PDA

View Full Version : Kerajaan tidak sembunyi keadaan jerebu- Konon2


ahmad81
08-10-2006, 12:46 PM
Kerajaan tidak sembunyi keadaan jerebu
Oleh Kandau Sidi

MIRI: Kerajaan tidak akan menyembunyikan keadaan jerebu di negara ini kepada pelancong asing dalam usaha menjayakan program Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM2007), dengan majlis pelancarannya diadakan Disember ini.

Ketua Sekretariat TMM 2007, Hasimah Nik Jaafar, berkata kerajaan akan menjelaskan masalah itu, termasuk keadaan terkini jerebu kepada pelancong menerusi ejen pelancongan di luar negara.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab ejen pelancongan menerangkan keadaan sebenar di Malaysia kerana kerajaan yakin jerebu akan pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat, lebih-lebih lagi dengan perubahan cuaca.

"Fenomena jerebu tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong selepas pelancaran TMM2007. Ia disebabkan selepas musim tengkujuh dalam tempoh terdekat ini masalah berkenaan akan pulih sepenuhnya.

"Justeru, tiada sebab kita perlu berbohong kepada pelancong. Kita yakin TMM2007 tidak akan terjejas. Malah, kita yakin boleh mencapai sasaran 20.1 juta pelancong tahun depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi taklimat mengenai persediaan menganjurkan TMM2007 bersama 50 agensi pelancongan di bandar raya ini, semalam.

Ketika ini, beberapa bandar utama seluruh negara, terutama di Sarawak mengalami keadaan berjerebu yang teruk disebabkan perubahan laluan angin, selain kebakaran hutan di negara jiran.

Hasimah berkata, pihaknya sudah siap sedia menangkis tanggapan negatif yang boleh menjejaskan industri pelancongan negara, kesan daripada jerebu yang melanda negara sekarang.

"Kita akan memperhebatkan penjelasan mengenai keadaan sebenar jerebu di Malaysia melalui semua ejen pelancongan di luar negara. Ia perlu bagi menangkis laporan negatif mengenai negara kita.

"Biasanya, jerebu akan berakhir apabila tibanya musim tengkujuh. Namun berdasarkan pengalaman sebelum ini ia pasti akan meninggalkan kesan negatif kepada industri pelancongan negara," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu memaklumkan kepada semua ejen dan pejabat pelancongan di luar negara jika keadaan jerebu berjaya dipulihkan.

Selain jerebu, katanya, tumpuan akan diberikan terhadap usaha untuk menyelesaikan masalah sambungan penerbangan membabitkan laluan pelancongan di dalam dan luar negara.

"Semua pihak berkuasa berkaitan termasuk Kementerian Pengangkutan sedia memberi kerjasama dan jaminan memastikan masalah sambungan penerbangan tidak berlaku tahun depan.

"Setiap aduan agensi pelancongan berhubung masalah sambungan penerbangan atau masalah lain berkaitan akan dibawa ke Kabinet secepat mungkin untuk diselesaikan," katanya.
Sumber Berita. (http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Nasional/20061008001717/Article/)


* KL jerebu teruk, tp mcm xde apa2 jer.. senyap jer! mmm.....

StanNero
08-10-2006, 01:08 PM
dulu ..sure sebuk ngan penanaman benih awan la apo la..la niee buat dunno jer..

hai simpan duit kerajaan nak sumbat kat menantu ka.. ke nak upah org singaopre yg buatkan? huh

SedBen
08-10-2006, 01:13 PM
tu la dolu lain sikalang lain..
huhu

ahmad81
08-10-2006, 01:20 PM
bleh dikatakan teruk gak jerebu ni. jarak penglihatan tu bleh tahan gak kureng.
smlm dgr kerajaan nk bekerjasama dgn indonesia nk padam kebakaran. lgpun negara jiran tu x mampu nk harapkan bomba diorg g padam api kat dlm hutan tu..

aiman
08-10-2006, 01:40 PM
Berapa PSI kat KL sekarang? 100 ke atas dah kira tahap bahaya.

ps: ahmad81, avatar tu kat mana? cam familiar... orchard road kan?

lazman
08-10-2006, 01:44 PM
letih otak aku jerebu ni..

