PDA

View Full Version : ~ Ditembak Dalam Masjid ~


wanzex
10-06-2009, 08:47 AM
Ditembak dalam masjid

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0610/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg
KEJAM...Waris dan penduduk kampung melihat jenazah
ahli keluarga yang ditembak mati ketika berjemaah
solat isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan
di selatan Thailand, kelmarin. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.

Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.

Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.
:((:((:((:((:((

wanzex
10-06-2009, 08:50 AM
kejamnya manusia.

mari kita sedekahkan alfatihah buat mereka yg terkorban.
semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah Taala.

SEKADAR PESAN
10-06-2009, 08:57 AM
alfatihah.....
saper2 yg nak gi kahwin dkt sempadan THAI,hati2lah yerk,penembak kejam ni masih aktif...
nanti kena tembak,tak sempat nak kahwin
kahwin dkt Malaysia lah lagi selamat,negara sendiri...

wanzex
10-06-2009, 09:00 AM
'Saya hanya ingat mati'
Daripada Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my

http://www.bharian.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20090609234700/mainpix
ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.

Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

http://www.bharian.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20090609234700/mainpix2
PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

"Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

http://www.bharian.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20090609234700/mainpix3
ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

"Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

"Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.

HelangMerah
10-06-2009, 09:00 AM
Macam kat malaysia ni susah nak kahwin...tapi memang susah....tu sbb byk org buat maksiat...Allah belum bayar cash lagi tu....

baiyee
10-06-2009, 09:01 AM
kejam gila....

wanzex
10-06-2009, 09:03 AM
kejam gila....

mari kita sama2 mendoakan agar kekejaman seumpama ini tidak akan berulang lagi. khususnya bagi umat Islam sedunia. :o:o

MrMama
10-06-2009, 09:10 AM
ustaz aku cakap kalau mati dlm situasi mcmni dikira mati syahid terus masuk syurga..amin

wanzex
10-06-2009, 09:16 AM
ustaz aku cakap kalau mati dlm situasi mcmni dikira mati syahid terus masuk syurga..amin

insya-Allah. amin!!! :D

redline5085
10-06-2009, 09:19 AM
ni mesti org kafir yg tembak..

tokputih
10-06-2009, 09:21 AM
semoga kematian mereka adalah mati syahid.. subhanallah

wanzex
10-06-2009, 09:22 AM
ni mesti org kafir yg tembak..

aku juga rasa begitu.
xkan sesama islam sanggup buat begitu.
tp, apa motif sebenarnya? dendam? benci? :-?:-?

d-10
10-06-2009, 09:22 AM
semoga roh mereka dicucuri rahmat.. alfatihah

acan
10-06-2009, 09:23 AM
nauzubillah..

kejam nyer manusie..

wanzex
10-06-2009, 09:24 AM
apa iktibarnya?

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0610/Utusan_Malaysia/Kartun/sk_01_big.jpg

wanzex
10-06-2009, 09:27 AM
Ketua tentera diarah pantau situasi

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0610/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_01.1.jpg
SEORANG jemaah yang cedera dibawa turun dari
ambulans untuk mendapatkan rawatan di sebuah
hospital di selatan Thailand, kelmarin. – AFP

NARATHIWAT 9 Jun - Ketua tentera Thailand, Jeneral Anupong Paojinda diarah melawat selatan negara ini hari ini, selepas berlaku insiden sekumpulan lelaki menembak mati 11 jemaah di sebuah masjid di wilayah Narathiwat, malam tadi.

Kerajaan mengarahkan Anupong terbang ke wilayah bergolak itu dalam usaha membawa penyerang-penyerang terbabit ke muka pengadilan, kata Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara.

"Saya telah mengarahkan Anupong supaya pergi ke selatan Thai untuk memantau situasi dan menangkap penyerang-penyerang terbabit.

"Saya tidak akan berkata-kata apa sehingga saya menerima laporan rasmi kerana isu ini sangat sensitif," kata Suthep.

Lima atau enam lelaki bersenjata automatik memasuki sebuah masjid di daerah Cho-ai-rong, Narathiwat, semasa solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah, menyebabkan 11 orang termasuk imam terbunuh dan 19 lagi cedera,.

Serangan itu berlaku ketika keganasan memuncak semula baru-baru ini dan hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama bagi menyelesaikan pergolakan di selatan negara ini.

blackiejazz
10-06-2009, 09:27 AM
Apsal selatan thai ni jg lagu ni?Mcm ada puak2 yg ada agenda jer.Adakah akan terjadi kebangkitan pemuda tamim dr sini?

wanzex
10-06-2009, 09:32 AM
Niat tembak sampai mati - Saksi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0610/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg
MAYAT beberapa mangsa dijaga oleh waris masing-masing
selepas serangan dalam Masjid Al-Furqan, Narathiwat
malam kelmarin.


NARATHIWAT - Kumpulan enam pengganas berbaju hitam yang menyerang jemaah Masjid Al-Furqan, selatan Narathiwat dekat sini malam kelmarin cukup kejam kerana mereka terus menembak mangsa walaupun ada yang sudah terbaring tidak bernyawa.

Serangan paling kejam itu, dan juga dikatakan yang pertama melibatkan jemaah dalam sebuah masjid di wilayah bergolak itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.

Selepas melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum menembak sepuas hati untuk memastikan mangsa mereka benar-benar mati.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan itu tetapi ada yang berpendapat ia akibat dendam.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian itu berlaku hanya dalam masa lima minit dengan empat lelaki menyerbu masuk ke dalam masjid dari pintu belakang manakala dua lagi menceroboh dari pintu sisi.

Kesemua pengganas itu dilihat memakai seragam hitam, bertopeng serta bersenjatakan raifal M-16 dan senapang patah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0610/Kosmo/Negara/ne_01.2.jpg
INILAH Masjid Al-Furqan yang mencatat sejarah
hitam pada malam kelmarin apabila 11 jemaah
termasuk imamnya maut dan 12 cedera dalam
serangan pengganas sewaktu solat Isyak.

proceez
10-06-2009, 09:34 AM
Inalillah..

tragedi ni dah sama dgn tragedi zionis membunuh umat Islam beramai-ramai dalam masjid dulu..

Mereka ni boleh dikategori sebagai mati syahid,maka tempatnya dijamin di syurga..Mudah-mudahan..

wanzex
10-06-2009, 09:34 AM
Apsal selatan thai ni jg lagu ni?Mcm ada puak2 yg ada agenda jer.Adakah akan terjadi kebangkitan pemuda tamim dr sini?

sebab selatan thai ramai penganut agama islam.
mereka ingin hapuskan umat islam di wilayah
bergolah tu. (hanya pandangan).:-?:o

wanzex
10-06-2009, 09:40 AM
akhbar kosmo melaporkan.....

Ini bukan kerja kami - Tentera Thai

BANGKOK - Panglima Tentera Thai, Jen Anupong Paochinda menafikan dakwaan bahawa angkatan tentera bertanggungjawab di sebalik pembunuhan sekurang-kurangnya 11 orang Islam di sebuah masjid di Narathiwat pada malam kelmarin.

Anupong memberitahu media tempatan di daerah Cho-Airong bahawa pemberontak yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan beramai-ramai itu yang memeranjatkan komuniti Islam di tiga wilayah selatan yang bergolak.

"Saya mengutuk kumpulan yang melakukan tindakan ganas ini. Mereka hanya mahu membangkitkan isu ini kepada perhatian dunia dengan menjadikannya seolah-olah pihak berkuasa negara secara ganas menindas penduduk kampung. Mereka mahu mewujudkan suasana ketakutan," akhbar Nation memetik Anupong dalam laman webnya.

Sementara itu, masyarakat Islam Thai mahu kerajaan mengambil tindakan pantas bagi memberkas pengganas terbabit.

Anggota Parlimen Narathiwat, Najmuddin Umar berkata, insiden terbabit adalah yang paling buruk pernah berlaku di Selatan Thai. - Bernama

emasstech
10-06-2009, 09:47 AM
Al-fatihah

apit0
10-06-2009, 09:50 AM
al-fatihah utk arwah².....
jgn la kita sedih, semua mereka dikira mati syahid....
tapi memang bangsat betul la kafir laknatullah nih....:mad:
sbb tu la org kedah slalu kata org siam nih perut hijau (tak berperikemanusiaan)....pasti ada pembalasan suatu hari nanti pd sesiapa yg berbuat jahat....

GSR
10-06-2009, 10:07 AM
Alfatihah....

puyong
10-06-2009, 10:16 AM
aku yakin..jika ini yang dorang nak..dorang akan merasa lebih seram lagi dari org2 Islam terima..Al-Faatihah..

kamal_kampong
10-06-2009, 10:22 AM
moga2 yg meninggal gugur syahid..sebab tengah solat..amin

apa2 pun serangan nih memang kejam, sebab serang org yg x bersedia..

ladyboss
10-06-2009, 10:34 AM
Macam kat malaysia ni susah nak kahwin...tapi memang susah....tu sbb byk org buat maksiat...Allah belum bayar cash lagi tu....

mana ada susah nak kawin kat Malaysia ni. Yang menyusahkan diri sendiri juga. Dan kawin bukan fokus sedap atas katil...kena ingat tanggungjawap. Yang rasa susah sebab nak sedap minus tanggungjawap.

alter13
10-06-2009, 11:38 AM
sebab selatan thai ramai penganut agama islam.
mereka ingin hapuskan umat islam di wilayah
bergolah tu. (hanya pandangan).:-?:o

assalamualaikum,
pandangan tuan ttg kejadian ini ada betulnya,
ini semua adalah kerja beribu tahun yahudi sebenarnya..
di selatan thailand, pegangan agama islam mereka kuat dan ia menjadi fokus kepada yahudi utk menghapus mereka, lagipun ada teori yang jelas bahawa pemuda bani tamim akan muncul dari asia tenggara,

tidak seperti di malaysia yang telah lama dijajah yahudi, dengan pemikiran sekular ( ramai yg x sedar ttg ini)islam di selatan thailand amat kukuh, dan adalah menjadi tanggungjawab gerakan freemasonry bagi menghapuskan islam disana..

musuh utama freemason di thailand adalah umat islam di selatan thailand yang bermulam sejak zaman kesultanan patani lagi, byk sumber yang korang leh cari kat internet pasal freemason di thailand nie..

rajin2 la google..#:-S

MrSkynet
10-06-2009, 11:48 AM
Memang laknat betul la org kafir nih..

atlantis
10-06-2009, 11:52 AM
tgk nanti, kena cop negara keganasan atau tak.
rasanya tak. sebab tukang cop kata takpe

wanzex
10-06-2009, 06:28 PM
assalamualaikum,
pandangan tuan ttg kejadian ini ada betulnya,
ini semua adalah kerja beribu tahun yahudi sebenarnya..
di selatan thailand, pegangan agama islam mereka kuat dan ia menjadi fokus kepada yahudi utk menghapus mereka, lagipun ada teori yang jelas bahawa pemuda bani tamim akan muncul dari asia tenggara,

tidak seperti di malaysia yang telah lama dijajah yahudi, dengan pemikiran sekular ( ramai yg x sedar ttg ini)islam di selatan thailand amat kukuh, dan adalah menjadi tanggungjawab gerakan freemasonry bagi menghapuskan islam disana..

musuh utama freemason di thailand adalah umat islam di selatan thailand yang bermulam sejak zaman kesultanan patani lagi, byk sumber yang korang leh cari kat internet pasal freemason di thailand nie..

rajin2 la google..#:-S

ada org kata perbuatan ni adalah
dilakukan oleh puak2 thaksin yg durjana.
kita umat islam patut mengutuk sekeras2nya
perbuatan kejam dan zalim tak berperikemanusiaan ini.

wanzex
10-06-2009, 06:30 PM
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/mutakhirPix/solat.jpg

PENDUDUK Kampung menyempurnakan solat Zohor di luar
Masjid selepas Masjid ini menjadi sasaran pengganas
dan mengorbankan 12 nyawa ketika jemaah sedang
menyempurnakan solat Isyak di dalam Masjid Al Furqan,
Kampung Air Tempayan Mukim Cho Airong. Kesemua ditembak
dari belakang dan tepi sebelah kanan. - Foto Fathil Asri

wanzex
10-06-2009, 07:01 PM
OIC kutuk serangan ke atas masjid di Narathiwat
10/06/2009 5:29pm

KUALA LUMPUR 10 Jun — Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya kejadian serangan di sebuah masjid di Narathiwat, selatan Thailand malam Isnin lepas yang mengorbankan 11 orang termasuk imam serta mencederakan 19 orang lagi yang sedang bersolat.

Setiausaha Agung OIC Tan Sri Prof Ekmeleddin Ihsanoglu menyifatkan serangan itu sebagai yang paling dahsyat dalam siri serangan ke atas masjid dan tempat beribadah di selatan Thailand.

Beliau percaya serangan bersenjata itu dilakukan oleh kumpulan yang disokong oleh pihak tertentu dengan tujuan menakut-nakutkan umat Islam supaya berhenti daripada menuntut hak mereka.

“Saya menggesa kerajaan Thailand supaya menyiasat kejadian itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Kerajaan Thailand juga hendaklah mengambil langkah bagi memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda umat Islam di selatan Thailand dan di seluruh negara itu daripada ancaman keganasan,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar ke Bernama hari ini dari pejabatnya di Jeddah, Arab Saudi.

