CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=99)
-   -   Teknik bunuh iblis, syaitan, jin, bunian dan sekutu-sekutunya.(ilmu haq) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=107126)

ariez2009 21-06-2012 01:41 PM

Assalammualaikum
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dear Forumers

Ilmu Allah itu luas, Mohonlah pada Allah S.W.T agar kita memperolehi hidayah dan petunjuk dariNya. Jika sesiapa mempunyai masalah gangguan jin yang tak kunjung padam, janganlah berputus asa dalam mencari penyelesaiannya. Jika bukan melalui jalan kami sekalipun, pasti ada lagi jalan diluar sana yang benar benar diredhai oleh Allah S.W.T. Insyaallah anda semua akan ketemuinya....

rastamanRastaman 21-06-2012 06:06 PM

Quote:

Originally Posted by ariez2009 (Post 13602432)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dear Forumers

Ilmu Allah itu luas, Mohonlah pada Allah S.W.T agar kita memperolehi hidayah dan petunjuk dariNya. Jika sesiapa mempunyai masalah gangguan jin yang tak kunjung padam, janganlah berputus asa dalam mencari penyelesaiannya. Jika bukan melalui jalan kami sekalipun, pasti ada lagi jalan diluar sana yang benar benar diredhai oleh Allah S.W.T. Insyaallah anda semua akan ketemuinya....

MEMANG BENAR KATA TUAN ILMU ALLAH ITU LUAS..

MANUSIA DI BERI ALLAH ILMU.....
JIN,SYAITAN DAN IBLIS JUGA ALLAH BAGI ILMU....

Saya nak tanya sikit kenapa Mail Kacip bunuh jin,syaitan dan iblis guna parang ?

Macam mana cara nak bunuh makhluk halus ni ?
Boleh kah di bunuh oleh manusia ?
Senjata apa yg boleh membunuh makhluk halus ni ?

:-?:-?:-?:-? susah nak percaya nih.

carigol 21-06-2012 06:29 PM

Quote:

Originally Posted by rastamanRastaman (Post 13605402)

Parang apa bro? Pernah tengok ka citer sikit

ariez2009 21-06-2012 11:30 PM

Dengan Nama Allah Yang MAha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuan Rastaman

Tepat sekali. Ilmu Allah memang terlalu luas. Andai manusia itu sendiri tahu bahawa manusia dijadikan dengan begitu istimewa berbanding dengan makhluk ciptaan Allah S.W.T yang lain, nescaya manusia semakin tunduk dan patuh pada Allah S.W.T. Malangnya hari ini manusia tidak takut dan tunduk pada Allah S.W.T kerana mereka merasakan kejadian manusia itu tiada apa yg istimewa berbanding makhluk lain. Hinggakan jin dan sekutu sekutunya pula kita lebih takuti kerana menyangka ianya tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Seolah olah jin dan sekutu sekutunya itu lebih hebat dari manusia.

Banyak cara atau teknik yang boleh dilakukan untuk mencederakan dan membunuh syaitan dan makhluk durjana ni.Penggunaan parang merupakan salah satu daripada teknik nya. Yakinlah bahawasanya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Jin dan sekutu sekutunya juga tidak terkecuali. Hanya Allah sahaja yang kekal abadi.

Buat pengetahuan Tuan Rastaman, saya belum lagi sampai pada tahap menggunakan parang lagi. Saya masih baru berbanding anak murid Ustaz Mail yang lain. Kira saya ni masih baru. Apabila tahap keimanan seseorang kepada Allah semakin tinggi, semakin kuatlah effect atau kesan kecederaan keatas makhluk durjana tersebut apabila menggunakan sebarang teknik atau alat untuk membelasah nya.

Untuk lebih lanjut, Tuan boleh refer Tuan Ringgitdinar, atau pun Ustaz Mail.

Tugas kami disini bukanlah untuk meyakinkan sesiapa. Tugas kami hanya menyampaikan sahaja. Sesungguhnya syaitan, iblis dan sekutu sekutunya bukanlah kebal. Tidak perlu kita takut walau sebesar sawi pun pada makhluk durjana ni. Kita hanya perlu takut dan tunduk pada Allah S.W.T sahaja.

ariez2009 21-06-2012 11:46 PM

Assalammualaikum
 
Quote:

Originally Posted by carigol (Post 13605553)
Parang apa bro? Pernah tengok ka citer sikit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tuan Carigol.

Tuan boleh lihat di youtube. Itu pun jika tuan mampu melihat jin dan sekutu sekutunya. Jika Tuan tidak mampu, tuan akan rasakan seolah olah Ustaz Mail hanya menipu anda semua.

