PDA

View Full Version : Kerja kerajaan vs kerja swasta


Usahawan Kerajaan
04-05-2009, 12:01 PM
Kenapa Semua Orang Nak Makan Gaji?

Tidak dapat dinafikan semenjak dua menjak ni begitu ramai orang yang diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi yang melanda. Apabila diberhentikan kerja, maka terpaksalah mereka mencari kerja yang lain pula. Bermacam-macam permohonan kerja dihantar ke bermacam-macam syarikat yang menawarkan pekerjaan. Adakah mudah bagi mereka untuk mendapatkan pekerjaan tersebut? Sudah pastilah sukar! Bukan mereka seorang saja yang ingin mendapatkan pekerjaan tersebut, tetapi ramai lagi yang mencuba nasib seperti mereka. Itulah persaingan yang terpaksa dihadapi oleh mereka.

Ingin bekerja kerajaan?

Sudah tentu ramai yang mengidam-idamkannya. Walaupun gaji yang diterima lebih kecil berbanding kerja swasta, tetapi faedahnya sangat bagus. Lihat saja di zaman kegawatan ekonomi ini, adakah pekerja di sektor awam diberhentikan kerja? Tiada bukan? Jadi, peluang pekerjaan di sektor awam menjadi pilihan utama buat masa ini. Akan tetapi adakah mudah untuk memasuki bidang kerja di sektor awam ini? Semudah A, B, C? Tidak, sukar sebenarnya jika tidak tahu caranya. Walaupun pihak kerajaan telah membuka banyak kekosongan untuk mengisi pekerjaan di sektor awam demi membantu rakyat Malaysia di dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, tidak semua bernasib baik.
Jadi bersabarlah dalam keadaan yang serba tidak menentu ini.


Di sini, saya ingin bertanya kepada anda, apakah pilhan kerjaya anda di musim kegawatan ekonomi ini..

SWASTA atau KERAJAAN ?

Anda boleh berikan pandangan anda di thread ini:)

moneymaker3000
04-05-2009, 12:04 PM
kalau musim gawat mesti la ramai yg nak keje gomen.

Tapi secara overall aku nampak keje swasta lagi ok dari keje gomen

akecema
04-05-2009, 12:04 PM
keje kerajaan xla mahal gaji tp long term mmg baik la
keje pun releks je

keje swasta mmg kaya raya
tp keringat kene perah gile2..

kalo nak keje kerajaan dulu better blaja tinggi2 sikit
pastu cari experien kat syarikat swasta dulu baru masuk kerajaan
sbb bila dah masuk kerajaan xleh nak kua sesuka ati
nnt mmg xkan dapat keje kerajaan dah
kalo exp dan pelajaran rendah mmg naik slow sgt la

myafham20
04-05-2009, 12:10 PM
makan gaji tk cukup kot..
lagipun. 90% rezkikan daripada berniaga.. :)

cekmeksu11
04-05-2009, 12:30 PM
klu ikutkn...smua org nk plh yg long term punya kelebihan....
tp ye la...klu rezeki alhamdulillah...mmg akn ade...
lmbt or cpt jer....
so,skrg ni dlm keadaan skrg cuba je yg mna buleh dlu...
jnji ada kje...blh tampung khdpn dh kira ok...

Usahawan Kerajaan
04-05-2009, 12:40 PM
Ye semuanya pandangan yang bernas dan menarik...saya perhatikan sekarang memang ramai yang apply kerja kerajaan. Ini mungkin disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang teruk melanda dunia masa ini. Ramai yang takut untuk menceburi bidang kerja swasta terutamanya yang baru graduat dari universiti ataupun lepasan sekolah.

Memang kerja kerajaan gajinya tidaklah sebesar kerja di sektor swasta, tetapi faedahnya boleh diambilkira. Untuk long term mungkin ianya berbaloi. Kerja di sektor awam tidaklah sesusah di sektor swasta. Mungkin rileks sedikit.

Kerja di sektor awam gajinya memang tidak cukup. Nak berbelanja pun berkira. Yang syoknya orang kerja kerajaan ni ada banyak kad kredit.Hahaha. Tu yang hutang keliling pinggang tu. Pihak bank dengan bermurah hatinya meluluskan permohonan kad kredit orang kerja kerajaan ni.

Tidak hairanlah ramai je kakitangan awam yang susah hidupnya. Ada yang terpaksa cari duit tambahan dengan membawa teksi, berniaga di pasar malam, ada yang buat kuih, join MLM dan ada juga yang...

RASUAH...

Itu pandangan saya je, sapa2 ada pandangan lain boleh kongsikan

DanielAriffin
04-05-2009, 12:50 PM
Hello geng...
Macam mana nka comment yerk!!! gov ni nak mintak kerja pon kena cable.. macam mana nak kerja.. so bila kerja automatic productivity kureng sikit la.. pada dasar2 awal2 dah pikir macam ternyata diatas... :D

abg_boyot
04-05-2009, 12:51 PM
hurmmmmph..!semue yang korang taip mmd logik..pandanagn aku..keje ape jek ok asalkan sesuai dgn diri kite. keje gov= banyak faedah walaupun gaji ciput ( dulu mmg ciput. start paklah adjust tanpa tengok masalah org keje kilang org2 gov nie future lebih terjamin)> so org2 yg keje kilang cam aku nie plak yang rase terpinggir dari bab kabajikan, yelah org gov ade cupacs g fight hal kebajikan diorg..org kije kilang ade union pun ampeh..tapi yang aku tak pueh atinye org gov gaji+faedah yang diorg dapat dah ok tapi keje cam lembu! masih ade birokrasi..

Usahawan Kerajaan
04-05-2009, 12:57 PM
kable? memang tidak dapat dinafikan..ramai yang menggunakan kabel untuk masuk kerja kerajaan, terutamanya di Majlis Berkuasa Tempatan..jika di sektor persekutuan, kabel ni memang tidak dipandang..ramai je yang guna kabel tak berjaya pun..konon2 kabel besar sangat la..tapi selepas result diumumkan, hampa..

Ramai yang berprasangka yang kabel ni dapat membantu kemasukan dalam sektor awam..yang saya perhatikan ramai je yang tiada kabel yang berjaya masuk dalam bidang sektor awam ni. Kebanyakan yang berjaya adalah bersandarkan keupayaan mereka sendiri.

Mereka yang menggunakan kabel ni sebenarnya "Pengecut"! takut bersaing dan memang tidak berkelayakan. Jika berjayapun, mereka tidak akan berkerja bersungguh-sungguh. Mereka ini jugalah yang merosakkan kredibiliti sektor awam itu sendiri.

kapur tulis
04-05-2009, 01:02 PM
kerja kat kerajaan baik, kat swasta pun baik yang penting ikhlas kerja sepenuh hati... jangan muler ajer. Asyik berforum je... Tu yg tak baik tu.....

DanielAriffin
04-05-2009, 01:41 PM
kerja kat kerajaan baik, kat swasta pun baik yang penting ikhlas kerja sepenuh hati... jangan muler ajer. Asyik berforum je... Tu yg tak baik tu.....

Hello geng...
Alamak.. berforum... tu yg tak tahan :eek: nasib baik aku tak kerja rini.. :eek:

Usahawan Kerajaan
04-05-2009, 02:44 PM
Hari ni cuti..takpe sambung cuti hari pekerja:))

Usahawan Kerajaan
04-05-2009, 05:32 PM
Agensi awam ambil 63,000 pegawai kontrak


KERAJAAN akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan dan sebagai pegawai kontrak dalam pelbagai agensi kerajaan bagi membantu memastikan ketidaktentuan ekonomi global tidak menjejaskan nasib golongan pekerja di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan memutuskan membuat pengisian segera 50,000 jawatan kosong pada peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

Katanya, bagi kumpulan sokongan, penurunan kuasa daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), akan diberikan kepada agensi berkaitan dan kerajaan akan mewujudkan 13,000 pekerjaan untuk pegawai secara kontrak di agensinya.

Beliau berkata, pengambilan akan dibuat menerusi skim perkhidmatan singkat membabitkan 4,000 tenaga kerja dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan gaji sebanyak RM1,200 sebulan.

“Kerajaan juga akan mengambil 1,000 siswazah sebagai guru sekolah secara kontrak dengan gaji bulanan RM2,000 dan menawarkan 800 orang bagi memantapkan Program Cari di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk tempoh enam bulan hingga setahun.

“Kita juga akan mengambil 1,000 Pembantu Kesihatan Awam secara kontrak di pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kerja pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit seperti denggi serta 4,500 pegawai kontrak sebagai Pembanci Perangkaan di Jabatan Perangkaan untuk banci penduduk.

“Selain itu, kerajaan akan turut mengambil 1,700 jururawat dan kakitangan sokongan hospital di Kementerian Kesihatan,” katanya ketika berucap membentangkan Bajet Mini di Dewan Rakyat, semalam.

Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri juga memaklumkan kerajaan tidak akan menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai lantikan kontrak lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan kecuali atas sebab tindakan tatatertib atau prestasi tidak memuaskan.

adakah berita di atas satu usaha yang mebantu rakyat kita??

moneymaker3000
04-05-2009, 05:36 PM
aku dok putrajaya ni bole nampak beza ok ke tak keje gomen ni. Tapi terpulang pada individu la kan..kalau tanak berjaya keje la gomen, nak berjaya kene la swasta...sebab bila keje swasta kite dah biasa keje teruk2..dan kita akan suka cabaran. Kat ofis aku ada dah beberapa veteran org gomen..citer punye la hebat pengalaman macam2 tapi keje kat ofis aku 2-3 bulan terus nak blah tak sanggup keje perit..hehe

Norfazli
04-05-2009, 05:45 PM
bagi aku, aku lebih rela mati kelaparan daripada aku memilih untuk kerja makan gaji.

tebbaloi
04-05-2009, 05:57 PM
aku pulak memilih utk kerja swasta.. aku isi SPA tapi hampa gomen tak berminat amik aku keja.. mak aku selalu bebel suruh masuk gomen sebab dia keja gomen dari aku dalam perut sampai sekarang.. alasan aku taknak TERIKAT

adik beradik semua gomen cuma aku kepala batu skit.. aku baru keja 4 tahun lepas grad 2005 dan boleh kata banyak rintangan cabaran aku lalui sepanjang ni...

Usahawan Kerajaan
04-05-2009, 10:17 PM
Bermacam-macam pandangan peribadi yang disampaikan oleh warga CG ni..

Tetapi sekarang ni peluang pekerjaan di sektor swasta semakin berkurang..ini disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang melanda..

adakah kegawatan ekonomi ini akan berkahir tahun ini?

jika ya, alhamdulillah..makin banyak peluang pekerjaan akan dibuka oleh pihak swasta...

Ran
05-05-2009, 01:38 PM
yer ker keje gomen utang keliling pnggang...kalu aku laa kan..dlu aku keje swasta gaji ciput jer..skrg aku keje gomen...Ahamdulillah...dh senang skit...nk sesuatu pn dpt jer...kl swasta dlu..telan air liur jer laa..huhu..

Usahawan Kerajaan
05-05-2009, 08:58 PM
sebenarnya hutang sekeliling penggang tu bergantung kepada bagaimana kita mengawal kewangan kita...betul tak?

qai
05-05-2009, 09:28 PM
aku baru je dpt keje gomen..
alhamdulillah

Usahawan Kerajaan
06-05-2009, 01:08 AM
Qai baru dapat kerja gomen...tahniah saya ucapkan..jabatan mana tu?
Apakah rahsia boleh dapat tu? Boleh kongsikan?

kirana86
06-05-2009, 11:10 AM
kat mana nak mntk jd guru siswazah tu?berminat ni.

Usahawan Kerajaan
12-05-2009, 08:17 PM
BULAN MEI DAN JUN INI KERAJAAN MEMANGGIL RAMAI UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA DI SPA



SEMAKAN JADUAL TEMU DUGA



Semakan Jadual Temu Duga Jurupulih Perubatan Anggota Gred U29 BARU_7.GIF
(Calon Bukan Tajaan)

Semakan Jadual Temu Duga Jurutera (Elektronik) Gred J41 BARU_7.GIF
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

Semakan Jadual Temu Duga Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan (Pengurusan Ladang) Gred S27 BARU_7.GIF
(Kementerian Sumber Manusia)

Semakan Jadual Temu Duga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 BARU_7.GIF
(SUK Pulau Pinang)

Semakan Jadual Temu Duga Pegawai Kawalan Alam Sekitar (Kejuruteraan Mekanikal) Gred C41 BARU_7.GIF
(Jabatan Alam Sekitar)

Semakan Jadual Temu Duga Pegawai Sains (Genetik) Gred C41 BARU_7.GIF

Semakan Jadual Temu Duga Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29 (Bukan Tajaan) BARU_7.GIF

Semakan Jadual Temu Duga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 BARU_7.GIF

Temu Duga Laskar Kelas II Maritim Gred X1 BARU_7.GIF

Temu Duga Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29 BARU_7.GIF

Temu Duga Pembantu Pembedahan Pergigian Pelatih (Calon Sarawak) BARU_7.GIF

Temu Duga Pemeriksa Kilang dan Jentera (Kejuruteraan Elektrik/Elektronik/Mekatronik) Gred J41 BARU_7.GIF

Temu Duga Pegawai Sains (Biomedikal) Gred C41 BARU_7.GIF



Temu Duga Pembantu Antidadah Gred S17 BARU_7.GIF
Temu Duga Penolong Pegawai Tanah Gred NT17 BARU_7.GIF
(Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan)

Temu Duga Pembantu Kesatria Gred S17 BARU_7.GIF

Temu Duga Juruteknik (Awam) Gred J17 BARU_7.GIF
Temu Duga Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 (Kejuruteraan Kimia) BARU_7
(Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia)

Temu Duga Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J29 (Jentera dan Bahan) BARU_7.GIF

Temu Duga Jururawat Pelatih (KPSL) BARU_7.GIF
(Sabah)
Temu Duga Penolong Penguasa Penjara Gred KX27
(Jabatan Penjara Malaysia)
Temu Duga dan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
(Sabah)

Temu Duga dan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
(Sarawak)

Usahawan Kerajaan
12-05-2009, 08:17 PM
PEPERIKSAAN PULA

EMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN



Jadual Peperiksaan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27 BARU_7.GIF

Jadual Peperiksaan Pereka Gred B27 BARU_7.GIF

Jadual Peperiksaan Ahli Fotografi Gred B17 (Peringkat II - Assessment Centre) BARU_7.GIF

Jadual Peperiksaan Penerbit Rancangan Gred B27 (Amali/Peringkat I) BARU_7.GIF

Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2009