untuk satu sesi adalah di antara RM200 sehingga RM400 bergantung kepada pakej yang ditawar.

Seorang pekerja swasta, Zarina Kasmani, 41, menyifatkan fenomena itu sudah dianggap biasa di Jalan Bukit Bintang.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dibiarkan dan pihak berkuasa perlu memandang serius dengan apa yang berlaku.

“Saya sudah biasa melihat bapa ayam menghampiri pelanggan mereka di sini. Memalukan dan memualkan melihat gejala ini seolah-olah tidak ada noktahnya.

“Mana penguat kuasa yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kawasan tarikan pelancong ini daripada masalah pelacuran? Atau semua pihak hanya menutup mata dan membiarkan perkara ini berterusan?” katanya.

Tambah Zarina, perkara itu benar-benar memalukan dan pasti memburukkan nama negara sebagai sebuah destinasi pelancongan dunia.

“Kita tidak mahu terkenal kerana industri pelacuran. Ini memalukan dan perlu dibanteras segera.

“Kadang-kadang bapa ayam ini sering duduk di hadapan hotel di sini. Ia boleh menimbulkan ketakutan kepada pengunjung hotel itu sendiri selain melabel kawasan itu sebagai tumpuan pelacuran,” ujarnya.

Seorang lagi pekerja swasta, Arshad Rashid, 30, menjelaskan, kehadiran bapa ayam di sepanjang jalan itu mencemar imej ibu kota sendiri.

“Memang ramai. Mereka akan menjadi semakin ramai menjelang petang dan malam.

“Saya sendiri selalu dihampiri mereka yang menawarkan perkhidmatan ini. Mereka benar-benar mengganggu pengunjung Jalan Bukit Bintang kerana kadang kala kegiatan mereka berunsur paksa.

“Ada bapa ayam yang seperti terdesak dan memaksa pelancong untuk melihat bahan dagangan mereka.

“Nampak seperti memaksa dan mengganggu ketenteraman pelancong di sini. Ada yang menolak secara baik namun bapa ayam ini pula asyik mengekori mereka,” ujarnya.

Lain pula halnya dengan seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Jega, 33, yang menyifatkan kehadiran bapa ayam itu tidak boleh dihapuskan lagi.

Bagaimanapun, katanya, bapa ayam itu seharusnya mencari lokasi lain dan tidak mengganggu pelancong asing selain di Jalan Bukit Bintang.

“Jangan buat perniagaan di sini. Ini kawasan tumpuan pelancong dan kehadiran mereka hanya memburukkan imej negara.

“Kalau boleh minta pihak berkuasa hilangkan mereka dari kawasan ini, namun jika itu seolah-olah terlalu susah hendak dilaksanakan, kita mohon jasa baik bapa ayam untuk tidak ‘berniaga’ dan terus mencemar Jalan Bukit Bintang lagi,” katanya.

TwiStEd pIps 21-12-2009 02:25 PM

oh bapak ayam.. >:) >:) >:)

roslanab 21-12-2009 02:36 PM

hahaha kawan aku penah kena ni, jalan2 di jalan bukit bintang.
dia kena sapa oleh bapak ayam, kwn aku ni pun stuju la, sbb
bapak ayam tu cakap ni amoi cantik dari siam.

Tiba masuk bilik, sekali pondan daaaa hahahaa.
punya dia bengang, terus lari keluar. duit dah abis rm100.

acids 21-12-2009 02:43 PM

padan muka kwn tuh haha

lelakigila 21-12-2009 02:44 PM

Bapa borek anak rintik ni.... :eek: :eek: :eek:
patutlah kat BB tu banyak ayam golek.... :)) :)) :))

alisha_qistina 21-12-2009 04:00 PM

dunia-dunia...

adar 21-12-2009 04:07 PM

area lan gajah ni. huhu... IPD pun tak berapa jauh. MCA dgn DAP pun opis pun dlm kwsn ni. tp.... hehe.... lu pikir la sendiri.

irsaffy 21-12-2009 04:26 PM

xlama lg kene bala la tu..

mustang rider 21-12-2009 04:33 PM

cerita ni da basi...kalau kerajaan nak hapus kan da lama.....





:)cgrock:)cgrock:)cgrock

roBUST 21-12-2009 04:33 PM

umah urt pn byk

Muzaffar Ibrahim 21-12-2009 06:17 PM

Quote:

Originally Posted by lelakigila (Post 5482785)
Bapa borek anak rintik ni.... :eek: :eek: :eek:
patutlah kat BB tu banyak ayam golek.... :)) :)) :))

hahahaha:))

Muzaffar Ibrahim 21-12-2009 06:19 PM

orang pernah ternampak bapak2 ayam ni, kat depan kedai2 masaj

mimie813 21-12-2009 06:54 PM

bapak ayam dan ank-ank nya.....
derang nie x tau serik kan...

haudli 21-12-2009 11:29 PM

kalau dapat no hp bapak ayam ni,bole kite nasihatkan diorg...

kambing gurun 21-12-2009 11:34 PM

Dah basi dah... Dah lama diorg bertapak kat situ... Sendri mau ingatlaaaaa...

Maelstrom6121 21-12-2009 11:40 PM

Quote:

Originally Posted by roslanab (Post 5482725)
hahaha kawan aku penah kena ni, jalan2 di jalan bukit bintang.
dia kena sapa oleh bapak ayam, kwn aku ni pun stuju la, sbb
bapak ayam tu cakap ni amoi cantik dari siam.

Tiba masuk bilik, sekali pondan daaaa hahahaa.
punya dia bengang, terus lari keluar. duit dah abis rm100.

haha..nasib dia tak kene rogol ngan pondan siam tu :p

zhang 22-12-2009 06:56 AM

fenomena kat bukit bintang dah lama berlaku..dulu aku hari bapak ayam mengofferkan produknya...tu semasa aku keje area sana


All times are GMT +8. The time now is 07:19 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.