CariGold Forum

CariGold Forum (http://www.carigold.com/portal/forums/index.php)
-   Seram, Misteri, Hantu, Ngeri, Pelik (http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?f=99)
-   -   Teknik bunuh iblis, syaitan, jin, bunian dan sekutu-sekutunya.(ilmu haq) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=107126)

Tamindari 20-08-2010 11:50 AM

ramai telah salah guna AQ. benar AQ adalah penawar bagi orang beriman. bagaimana untuk mendapatkan penawarnya? baca dan fahami maksudnya serta ikuti perintah2nya itu pun dikira penawar.

contoh kalau direndam air rebusan AQ dan diminum kononnya jadi penawar tu dah salah guna.

jika di baca ke air oleh orang yg tidak beriman/fasik/mengaku islam tapi ada syirik dlm diri dan di suruh anda minum tu bukan penawar tu perosak.

Tamindari 20-08-2010 11:53 AM

Tamindari 20-08-2010 12:02 PM

pindahkan jin naik bas mana dalil dan nas? kenapa tak tanya pulak?

sebab org ternama yg disanjung tinggi tak ada dalil dan nas pun tak pe takpayah tanya main pilih2 gitu! bagus... bagus...

Tamindari 20-08-2010 12:04 PM

pindahkan jin naik bas mana dalil dan nas? kenapa tak tanya pulak?

sebab org ternama yg disanjung tinggi tak ada dalil dan nas pun tak pe takpayah tanya main pilih2 gitu! bagus... bagus...

encikz 20-08-2010 02:16 PM

Quote:

Originally Posted by Tamindari (Post 7142894)
pindahkan jin naik bas mana dalil dan nas? kenapa tak tanya pulak?

sebab org ternama yg disanjung tinggi tak ada dalil dan nas pun tak pe takpayah tanya main pilih2 gitu bagus... bagus...

rajin pulak aku nak melayan karenah korang bulan2 pose ni...aku pun takde keja da...isu jin naik bas tu, walaupun aku dah pernah dengar lama isu ni, aku tak pernah dengar lagi kenyataan dari HD atau DS atau perawat mereka, buku dan laman web mereka. Harap-harap ni bukan la fitnah tok bomoh sesat. Jadi tak perlu jawab la khabar angin entah dari mana. Kecuali ko yang pergi tanye sendiri HD dan rakam kenyataannya atau sesiapa yang berkaitan dengannya...baru la bleh bincang...tak perlu bincang khabar angin ni, buang masa aje...

Tapi kalau nak bincang dalil pak mail mengatakan jin dan syaitan itu boleh dilihat dan tidak ghaib, yang diambil dari ayat Surah Yasin, yang itu boleh bincang. Pasal jelas ada video dan bukti Pak Mail kata begitu...Tak ke sesat dan jahil dalil Pak Mail tu?

Itu macam punya stail belajar, korang nak pergi menadah...Kitab takde, ape takde...Ingatlah sedara, bila sedara sudah sesat dan tidak mahu terima yang sedara itu sesat, maka Allah tambahkan lagi kesesatan itu dalam diri saudara.

Al-Baqarah Ayat 8-10

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8)

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9)

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (10)

cyberbot 21-08-2010 06:18 PM

Quote:

Originally Posted by minc (Post 7141601)
dr awal2 thread ni,forumers mintak dalil2 dan sanad2 ilmu haq bunuh iblis ni....
jawab ini dulu saudara....

jwp la soalan ni encik taminglari, jgn la doublepost bnyk sgt..nt ko gak lupe nk jawap soalan nih:p

ringgitdinar 21-08-2010 10:01 PM

salam,
lain saya tulis lain yang tuan-tuan faham. Saya tak pernah cakap teknik rukyah itu tak berkesan. saya penyokong teknik rukyah or teknik bacaan Al-quran.

kalau nak minum air yasin, anda baca sendiri..anda minum sendiri. kalau anda nak air bacaan al-quran ..bagus, bacalah sendiri dan minumlah sendiri. Saya tak pernah cakap ayat Al-quran tak berkesan. cuma saya cakap, bacalah sendiri..kalau nak bacakan kat air, bacakan kat air sendiri minumlah sendiri.

