BTC USD 60,912.3 Gold USD 2,360.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rancangan Perniagaan - Langkah pertama ke alam usahawan

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan
Perniagaan?
1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak
melihat dan menilai idea atau projek perniagaan
dengan teliti, dan terperinci.
2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang
dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan
keperluan sumber-sumber dan mengagihkan
sumber-sumber perniagaan yang ada dengan
sistematik dan lebih jelas.
4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa
projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan
sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/
penternak tentang masalah yang mungkin akan
timbul semasa melaksanakan projek perniagaan
terbabit.
 
Sponsored Post

salam..

kepada otai2.. bnyak tips2 yang dibincangkan adalah bagi memulakan perniagaan yg agak besar dan modal yg besar.. dcni sya ingin bertanya kepada tt or sesape yg berpengalaman cara2 atau langkah bagi memulakan perniagaan kecil2 an sbgai contoh downtown/uptown.. terutama skli mengenai lesen perniagaan.. perlu atau tidak bagi perniaagaan sebegini.. saya ingin memulakan perniagaan buku,,minta bantuan semua.. tq..
 
Buat Table of Content kat 1st page..

Tahniah kpd TT atas thread yg cukup informatif dlm menyediakan RP. Ada pelbagai tips yg dinyatakn sejak tahun 2009 hingga kini. Kalu bole, dptlah TT ringkas link page kat Page 1, agar mudah utk dirujuk. Smoga usaha TT mendpt keberkatan Illahi. JazaakAllaahu Khairan..:)
 
430391_10150644740508396_118514358395_9093872_1231733026_n.jpg

Kajian menunjukan usahawan yg membuat rancangan perniagaan mereka sendiri akan lebih cepat membina perniagaan dan kurang berkemungkinan utk gagal.
 
PROSES PERMOHONAN PINJAMAN
Umumnya, proses permohonan pinjaman
terdiri daripada tiga peringkat. Ia meliputi
penyediaan pelan perniagaan, penyerahan
permohonan pinjaman dan penilaian
permohonan pinjaman.

426250_10150659104638396_118514358395_9142316_498016096_n.jpg


PERINGKAT PERTAMA: PENYEDIAAN
PELAN PERNIAGAAN

Maklumat mengenai syarikat anda
adalah diperlukan sebelum institusi
kewangan boleh membuat keputusan sama
ada untuk meluluskan pinjaman anda.
Ini adalah untuk memastikan pemprosesan
permohonan pinjaman anda berjalan
dengan cepat dan lancar. Bagi perusahaan
kecil dan sederhana, ini akan melibatkan
penyediaan pelan perniagaan.
Apakah Pelan Perniagaan?
Ia adalah rencana bertulis yang
memaparkan wawasan anda
dan bagaimana perniagaan anda
akan diuruskan untuk menepati
objektifnya.Pelan perniagaan yang diolah dengan baik
dan berstruktur seharusnya merangkumi
dan memaparkan informasi perniagaan
yang memang ingin diketahui oleh institusi
kewangan. Pelan perniagaan hendaklah
bersifat jelas, mudah dan ringkas.
Apakah Aspek Penting Pelan Perniagaan?
Aspek penting pelan perniagaan adalah:
Model perniagaan, produk/perkhidmatan,wawasan dan matlamat
Kedudukan syarikat masa kini, dalam konteks kewangan, pasaran dan pesaing(jika ada)
Faktor-faktor kritikal untuk kejayaan perniagaan
Keperluan pembiayaan
Tujuan-tujuan spesifik pinjaman dan bagaimana pinjaman boleh membantu perniagaan
Pelan perniagaan yang baik seharusnya
mengandungi maklumat asas seperti
berikut:

-Pengenalan mengenai perniagaan anda
-Carta organisasi dan struktur organisasi
-Tujuan dan wawasan perniagaan
-Perihal produk dan perkhidmatan
-Analisis industri dan pesaing
-Strategi perniagaan
-Keperluan operasi
-Strategi jualan dan pemasaran
-Unjuran kewangan
 
PERINGKAT KETIGA: PENILAIAN PERMOHONAN PINJAMAN

Selepas anda mengemukakan semua dokumen yang diperlukan, institusi kewangan akan
menilai permohonan pinjaman anda. Andaboleh merujuk kepada piagam pelanggan
yang dipamerkan di ruang legar bank untuk mengetahui tempoh yang diperlukan oleh
institusi kewangan untuk memproses permohonan anda.