SedBen
08-10-2006, 01:55 PM
wat penyakit tu wo..
dahla bulan pose ni..

ahmad81
08-10-2006, 02:04 PM
SELANGOR
Gombak 72* 84*
Pelabuhan Kelang 62* 70*
Petaling Jaya 72* 82*
Country Heights, Kajang 80* 89*
Shah Alam 73* 84*
Kuala Selangor 83* 97*

W.PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur 77* 87*
Putrajaya 83* 90*
Labuan 88* 78*

N.SEMBILAN
Nilai 109* 116*
Seremban 107* 106*

MELAKA
Bukit Rambai 100* 101*
Bandaraya MELAKA 91* 91*

Untuk maklumat penuh sila klik di sini (041006) (http://www.doe.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1194&Itemid=370&lang=en)


ps: ahmad81, avatar tu kat mana? cam familiar... orchard road kan?

a ah... 2 thn lepas g singapore... :-D

aiman
08-10-2006, 02:09 PM
eh? betul ke ni? Kat Singapore dah PSI 140, tapi masih terang. Tenguk kat tv nampak macam KL lagi teruk

ahmad81
08-10-2006, 02:12 PM
br aku perasan date tu...
dah 4 hari diorg x update... mmm... aspal erk... dulu aku penah gak tgk website ni. paling tidak pun
dia akan update yg smlm punya indeks...

aiman
08-10-2006, 02:17 PM
mungkin sekarang dah lagi teruk agaknya, pastu sengaja tak nak update.

SedBen
08-10-2006, 02:59 PM
haha kaber la tu..

wan12345
08-10-2006, 03:18 PM
emm sebab jerebu nie patut aku punye mata x ok sj hari nie........
emm jadi gatal plak mata aku.......
dh tu 3-4 hari rasa panas betoi

awise
08-10-2006, 03:54 PM
aku pon dah sakit2 ni...
toolooonngggg...
bila la kerajaan mesia and ndonesia nak amik satu tindakan
yg efektif utk selesaikan masalah ni...
setiap kali time ni jerebu mesti datang punya.

aunpower
08-10-2006, 04:24 PM
aku pon dah sakit2 ni...
toolooonngggg...
bila la kerajaan mesia and ndonesia nak amik satu tindakan
yg efektif utk selesaikan masalah ni...
setiap kali time ni jerebu mesti datang punya.

ko dah sakit ape???

bucks7
08-10-2006, 05:13 PM
td aku p sek 17 s.alam..balik kolej aku dh rasa sakit2 tekak..nk bernafas pun susah...mungkin ni kesan jerebu kot...

lelabahitam
08-10-2006, 05:51 PM
tiap2 tahun bende yg sama akan berulang...dimanakah penyelesaiannya...takkan jerebu akan jadi event tahunan plak... :smt102

minc
08-10-2006, 09:23 PM
kalo below 100 okay lagi.....kat tpt aku sampai 150++.....boleh nampak dlm jarak 1km jer....

psylord
08-10-2006, 10:08 PM
indon ni ha yg xfhm bahase...tnya ler levonos tu...

SedBen
08-10-2006, 11:31 PM
tak habis2 bwk masalah jerebu..

ahmad81
08-10-2006, 11:33 PM
mlm2 buta ni pon nmpk kabus jer... kalu kabus ni sejuk xper gak.. sedap sket nk membuta...
tp kabus ni bawak penyakit... aku br jer nk baik demam, batuk selsema, kompom kena lagi ni.

the_vangardx
08-10-2006, 11:42 PM
nie aku nak post pun tak nampak..jerebu..berabuk uhuk uhuk..uhuk uhuk..tak clear ape yg korang tulis..tak nampak..erk uhuk uhuk..mohon bantuan segera :p

SedBen
08-10-2006, 11:56 PM
haha nazak dah tu..
sile gune gas oksigen bantuan nyelam..

ahmad81
08-10-2006, 11:56 PM
siannya ko... ko skrg duk kat hutan mana ni.. isk isk isk...
kalu rajin amek lah gambar jerebu kat tempat korang...
uhuk uhuk... ZZzzzz....

SedBen
08-10-2006, 11:58 PM
malam nak tgk jerebu tgk kat lampu jalan raye..

the_vangardx
09-10-2006, 12:02 AM
sadkdasldwpos0-38rsjdalsdlaksdlaskxcmh oaidsadiaojda aodjaskdjanxckwedpediofuwefpiwefsdf erm..memang tak nampak nie..harap2 korang paham le ape aku baca.. :p

kai2020
09-10-2006, 12:04 AM
Budak2 kt tempat aku ni dhla jerebu die pegi main mercun lak mmg nk kena pelangkung ni, alamak sekali bapak budak pn ade daaa :(

lelabahitam
09-10-2006, 12:05 AM
kalau korang kreatif leh amik gambar waktu jerebu ni..macam2 shot leh amik..terutama malam...camera pakai yg 160 milion pixels tu.. :lol:

ahmad81
09-10-2006, 12:08 AM
kalau korang kreatif leh amik gambar waktu jerebu ni..macam2 shot leh amik..terutama malam...camera pakai yg 160 milion pixels tu.. :lol:

nk pinjam kat saper kamera tu.. huhu.... sok gi keje lambat sket sbb x nmpk jam... hahah.. indek pencemaran udara pun kerajaan x update.. sajer nk dajal ke.. mmm...

the_vangardx
09-10-2006, 12:10 AM
kamera aku pun abis kuat 8mp nie..camane nak cecah 160 :p

lazman
09-10-2006, 12:11 AM
huhu..kalau darurat jerebu best gak ni..buleh cuti..puasa puasa ni best tido.
jerebu lh lg..indon bakar lah lg hutan byk byk..

SedBen
09-10-2006, 12:11 AM
kamera aku lom isi kodak laei..

azlann1981
09-10-2006, 08:41 AM
jerebu lagi....tiap2 tahun asyik jerebu je....

ahmad81
09-10-2006, 09:37 AM
Edisi KL: IPU 10 kawasan tak sihat
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 10 kawasan di Semenanjung termasuk di Selangor, Melaka, Terengganu, Pahang dan Johor mencatat paras tidak sihat mengikut rekod yang dicatatkan pada jam 5 petang semalam.

Muar mencatatkan IPU paling tinggi iaitu 150 diikuti Melaka dan Balok Baru, Kuantan (138), Johor Bahru (127), Bukit Rambai, Melaka (124), Kemaman, Terengganu (121), Gombak, Selangor (117), Larkin (116), Country Height, Kajang (105) dan Kuala Selangor (103).

Sementara, enam kawasan mencatatkan bacaan IPU pada paras baik dan selebihnya dikategorikan pada tahap sederhana.

Kenyataan itu berkata, keadaan jerebu yang beralih daripada kawasan Sarawak ke Semenanjung mungkin disebabkan arah tiupan angin.

Selain itu, kedudukan negeri berkenaan terutama Johor dan Melaka yang paling dekat dengan Sumatera, Indonesia, tempat berlaku kebakaran hutan dan semak yang menimbulkan asap tebal turut menjelaskan perkembangan ini.

Sementara itu , jerebu di Sarawak semakin pulih dengan bacaan di 10 kawasan di negeri itu mencatat paras sederhana. Sri Aman yang merekodkan bacaan IPU paling buruk iaitu pada paras tidak sihat iaitu 221 pada Jumaat lalu, pulih mendadak kepada 89 petang semalam.

Di ibu negara, IPU mencatatkan bacaan sederhana dengan 80. Pelabuhan Klang yang sebelum ini mencatat paras tidak sihat turut menunjukkan penurunan IPU sederhana iaitu 79.