aga-agaknya jin yang masuk ikut air dalam cerita tuan tu masuk bagaimana? pergilah tanya balik simangsa. Biasanya air yang dibacakan dgn ayat al-quran. Minum air bacaan ayat quran bagus tetapi syaratnya anda baca sendiri..minumlah sendiri. kalau minum air org lain baca, risikonya air tu boleh tercemar dgn kebathilan yang ada dalam sipembaca.

nasihat kedua saya ialah nak gunakan air, gunakalah air zam-zam. Doa dalam al-quran biasanya berbentuk fixed dan tidak memperincikan doa tentang menghapuskan atau membersihkan diri dari anasir bathil dan jin, syaitan, iblis dan sebagainya. kalau anda nak baca doa buatan sendiri pun why not? yang penting anda memfokuskan niat anda kepada Allah, air zam-zam itu sebagai asbab sahaja. cuma didalam doa yang diajar oleh ustaz mail itu memspecifikkan doa tentang apa yang kita mintak kepada Allah. hapuskan, binasakan, bersihkan dan hancurkan segala iblis, syaitan, jin, dan sebagainya.

bak pakai air masak dan air mineral pon boleh juga, tetapi lagi elok dan bagus doa dibacakan berserta air zam-zam disebabkan keberkatan dan keistimewaan air zam-zam. khasiat dan kebaikan serta keberkatan air zam-zam tiada tolok bandingnya berbanding air biasa.

tuan bacakan ayat seperti kami menolak al-quran. Kami beriman kepada Al-quran cuma cara membacakan al-quran kepada air itu adalah lebih selamat jika anda buat sendiri. mukjizat Al-quran tu saya tak pasti adakah diberikan kepada kita or Rasullulah sahaja. Setahu saya mukjizat hanya untuk Nabi sahaja. wallahukalam.

disebabkan ilmu dan pengetahuan saya cetek yang amat dan tak pandai2, saya tak akan meletakkan sesiapa dalam kesesatan sebab itu bukanlah kerja saya. Sya bercakap melalui pengetahuan, pengalaman dan apa yang Allah bagi kat saya sahaja.

Al-Quran itu diturunkan sebagai penawar kepada orang-orang yang beriman. penawar bagaimanakah maksudnya itu. Penawar kepada penyakit hati kita oe penawar untuk gangguan makluk halus or both? Wallahukalam...

saya berpendapat kedua-duanya sekali. penawar hati dan penawar untuk gangguan makhluk halus. tetapi bab bacaan rukyah itu, saya tak mampu lagi,belum masanya untuk saya. Maybe anda dah bersih bathin dan diri...wallahuaklam..

janganlah cepat menuduh tuan. saya pun sama macam tuan jugak dahulu..pendirian maksud saya. Walahuaklam...

ringgitdinar 21-08-2010 10:14 PM

salam,

dalil teknik bunuh iblis, syaitan dan jin...ada ke dalilnya.

baiklah mari kita tgk tgk2 menghalau jin yang sedia ada yang digunakan oleh perawat islam kita sekarang..apa dalil dan nasnya.

1. Bacakan rukyah kepada garam dan lada hitam...apakah dalil dan nas membenarkan kita gunakan garam dan lada hitam? takutkah jin kepada garam dan lada hitam???
2.minum dan mandi air jampi...apakah dalil dan nas membenarkan kita mandi air jampi dan minum air jampi?
3. berunding dengan jin yang kononnya kuat..(tak lut rukyah). apakah nas dan dalil membenarkan kita berunding dgn jin. menawarkah something in return untuk jin tidak ganggu mangsa?
4. mengantung ayat al-quran didinding rumah...apakah nas dan dalil membenarkan kita gantung ayat al-quran sebagai pendiding? Menjadi wafak dan azimat?
5. Mengurung jin dalam botol. apakah dalil dan nas yang membenarkan kita mengurung jin dalam botol?
6. mandi air limau dan bunga dan daun untuk halau jin. Apakah nas dan dalil membernarkan kita mandi air limau, daun dan bunga untuk halau jin?
7. meminta bantuan dan pertolongan jin. apakah nas dan dalil membenarkan kita meminta bantuan dan pertolongan jin islam. Terang didalam al-quran menyatakan jangan sesekali dikalangan lelaki manusia meminta bantuan dan pertolongan jin..kerana menjuruskan kepada bongkak dan angkuhnya jin?
8. membacakan ayat itu dan ini beberapa kali dan bersyarat...untuk halau jin, untuk dapat itu, untuk murah rezeki, untuk dikasihi, untuk apa sahaja. Bukankah ayat al-quran itu untuk kita baca dan fahami serta amalkan isi kandungannya. mana nas dan dalil membenarkan kita baca itu dan ini untuk dapat itu dan ini...bukan dibaca untuk mendapat keredhan Allah yang utama?

