Sila ambil sedikit masa untuk membaca & memahami peraturan CG untuk mempastikan tiada kesulitan semasa melayari forum ini

  1. Akaun
    • Tidak dibenarkan membuka akaun LEBIH DARI SATU. Tidak dibenarkan BERKONGSI akaun. Satu individu satu akaun. Jika dikesan, tindakan Permanent Ban ke atas semua akaun terlibat akan dikenakan tanpa notis. Jika anda mempunyai masalah kehilangan terlupa username atau password, hubungi kami, jangan buka akaun baru!. Jika akaun anda digantung TIDAK DIBENARKAN buka akaun baru!
    • Pastikan anda sentiasa mengemaskini alamat email terkini. Pihak forum akan menghapuskan akaun yang dikesan mengandungi email bermasalah seperti email yang dikembalikan [bounced email], inbox penuh, dan email domain yang tidak berjaya dicapai [unreachable domains] TANPA NOTIS dari semasa ke semasa.
  2. Bahasa
    • Penggunaan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris dibenarkan. Jika Pembuka Thread [Thread Starter] menggunakan bahasa Inggeris, anda juga harus menyambung perbincangan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
  3. Pembukaan Thread
    • Pastikan anda membuat carian terlebih dahulu sebelum membuka sesuatu Thread baru untuk mengelakkan lambakan topik perbincangan yang sama. Gunakan fungsi butang SEARCH.
    • Sesetengah subforum mempunyai peraturan yang lebih spesifik. Pastikan akan sentiasa merujuk peraturan yang diletakkan di dalam Pengumuman Subforum dan New Thread page
    • Sebarang objek tidak dibenarkan di dalam tajuk thread. Simbol dibenarkan.
    • Pengklasifikasian thread adalah dilakukan oleh moderator terlatih mengikut polisi dan cara forum yang tersendiri. Anda tidak berhak mempertikai kedudukan sebarang thread di dalam mana-mana subforum.
  4. Peraturan Am
    • Jangan sesekali melakukan aktiviti spam di dalam forum ini termasuk di Private Message dan Profile Visitor Message. Jika dikesan, tindakan permanent ban akan dilakukan tanpa notis.
    • Jangan sesuka hati post hijack di dalam forum (termasuklah iklan, offtopik, merapu dll) dalam semua forum perbincangan kecuali di forum bebas Chit Chat Lover forum.
    • Jangan troll. Jangan mengapikan, melagakan, membalas post trolling sesama ahli. Gunakan butang REPORT.
    • JANGAN BUAT POST YANG SIA-SIA @ tidak menyumbang langsung di dalam topik. Ini termasuklah post smilies berulangkali, mencelah "tumpang lalu" dan paste "Currently Active Users Viewing This Thread:"
    • Subscribe Thread dengan cara betul. Jangan sekadar post "parking". Sebaliknya, gunakan fungsi forum Thread Tools > Subscribe Thread di ruangan atas post pertama setiap halaman.
    • Lawak jenaka berunsur politik atau bersangkutan dengan individu ternama di dalam bidang politik TIDAK DIBENARKAN sama sekali di dalam forum ini.
    • Jangan buat post yang tidak perlu semata-mata untuk menaikkan ranking level dengan cara terburu-buru.
    • Jangan post perkataan yang tidak sopan, melucah, seksual, maki hamun, sumpah seranah, mengutuk membabi buta dan seumpamanya.
    • Jangan cuba memprovokasi atau cuba mempengaruhi/menghasut ahli lain untuk memprovokasi dan menyerang peribadi ahli forum yang seterusnya boleh mencetus suasana yang tidak selesa dan berat sebelah di dalam forum. Jika dikesan, akaun akan ditamatkan tanpa notis & rayuan.
    • Jangan cuba menyalahgunakan sistem Rating & Testimonial
    • Jangan post sebarang maklumat peribadi orang lain seperti nama sebenar, gambar, dokumen pengenalan dan yang berkaitan. Hormati privasi orang lain.
    • Jangan post dan sebarkan sebarang propaganda @ ideologi politik & keagamaan di dalam mana-mana subforum kecuali di subforum Politics & Religious Talk
    • Sebarang promosi terhadap sebarang item/website/3rd party link website/apa-apa material yang mengandungi unsur-unsur cetak rompak atau produk & perkhidmatan yang merujuk dari sumber yang tidak sah/menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia adalah tidak dibenarkan.