Bagaimanapun, bacaan pada 11 pagi menunjukkan jarak penglihatan di ibu kota dan Putrajaya menjadi teruk iaitu kurang lima kilometer pada jam 11 pagi.

Stesen kaji cuaca Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula melaporkan jarak penglihatan di lapangan terbang antarabangsa kurang 1.5 kilometer.

Kualiti udara dianggap baik apabila bacaan IPU berada dalam lingkungan 0-50, sementara sederhana pula dalam lingkungan 51 hingga 100, tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).

*** Patutulah aku x nampak jam ni ahhh... ingat kul 8, padahal dekat kul 10.. mmm.... lambatlah jawapnya.... hahah..

ahmad81
09-10-2006, 10:22 AM
KL hujan lebat... nasib baik sempat sampai opis... kurenglah sket jerebu kat sini... :-D

thalz142
09-10-2006, 10:31 AM
KL hujan lebat... nasib baik sempat sampai opis... kurenglah sket jerebu kat sini... :-D

ah ko manjang lambat je

psylord
09-10-2006, 10:32 AM
kekeke...mlm td shah alam trok gak...msjid pn da samar2...

thalz142
09-10-2006, 10:36 AM
kekeke...mlm td shah alam trok gak...msjid pn da samar2...


aku tgk samarinda je mlm td

the_vangardx
09-10-2006, 10:54 AM
siang nie ok sket..keyboard monitor masih mampu dilihat dgn samar2

SedBen
09-10-2006, 04:44 PM
kL ujan 2kali..
harap jerebu kuranglah..

the_vangardx
09-10-2006, 05:23 PM
kat tempat aku baru reda hujan..tapi makin kuat bau asap ada la

ahmad81
09-10-2006, 06:23 PM
petang2 ni nmpk mcm tebal jer kabus dia.. kalau x hujan tadi mau sesat aku balik umah ni.. :)

iisnain
09-10-2006, 06:37 PM
tunggu urg ramai masuk hospital...kena asma...sakit paru2..kes-kes ke hospital meningkat....barulah kerajaan nak bertindak.....selama 2 minggu ni...bukit dkt rumah aku tu dah tak nampak ..pada hal pada hari-hari biasa seingga jam 7 ptg masih nampak lagi bukit tu....now jam 4.30..mcm subuh!..huhuhuhuhu..tahap babas!

jacksmith
09-10-2006, 09:51 PM
tu la tu...slagi tak terhantuk slagi tu la tak terngadahhh

takkan nak harap ujan je kot, buat la sembur air dari atas bangunan cam pernah buat dulu2 tu..

ahmad81
10-10-2006, 07:40 PM
Edisi KL: Aidilfitri dalam jerebu?
Oleh Ahmad Nazri Mohamad

KUALA LUMPUR: Umat Islam dan penganut Hindu di negara ini mungkin terpaksa menyambut Aidilfitri dan Deepavali dalam cuaca berjerebu sekiranya angin terus bertiup dari tapak pembakaran hutan di Indonesia ke Malaysia, hingga 24 Oktober ini.


Menurut jurucakap Jabatan Kaji Cuaca, buat masa ini, keadaan angin di rantau ini masih tidak menentu dan sering berubah-ubah arah berikutan peralihan monsun daripada monsun barat daya kepada monsun timur laut.

Katanya, peralihan monsun itu mengakibatkan Malaysia dilanda jerebu apabila angin bertiup dari tenggara ke arah barat daya iaitu dari kawasan pembakaran hutan di Sumatera menghala Malaysia.

“Sama ada Malaysia dilanda jerebu atau tidak pada Deepavali dan Hari Raya nanti bergantung pada beberapa faktor iaitu arah tiupan angin, kewujudan kawasan kebakaran dan hujan yang boleh mengurangkan dan memadamkan kebakaran di Indonesia,” katanyaketika mengadakan majlis berbuka puasa bersama media dan anak yatim di ibu negara, semalam.