setakat itu sahaja yang mampu saya tulis for the time being. nanti akan disambung jika Allah mengizinkanNya.

walahukalam...

encikz 22-08-2010 01:01 AM

Quote:

Originally Posted by ringgitdinar (Post 7153923)

Salam sedara,

Ini thread sedara. Sedara sepatutnya meletakkan dalil dan nas untuk teknik sedara, jangan pula sibuk mempertikaikan teknik orang lain, jika sedara tidak ada dalil dan nas dari quran dan hadis, letaklah pendapat dari ulama-ulama tersohor yakni apa yang dipanggil qias dan ijmak ulama'.

Sedara tidak boleh mempertikaikan teknik orang lain melalui logik akal dan kejahilan. Ini kerana teknik ruqyah dan perubatan herba DS dan lain-lain rawatan Islam yang syar'ie, ianya merupakan kesinambungan ilmu perubatan Islam berteraskan quran dan hadis dan pengalaman ulama zaman ke zaman.

Tidak perlu lah saya jawab apa yang dilistkan diatas, sebab ada yang tohmahan, ada juga amalan bomoh sesat tapi sedara kaitkan dengan rawatan Islam yang syar'ie.

Antara rujukan kitab bagi perawat-perawat Islam ialah:-

1) At-Tibb An Nabawi karangan Al-Imam Ibnu qayyim Al-Jauzi
2) Al-qanun Fi At-Tibb karangan Ibnu Sina
3) Tibb Al-Imam As-Sodiq
4) Majmu' Fatawa

dsbnya...dimana disanalah terletak teknik-teknik penggunaan bahan berserta nas dan dalil dari AlQuran dan hadis berkenaan penggunaan bahan-bahan tertentu dalam perubatan Islam.

Jadinya, bab lada hitam, garam, wafak dan sebagainya ada dalil dan nas dalam quran dan hadis serta pandangan qiyas dan ijma' ulamak...

Nak jawab memang jadi panjang. Jadi baik kita berbalik kepada tajuk thread sedara ni...apakah dalil dan nas sedara nak bunuh mereka. Apakah teknik sedara? Kenapa Pak Mail mengajar tangan kosong, mana kitab rujukannya? Kenapa tafsir quran dan hadis membabi buta? Kenapa nak zass sana sini macam orang *****? Kenapa nak zass disekiling aje, tak gi zass jin kat putrajaya tu, White House, Israel?

Keluarlah dari kejahilan sedara...

encikz 22-08-2010 01:11 AM

Quote:

Originally Posted by ringgitdinar (Post 7153850)
salam,
lain saya tulis lain yang tuan-tuan faham. Saya tak pernah cakap teknik rukyah itu tak berkesan. saya penyokong teknik rukyah or teknik bacaan Al-quran.

kalau nak minum air yasin, anda baca sendiri..anda minum sendiri. kalau anda nak air bacaan al-quran ..bagus, bacalah sendiri dan minumlah sendiri. Saya tak pernah cakap ayat Al-quran tak berkesan. cuma saya cakap, bacalah sendiri..kalau nak bacakan kat air, bacakan kat air sendiri minumlah sendiri.

aga-agaknya jin yang masuk ikut air dalam cerita tuan tu masuk bagaimana? pergilah tanya balik simangsa. Biasanya air yang dibacakan dgn ayat al-quran. Minum air bacaan ayat quran bagus tetapi syaratnya anda baca sendiri..minumlah sendiri. kalau minum air org lain baca, risikonya air tu boleh tercemar dgn kebathilan yang ada dalam sipembaca.

