Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > Blogs > RuthlessFairy

Rate this Entry

Cinta ke?

Posted 01-03-2010 at 02:31 PM by RuthlessFairy

hhihi ni pestime aku post blog kat sini.
bukan aku taknak bukak kat blogspot. aku ada account kat sana. tp aku dah delete semua entry padan muka.
ohh
bukan aku delete sbb ada org marah ke hape.cuma aku delete sbb adala beberapa pengomen mula nak carik pasal ngan aku.mula dah melimitkan apa yang perlu aku tulis dan sebaliknya.mcm lah blogspot tu dia yang punye. end-up aku delete je semua. mmgla rasa mcm sayang. tp bila aku pikir balik.. alaaa blog je.. bukan ada apa pun.

ok...
bulan februari dah pun pergi tak kembali dan akan dtg semula tahun depan. lama wooooo 365 hari baru dia dtg balik. orang kata bulan februari ni bulan cinta.
cehh cinta kunun. aku nak bg pendapat pun mcm tak berapa reti sgt.damn.. jap.. jari aku sakit.
ok. sambung.
bukan aku reti nak bg pendapat. cuma mungkin definisi aku terhadap cinta lain dr org lain.
aku tak suka menyebut perkataan cinta tak tentu pasal.tak suka nak cinta org tak tentu pasal.
ada sesetengah org kata cinta itu tak mesti memiliki.yang lain plak cakap cinta perlukan perngorbanan.
tapi pada aku, cinta itu adalah perjuangn.dan cinta itu harus diperjuangkan hingga tahap sampai kau memang dah mengalah habes.pada aku cinta itu harus dimiliki dan harus mencuba sampai mmg kau sedar yang cinta itu bukan milik kau.
contoh la, katakan lah bf kau mcm kene kawen ngan org lain. tp Bf kau taknak berpisah ngan kau.then kenapa korang tak mencuba perjuangkan cinta kau? kenapa kau kata "alaaaa.. tak kisahla dia kene kawen ngan org lain. dia bukan untuk aku" kenapa kau tak kata "aku akan mencari cara untuk mendapatkan dia jugak." pastu korang berdua buatlah sesuatu. jgnlah asyik mengalah je. ok fine. kalau kau nak mengalah, kau jgn buang masa kau meratapi pilu hiba nangis atas katil. dah kau sendiri yang merela kan, kenapa kau nak meratap pilu. aku rasa time mcm nilah korang kene tunjukkan betapa korang sayang betul2 kat pasangan korang.

tapi kes mcm tu kene dua dua pihak yang berjuang. it takes two for tango.kalau sorang mana leh bertango.

lagi satu aku mcm tak berapa gemar bila ada org mendabik dada mengatakan dia da bercinta byk kali.motif?
contoh la. "aku dah bercinta 12 kali wooo" cinta ke mcm tu bila minggu ni kau bercinta ngan husen, 6 minggu lagi ko bercinta ngan fahren plak. cinta tu bukan ke besar maknanye?
pada aku, pencinta yang sejati ialah org yang paling sikit jumpah percintaan nye. macam aku la..

dulu pun ada la jugak org nak masuk line aku. tp memandangkan aku mcm takde perasaan sayang or cinta, aku takdela ikutkan permintaan dorg nak couple ngan aku.

aku amek contoh sorg mamat ni. aku kenal dia 3 thn lepas.dia nak cople ngan aku sbb dia kata aku ni stylo. entah hape yang stylo nye pun aku tak tau. tapi masa tu aku mmg la takde rasa syg apatah lagi cinta.aku ckp kat dia yang aku masih belum boleh nak berkapel ngan dia.mcmne aku tahu aku tak cinta dia? ntah. aku tak kisah pun dia nak call or sms aku. aku tak tunggu pun dia call or sms aku.takde plak aku nak ternanti2 or tercari2 dia.apatah lagi nak menagis sbb dia. ntah. aku pernah la mcm cuba untuk suka. tp tak jadik jugak. so aku pun takdelah membalas cinta dia. nnt mcm kesian plak. so kitorang kawan je. so aku takdela buang masa dia.

ok. aku mcm bangga sikit bila aku pernah bercinta 2 kali je.tp yang pertama tu aku rasa mcm takdela cinta sgt sbb aku mcm boleh je lupakan dia. tapi cinta yang kedua ni mmg betul2 mcm sgt sejati. susah betul nak buang rasa ni.

time aku sekolah dulu adalah jugak bermiang2 . tp bukan cinta tahu! ni mcm miang2 yang konon2 "wahh haku ada ramai kawan lelaki yang best" mcm tu lah lebih kurang.nnt aku masukkan kisah miang aku kat sekolah kat entry akan dtg.mcm panjang la plak entry ni kang.

pastu aku pestime bercinta thn 2001.masa tu aku buat sijil kat sungai petani.pestime berpisah dr keluarga. kiranye mamat ni mcm ala ala guardian aku kat sana.dah la nama sama. nama aku *****N*. dia plak *****D*. yang star tu semuanya hurup yang sama! see.. romant iktak bila bercinta ngan org yang nama sama. kitorang mcm belangkas la walaupun dalam seminggu mesti ada gaduh.sampai pernah baling disket( dulu takde teknologi USB T______T.

2 tahun lepas tu, aku further study aku kat Uitm Shah Alam. dia plak kat Uitm Sri Iskandar. waa mmg meraung bagai la kitorang sbb berpisah.ohhye.. mamat ni asal Alor Setar. kalau KL gak takdela aku kesal sgt. boleh la jumpa time cuti. dah dia asal Alor Setar, bila masa aku nak jumpa dia walaupun dia cuti..

pastu bermula episod rindu rinduan sampai nak minta transfer kampus.Dekan tak bagi.. dia kata level lain-lain.. aku genius dr dia kot
okla.. so semuanye mcm okla.. smsm la.. call la..
tup tup awal thn 2004, dia kat adia dah ade pengganti betul la kata kawan2 dia. ada pompuan rapat ngan dia. budak kelas dia jugak..
kurang ajar tul. dia dah tau aku bercinta ngan mamat tu, lagi nak masuk jarum. takkan dia tak tahu setiap kali mamat tu main bola, mesti dia pakai jersey nama aku.arggghh. tp yang peliknye aku mcm redha. aku mcm "takpela.. kalau abang rasa dia terbaik utk abang".

pastu aku mcm merana seminggu je. maybe sbb masa tu aku kene kejar byk assignment. so aku mcm busy la drpd aku dok meratap pilu baik aku buat design.aku tak tergerak pun nak pertahan kan dia. takde plak aku nak pi menggagau carik dia kat kampus dia tu. entah.ikutkan boleh je aku marah or maki pompuan tu.tp mcm aku tak berapa kisah sgt.aku boleh je gi merayu bagai kat dia.tp aku rasa mcm taknak. konon2 nak jadik budak baik merelakan je apa yang berlaku.
aku tak rasa pun mcm yang aku rasa skrg.cinta kedua aku ni.kenapa eh? kenapa kali ni aku mcm nak beria beria memperjuangkan.padahal takdela lama sgt aku ngan dia. aku ngan mamat sama nama tu lagi la lama. 2 tahun.
entah.

adakah cinta kedua aku ni cinta sejati?
cinta yang tidak akan sama rasanye dimasa hadapan kalau ngan org lain.
sebab aku percaya, cinta sejati hanya datang sekali je..

anda pula?
Posted in Uncategorized
Views 499 Comments 0
Main     Masalah? »
Total Comments 0

Comments

 

All times are GMT +8. The time now is 09:20 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE