PDA

View Full Version : Buku Terbaru Tuan Guru Dr Harun Din Tentang Makhluk Halus

gambate
20-08-2009, 03:22 PM
http://img13.imageshack.us/img13/7097/iklanbukumakhlukhalus00.jpg (http://img13.imageshack.us/i/iklanbukumakhlukhalus00.jpg/)

Berikut dipetik Mukadimah Tuan Guru dari buku tersebut;

MUKADIMAH PENGARANG

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kami meminta pertolongan dalam urusan-urusan dunia dan akhirat. Selawat dan salam ke atas Rasul kami yang sangat amanah, penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Saya sering menerima soalan sama ada melalui surat atau yang bertanya terus di majlis-majlis kuliah. Di antara soalan yang berulang kali diajukan kepada saya ialah yang berkaitan dengan makhluk halus seperti jin, qarin, sihir, rasukan, bunian, saka, orang mati hidup semula, penggunaan tangkal, penyakit yang disebabkan oleh jin dan sebagainya.

Mereka meminta pendapat saya walaupun ramai alim ulama’ lain di Malaysia yang boleh memberikan jawapan yang sama dengan saya.

Memandangkan persoalan ini berhubung kait dengan soal aqidah, maka menjadi suatu kefarduan kepada saya untuk menjelaskannya. Persoalan masyarakat ini perlu dirungkaikan supaya mereka tidak terus terjebak dengan amalan syirik.

Masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat daripada sumber yang sahih terutama sekali jika ia melibatkan soal aqidah.

Saya telah berusaha menjawab setiap persoalan dengan berlandaskan hujah-hujah yang sahih daripada al-Quran dan al-Hadith.

Kesemua jawapan ini sebenarnya merupakan respon saya kepada soalan yang diajukan melalui akhbar Harakah. Saya telah melahirkan hasrat saya kepada Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ supaya koleksi soal jawab yang pernah tersiar dalam akhbar Harakah ini dibukukan.

Saya amat berharap usaha pembukuan soal jawab ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat bahkan saya berdoa moga buah tangan saya ini dapat mengurangkan seterusnya menghapuskan fahaman dan amalan khurafat yang masih berakar umbi di dalam masyarakat kita.

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna lagi Maha Benar, manakala yang salah dan silap adalah daripada insan yang bersifat lemah.

Semoga Allah SWT mengampuni kesalahan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Kepada Allah SWT kita memohon rahmat dan berkat. Semoga Allah SWT sentiasa mengabulkan usaha kita dan menjadikannya sebagai amalan soleh.

Ikhlas daripada saya,

Dato’ Dr. Haron Din
Pengasas dan Penasihat Darussyifa’
30 Mac 2009M / 3 Rabiul Akhir 1430H

ISI KANDUNGAN BUKU INI
======================

BAB-1: PERSOALAN UMUM BERKAITAN MAKHLUK HALUS
BAB-2: PERSOALAN BERKAITAN JIN, BUNIAN, QARIN DAN SAKA
BAB-3: PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL
BAB-4: PERSOALAN BERKAITAN SIHIR
BAB-5: PERSOALAN BERKAITAN ILMU GHAIB
BAB-6: PERSOALAN UMUM
BAB-7: DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS

===================

Harga jualan runcit buku ini ialah RM20 di Semenanjung Malayisa dan RM22 di Sabah & Sarawak.

Buku ini dijual dengan harga RM18 di Darussyifa’ Bandar Baru Bangi.

Buku ini boleh dibeli terus di pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi atau di cawangan-cawangan Darussyifa’ seluruh Malaysia.

Bagi anda yang ingin menjadi pengedar, potongan harga 40% akan diberikan dengan syarat pembelian dibuat secara borong sekurang-kurangnya 100 naskah dengan bayaran tunai.

Untuk menjadi pengedar buku ini, anda boleh menghubungi Tuan Haji Roslan di no. 019-2398573

SAPANAK BELI BUKU NI SILA BAGITAU SAYA.SAYA TOLONG BELI.HARGA 20 SEMENANJUNG/23 SABAH SARAWAK( TERMASUK POS).

ORDER DIBUKA.AKU TLG BELI HARGA RM20 sekali POS.

1. Sconsult
2. Lutfi
3. Vtech
4.delacaruna
5. ulam
6.Osopp

iorichee
20-08-2009, 03:25 PM
aku rasa macam nak beli satu.....

eddie80
20-08-2009, 03:25 PM
bagus nie...

gambate
20-08-2009, 03:26 PM
kepada sesiapa yang masih lagi samar ttg hakikat makhluk halus dan kaitan dengan penyakit dan cara pengubatan Islam yang dibenarkan oleh syariat..elok beli satu buku ni...semoga dapat manfaat di dunia dan akhirat

yazaedar
20-08-2009, 03:27 PM
aku nak beli...boleh beli online tak... malam malam baca syokni....

gambate
20-08-2009, 03:29 PM
http://img504.imageshack.us/img504/1821/bukuikhtiaredisi2.jpg (http://img504.imageshack.us/i/bukuikhtiaredisi2.jpg/)

Buku Edisi Kedua ini adalah versi dikemaskini daripada Buku Edisi yang pertama.
(Untuk Maklumat Buku Edisi Pertama Sila Klik di Sini)

Beberapa pembetulan telah dibuat dan juga tambahan doa-doa baru dimasukkan ke dalam buku edisi kedua ini. Diantara doa-doa terbaru yang dimasukkan adalah seperti berikut;

1. Doa Putus Cinta (Untuk Mengatasi Kekecewaan) – m/s 65
2. Doa Rawatan Terbakar & Melecur – m/s 94
3. Tambahan Doa kepada Pesakit Menderam – m/s 97
4. Doa Mengatasi Masalah Cemburu & Hasad Dengki – m/s 97
5. Kaifiat Bacaan Yaasin Untuk Rawatan Koma
6. Ayat-ayat Ruqyah Untuk Pengubatan dan Perlindungan dari Sihir – m/s 105
7. Doa Tahlil Arwah (Versi Tuan Guru) – m/s 109

Buku ini adalah terbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’). Harga jualan runcit buku ini ialah RM15 di Semenanjung Malayisa dan RM16 di Sabah & Sarawak.

Buku ini dijual dengan harga RM13 kepada ahli-ahli Darussyifa’. Buku ini boleh dibeli terus di pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi atau di cawangan-cawangan Darussyifa’ seluruh Malaysia.

Bagi anda yang ingin menjadi pengedar, potongan harga 40% akan diberikan dengan syarat pembelian dibuat secara borong sekurang-kurangnya 100 naskah dengan bayaran tunai.

Untuk menjadi pengedar buku ini, anda boleh menghubungi Tuan Haji Roslan di no. 019-2398573

moneymaker3000
20-08-2009, 03:30 PM
aku rasa macam penah ada buku perubatan yg dia tulis takpun adik dia. Musykil jugak cara2 perubatan dia tu mmg lain dari yg lain

gambate
20-08-2009, 03:36 PM
aku rasa macam penah ada buku perubatan yg dia tulis takpun adik dia. Musykil jugak cara2 perubatan dia tu mmg lain dari yg lain

perubatan siapa

mnur183
20-08-2009, 03:42 PM
huurrmmmm...bleh tahan gak. aku pun bnyk buku2 cenggini..tp x berkesempatan nk membaca.

effies
20-08-2009, 03:43 PM
boleh beli satu nie...
untuk menambah ilmu....

gambate
20-08-2009, 04:56 PM
aku rasa macam penah ada buku perubatan yg dia tulis takpun adik dia. Musykil jugak cara2 perubatan dia tu mmg lain dari yg lain

sebenarnya ada beberapa benda yang harus difahami..perubatan darussyifa menggunakan gabungan doa-doa yang mu'tabar disamping menggunakan petua petua tradisional masyarakat Melayu yang tidak berjanggah dengan syariat.Hakikat penggunaan petua perubatan melayu hanya sebagai alat dan bukan menjadi kewajipan..kalau tak nak guna pun tak apa..kekuatan perubatan Islam itu sendiri bergantung penuh 100% kepada Allah SWT dan ketaqaruban seseorang perawat dgn Tuhannya

gambate
20-08-2009, 04:58 PM
PENGUMUMAN

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| ||||

MAJLIS SAMBUTAN RAMADAN AL-MUBARAK DI DARUSSYIFA'

TARIKH: 21-OGOS-2009 (JUMAAT)

Aturcara:

7:25 ptg. : Solat Maghrib Berjamaah

8:00 mlm. : Jamuan Makan Malam

8:35 mlm. : Solat Isyak Berjamaah

9:00 mlm. : Solat Tarawih

9:40 mlm. : TAZKIRAH RAMADAN OLEH TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Semua Ahli Darussyifa' Dijemput Hadir

gambate
20-08-2009, 04:58 PM
pengumunan penutupan sementara klinik darussyifa'

=======================******===================== ==

bagi mencegah wabak penyakit selsema **** (h1n1) daripada merebak di kalangan orangramai yang mengunjungi klinik darussyifa';

maka dimaklumkan bahawa klinik darussyifa' di seluruh malaysia ditutup buat sementara waktu mulai 12-ogos-2009.

Klinik darussyifa' diseluruh malaysia akan dibuka semula bila keadaan wabak selsema **** semakin reda.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan sila hubungi terus perawat-perawat darussyifa' seperti yang tersenarai di ruangan klinik darussyifa' (atau klik disini)

gambate
20-08-2009, 05:01 PM
KENYATAAN PENAFIAN

Dukacita dimaklumkan bahawa, dilaporkan ada orang perseorangan yang mendakwa sebagai ahli Darussyifa' telah menggunakan nama YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din untuk mengutip wang bagi mempromosikan Umrah Bulan Ramadan Bersama Tuan Guru.

YBhg Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah menafikan perlantikan orang berkenaan. Program Umrah bersama Tuan Guru hanya dikendalikan oleh AJK Darussyifa' dan sebarang urusan hanya melalui pejabat Darussyifa' Bandar Baru Bangi.

Pihak Darussyifa' tidak pernah melantik orang perseorangan atau mana-mana ajensi untuk mengutip atau mempromosikan Program Umrah ini.

Bagi sesiapa yang telah terperdaya atau telah memberikan wang pendahuluan kepada orang perseorangan tersebut, sila laporkan ke Pejabat Darussyifa' dengan menghubungi;
Ustaz Roslan (019-239 8573) atau Ustaz Dr. Abdul Rahmen Derus (019-6490284)

Laporan Polis akan dibuat setelah maklumat orang perseorangan itu diperolehi.

my.name.is.nad
20-08-2009, 05:06 PM
mana nak beli ek ..?

lutttfi
20-08-2009, 05:11 PM
aku nak beli..
mcm ner???

gambate
20-08-2009, 05:12 PM
mana nak beli ek ..?

sila contact darussyifa..tp kawan kata kat telsco pun ada.. yang booh buku agama

gambate
20-08-2009, 05:14 PM
aku nak beli..
mcm ner???

Harga jualan runcit buku ini ialah RM20 di Semenanjung Malayisa dan RM22 di Sabah & Sarawak.

Buku ini dijual dengan harga RM18 di Darussyifa’ Bandar Baru Bangi.

Buku ini boleh dibeli terus di pejabat Darussyifa’ Bandar Baru Bangi atau di cawangan-cawangan Darussyifa’ seluruh Malaysia.

Bagi anda yang ingin menjadi pengedar, potongan harga 40% akan diberikan dengan syarat pembelian dibuat secara borong sekurang-kurangnya 100 naskah dengan bayaran tunai.

Untuk menjadi pengedar buku ini, anda boleh menghubungi Tuan Haji Roslan di no. 019-2398573

lutttfi
20-08-2009, 05:14 PM
sila contact darussyifa..tp kawan kata kat telsco pun ada.. yang booh buku agama

kalo ko yg jualkan nak ker???
mean ko jdla agen kat cG nie..

gambate
20-08-2009, 05:15 PM
Perkembangan ilmu pengetahuan akan terus maju menurut perkembangan daya fikir manusia. Di Malaysia, amalan merawat pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis, contoh sunnah Rasulullah, doa-doa yang digunakan oleh para anbiya' adalah merupakan satu bidang yang masih agak baru. Usaha untuk mengatur segala bentuk rawatan pesakit melalui cara ini dalam satu kaedah yang jelas, teratur dan dapat dimanfaatkan boleh dikatakan amat berkurangan biar pun memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai para pengamal perubatan Melayu tradisional yang menyumbangkan tenaga mereka dengan menggunakan kaedah ini.

Perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya Darussyifa' hanya menggunakan dengan cara yang teratur dan tersusun ayat-ayat al-Quran, amalan sunnah Rasulullah dan kaedah-kaedah lain yang selaras dengan syarak dalam tujuan mencari ikhtiar untuk merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau spiritual.