Dalam kejadian itu enam lelaki bersenjatakan rifal automatik memasuki masjid Al-Furqan di daerah Cho-i-Rong, wilayah Narathiwat ketika waktu solat Isyak dan melepaskan tembakan ke arah jemaah menyebabkan 11 orang termasuk imam Wan Abdullah Wan Latif terbunuh dan 19 lagi cedera. — Bernama

tebbaloi
10-06-2009, 07:04 PM
ini namanya serangan pengecut.. kalu berani face to face laa!!!

hampessss

sakuragi fx
10-06-2009, 07:09 PM
ada org kata perbuatan ni adalah
dilakukan oleh puak2 thaksin yg durjana.
kita umat islam patut mengutuk sekeras2nya
perbuatan kejam dan zalim tak berperikemanusiaan ini.

X berperikemanusian betul...:o :((

XRACER
10-06-2009, 07:57 PM
.moga allah kurniakan pahala syahid pada mereka!!..amin
..mcm kat pakistan lak...Org tgh sembahyang .... dibom :(...sedihnya tengok.....!

insyi©
10-06-2009, 08:11 PM
salah satu faktor aku jarang dah balik rumah arwah nenek aku kat selatan thai......:(

penembak curi ada di mana2.....pernah satu ketia...bila hari jumaat jer.....semua org tak berani keluar berniaga.....termasuk makcik aku yg berniaga kat takbai...sbb ada terima surat ugutan...keluar pd hari jumaat...akan kena tembak atau dicederakan. ada yg sengaja dipotong telinga atau anggota badan jer.....
masa tu, bisnes bapak aku pun terjejeas jugak sbb supplier dia dr thailand takleh masuk malaysia (actually tak berani keluar rumah pun)....

yiemega
10-06-2009, 08:17 PM
Ya Allah selamatkanlah saudara seagamaku di sana, Air mata aku jatuh berlinangan mengenangkan nasib mereka di sana, Ya Allah, lindungilah umat-umat Islam di sana...

MOD jr.
10-06-2009, 08:24 PM
ya Allah.............

Man bugis
10-06-2009, 08:27 PM
moga roh mereka di letak kan pd
orang2 yg beriman...amin

wanzex
10-06-2009, 09:11 PM
X berperikemanusian betul...:o :((

mmg meke tu berperi'kebinatangan'...
xde batu tol puak2 siam beengong tu! :mad::mad::mad:

kasmarol
10-06-2009, 09:21 PM
aiseh x puas hati main2 tembak je

wanzex
10-06-2009, 09:36 PM
aiseh x puas hati main2 tembak je

diorang ingat org islam tu patung ke?
nyawa diorang je yg berharga. kejam tul.....:mad::mad::mad:

baim
10-06-2009, 09:41 PM
memang ***** org thai ni, lg lg budha. mcm haram, kalau otai dtg msia la..

Mr DoN
10-06-2009, 09:48 PM
Thailand ni makin lama makin truk...

wanzex
10-06-2009, 10:34 PM
Thailand ni makin lama makin truk...

ni penangan juak2 thaksin yg agresif.
meke x kira bangsa apa. agama apa.
islam ke, buddha ke. meke bunuh je! :mad::mad::mad:

aHmadDaniEL
10-06-2009, 10:45 PM
mmg celakalah orng siam nih......rasa nk boikot jer beli jersey siam nih...

ayed_arebone
10-06-2009, 10:50 PM
ustaz aku cakap kalau mati dlm situasi mcmni dikira mati syahid terus masuk syurga..amin

amin ya rabbal alamin..

abahmu
11-06-2009, 01:06 AM
teringat kisah memali..ditembak dlm masjid jgk....

wanzex
11-06-2009, 08:25 AM
teringat kisah memali..ditembak dlm masjid jgk....

membunuh org yg tak bersedia...pengecut!!! :mad::mad::mad:

damiaphang
11-06-2009, 09:30 AM
alfatihah...
semoga roh2 mereka dicucuri rahmat ALLAH...

kejam betul puak2 ni yg membunuh ...xde hati perut...:mad:

wanzex
11-06-2009, 09:45 AM
alfatihah...
semoga roh2 mereka dicucuri rahmat ALLAH...

kejam betul puak2 ni yg membunuh ...xde hati perut...:mad:

di sebalik peristiwa...ada hikmah Allah Taala.
insya-Allah kita tungguh! :-?:o

anoone
12-06-2009, 09:33 PM
ader tak pic yang ditampal kt dinding masjid tu?