Sebelum Tuan nak tengok di youtube, Tuan pergi lihat dulu di tokong, kuil atau gereja disekitar tempat tinggal tuan. Seperti yang kita sedia maklum, tempat sembahan tersebut memang banyak terdapat makluk durjana ni. Kalau Tuan dapat merasa kehadiran mereka atau melihat kehadiran mereka disitu, insyaallah Tuan akan dapat merasai dan melihat kehadiran makhluk durjana dalam video youtube tersebut. Kalau tempat sembahan tersebut pun Tuan tak boleh rasai kehadiran makhluk durjana ini, pastinya agak sukar Tuan ingin melihat kehadirannya dalam video you tube tersebut.Wallahhuaklam.

Tak pun, cuba Tuan lihat pada anak patung mainan kanak kanak yang ada dirumah Tuan (kalau dah berkahwin dan ada anak la). Kalau Tuan dapat merasa kehadiran ataupun melihat mahkluk durjana tersebut pada anak patung tersebut, kebarangkalian untuk Tuan melihatnya dalam Youtube adalah tinggi. Insyaallah..

Ada sesetengah manusia mampu melihat syaitan dan sekutu sekutunya. Tidak bermakna tahap keimanan nya tinggi pada Allah S.W.T. Biasanya orang seperti ini melihat makhluk durjana melalui bantuan jin atau saka yang berada didalam dirinya sendiri. Melihat jin dengan menggunakan penglihatan jin. Mostly adalah disebabkan saka yang diwarisi. Ilmu ini tidak diredhai oleh Allah S.W.T. Jika kita mampu melihat jin dan sekutu sekutunya tanpa menggunakan bantuan jin. Itulah ilmu yang diredhai oleh Allah S.W.T. Wallahhuaklam

tamam1910 22-06-2012 08:02 PM

Salam,
Pernah tak saudara sekalian terfikir,jika satu persoalan itu terjawap,maka akan lebih byk lg persoalan yg timbul rentetan dari jawapan persoalan pertama.Sbbnya ada perkara2 yang halus yg xdpt diakses menggunakan pancaindera tp dapat diketahui/disedari begitu saja.

Jika kita kenali siapa diri kita yang berada dalam diri kita ini,maka sudah tentulah kita waras memilih tindakan kita mengikut apa yang baik tanpa hanyut dalam bisikan2 iblis yang menggoda kita.

Tp jika kita xkenal mana satu diri kita sebenar(yang menyaksikan ker,cetusan2 fikiran ker atau yang melakukan tindakan itu ker?)Jika kita tak kenal,maka kita akan hanyut dalam fikiran2,cetusan2 perasaan yang mengganggu kita.Kalau kita hanyut,sesat,tidak sedar siapa diri sebenar,kita xmampu mengawal diri kita malah bertindak mengikut perasaan,fikiran,pendapat,keegoaan dan peradaban adat kebiasaan budaya sesuatu kaum.

Jika saudara sekalian fikir,apa benda pd diri kita/dunia atau alam ini sekalipun yang tidak berubah???Tubuh berubah,jawatan pun berubah,pendapat juga berubah,nafsu jugak berubah,status juga berubah,cara berfikir juga berubah tetapi dalam diri kita,ada suatu yang tak disentuh masa yang telah byk menyaksikan pelbagai pahit manis kehidupan.Itu la diri kita yg sebenar.

Kalau kita terdetik untuk buat jahat,kenapa kita buat?sbb kita hanyut dalam fikiran dan emosi yang mana ianya lumrah alam akan dtg dan pergi spt hari yg silih berganti.Tp klu kita sedar setiap cetusan2 jahat dlm fikiran itu dtg dari iblis maka kita tak hanyut dalam mainan fikiran,maka kita akan bebas dari melayani perasaaan dan mengikut telunjuk nafsu.

Segala cetusan2/godaan2 iblis tiada kuasa ke atas diri sejati kita sbbnyer semua itu bersifat sementara dan berubah2 mengikut masa dan keadaan sedangkan diri sejati kita itu kekal abadi dan mempunyai nilai2 murni.Hanya kita saja yang tidak kenal diri sejati kita.

ariez2009 23-06-2012 03:19 AM

Assalammualaikum
 
Quote:

Originally Posted by tamam1910 (Post 13616444)

Tuan Tamam1910

Sudah lama tidak melontarkan pendapat di thread ini? Barangkali Tuan sibuk ataupun ada sebab lain yang hanya Tuan sendiri yang lebih mengetahui. Terima Kasih kerana sudi kembali memberi hujah disini.

Mungkinkah Tuan Tamam sudah ketemui apa yang Tuan cari diluar sana? Tiada apa yang ada disini Tuan. Ceritanya masih lagi berkisar seperti dahulu. Tugas kami bukanlah meyakinkan anda semua. Tugas kami hanyalah sekadar menyampaikan salah satu cabang ilmu yang Allah S.W.T ciptakan kepada manusia.