Rawatan yang diamalkan oleh Darussyifa' ini tidak boleh dimasukkan dalam kategori perubatan Melayu tradisional kerana rangkaian al-Quran yang dibaca itu jelas ayat-ayatnya, hadis-hadis dan sunnah Rasulullah itu nyata sumbernya manakala doa-doa yang dipohon juga jelas maksud dan susunan katanya. Memang terdapat beberapa rangkaian kata Melayu yang digunakan dalam kaedah ini, tetapi penggunaan rangkaian kata yang dapat difahami maknanya serta tidak mengandungi ungkapan kata yang menyalahi hukum yang diharamkan Allah di samping tidak mengandungi kata-kata yang membawa syirik. Semua yang diamalkan ini adalan tidak bersalahan dengan ajaran Islam.

Pada hakikatnya, usaha membongkar kandungan al-Quran dan sunnah Rasulullah untuk tujuan rawatan penyakit, adalah masih di peringkat awal. la memerlukan keikhlasan, minat, pengamatan yang serius serta ketabahan yang berterusan. Kejayaan usaha seumpama ini adalah bergantung kepada usaha-usaha yang dijelaskan diatas.

Pendedahan kandungan al-Quran, contoh-contoh sunnah Rasulullah dan doa-doa yang dijelaskan yang berkaitan dengan sumber wahyu dan sejarah Islam boleh memberi satu kesedaran yang agong kepada umat Islam untuk mengkagumi dan menghargai betapa besamya peranan Kitab Allah yang selama ini menjadi panduan dalam kehidupan seseorang. Kesedaran ini boleh menjadikan seseorang itu menyedari keesaan Allah. Semuanya ini adalah di antara jalan utama dalam tujuan memperkuatkan iman seseorang terhadap Allah s.w.t.

Pengubatan dengan menggunakan ayat-ayat seperti yang dijelaskan di atas bukanlah merupakan satu amalan baru di kalangan umat Islam biarpun ramai orang yang masih meragui kesahihannya. Keraguan itu timbul ialah kerana kurangnya pemahaman terhadap sejarah ilmu perubatan dan al-Quran sendiri. Sebagai contoh, al-Quran mengulangi beberapa kali ungkapan yang membawa makna kesembuhan penyakit. Antaranya (Surah al-Isra':82).

Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan. Ayat-ayat itu dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' ". (Sila rujuk al-Quran, At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44)

Sehubungan dengan ini pernah berlaku suatu kisah, di mana seorang Sahabat Nabi mengalami sejenis penyakit yang sudah puas diubati dengan berbagai cara perubatan, tetapi tidak juga sembuh. Pada suatu hari pesakit itu telah diziarahi oleh seorang temannya. Pesakit tersebut mengadu halnya yang telah puas berikhtiar tetapi masih belum disembuhkan Allah. Teman tersebut bertanya sama ada dia telah membaca " Ayat Ash-Syifa' " . Pesakit itu mengatakan belum, lalu teman tadi pun membaca " Ayat Ash-Syifa' " yang akhirnya dengan izin Allah s.w.t. ia pun sembuh.

Ulama-ulama terdahulu telah banyak membicarakan tentang rawatan secara ini dan mengumpulkannya dalam beberapa buah buku yang terkenal antaranya: At-Tibbu 'n-Nabawi, At-Tibb wa 'r-Rahmah, Zadu 'l Ma'ad fi Hadyi Khairi 'l-'Ibad dan lain-lain lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa perubatan Alupathy (perubatan moden seperti di hospital) buat masa kini merupakan suatu pilihan utama manusia moden untuk ikhtiar menyembuhkan penyakit. Hospital-hospital dan klinik-klinik yang dilengkapkan dengan segala kemudahan dan kepakaran menjadikan tempat-tempat ini tumpuan utama. Akan tetapi suatu hal yang amat nyata bahawa tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan cara tersebut. Masih banyak penyakit yang masih belum dapat ditemui ubatnya oleh pakar-pakar perubatan moden.

Apabila sesuatu penyakit tidak dapat disembuhkan dengan cara moden, pesakit akan berusaha mencari jalan lain untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Oleh itu peluang perlu disediakan agar pesakit-pesakit itu tidak putus asa dalam usaha mencari kesembuhan.

