| Objektif Kempen |
- Menyeru semua kaum Muslimin dan warga Bumiputera
supaya bersatu untuk membantu menaikkan ekonomi semua umat Islam dan warga
Bumiputera di Malaysia khususnya.
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial di dalam
semua bidang untuk semua umat Islam sesuai dengan tuntutan syariat fardu
Kifayah.
- Mengimbangi manipulasi ekonomi yang dimonopoli oleh
bukan Muslim yang telah menyebabkan pergantungan keterlaluan terhadap barangan
dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh mereka.
- Mengelakkan satu situasi di mana orang bukan Islam mudah mengambil
kesempatan yang boleh merobohkan lagi ekonomi orang Islam akibat dari
kelemahan yang didedahkan oleh pemerintah korupsi yang lemah.
|
Perkara UTAMA perlu dilakukan untuk menjayakan kempen
|
ANDA SEBAGAI PENGGUNA
- Tingkatkan pembelian terhadap semua jenis barangan dan perkhidmatan yang
100 peratus dikeluarkan oleh peniaga Muslim dan warga Bumiputera.
- Tingkatkan pembelian terhadap semua jenis barangan dan
perkhidmatan dari peniaga Muslim dan
warga Bumiputera walaupun barangan atau perkhidmatan
tersebut dibekalkan oleh warga bukan Muslim. Sekurang-kurangnya pengaliran
wang dapat dialihkan sedikit ke dalam masyarakat orang Islam.
-
Kurangkan pergantungan terhadap barangan keperluan
yang dibekalkan oleh bukan Muslim. Alternatifnya, tambahkan penggunaan
barangan dan perkhidmatan dari IKS contohnya. Harga mungkin mahal sedikit,
tetapi pengorbanan
anda sebagai orang Islam adalah merupakan suatu jihad
untuk pembangunan ekonomi & sosial agama yang anda anuti.
-
Walau sebagus manapun produk & perkhidmatan
yang ditawarkan oleh bukan Islam, ajar diri anda untuk elak dari membeli
& menggunakan barangan ini. Ajar juga anak-anak anda supaya membeli
sentiasa membeli produk & perkhidmatan orang Islam dan Bumiputera.
- Ketepikan soal perbezaan politik. Pastikan niat untuk memperkuatkan
ekonomi agama & bangsa sendiri di tangga teratas.
ANDA SEBAGAI PENIAGA
- Sentiasa cuba untuk memikirkan jalan/kaedah
bagaimana untuk mendapatkan barangan dari pembekal luar negara yang
selama ini telah dimonopoli oleh bukan Bumiputera walaupun lorongnya
agak sukar. Tekadkan usaha anda dan ikhlas untuk berjuang untuk
kepentingan agama & bangsa.
- Sentiasa ada sifat cemburu untuk berjaya
bukan dengki sesama agama dan bangsa. Orang bukan Islam berjaya kerana
mereka sentiasa dengki & cemburu dengan kejayaan pesaing mereka,
lantas mereka melipatgandakan usaha untuk melebihi orang lain. Kaum
Bumiputera juga mempunyai perasaan ini cuma perbezaanya lebih
menjurus kepada ingin memusnahkan pesaing mereka disebalik
melipatgandakan usaha.
- Buang sikap mementingkan keuntungan semata-mata. Sekiranya anda
mempunyai peluang untuk menjual barangan samada dari keluaran orang
bukan Islam atau orang Islam, walaupun keuntungan/pasaran barangan dari
orang bukan Islam nampak lebih terjamin/laris, pengorbanan anda untuk
menyokong barangan dari keluaran orang Islam adalah pengorbanan yang
sangat besar.
ANDA SEBAGAI PELABUR
- Jangan sesekali mencuba/menyertai skim-skim
cepat kaya atau serupa dengannya. Laburkan wang anda kepada
bidang-bidang yang lebih realistik dan memerlukan penyertaan orang
Muslim & Bumiputera khususnya seperti di dalam bidang hartanah,
pelaburan Mudharabah di bank-bank dan sebagainya.
- Cari peniaga/rakan/saudara rapat yang
ingin membuka projek perniagaan, laburkan wang anda di sana, buat
perjanjian dan jangan hebohkan satu negara. Kunci mulut dan hebahkan
saja pada saudara terdekat yang mampu. Jangan laburkan wang anda pada
individu/kumpulan yang menggelabah mencari pelabur sehingga menawarkan
sistem komisen & matrix kerana mengambil
deposit wang secara terbuka adalah salah di sisi undang-undang
dan kebiasaannya kumpulan ini hanya ingin mengaut wang anda semata-mata
berdasarkan skim cepat kaya yang mereka anjurkan.
|
| CariGold Business Directory
|
CariGold.com secara rasminya membuka laman baru 'CariGold Business Directory' yang diwujudkan
khas sebagai maklumat rujukan oleh Muslimin & warga
Bumiputera untuk mengalirkan kesemua hasil pendapatan dapat
dibelanjakan terus ke masyarakat Muslimin. Semua kaum Muslimin,
Muslimat & Bumiputera dijemput untuk mengiklankan perniagaan anda di
direktori ini. Sila klik banner di bawah untuk memasuki laman web
tersebut

|
| Sokongan anda terhadap kempen ini
|
CariGold.com amat
berbesar hati sekiranya anda menjadi
salah seorang peserta yang menyokong kempen ini. Sila 'copy' dan 'paste' code
di bawah dan masukkan di dalam mana-mana laman web milik anda. Terima kasih atas
sokongan.
Banner #1
 
Kod HTML untuk Banner #1
Banner #2
 
Kod HTML untuk Banner #1
Banner #3
 
Kod HTML untuk Banner #1
Banner #4
 
Kod HTML untuk Banner #1
Banner #5
 
Kod HTML untuk Banner #1
Banner #6
 
Kod HTML untuk Banner #1
Banner #7
 
Kod HTML untuk Banner #1
Banner #8
 
Kod HTML untuk Banner #1
|
All times are GMT +8. The time now is 09:19 PM.