    • Setiap thread/post yang berbentuk taktik mahupun strategi mempromosi website/blog yang digunakan semata-mata untuk mendapatkan traffic/backlink adalah tidak dibenarkan kecuali di subforum Website, Blog Advertisement / Affiliate
    • Setiap thread/post yang berbentuk taktik, strategi mahupun spontan yang mempromosi sebarang produk, perkhidmatan atau sebagainya adalah tidak dibenarkan. Semua promosi mestilah dilakukan di TRADING ZONE, CLASSIFIEDS & MARKETPLACE
    • Segala posting yang berbentuk samar-samar, tidak dikenalpasti apakah bentuk tujuannya & peluang, meminta ahli lain meletakkan email ataupun menghubungi menerusi "PM" adalah tidak dibenarkan. Anda harus mengumumkan nama program, nama website dari domain berbayar & bentuk bisnes yang dibincangkan.
    • Perbincangan sesama ahli adalah di dalam forum semata-mata, tanpa perlu mengajak/mempromosi ke tempat perbincangan/kumpulan selain di dalam forum.
    • Jangan sesekali cuba menyebarkan propaganda/menghasut/kebencian/kospirasi yang boleh merosakkan keharmonian komuniti forum dan muhibbah antara sesama ahli mahupun sesama moderator dan administrator forum.
    • Patuhi kesemua cara kerja yang dilakukan oleh staff forum.
  5. Signature
    • Sebarang objek dan simbol berwarna tidak dibenarkan di dalam signature. Simbol biasa berwarna gelap dibenarkan.
  6. Aduan tentang posting di dalam forum
    • Jika ingin membuat aduan tentang kesalahan post oleh ahli yang melanggar peraturan, minta kerjasama supaya tidak PM moderator atau administrator forum. Sebaliknya, gunakan fungsi butang Report this post yang terletak di penjuru atas kanan setiap posting yang telah dihantar oleh ahli.
  7. Masalah, Aduan, Cadangan, Naiktaraf akaun
    • Jika anda mempunyai sebarang masalah @ berhasrat untuk mengemukakan cadangan @ ingin menaiktaraf akaun (CG Supporter), hubungi forum support staff dengan menggunakan butang Contact Us. Respon akan dihantar ke email berdaftar anda dalam tempoh 2 hari bekerja. Jangan sesekali buka thread di dalam forum untuk tujuan ini.
  8. Warning/Infraction
    • Selain dari tindakan ban, SEMUA AHLI FORUM yang melanggar peraturan akan diberi amaran melalui sistem warning / infraction.
    • Jangan risau tentang reputasi anda anda kerana hanya anda & pihak moderator sahaja boleh melihat warning / infraction yang dikeluarkan ke atas anda. Tiada sesiapa yang tahu kecuali anda sendiri mendedahkannya.
    • Jangan sesekali mudah tersentap apabila dikenakan warning / infraction. Sistem ini diwujudkan bukan untuk menghukum tetapi bertujuan untuk mengawal tingkahlaku ahli semasa berforum dan sentiasa patuh pada peraturan forum. Jangan sesekali membuat kecoh dan meroyan dengan membuat post memprovokasi pihak moderator. Jika ini terjadi, akaun anda akan terus ditamatkan TANPA NOTIS.
  9. Etika forumer yang terbaik
    • Sentiasa berfikir dahulu sebelum membuat post. Akal digunakan sepenuhnya, emosi dikawal sepenuhnya. Matang dan setiap post yang dihantar amatlah berilmiah & berguna untuk rujukan pembaca.
    • Berupaya mengeluarkan bahas yang bernas dan relevan dengan tajuk perbincangan.
    • Budaya membaca & pengkajian di internet menjadi amalan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan.
    • Tidak mudah terpengaruh dengan sebaran maklumat tanpa sumber sahih. Tidak semberono membuat tanggapan tanpa kajian mendalam.
    • Sentiasa bersikap optimis dan berfikiran terbuka.
    • Disenangi ramai berdasarkan ilmu yang tinggi dan profesionalisme di dalam forum (bukan atas dasar sependapat atau ideologi yang sama).
    • Rajin membantu meningkatkan kualiti forum dengan menghantar aduan post yang melanggar peraturan forum.
    • Sentiasa meletakkan rujukan link thread perbincangan terdahulu sekiranya berlaku tindihan thread perbincangan yang sama.


>> KEMBALI KE CARIGOLD FORUM