Sementara itu, mengulas kemungkinan jerebu pada hari perayaan bakal tiba kira-kira dua minggu lagi, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata risiko jerebu pada Aidilfitri ada tetapi bergantung arah angin.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca mempunyai unjuran arah angin selama tiga minggu dan beliau akan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu dalam tempoh sehari dua.

Ditanya usaha kerajaan menangani masalah yang ditimbulkan daripada pembakaran terbuka di Indonesia, Azmi berkata, kerajaan menggunakan saluran Asean bagi bekerjasama dan membincangkan perkara itu.

Katanya, masalah jerebu bukan saja masalah kepada Malaysia dan Singapura, tetapi juga menjadi beban besar buat kerajaan Indonesia yang turut mengalami jerebu.

Beliau berkata, masalah kebakaran hutan itu berpunca daripada kegiatan pembakaran oleh petani kecil tradisional dan kerajaan Indonesia sedang berusaha untuk mengatasinya.

Katanya, kerajaan Malaysia juga memberi lampu hijau kepada pihak berkuasa Indonesia untuk mengenakan tindakan paling berat terhadap mana-mana syarikat perladangan Malaysia sekiranya terbabit dalam kegiatan pembakaran terbuka itu.

Pada masa sama, Azmi turut menasihatkan penduduk negara inimengurangkan kegiatan luar dan tidak mendedahkan anak yang bermasalah kesihatan terutama asma, dengan cuaca jerebu.

*Ramai pulak budak sesat, datang mintak duit raya ni...

the_vangardx
10-10-2006, 08:24 PM
hm..budak sesat ok la..nie kalau ade budak sesak nafas nyawa2 ikan ketuk pintu mohon diselamatkan ..mcmane agaknya?

zuljaalaa
10-10-2006, 09:22 PM
aku tak habis habis batuk niee.. badan ngan mulut terasa panas dan berabuk ajerr.. tak pasal pasal kang esok ambik MC kali ke 20 untuk tahun ni.. wahakakaka

the_vangardx
10-10-2006, 09:27 PM
amek terus straight sampai raya..puas hati tu :D

zaniey
10-10-2006, 10:06 PM
btul gak idea tu...lagi bagus berhenti trus... :-D

ahmad81
10-10-2006, 10:27 PM
hm..budak sesat ok la..nie kalau ade budak sesak nafas nyawa2 ikan ketuk pintu mohon diselamatkan ..mcmane agaknya?

"dik ni duit raya... gi main jauh2.. " belum sempat amek duit dah pengsan terkedu tgk duit raya yg berbentuk bulat berwarna kromm.. :-D

hr ni kl x hujan, harap bsok hujan lah. kurang sket debu. kalu hujan, udara x lah terasa haba jer..

awise
10-10-2006, 10:32 PM
panas2...
mmg betul keadaan jerebu teruk...
mengikut sumber dalaman jabatan kaji cuaca...
keadaan jerebu dah sampai tahap darurat dah ari tu...
cuma dorang tanak isytihar jee...
sebbnya banyak sgt cuti nanti...
klau bagi cuti tuk jerebu, pastuh nanti cuti raya lak...
berapa banyak cuti daaa...
nanti tak produktif.
itu pasal la dorang buat sengap ja tu...
isk..isk
kesihatan rakyat kena jaga gak.

awise
10-10-2006, 10:35 PM
aku tak habis habis batuk niee.. badan ngan mulut terasa panas dan berabuk ajerr.. tak pasal pasal kang esok ambik MC kali ke 20 untuk tahun ni.. wahakakaka

wah ni kira tahap dewa mc dah ni...
lebih dari kuota sykt bagi tuk mc...
aku pon tak sihat sejak dua menjak ni...
dah 2 hari mc...
huhuhuhu....
esok gi ofis sure bertimbun keja nak dibuat.

ahmad81
10-10-2006, 10:38 PM
Maklumat Indeks Pencemaran Untuk Hari Ni.. (http://www.doe.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1204&Itemid=370&lang=en)


Dari segi bacaan mcm da kurang sket...

the_vangardx
10-10-2006, 11:02 PM
hm..nasib baik hujan smalam..kalau tak hujan..agak2 brape la bacaan nya

m13jump
12-10-2006, 01:19 PM
Ni plak tuk saper yang nak mengelak jerebu tu jagalah kesihatan anda,
pakailah topng ni....