Kaedah pengubatan yang diusahakan di Darussyifa' ini tidak sekali-kali bermaksud untuk mengambil alih tugas yang sedang dilaksanakan di hospital-hospital atau di klinik-klinik. la adalah merupakan satu rawatan alternatif untuk meneruskan ikhtiar setelah pesakit-pesakit berusaha melalui cara perubatan tersebut, tetapi belum lagi disembuhkan oleh Allah s.w.t.

Sekiranya sesuatu penyakit terjadi, kita memang menasihati pesakit-pesakit supaya mengutamakan rawatan biasa, iaitu di hospital-hospital atau di klinik-klinik. Setelah rawatan itu diusahakan tetapi tidak juga berjaya, maka barulah pengubatan cara ini perlu dikhtiarkan.

Apa yang diusahakan di Darussyifa' ini adalah sebahagian kecil dari ilmu yang sangat luas yang telah lama diamalkan oleh ulama-ulama Islam terdahulu.

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang maha sempurna lagi maha benar manakala yang salah dan silap itu adalah dari insan yang bersifat lemah.

Semoga Allah mengampuni kesalahan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Kepada Allah kita memohon rahmat dan berkat semoga Allah sentiasa mengabulkan usaha kita semua dan menjadikan amalan kita yang tidak seberapa ini sebagai amalan yang soleh.

Sekian.

Wassalam.

Salam hormat dari saya,

Dato' Dr. Haron Din

sconsult
20-08-2009, 05:17 PM
Gambate, kalau ramai ahli CG nak beli, collect je duit harga buku + duit pembungkusan/pos. Kau kat KL senang nak ke D Syifa' tu. Kau jual kat ahli CG ikut harga runcit. Kau beli kat D Syifa' ikut harga borong 100 unit. Difference tu kira untung utk upah kau.

gambate
20-08-2009, 05:19 PM

oo..bleh bleh...sape nak cakap aku nak list kat sini..tp bg cukup 100 aa...ni tolong Lillahi Taala. Kalau x amik harga untung pun aku x kisah..agar ilmu ni dapat kita kongsi

lutttfi
20-08-2009, 05:20 PM
oo..bleh bleh...sape nak cakap aku nak list kat sini..tp bg cukup 100 aa...ni tolong Lillahi Taala. Kalau x amik harga untung pun aku x kisah..agar ilmu ni dapat kita kongsi

ok la tue..
ko ley quote tempahan..

gambate
20-08-2009, 05:23 PM
ok la tue..
ko ley quote tempahan..

mm..kos pos berapa erk..RM5 ker..aku x tau nak amik berapa rege:-?

sconsult
20-08-2009, 05:23 PM
oo..bleh bleh...sape nak cakap aku nak list kat sini..tp bg cukup 100 aa...ni tolong Lillahi Taala. Kalau x amik harga untung pun aku x kisah..agar ilmu ni dapat kita kongsi

Ambil je harga untung tu, tak seberapa pun RM2 per unit, sebenarnya tak berbaloi kalau kau untung RM200, kena gi sana, bawa kawan nak angkat 200 buku (tebal lak tu) nak belanja makan, tol, minyak, upah member angkat, risiko dll. Cuma ibadah je ni!

gambate
20-08-2009, 05:23 PM
http://www.darussyifa.org/artikel/KonsepPerubatanIslam.PDF

mattop
20-08-2009, 05:24 PM
nak carik jap lah kat BB bangi...

lutttfi
20-08-2009, 05:24 PM
mm..kos pos berapa erk..RM5 ker..aku x tau nak amik berapa rege:-?

biasa dalam 5rm mcm tue je..
mcm ak ok je..
xtaw la mmber2 kat dlm cG nie..
kowt2 ley suggest yg lain ker..

gambate
20-08-2009, 05:25 PM
Ambil je harga untung tu, tak seberapa pun RM2 per unit, sebenarnya tak berbaloi kalau kau untung RM200, kena gi sana, bawa kawan nak angkat 200 buku (tebal lak tu) nak belanja makan, tol, minyak, upah member angkat, risiko dll. Cuma ibadah je ni!

mcm ni lah..rege buku 18+ kos pos aku amik RM 5..ok ker :-? ni satu meleysia ni~X(~X(

Pengedar....potongan RM40%. Jom kita ke D Syifa'. Aku nak sambar 1 juga.

gambate
20-08-2009, 05:25 PM
nak carik jap lah kat BB bangi...

