BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khagendra Thapa Magar Bakal Lelaki Paling Kecil Yang Baru

mazuki

Active Member
Messages
1,610
Joined
Aug 22, 2008
Messages
1,610
Reaction score
288
Points
41
khagendra.jpg


Hanya perlu menunggu lebih kurang 4 bulan lagi untuk mengesahkan remaja berusia 17 tahun ini sebagai lelaki paling kecil di dunia mengambil alih tempat He Ping Ping secara rasmi.

He Ping Ping direkodkan dalam Guinness Record dengan ketinggian 74 cm manakala ketinggian Khagendra sekarang ialah 61 cm. Khalagendra perlu menunggu umurnya cukup 18 tahun dahulu untuk menjadikannya sah sebagai lelaki paling kecil didunia.

Bapanya pernah meminta Khagendra dicatatkan sebagai lelaki paling kecil ketika berusia 14 tahun namun ditolak oleh Guinness Record kerana dia masih di bawah umur.

Menurut doktor, tumbersaran Khagendra terbantut disebabkan kelenjar pituitarinya tidak berfungsi. Jadi dapat disimpulkan kelenjar pituitari memainkan peranan penting dalam tumbersaran seseorang seperti gadis dari China ini yang terlebih tumbersarannya.

Melihat video gelagat Khagendra, dia nampak lebih seorang periang dan ceria berbanding dari He Ping Ping.
 
video dia kat youtube best jugak tengok...dia cam periang cket almaklum la kata penari kat tempat dia tuh
 
Back
Top
Log in Register