king_diamond
Legendary Member

- Messages
- 10,160
Paid Membership
- Joined
- Sep 3, 2008
- Messages
- 10,160
- Reaction score
- 360
- Points
- 131
Pendahuluan Ilmu Hadith
Sejarah Menbukukan Hadith
Pada masa Rasulullah dan masa khalifah yang empat, hadith itu belum lagi dibukukan atau disusunkan kerana;
1. Kaum muslimin pada masa Rasulullah dapat bertemu dengan
Baginda secara langsung untuk mendapat keterangan dan penjelasan atas apa sahaja perkara yang mereka belum mengetahui keadaan sebenar, baik dalam bahagian ibadat atau lain nya. Dan pada masa khalifah yang empat, mereka amalkan saja apa yang mereka ketahui atau mereka dengar dari khalifah.
2. Takut kalau hadith itu ditulis akan bercampur-baur dengan al-
Quran sesuai dengan tegahan Rasulullah dalam sabdanya:
“Janganlah kamu tulis daripadaku selain Al-Quran, dan barangsiapa telah tulis daripadaku selain Al-Quran maka hendaklah ia dihapuskan”
Permulaan dibukukan Hadith pada Abad Kedua Hijrah
Agama Islam makin bertambah maju dan banyak negeri-negeri yang telah Berjaya dikuasai oleh kaum muslimin. Di samping itu timbul pula perkara-perkara bid’ah dan khurafat (yang karut).
Kemudian pada masa ‘Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah kerajaan Bani Umayyah (tahun 99-101 hijrah) maka diperintahkannya kepada gabenornya iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazm untuk membukukan hadith. Perintah itu berbunyi sebagai berikut:
“Perhatikanlah hadith Rasulullah SAW kemudian engkau tuliskan, kerana sesungguhnya aku takut kehapusan ilmu dan kehilangan ‘ulama”
Kemudian diberitahukan kepadanya supaya segera membukukan hadith-hadith Rasulullah yang terdapat pada seorang wanita yang terkenal iaitu ‘Amrah binti ‘Abdul Rahman (21-98 hijrah) seorang serikandi Islam yang termasyhur dalam ilmu fiqh, murid A’isyah isteri Rasulullah; dan hadith yang ada pada Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar 937-107 hijrah) seorang yang terkenal dalam ilmu fiqh di Madinah dari kalangan tabi’in.
Di samping itu ‘Umar mengirimkan suratnya kepada gabenor nya diseluruh daerah kekuasaannya supaya berusaha membukukan
Hadith-hadith yang ada pada para ‘ulama yang berkediaman di tempat masing-masing.
Di antara ‘ulama besar yang membukukan hadith atas kehendak khalifah itu ialah Abu Bakar, Muhammad Ibn Muslim, Ibn Ubaidillah IbnSyihab al-Zuhri seorang tabi’in yang terkemuka dalam jurusan ilmu fiqh dan hadith (51-124 hijrah). Dan yang akhir inilah satu-satu ‘ulama besar yang mula-mula membukukan atau menyusunkan hadith atas anjuran khalifah.
Kemudian barulah berlumba-lumba ‘ulama besar lain membukukan hadith selepas al-Zuhri. Di antara mereka ialah:
1. Di Mekah: Ibn Juraih (80-150 H = 699-767 M)
2. Di Madinah: Ibn Ishaq (150 H = 768 M) dan Malik bin Anas (93-179H = 711-795 M0
3. Di Basrah: Al-Rabi’ bin Sabih (160 H = 777 M)
4. Di Kufah: Sufyan al-Thauri (161 H)
5. Di Syam: Imam al-‘Auza’I (157 H)
6. Di Khurasan: ‘Abdul Rahman ibn Mubarak (181 H)
7. Di Yaman: Mu’ammar bin Rasyad (95-153 H)
Semua ‘ulama ini adalah pada abad Hijrah dan susunan hadith mereka dikala itu adalah bercampur dengan perkataan-perkataan para sahabat dan fatwa tabi’in.
Susunan(kitab) yang paling tua yang ada pada tangan umat Islam diwaktu ini ialah kitab al-Muwatta’ karangan imam Malik yang disusun menurut kehendak khalifah al-Mansur ketika baginda datang mengerjakan haji di mekah pada tahun 144 Hijrah.