Kepada forumers semua termasuklah yang silent reader. Anda bebas untuk tidak mempercayai ilmu ini. Kami tidak memaksa anda semua. Kami cuma ingin membantu. Jika ikhtiar anda sudah sampai ke penghujungnya dalam mencari jalan menghapuskan makhluk durjana ini, datanglah ke sini. Kami akan bantu sedaya mungkin. Kami bukanlah perawat, kami hanya menunjukkan jalan sahaja. Anda sendiri yang menyelesaikannya.

Selagi belum kena atas batang hidung kita sendiri, selagi itulah thread ini tidak akan memberi makna kepada anda. Terpulanglah. Jika ilmu yang kami sampaikan ini bathil, insyaallah ianya akan lenyap apabila datangnya ilmu yang haq. Itulah janji Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak pernah memungkiri janji Nya.

Thank you once more to Tuan Tamam.Sebarang hujah dari anda amatlah dialu alukan. Kita berbincanglah dengan penuh hikmah. Moga kita memperoleh sesuatu darinya.. Wallahhuaklam..

atata 23-06-2012 09:10 AM

as salam....saya xmahu komen ape cuma mahu berkongsi atau memberikan sedikit pendapat dr ilmu saya yg sgt cetek ini...saya rase ilmu2 sebegini cantek untuk dikongsi tetapi sebaiknya tidak disebarkan dgn dvd/vcd atau risalah...kata org2 tua..berguru kepalang ajar...ilmu2 seperti ini kalau belajar sorang2 melalui buku/dvd dan sebagainya tanpa asas yg baik akan memungkinkan kita tersesat(takut nak guna ayat sesat)..sebaiknya ilmu2 seperti ini belajar dr guru atau lebih baik berguru..ustaz mail itu ambil yg nak belajar sbgai anak murid...niat yg mahu belajar juga mesti betul..kalau lah niat anda mahu membunuh jin..(syaitan dan iblis setahu saya Allah tangguhkan kematian mereka)dan selepas ada ilmu anda mahu membunuh jin2 yg berkelian atau terserempak...bilangan jin2 sgt banyak dan dianggarkan lebih bnyk dari manusia kerana dikurniakan umur yg panjang..maka betulkan lah niat saudara2...tidaklah pula Rasulullah mengajar sahabat2 membunuh jin2..kecuali jika adanya arahan membunuh jin/syaitan itu kerana wahyu Allah untuk membersihkan berhala2 tersebut.sekadar berkongsi pendapat sbb sudah bnyk terjadi mereka2 yg mempelajari ilmu2 sebegini akhirnya isim atau terpesong...niat asal nak bunuh jin akhirnya berkawan dgn jin dan memperguna serta dipergunakan oleh jin pulak...p/s:jin masih berada dlm perkara2 ghaib kerana fitrah kejadiannya tidak nmpk dimata manusia...tetapi ada insan2 yg boleh melihat jin2 dgn izin Allah(betulkan saya jika salah)

tamam1910 23-06-2012 10:17 AM

Thank Ariez kerna sudi terima komen sy,sy nak tanya soalan,rasa2 tuan,jika umah kita didatangi oleh semut atau lalat,adakah dgn cara membunuh semut itu lebih berkesan atau membersihkan umah kita dari punca semut atau lalat dtg itu lebih berkesan?

ringgitdinar 23-06-2012 12:37 PM

Quote:

Originally Posted by rastamanRastaman (Post 13605402)
MEMANG BENAR KATA TUAN ILMU ALLAH ITU LUAS..

MANUSIA DI BERI ALLAH ILMU.....
JIN,SYAITAN DAN IBLIS JUGA ALLAH BAGI ILMU....

Saya nak tanya sikit kenapa Mail Kacip bunuh jin,syaitan dan iblis guna parang ?

Macam mana cara nak bunuh makhluk halus ni ?
Boleh kah di bunuh oleh manusia ?
Senjata apa yg boleh membunuh makhluk halus ni ?

:-?:-?:-?:-? susah nak percaya nih.

Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a.,beliau berkata: al-Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid.sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tebanglah batang yang pertama." Lalu Khalid pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?""Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapan dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut,Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.

Didalam hadith tentang pembunuhan Al-Uzza , sebenarnya disetiap berhala yang disembah manusia ada syaitan dan iblis menunggu disitu. Al-Uzza adalah sejenis syaitan seperti mana yang diterangkan didalam surah dibawah:-

Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka; (An-Nisaa' 4:117)

itu adalah satu kisah pembunuhan syaitan dengan parang or kapak or pedang. Banyak benda yang kita boleh pelajari dari kisah khalid al-walid. Silalah renung-renungkan dan fikir apakah prinsip or asas yang tuan boleh rumuskan dari cerita khalid al-walid R.A.

wallahu aklam

All times are GMT +8. The time now is 09:49 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.