Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


 
  ...


Rate this Entry

Jangkitan yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan

Posted 21-01-2010 at 09:27 PM by drherba

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.
Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.
Menurut Dr. Siti Zaleha Ab. Rahim dari salah sebuah hospital swasta, wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman.
"Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri."
"Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat," katanya

REALITI INI AGAK MEMERANJATKAN BAGI WANITA TETAPI KAMI MEMBAWA BERITA BAIK .
HILANGKAN KERISAUAN ANDA,
KAMI MEMBERI JAMINAN WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN JIKA PPW DR.HERBA TIDAK BERKESAN MENGHILANGKAN KEPUTIHAN DALAM JANGKAMASA 2 MINGGU

HARGA CUMA RM12 SAHAJA SEBOTOL 100ml

ADALAH MENJADI HASRAT KAMI MEMBANTU KAUM HAWA BAGI MENANGGANI MASALAH INI.


http://drherba.blogspot.com
0 Thanks, 0 Likes
Posted in Uncategorized
Views 2057 Comments 2
Total Comments 2

Comments

  1. Old Comment
    jay_786's Avatar
    slmt ptg .. tumpang lalu.. tingkatkan sistem imun untuk kehidupan yang lebih baik dan sihat selalu

    layari http://biokuat4u.blogspot.com
    0 Thanks, 0 Likes
    Posted 24-01-2010 at 04:13 PM by jay_786 jay_786 is offline
  2. Old Comment
    drherba's Avatar
    MASALAH KEPUTIHAN

    Sekiranya ada perkara yang merumitkan wanita dari aspek kesihatan dirinya perkara itu ialah keputihan. Oleh kerana masalah keputihan itu ada kaitan dengan anggota kemaluan wanita maka ia tidak dikendalikan dengan terbuka dan wanita terus mengalaminya dan menderita dalam senyap.

    Wanita perlu peka dengan gejala keputihan, mengenali dan dapat membezakan keputihan semula jadi daripada keputihan akibat jangkitan.

    Wanita menghasilkan lelehan daripada faraj, keputihan semula jadi dalam pusingan haid, cuma lelahan itu kadangkalanya sedikit atau tiada langsung kepada lelehan yang banyak dan merunsingkan. Kuantiti lelehan itu dari 20 gram ke 150 gram sehari.

    Lelehan semula jadi datangnya dari mukosa faraj, lelehan daripada pangkal rahim dan saluran fallopio dan dari pundi Bartholin dan pundi urethral sekiranya wanita itu terangsang.

    Oleh kerana lelehan itu mengandungi sel mati, asid laktat dan zat galian atau mineral dan kuman semula jadi maka ia menjadi tempat penginapan kulat dan kuman yang wujud di kawasan itu (bahagian perineum, permukaan anggota kemaluan atau 'vulva' dan permukaan lubang najis atau 'anus' dan jika kontaminasi berlaku maka kulat dan kuman itu boleh membiak dalam faraj dan memberi tekanan kepadanya dan menyebabkan pengeluaran lelehan yang meningkat dan luar biasa.

    Lelehan luar biasa yang dimaksudkan itu ialah cecair yang berwarna berbeza dengan lelehan semula jadi, seperti warna kekuningan (akibat jangkitan kuman dari lubang najis), kehijauan (akibat jangkitan kuman parasit Trikomonas), keputihan (akibat jangkitan kulat kandida atau yis dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan seperti bau bangkai ikan (jangkitan Bacillus dari lubang najis), bau bangkai tikus (kuman parasit trikomonas) dan bau asam (jangkitan kulat yis atau kandida).

    Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, didapati 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida kerana kulat ini wujud dari lubang najis dan lubang kencing dan jika wanita tidak peka dengan kebersihan kendiri, membersihkan kemaluan seperti mencuci najis dengan tangan menyapu air dari lubang najis ke kemaluan atau menggunakan tisu pelembap, dengan menyapu dari bawah (lubang najis) ke kemaluan.

    Jangkitan juga boleh berlaku apabila kuman semula jadi dalam faraj yang menghasilkan asid laktat terbunuh dengan bahan pencuci yang dimasukkan ke dalam faraj (sebenarnya pencuci pembersih itu digunakan bagi membersihkan bahagian luar kemaluan).

    Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh kuman semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Didapati juga wanita hamil dan berpenyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat kandida. Apabila tahap keasidan wanita pulih, kulat itu tidak dapat membiak dan jangkitan akan reda!

    Dari segi penjagaan kesihatan anggota kelamin, wanita digalakkan menggunting bulu roma di permukaan bibir besar berdekatan pembukaan 'interoitus' atau kawasan lubang kencing dan faraj. Pakai pakaian dalam yang selesa dan 100 peratus kapas dan pada waktu lelehan keluar banyak seperti pada peringkat kesuburan, pengeluaran lendir seperti hingus yang bertali, misalnya, pastikan memakai 'panty liner' dan pastikan bahan itu diganti dari semasa ke semasa dan bersihkan kemaluan dengan air biasa (jangan gunakan sabun kerana ia tidak sesuai, malah mengeringkan kulit kemaluan).

    Pada waktu itu, elak memakai seluar ketat kerana kelembapan tadi boleh menyebabkan kulit mengalami radang dan mudah melecet atau kering.

    Amalkan pemeriksaan kendiri 'vulva' atau anggota kelamin bahagian luar sekali sekala, lebih-lebih lagi jika wujud ketidakselesaan anggota kemaluan. Gunakan cermin tangan dan teliti kemaluan dengan menggunakan lampu terang.
    0 Thanks, 0 Likes
    Posted 27-01-2010 at 08:26 PM by drherba drherba is offline
 
Resources saved on this page: MySQL 7.69%
Switch to:
Group 2
Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.