[img:720:505:1aaff727a2]http://images.cjb.net/bf0af.jpg[/img:1aaff727a2] (http://www.cjb.net/images.html?bf0af.jpg)

[img:720:507:1aaff727a2]http://images.cjb.net/27874.jpg[/img:1aaff727a2] (http://www.cjb.net/images.html?27874.jpg)

m13jump
12-10-2006, 01:25 PM
Ni plak tuk saper yang nak mengelak jerebu tu jagalah kesihatan anda,
pakailah topeng ni....

[img:720:505:8633d84ca1]http://images.cjb.net/bf0af.jpg[/img:8633d84ca1] (http://www.cjb.net/images.html?bf0af.jpg)

[img:720:507:8633d84ca1]http://images.cjb.net/27874.jpg[/img:8633d84ca1] (http://www.cjb.net/images.html?27874.jpg)

[img:720:507:8633d84ca1]http://images.cjb.net/1ca73.jpg[/img:8633d84ca1] (http://www.cjb.net/images.html?1ca73.jpg)

[img:720:498:8633d84ca1]http://images.cjb.net/3e8c2.jpg[/img:8633d84ca1] (http://www.cjb.net/images.html?3e8c2.jpg)

[img:720:498:8633d84ca1]http://images.cjb.net/7e7fb.jpg[/img:8633d84ca1] (http://www.cjb.net/images.html?7e7fb.jpg)

[img:720:508:8633d84ca1]http://images.cjb.net/dbfb6.jpg[/img:8633d84ca1] (http://www.cjb.net/images.html?dbfb6.jpg)

[img:720:507:8633d84ca1]http://images.cjb.net/04191.jpg[/img:8633d84ca1] (http://www.cjb.net/images.html?04191.jpg)

[img:720:498:8633d84ca1]http://images.cjb.net/a7146.jpg[/img:8633d84ca1] (http://www.cjb.net/images.html?a7146.jpg)

Untuk keselamatan,
Telah di uji,
Wajar untuk digunakan memandangkan negara kita berjerebu....

the_vangardx
12-10-2006, 01:28 PM
hm..nie dah pesen baru nie :p

m13jump
12-10-2006, 01:34 PM
Baru ikut peredaran semasa,
sambil menjaga kesihatan, sambil bergaya...

the_vangardx
12-10-2006, 01:43 PM
ye betul..nanti ade airbrush pulak kat tong oksigen

m13jump
12-10-2006, 02:11 PM
ye betul..nanti ade airbrush pulak kat tong oksigen

Tak lama lagi keluar la version baju rayanye plak
:lol: :lol: :lol:

ahmad81
13-10-2006, 10:23 AM
Jerebu: Bacaan IPU seluruh negara baik

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kualiti udara di semua negeri kekal pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap sihat sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya berkata, 15 kawasan dalam negara mencatatkan kualiti udara pada tahap baik manakala 36 kawasan lagi mencatatkan tahap sederhana.

Kualiti udara di Johor Baharu yang mencatatkan bacaan IPU 101, iaitu tahap tidak sihat pada pukul 11 pagi ini, sudah semakin baik apabila bacaan IPU jatuh kepada 97 pada pukul 5 petang ini.

Kawasan-kawasan yang teruk dilanda jerebu ekoran pembakaran terbuka dan kebakaran hutan di Indonesia sebelum ini, kini sudah menampakkan perubahan kepada tahap kualiti udara yang lebih positif.

Bacaan IPU di Sri Aman adalah 86 iaitu pada tahap sederhana sehingga pukul 5 petang ini, Kuching (80), Bandaraya Melaka (74), dan Putrajaya (61), manakala tahap kualiti udara yang terbaik dicatatkan di Alor Setar dangan bacaan IPU 22, Kangar (24), Kota Bahru (25), Sungai Petani dan Kuala Terengganu (31).