haa..ni ejen dah ada..mintak mat top tlg mattop ajerlah :">:">:">

lutttfi
20-08-2009, 05:27 PM
mcm ni lah..rege buku 18+ kos pos aku amik RM 5..ok ker :-? ni satu meleysia ni~X(~X(

jgn gitu..
wat nyer mmber dari sabah srwk nak mcm ner???

lutttfi
20-08-2009, 05:27 PM
haa..ni ejen dah ada..mintak mat top tlg mattop ajerlah :">:">:">

bgos2..
mattop..
ramai nak nie..

gambate
20-08-2009, 05:28 PM
sapanak beli buku ni sila bagitau saya.saya tolong beli.harga 18 ( pos rm5). Harap cukup ler..huhu

gambate
20-08-2009, 05:29 PM
jgn gitu..
wat nyer mmber dari sabah srwk nak mcm ner???

kalau sabah sarawak kene kasi RM 7-8 kot habuan POS..takper..kasi nama dulu sape nak..cukup 100. baru kasi duit..kita kira

gambate
20-08-2009, 05:31 PM
sape nak beli buku ni sila kasi nama dulu.cukup 100 baru kasi duit.harga untuk buku ni rm18. ( kos pos kita bincang kemudian)

senarai nama yang berminat nak beli:

1.
2.
3.
4.

sconsult
20-08-2009, 05:33 PM
Masuk je nama aku...kau update kat post no. 1

tokmat™
20-08-2009, 05:34 PM
sapanak beli buku ni sila bagitau saya.saya tolong beli.harga 18 ( pos rm5). Harap cukup ler..huhu
harga buku kat sabah & sarawak adalah RM22.00

kalau melalui tuan pula, RM18.00 + RM8.00 = RM26.00 ..... :-?

lutttfi
20-08-2009, 05:34 PM
sape nak beli buku ni sila kasi nama dulu.cukup 100 baru kasi duit.harga untuk buku ni rm18. ( kos pos kita bincang kemudian)

senarai nama yang berminat nak beli:

1. lutttfi
2.
3.
4.

okeh..
ak da tarok..

gambate
20-08-2009, 05:35 PM
harga buku kat sabah & sarawak adalah RM22.00

kalau melalui tuan pula, RM18.00 + RM8.00 = RM26.00 ..... :-?

kala gitu tok mat jadi ejen sabah sarawak :D

gambate
20-08-2009, 05:38 PM
update: Harga terbaru buku ni

rm 20 ( semenanjung)
rm23 ( sabah & sarawak)

harga termasuk pos

sconsult
20-08-2009, 05:38 PM
harga buku kat sabah & sarawak adalah RM22.00

kalau melalui tuan pula, RM18.00 + RM8.00 = RM26.00 ..... :-?

Kalau boleh beli sendiri di sana, beli saja di sana. Kuota 100 ni untuk yg ada masalah nak dapatkan buku tu...sebab baru lagi.

tokmat™
20-08-2009, 05:38 PM
kala gitu tok mat jadi ejen sabah sarawak :D
kat kedai2 buku belum ada ke.....?

tokmat™
20-08-2009, 05:40 PM
update: Harga terbaru buku ni

rm 20 ( semenanjung)
rm23 ( sabah & sarawak)

harga termasuk pos
uiks!!!
dah update harga ke...? :)

gambate
20-08-2009, 05:40 PM
UPDATE: HARGA TERBARU BUKU NI

RM 20 ( SEMENANJUNG)
RM23 ( SABAH & SARAWAK)

HARGA TERMASUK POS:)cgrock:)cgrock:)cgrock

tokmat™
20-08-2009, 05:41 PM
Kalau boleh beli sendiri di sana, beli saja di sana. Kuota 100 ni untuk yg ada masalah nak dapatkan buku tu...sebab baru lagi.
kalau buku tu dah ada di sini, sure sia beli di sini.... :)
soalan tadi tu sekadar bertanya, kot2 buku dah ada kat sini.... :)

gambate
20-08-2009, 05:42 PM
senarai nama yang berminat nak beli:

1. lutttfi
2.
3.
4.

gambate
20-08-2009, 05:42 PM
kalau buku tu dah ada di sini, sure sia beli di sini.... :)
soalan tadi tu sekadar bertanya, kot2 buku dah ada kat sini.... :)

takpa tokmat..so tokmat nak tak..:">

gambate
20-08-2009, 05:43 PM
senarai nama yang berminat nak beli:

1. lutttfi
2.
3.
4.