Dalam menilai permohonan pinjaman anda, institusi kewangan akan menjurus
kepada keperluan asas tertentu seperti yang diringkaskan di bawah:




Daya maju perniagaan
Sama ada risiko adalah pada tahap yang boleh diterima menurut garis panduan pinjaman institusi kewangan
Keupayaan anda membayar balik pinjaman
Sama ada pinjaman anda adalah untuk membangunkan perniagaan
Sejarah kredit anda dengan institusi kewangan tersebut
Prinsip umum yang digunakan oleh institusi kewangan untuk menilai risiko kredit perniagaan boleh dibahagikan kepada 5 aspek yang merangkumi kedua-duapenilaian bersifat kualitatif dan kuantitatif.Kelima-lima prinsip tersebut dan ciri-cirimasing-masing adalah diringkaskan sepertidi bawah:

Karektor

– Pengetahuan anda tentang perniagaan,pengalaman dan projek yang lampau
– Kedudukan kewangan, rekod pembayaran balik yang lampau, reputasi dankomitmen kepada perniagaan



– Stail pengurusan perniagaan anda iaitu konservatif, aggresif, berhemat dansebagainya
– Pelan penggantian pengurusan, umur dan tahap kesihatan


Modal

– Sumber modal, misalnya sama ada daripada pemegang saham syarikat
– Kecukupan komitmen kewangan anda dalam perniagaan (dalam bentuk dana pemegang saham,pendahuluandaripada pengarah dan cagaran pihak ketiga yang disediakan oleh pemilik)
[Anda harus memastikan bahawa anda menyediakan modal yang mencukupi untuk menyokong perniagaan anda dan tidak hanya bergantung kepadapinjaman bank. Ini memastikan perniagaan
anda berkeupayaan menghadapi sebarangkejutan yang boleh menjejas pencapaiannya.]


Kapasiti

– Kapasiti atau kebolehan perniagaan untuk
membayar pinjaman melalui:


i. Penjanaan aliran wang tunai yang mencukupi iaitu, tunai masuk ditolak tunai keluar akibat perbelanjaan
adalah mencukupi untuk membayar balik pinjaman. (Keuntungan tidak boleh dimanfaatkan untuk membayar balik pinjaman memandangkan iaadalah keputusan pengiraan yangdiperolehi pada akhir sesuatu tempoh)

ii. Lain-lain punca pembayaran balik[Program pembayaran balik akandistrukturkan mengikut kaedah yang tidak akan terlalu membebankan perniagaan]


Keadaan

– Pengaruh luar yang akan memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap prestasi perniagaan seperti persekitaran teknologi/pembangunan, globalisasi, pasaran mata wang asing, ekonomi negara rakan dagangan utama, sistem perundangan, rangka kerjapengawalseliaan dan trend sosial



Cagaran

– Cagaran yang ditawarkan oleh anda untuk mengimbangi kelemahan bagi aspek-aspek yg diterangkan
Institusi kewangan menjalankan pemeriksaan kredit dan meneliti pengendalian akaun semasa perniagaan,
rekod pembayaran balik pinjaman dan kemudahan perdagangan. Sesetengah institusi kewangan sudahpun
memperkenalkan matriks penilaian pinjaman dalam bentuk pemarkahan sebagai sebahagian daripada proses penilaian kredit mereka.
 