– Bernama

Sumber Berita. (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm)

SedBen
15-10-2006, 03:34 PM
nasib skrg hari2 ujan..
dpt la kurangkan jerebu tu..

sNarFy
15-10-2006, 03:36 PM
time time jerebu nih korang ada pakai topeng tak? rasa cam tade org pakai jer.. nasib baik aku pakai topeng.. walaupun kena gelak.. janji kesihatan aku terjamin..

SedBen
15-10-2006, 04:22 PM
skrg ni topeng tak diberikan percume pun ek..
maklumla gov ckp sikit jek jerebunyer..

ahmad81
17-10-2006, 07:28 PM
Petang td aku balik keje, KL nampak putih jer. Jerebu tebal... bila terawikh plak ramai yg terbatuk2..
* mm.. ramai da start bakar lemang kot :)

SedBen
19-10-2006, 12:51 AM
bilelah jerebu ni nak ilang..
ade yg beraye bertopeng mask rider lak kang..

ahmad81
20-10-2006, 11:36 PM
Jerebu: Orang ramai dinasihati pakai topeng

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Masalah jerebu yang melanda negara sejak bulan lalu dijangka berlanjutan ke satu tempoh yang lama dan tidak dapat dipastikan bila.

Ini ekoran sebanyak 1 juta hektar hutan di Kalimantan dan Sumatera kemungkinan akan terus dibakar bagi membuka ladang baru kelapa sawit.

Sehubungan itu, Kabinet yang bermesyuarat semalam menasihatkan orang ramai mengambil langkah perlu bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

Penunggang serta pembonceng motosikal dinasihatkan sentiasa memakai topeng muka ketika berada di jalan raya.

Orang ramai juga disaran berbuat sama ketika keluar dari rumah jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 200, iaitu tahap sangat tidak sihat.

Begitu juga mereka yang mengalami masalah kesi hatan seperti sesak nafas, lelah dan sebagainya, mereka tidak digalakkan keluar dari rumah jika bacaan IPU melebihi 100 iaitu tahap tidak sihat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, kerajaan sudah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap masalah jerebu di negara ini sekiranya Indonesia tidak bersungguh mengatasinya.

Jelasnya, masalah tersebut dilihat akan berlarutan memandangkan sebanyak 1 juta hektar diluluskan oleh kerajaan Indonesia untuk membuka ladang baru kelapa sawit.
Sumber Berita. (http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm)

Kompom ramai yg kena penyakit paru2... Batuk pun da lebih sebulan ni... :evil:

farouck
21-10-2006, 12:17 AM
aku rasa kalau pakai topeng kompom perompak akan bertambah banyak...
pasal muka tak leh nak cam.... polis pun pakai topeng.... huh tak ker kalut namanyer tu...

aku buat marketing nak sembang ngan orang pun susah. kalau aku buat lawak serius nanti diorang kata aku marah plak... susah cam nie...

tapi bagi org yg tak suka gosok gigi ini memang time yang sesuai... org tak nampak bila gigi kuning karat tahap cipan..

oto_taro
24-07-2013, 12:48 AM
mmg kuat jerebu skrg..asal xamik tindakan undang2 jer kt indo tu

dauskupang
24-07-2013, 12:51 AM
mmg kuat jerebu skrg..asal xamik tindakan undang2 jer kt indo tu

ape ni korek thread 2006 ni? :eek:

oto_taro
24-07-2013, 12:53 AM
ape ni korek thread 2006 ni? :eek:

tsilap xtgk date..haha

afifdaud
24-07-2013, 12:53 AM
mmg kuat jerebu skrg..asal xamik tindakan undang2 jer kt indo tu

adesss...thread 2006 ni bro

oto_taro
24-07-2013, 12:56 AM
ape ni korek thread 2006 ni? :eek:

pls la suh mod del.hehe tsilap td