nasihat kedua saya ialah nak gunakan air, gunakalah air zam-zam. Doa dalam al-quran biasanya berbentuk fixed dan tidak memperincikan doa tentang menghapuskan atau membersihkan diri dari anasir bathil dan jin, syaitan, iblis dan sebagainya. kalau anda nak baca doa buatan sendiri pun why not? yang penting anda memfokuskan niat anda kepada Allah, air zam-zam itu sebagai asbab sahaja. cuma didalam doa yang diajar oleh ustaz mail itu memspecifikkan doa tentang apa yang kita mintak kepada Allah. hapuskan, binasakan, bersihkan dan hancurkan segala iblis, syaitan, jin, dan sebagainya.

bak pakai air masak dan air mineral pon boleh juga, tetapi lagi elok dan bagus doa dibacakan berserta air zam-zam disebabkan keberkatan dan keistimewaan air zam-zam. khasiat dan kebaikan serta keberkatan air zam-zam tiada tolok bandingnya berbanding air biasa.

tuan bacakan ayat seperti kami menolak al-quran. Kami beriman kepada Al-quran cuma cara membacakan al-quran kepada air itu adalah lebih selamat jika anda buat sendiri. mukjizat Al-quran tu saya tak pasti adakah diberikan kepada kita or Rasullulah sahaja. Setahu saya mukjizat hanya untuk Nabi sahaja. wallahukalam.

disebabkan ilmu dan pengetahuan saya cetek yang amat dan tak pandai2, saya tak akan meletakkan sesiapa dalam kesesatan sebab itu bukanlah kerja saya. Sya bercakap melalui pengetahuan, pengalaman dan apa yang Allah bagi kat saya sahaja.

Al-Quran itu diturunkan sebagai penawar kepada orang-orang yang beriman. penawar bagaimanakah maksudnya itu. Penawar kepada penyakit hati kita oe penawar untuk gangguan makluk halus or both? Wallahukalam...

saya berpendapat kedua-duanya sekali. penawar hati dan penawar untuk gangguan makhluk halus. tetapi bab bacaan rukyah itu, saya tak mampu lagi,belum masanya untuk saya. Maybe anda dah bersih bathin dan diri...wallahuaklam..

janganlah cepat menuduh tuan. saya pun sama macam tuan jugak dahulu..pendirian maksud saya. Walahuaklam...

Rujuklah kitab-kitab tafsir yang muktabar...jangan duk main pikir logik akal sendiri ajer...antara doa-doa yang nabi ajar macam doa masuk tandas, makan dan sebagainya, itupun termasuk dalam perubatan Islam juga...Prevention is better than cure...

Jadi pendirian sedara yang mengatakan bahawa tak mampu lagi nak ruqyah itu satu pendirian yang jahil...even budak-budak pun amal doa-doa tersebut...sedara pulak pikir tak mampu...bila nak mampu?

Lihatlah mainan syaitan...dihasutnya supaya orang takut nak menyebut ayat quran...nak amalkan ayat quran pun takut tak mampu...Astaghfirullah..mintak dilindungi dari kejahilan...jangan duk pikir nak rawat orang lah...baca quran hari-hari tuh...sembahyang tahjud malam2...moga Allah naikkan darjat...

p/s: Yang saya cerita kisah AlHafiz dimasuki jin melalui air jampi gurunya tu sebab gurunya tu sesat...ada damping jin...macam sedara lah...gi jumpa pak mail, ada tau ke kalau dia bela jin...? Sesiapa pun boleh diganggu syaitan iblis...syaitan iblis ni banyak tekniknya...takkan tak pernah baca Imam Masjid ditangkap khalwat, ustaz rogol murid...mereka ni walaupun tidak dirasuk syaitan macam histeria gila dll tapi mereka diganggu syaitan melalui bisikan kejahatan yang lain pula...nak tak nak, memang diri kita ni ada Qarin dari golongan jin dan syaitan...janganlah sedara kata yang sedara takde qarin pula...

All times are GMT +8. The time now is 10:24 PM.

Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.