KELULUSAN PERMOHONAN
PINJAMAN
Setelah institusi kewangan
meluluskan pinjaman anda, ia akan
mengeluarkan satu surat tawaran
yang menyatakan syarat-syarat
kemudahan pinjaman tersebut. Di
antara syarat-syarat yang lazim
dikenakan ialah:
Syarat-syarat pembayaran balik
dan penjelasan tunggakan
Pinjaman tertakluk kepada
semakan berkala dan akan berubah
mengikut budi bicara institusi
kewangan
Penyerahan buku-buku akaun
Keperluan yang dikenakan ke
atas peminjam jika berlaku
perubahan dalam jenis perniagaan
yang diceburi
TANGGUNGJAWAB ANDA
SEBAGAI PEMINJAM
Sebagai seorang peminjam,
institusi kewangan mengharapkan
anda mengambil langkah-langkah
yang perlu untuk menguruskan
perniagaan anda supaya pinjaman
anda dapat dibayar balik tepat pada
masanya. Pinjaman ini akan tertakluk
kepada semakan berkala (contohnya,
setahun ataupun setiap pertengahan
tahun). Institusi kewangan juga boleh
meminta anda
mengemukakan kedudukan kewangan
atau prestasi
perniagaan yang terkini dan lain-
lain butiran berkaitan dengan
perniagaan anda.
Tanggungjawab anda sebagai
peminjam seharusnya merangkumi:
Mengekalkan pengurusan akaun yang
baik:
– Jika anda mempunyai
kemudahan overdraf, pastikan anda
tidak melampaui had kemudahan
tersebut
– Pastikan tiada cek yang
dipulangkan akibat dana yang tidak
mencukupi
– Pastikan semua kutipan
perniagaan dikreditkan ke akaun bank
anda (untuk menanam sikap
bertanggungjawab atau akauntabiliti
yang lebih baik/urus tadbir korporat
serta kawalan dan
pengurusan aliran tunai)
Memastikan ansuran bulanan
dibayar dalam masa yang ditetapkan:
– Ketepikan dana yang mencukupi
untuk membayar ansuran dan
komitmen bulanan dalam masa yang
ditetapkan
– Elakkan sebarang kelewatan
dalam membuat pembayaran dengan
memberi masa yang mencukupi
untuk menjelaskan pembayaran, iaitu
mengeluarkan cek tepat pada
masanya.
Pastikan perniagaan anda diuruskan
dengan cekap:
– Pantau dan uruskan aliran tunai,
stok, tempoh pembayaran balik
penghutang dan pemiutang
perdagangan, dan lain-lain Pastikan
penggunaan dana ke arah yang betul:
– Gunakan dana semata-mata untuk
tujuan perniagaan dan bukan untuk
kegunaan peribadi
– Gunakan dana seperti yang tertera
di dalam surat tawaran. Contohnya:
i. Pinjaman bertempoh untuk
pembelian harta benda atau aset
tetap
ii. Overdraf untuk keperluan modal
kerja dan bukan untuk pembelian aset
tetap
– Dana digunakan hanya untuk
perniagaan yang dimaksudkan dan
tidak disalurkan untuk kegunaan
syarikat-syarikat berkaitan dan
sebagainya
Kemukakan penyata kewangan
tahunan yang telah diaudit
Maklumkan kepada institusi kewangan
jika berlaku sebarang perubahan pada
perniagaan, seperti:
– Struktur pengurusan yang terbaru
– Haluan perniagaan
– Rancangan masa depan
– Pengemukaan dokumen-
dokumen yang dikehendaki oleh
pihak institusi kewangan, seperti
laporan
kemajuan dan lain-lain
HAK ANDA SEBAGAI PEMINJAM
Sebagai peminjam, anda
mempunyai hak seperti berikut:
Hak untuk mendapat akses kepada
segala maklumat yang boleh
mempengaruhi keputusan pinjaman
anda
Hak untuk mendapat layanan yang
profesional, bersopan, dan tanpa
prasangka
Hak untuk mendapat maklumat
yang tepat mengenai akaun pinjaman
anda secara tetap
Hak untuk mengambil
tindakan undang-undang jika
berlaku perlanggaran kontrak
 
Erm nak tanya mengenai RP tu takda masalah, cuma nak tanya sikit, macam saya ni graduan, camna ye nak wat pinjaman perniagaan yang tidak melibatkan kena menghadiri kursus keusahawanan, ada tak mana-mana bank yang menyediakan pinjaman tanpa pergi kursus latihan. Saya juga ada pengalaman sedikit dalam perniagaan sekarang bekerja sebagai guru tuisyen. ada sebarang pendapat?
 
Erm nak tanya mengenai RP tu takda masalah, cuma nak tanya sikit, macam saya ni graduan, camna ye nak wat pinjaman perniagaan yang tidak melibatkan kena menghadiri kursus keusahawanan, ada tak mana-mana bank yang menyediakan pinjaman tanpa pergi kursus latihan. Saya juga ada pengalaman sedikit dalam perniagaan sekarang bekerja sebagai guru tuisyen. ada sebarang pendapat?

klu rp n presentation bagus n mantap dan mpunyai keyakinan yg sgt tinggi memang x perlu g kursus mana2. Tapi klu sebaliknya memang mereka akan hantar g kursus. itu je maksud dia org hantar g kursus utk penambahbaikan dlm karakter dan knowledge.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register