haha..nampak gaya..jauh lagi..perlukan 99 orang nak capai harga ni..hehehe..kalau bab hiburan cepat yaa orang kita ni...kalau bab ilmu :)):)):))

tokmat™
20-08-2009, 05:44 PM
takpa tokmat..so tokmat nak tak..:">
sia cuba cari dulu ye tuan...... :)
kalau kat sini sah tiada,,,,,,, sia order dengan tuan.... ;)

sconsult
20-08-2009, 05:46 PM
kalau buku tu dah ada di sini, sure sia beli di sini.... :)
soalan tadi tu sekadar bertanya, kot2 buku dah ada kat sini.... :)

Elok order dgn gambate je....tak yah tercari2 kat sana nanti.

gambate
20-08-2009, 05:47 PM
Elok order dgn gambate je....tak yah tercari2 kat sana nanti.

takpa bro..kitak sik kisah..nanti sik ada madah sama saya ya tok mat :)cgrock:)cgrock

tokmat™
20-08-2009, 05:48 PM
takpa bro..kitak sik kisah..nanti sik ada madah sama saya ya tok mat :)cgrock:)cgrock
wahhhhh...
bermadah sarawak kitak anni..... :D

sconsult
20-08-2009, 05:49 PM
o...speaking sarawak ye :D

gambate
20-08-2009, 05:49 PM
wahhhhh...
bermadah sarawak kitak anni..... :D

Gughu kitak oghang Saghawak gitu :)):)):))

gambate
20-08-2009, 05:51 PM
Nampak Gaya 3 Purnama pun lom tentu cukup kuota..takpa..esok rempit pi Bangi sat jumpa Ustat ....ngeng ngeng ngeng..rembat 1-2 buku:p..

sconsult
20-08-2009, 06:38 PM
Tak de ke lagi yang nak belajar ttg cara nak rawat pesakit yang kena SAKA, HISTERIA, GANGGUAN MAKHLUK HALUS DLL?

Banyak maklumat yang ada kat buku baru ni.

moneymaker3000
20-08-2009, 06:40 PM
perubatan siapa

perubatan harun din la, cara2 yang digunekan agak pelik sket, contohnye kalau nak cari pencuri gune patung yg menyerupai pencuri

sconsult
20-08-2009, 06:43 PM
perubatan harun din la, cara2 yang digunekan agak pelik sket, contohnye kalau nak cari pencuri gune patung yg menyerupai pencuri

Kau beri detail buku tu, biar aku semak ttg buku tu.

protozuaqs
20-08-2009, 06:53 PM
buku ni berapa muka surat???

gambate
20-08-2009, 06:59 PM
buku ni berapa muka surat???

mana aku tau..aku pon lom beli :eek::eek::eek:

sconsult
20-08-2009, 07:02 PM
Gambate, nampaknya buku ni bagus utk aku siapkan website aku ttg cara nak atasi saka....terutama sekali bab2 soal jawab.

gambate
20-08-2009, 10:25 PM
Gambate, nampaknya buku ni bagus utk aku siapkan website aku ttg cara nak atasi saka....terutama sekali bab2 soal jawab.

yup betui..lets do it:p

gambate
20-08-2009, 10:29 PM
perubatan harun din la, cara2 yang digunekan agak pelik sket, contohnye kalau nak cari pencuri gune patung yg menyerupai pencuri

selak thread belakang..orang dah jawab..so jangan dok konpius:p

moneymaker3000
20-08-2009, 10:29 PM
Kau beri detail buku tu, biar aku semak ttg buku tu.

haa nanti aku cari balik, ada kat umah mak aku

gambate
20-08-2009, 10:34 PM
haa nanti aku cari balik, ada kat umah mak aku

takpa..kalau sangsi..takyah guna perubatan darussyifa..tak paksa.:D:D:">:">:">

gambate
20-08-2009, 10:47 PM
haa nanti aku cari balik, ada kat umah mak aku

gambate, hilal, abgG, mrbiG

apa habaq masta hilal..tok cucu tumpang lepak sini..jangan marah marah yaaa:">:">:">

ulam
20-08-2009, 11:43 PM
Nak beli nie, kat mana leh dapat erk.. :D

abgG
20-08-2009, 11:47 PM
nak pegi beli kat tambun...ada kot.

sconsult
20-08-2009, 11:54 PM
Nak beli nie, kat mana leh dapat erk.. :D

aku kirim kat TT je, malas nak gi tercari2, biar TT beli & siap poskan sekali. Buku2 macam ni memang susah sikit nak cari kat bookstore biasa.

sconsult
21-08-2009, 06:38 AM
up untuk TT....

mint
21-08-2009, 07:50 AM
bagus ni..bole cari satu la..

gambate
21-08-2009, 07:51 AM
bagus ni..bole cari satu la..

huhu aku x paham aaa....ramai yg minat tp mcm tak minat :eek::eek::eek:

sconsult
21-08-2009, 08:38 AM
Gambate, kau tambah kat tajuk tu....tempahan dibuka.
Kat post #1, senaraikan sekali nama2 yang nak tempah.

sconsult
22-08-2009, 07:43 AM
Mana gi TT ni? Dah berapa orang booking?

ulam
22-08-2009, 07:45 AM
TT klau ada jual, pls PM aku erk... :D

sconsult
22-08-2009, 07:56 AM
Setakat ni, aku dah ada 5 buah buku Datuk Haron Din:

1. Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah (Kulit Biru)
2. Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah (Merah)
3. Doa & Rawatan Penyakit (i) -Hijau muda
4. Doa & Rawatan Penyakit (ii) -Ungu Muda
5. Fadilat Ayat Kursi Untuk Mengatasi Sihir (Yellow-Gold)

Buku2 di atas tu memang aku jadikan sumber rujukan untuk hadapi gangguan jin. Di samping buku2 dari Timur Tengah/Arab.

Kalau TT belikan aku, maknanya koleksi yang ke-6 la nampaknya.

gambate
23-08-2009, 06:29 PM
aku kirim kat TT je, malas nak gi tercari2, biar TT beli & siap poskan sekali. Buku2 macam ni memang susah sikit nak cari kat bookstore biasa.

sape nak minta aku tlg beli nanti aku belikan..taruk nama depan

gambate
23-08-2009, 06:31 PM
by the way..aku dah baca..:">:">:"> best

gambate
23-08-2009, 06:32 PM
Setakat ni, aku dah ada 5 buah buku Datuk Haron Din:

1. Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah (Kulit Biru)
2. Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah (Merah)
3. Doa & Rawatan Penyakit (i) -Hijau muda
4. Doa & Rawatan Penyakit (ii) -Ungu Muda
5. Fadilat Ayat Kursi Untuk Mengatasi Sihir (Yellow-Gold)

Buku2 di atas tu memang aku jadikan sumber rujukan untuk hadapi gangguan jin. Di samping buku2 dari Timur Tengah/Arab.

Kalau TT belikan aku, maknanya koleksi yang ke-6 la nampaknya.

aku ada banyak dulu tp sekang jin bawak sorok..ilang abeh~X(~X(~X(

sconsult
23-08-2009, 06:56 PM
sape nak minta aku tlg beli nanti aku belikan..taruk nama depan

Nama aku kau updatekan kat post#1, aku nak beli satu.

gambate
23-08-2009, 06:58 PM
Nama aku kau updatekan kat post#1, aku nak beli satu.

roger:D bosssssssssss

gambate
23-08-2009, 07:22 PM
roger:D bosssssssssss

ya..mari mari..sape nak order..cukup order baru beli..:">:">:">

delacaruna
23-08-2009, 07:24 PM
ilmu halau mambang ni, i nk satu

sconsult
23-08-2009, 07:56 PM
ilmu halau mambang ni, i nk satu

wah...minat juga kau! :)

gambate
23-08-2009, 08:02 PM
wah...minat juga kau! :)

ok delacaruna satuu:eek:

gambate
24-08-2009, 08:02 AM
ok delacaruna satuu:eek:

upp pagi nih :p:p

gambate
26-08-2009, 09:49 AM
upp seket..

osopp
26-08-2009, 11:56 AM
salam tt.. aku pun nak 1..

gambate
29-08-2009, 08:21 AM
salam tt.. aku pun nak 1..

ok bang sopp :D

sconsult
30-08-2009, 09:34 AM
Wah.... dah ada 6 orang yg nak beli....perkembangan bagus ni. Masuk TT kira 7 lah! Ada sesiapa lagi nak tempah?

sconsult
30-08-2009, 05:58 PM
Aku tolong up...dapat juga pahala sikit!

gambate
02-09-2009, 01:18 PM
Aku tolong up...dapat juga pahala sikit!
sama laa up gak :D