Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > Blogs > kedai-lelaki

Rate this Entry

Rumpai laut ungu dan antioksida

Posted 10-02-2013 at 07:34 PM by kedai-lelaki

KELEBIHAN RUMPAI LAUT UNGU




Perbezaan kandungan rumpai laut ungu dan yang putih dikatakan memiliki bahan antoksida pada rumpai laut yang berwarna ungu. Ini kerana dari pembawaan warna pigment ungu. apa tu ANTIOKSIDA ?....sila baca maklumat seterusnya.....



APA ITU ANTIOKSIDA

Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.
Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.


TUBUH LEBIH TAHAN SERANGAN PENYAKIT
Kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT
Ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG
Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

MENGATASI MASALAH PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT
Anti oksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas.


Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan

KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.

Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.

Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.


INFO: ANTIOKSIDA

* Amat penting bagi menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila kita menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok. Ini menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya, antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.

* Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.

* Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas, selain memainkan peranan penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

* Mengamalkan pemakanan seimbang dan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan.

Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.


Bagaimana menangani radikal bebas?

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas. Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.

Kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati bahawa sumber terbaik anti-oksidan boleh diperolehi dari berbagai-bagai jenis tumbuhan.

Terdapat beberapa produk pemakanan tambahan . Ia digabungkan dengan beberapa buah-buahan lain yang mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ditambah dengan bahan-bahan lain untuk memperbaiki sistem badan yang telah rosak akibat serangan radikal bebas.



Kecantikan melalui kulit dan kebaikan antioksdia


Radikal bebas daripada proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan kulit. Ia adalah sangat reaktif dan boleh disumbangkan oleh faktor persekitaran, makanan dan juga daripada tubuh kita sendiri. Serangan radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel-sel serta mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang, dan menganggu kecantikan secara nyata.
Selain itu, radiasi ultraungu (UV) daripada matahari juga boleh mengganggu penghasilan kolagen kulit dan meningkatkan kadar degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk kekuatan dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh mempercepatkan proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan pada permukaan kulit. Kedutan terhasil secara halusi menyumbang faktor kesan kepada kecantikan kulit itu sendiri.
Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan matahari dan radikal bebas adalah pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda.Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, mineral zink dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Pengambilan antioksida yang mencukupi ini boleh mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Sistem utama bagi menjamin kecantikan kulit adalah perlindungan dari dalam dan dengan itu pengambilan nutrien adalah amat penting.
Kecantikan dan kepentingan vitamin mineral
Beta-karotena juga dikenali sebagai Pro-vitamin A yang boleh diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran berfungsi sebagai antioksida dan mampu meneutralkan radikal bebas dengan berkesan.
Vitamin C pula diperlukan dalam proses penghasilan kolagen kulit. Ia menyerupai fungsi vitamin E sebagai nutrien anti-radikal bebas utama yang boleh melindungi sel daripada serangan radikal bebas dalam tubuh serta melawan kesan kerosakan radikal bebas.

Sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya

-------------------------------------

Tempah PURE MARINE COLLAGEN PMC™ ASLI Online
Total Comments 0

Comments

 

All times are GMT +8. The time now is 04:49 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE