PDA

View Full Version : Cadangan Pemilikan Tanah bagi Tanaman Hutan untuk Warga CG

faris07
24-04-2009, 02:52 PM
Salam, kalau ada yg berminat untuk memiliki tanah khususnya utk. projek tanaman gaharu ada 3,000 ekar di Batu Talam, Raub, Pahang. Pemilikan minima 1 ekar. Harga RM6,000 seekar. Pajakan 60 tahun. Boleh kalau nak tanam pokok hutan lain tapi eloknya tanamlah pokok jutawan tu. Seekar boleh tanam 1,000 batang pokok. Boleh kongsi dengan anak beranak apa ke. Anak pokok pun tak sampai RM20 sepokok. Apa2 boleh je call, sms, emel atau PM

0189020617
farishaziq07@yahoo.com.my
Yahoo Messenger : fauzee07

:)cgrock

saerm
24-04-2009, 03:03 PM
tanaman pokok gaharu tu kena usaha sendiri ke?

faris07
24-04-2009, 10:30 PM
tanaman pokok gaharu tu kena usaha sendiri ke?

kontraktor akan dilantik utk uruskan penanaman gaharu. anak pokok pula dari baka sub integra. baka terbaik dunia.

saerm
25-04-2009, 12:23 PM
berapa kos semua n berape untung boleh dapat n dalam berapa tahun?

LuvHoneY
25-04-2009, 12:27 PM
:-? nie tanam pokok gaharu je ke...
tanaman lain x leh ek...

pokcak
25-04-2009, 12:33 PM
:-? nie tanam pokok gaharu je ke...
tanaman lain x leh ek...

boleh tuan... saya tlg quote balik
Boleh kalau nak tanam pokok hutan lain tapi eloknya tanamlah pokok jutawan tu :)

hysesear
25-04-2009, 02:39 PM
boleh tuan... saya tlg quote balik
:)

pokok jutawan tu pokok apa? ada gambar x? khasiatnya utk perubatan ke apa? tapi dlm kepala aku macam pokok balak je? tlg jelaaskan ape itu pokok jutawan??

faris07
25-04-2009, 02:46 PM
berapa kos semua n berape untung boleh dapat n dalam berapa tahun?

kos satu pokok katakanlah maksima RM20 sepokok termasuk kos upah tanam (kalau beli kuantiti bole dpt murah lagi)x 1,000 pokok = RM20,000 ,kos cuci kwsan seekar kontraktor caj RM2,000. Berkenaan tempoh matang dan pulangan keuntungan sila rujuk keterangan dibwh

FAKTA DARI VIETNAM
Harga minyak gaharu bagi 20 pohon pokok gaharu (karas) yang diproses akan menghasilkan 1 liter minyak harga USD45,000 /liter.
Oleh itu, harga 1 pokok gaharu selepas dirawat (umur 6 8 tahun) ialah
USD45,000 = USD 2,250 POKOK
20 POKOK
SEKIRANYA USD 1 = RM 3.50
HARGA 1 POKOK = RM 3.50 X 2,250 POKOK = RM 7,875.00
Dalam 1 ekar tanah boleh ditanam 800 1000 pokok. Oleh itu hasil bagi 1 ekar ialah
RM 7,875.00 x 1000 = RM 7,875,000.00
:)cgrock

faris07
25-04-2009, 02:51 PM
:-? nie tanam pokok gaharu je ke...
tanaman lain x leh ek...

kalau nk tanam tongkat ali,mas cotek dsb no hal. even kalau nk tnm pokok getah klon brazil besar2 balak pun tk jadi hal. sbb tu kategori balak (tnmn hutan)
:)

faris07
25-04-2009, 02:53 PM
boleh tuan... saya tlg quote balik
:)

terima kasih pokcak
:">

fx_selamber
25-04-2009, 02:54 PM
penah tgk kat RTM pasal gaharu ni....
harga dia mcm x masuk akal...
tapi itulah fakta...

faris07
25-04-2009, 02:58 PM
pokok jutawan tu pokok apa? ada gambar x? khasiatnya utk perubatan ke apa? tapi dlm kepala aku macam pokok balak je? tlg jelaaskan ape itu pokok jutawan??

bro,nanti aku pm pic.betola tu pokok balak.istilah pokok jutawan tu ada dlm penerangan fakta vietnam kat atas

faris07
25-04-2009, 03:07 PM
penah tgk kat RTM pasal gaharu ni....
harga dia mcm x masuk akal...
tapi itulah fakta...

bro tak nak join ke? jadi tauke cum kuli sekali
:)

faris07
25-04-2009, 04:14 PM
penah tgk kat RTM pasal gaharu ni....
harga dia mcm x masuk akal...
tapi itulah fakta...

kalau bro buat gaharu,aku confirm bro saja yg bole buang diri bro.tak payah sakit2 kepala lagi dah. ni ada sikit lg info 4 all

GRED HARGA PERKILOGRAM (RM)
Super A 25,000.00
Gred A 20,000.00
Gred B 18,000.00
Gred C 15,000.00
Gred D 8,000.00
Gred E 3,000.00
Lain-lain Gred 500-1000
Gred Kayu untuk Minyak 5-100
Minyak Gaharu 300-350 (12 gm)

:o

AlchemisT
25-04-2009, 04:31 PM
best jgk ni....

fx_selamber
25-04-2009, 05:04 PM
bro tak nak join ke? jadi tauke cum kuli sekali
:)

sy xde modal...:(
kalau ada mesti dipertimbangkan...

AlchemisT
25-04-2009, 05:10 PM
kena ada modal ker...brapa

faris07
25-04-2009, 05:55 PM
kena ada modal ker...brapa

kalau nk beli tnh jer RM6,000. kalau tnm pokok gaharu seekar sekali dgn harga tnh RM28,000 dpt 1,000 pokok. tapi kalau pakat anak beranak ramai2 baru jatuh RM28 sepokok bro

PulunSakan
25-04-2009, 06:44 PM
tanah tu beli dapat geran ker:D

PulunSakan
25-04-2009, 06:46 PM
pokok gaharu tu kuar hasilnya berapa tahun....
sempat ker merasa hasilnya

PulunSakan
25-04-2009, 08:22 PM
bump utk TT:D

En. Rhoma Irama
25-04-2009, 08:43 PM
kos satu pokok katakanlah maksima RM20 sepokok termasuk kos upah tanam (kalau beli kuantiti bole dpt murah lagi)x 1,000 pokok = RM20,000 ,kos cuci kwsan seekar kontraktor caj RM2,000. Berkenaan tempoh matang dan pulangan keuntungan sila rujuk keterangan dibwh

benih tc sub integra kan... mana dapat tisu induk?
pesal mahal sgt kos cuci kawasan? Apa machine pakai? Excavator, backhoe, bulldozer?
Kos inokulan camner? Sapa yg tanggung?

En. Rhoma Irama
25-04-2009, 08:52 PM
kalau nk tanam tongkat ali,mas cotek dsb no hal.
:)
ni semua tanaman herba. Boleh ke? Perjanjian selepas beli tanah mesti tanam pokok utan ke?

nak tanam mas cotek bukan senang bro, bukan cam tanam serai :D

En. Rhoma Irama
25-04-2009, 08:54 PM
kalau bro buat gaharu,aku confirm bro saja yg bole buang diri bro.tak payah sakit2 kepala lagi dah. ni ada sikit lg info 4 all

GRED HARGA PERKILOGRAM (RM)
Super A 25,000.00
Gred A 20,000.00
Gred B 18,000.00
Gred C 15,000.00
Gred D 8,000.00
Gred E 3,000.00
Lain-lain Gred 500-1000
Gred Kayu untuk Minyak 5-100
Minyak Gaharu 300-350 (12 gm)

:o

payah nak dpt rege ni bro... nak jual mesti pakai org tgh... org tgh dah reduce rege. Nak dptkan direct buyer .. hmmm :-?

En. Rhoma Irama
25-04-2009, 08:57 PM
kalau nk beli tnh jer RM6,000. kalau tnm pokok gaharu seekar sekali dgn harga tnh RM28,000 dpt 1,000 pokok.

seekar 1k pokok... berapa jarak tanaman?

hatisuka
25-04-2009, 09:28 PM
RM28,000 (tanah 1 ekar + tanam gaharu 1000 pokok)... Ini jer kos sehingga dapat hasil?

En. Rhoma Irama
25-04-2009, 09:37 PM
RM28,000 (tanah 1 ekar + tanam gaharu 1000 pokok)... Ini jer kos sehingga dapat hasil?

tak mungkin :-?

faris07
25-04-2009, 10:33 PM
[QUOTE=En. Rhoma Irama;4088023]
benih tc sub integra kan... mana dapat tisu induk?
pesal mahal sgt kos cuci kawasan? Apa machine pakai? Excavator, backhoe, bulldozer?
Kos inokulan camner? Sapa yg tanggung?
[/QUO

thai
ada murah?bole bagi quotation
kos diatas tk termasuk kos inokulan. tk semestinya kena buat inokulan nk jadi duit. skrg pun dah ada kilang ambik timbang kilo. sekilo rm15. 6 tahun lg? wallahualam

faris07
25-04-2009, 10:39 PM
ni semua tanaman herba. Boleh ke? Perjanjian selepas beli tanah mesti tanam pokok utan ke?

nak tanam mas cotek bukan senang bro, bukan cam tanam serai :D

kalau susah mas cotek,misai kucing ada, tongkat ali pun boleh. syarat tnh mesti tanaman hutan.

faris07
25-04-2009, 10:44 PM
tak mungkin :-?

kena hadir kursus. kena tambah ilmu. segala yg tk mungkin bole jadi kenyataan. org melayu kena bergerak ke depan. penghalang org melayu utk maju sebenarnya adalah diri mereka sendiri. kena positif:)

faris07
25-04-2009, 11:13 PM
Bermula dengan hanya mencari kayu gaharu di hutan, Kamahudin Ang Sew Siang, Orang Asli dari suku kaum Jakun dari Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kedaik dekat sini, kini menguruskan syarikat pengeluar minyak gaharu berdaftar pertama di negara ini.

Kamahudin, 45, Pengarah Kedaik Agarwood Sdn Bhd, boleh berbangga kerana usaha beliau itu bukan hanya mampu meningkatkan pendapatan, malah menjadikan tradisi mencari hasil hutan masyarakat Orang Asli sebagai satu bidang komersil.

Manakan tidak, minyak gaharu yang mendapat permintaan tinggi di pasaran terutama daripada negara timur tengah, Taiwan dan China bagi pembuatan minyak wangi dan produk kesihatan mampu dijual sehingga mencecah harga RM100,000 sekilogram bergantung kepada kualitinya.

Ia jauh berbeza berbanding penjualan kayu gaharu tidak diproses yang mempunyai harga pasaran sehingga RM10,000 bagi kayu berkualiti tinggi.

TITISAN PERTAMA

Kamahudin berkata, berdasarkan pengalamannya yang sering ke hutan bersama-sama penduduk Orang Asli lain sejak 20 tahun lepas, mereka hanya mencari kayu gaharu yang berkualiti tinggi untuk dijual iaitu dari gred A.

Beliau yang berpendidikan sekolah menengah berkata walaupun harga bagi kayu gaharu tidak diproses itu boleh membawa pulangan lumayan kepada penduduk Orang Asli, namun ia agak sukar ditemui.

Bapa kepada enam anak berumur enam hingga 20 tahun itu berkata, kesukaran memperoleh gaharu berkenaan menyebabkannya beralih arah mendalami bidang pembinaan sebelum memperoleh lesen kontraktor kelas F.

"Bagaimanapun lawatan saya bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kedaik anjuran Pejabat Anggota Parlimen Rompin pada 29 Julai 2006 ke agensi-agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Kuala Lumpur telah membuka mata saya terhadap potensi sebenar kayu gaharu", katanya kepada Bernama di sini.

Kamahudin, yang juga Pengerusi JKKK Kedaik berkata, pertemuannya dengan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr Daud Mohamad pada satu majlis makan malam telah merintis kepada pembukaan kilang pengeluaran minyak gaharu syarikat berkenaan.

Katanya, setelah mengikuti kursus selama setahun, kilang yang dibangunkan di tapak seluas 0.44 hektar (satu ekar) melalui Dana Inovasi Komuniti (CIF) MOSTI berjumlah RM500,000 kepada JKKK Kedaik itu mula beroperasi pada 8 Ogos tahun lepas.

"Pada hari itu jugalah titisan pertama minyak gaharu diperoleh dan ia telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai cenderahati ketika saya mengunjungi bangunan Parlimen pada 10 Dis lepas", katanya.

PROSES PENGHASILAN MINYAK

Beliau berkata, proses penghasilan minyak gaharu itu mampu memberi banyak manfaat kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara kerana mereka tidak lagi perlu bergantung kepada pencarian gaharu berkualiti tinggi semata-mata.

Katanya, kilangnya turut memungut kayu gaharu sehingga gred D pada harga bawah RM10 sekilogram daripada masyarakat Orang Asli.

"Kita bukan hanya memperoleh bekalan daripada hutan sekitar Rompin, malahan Johor, Negeri Sembilan dan Perak sebelum ia dipotong menjadi cebisan kecil oleh golongan ibu yang secara tidak langsung mendapat pendapatan tambahan", katanya.

Kemudian katanya, kayu berkenaan akan dijemur antara tiga hingga empat hari sebelum dikisar dan diperam dalam tempoh lima hari hingga dua minggu.

Kamahudin berkata, ia kemudian akan menjalani proses pemanasan di dalam 20 relau yang setiap satunya mampu menghasilkan sehingga 20 gram minyak gaharu yang akan dikutip setiap dua hari.

HASIL

Pada masa ini katanya, kilang dengan tujuh pekerja tetap itu telah menghasilkan lebih 6 kg minyak gaharu pelbagai gred bernilai kira-kira RM400,000 dengan kebanyakan hasil kilang berkenaan dijual di pasaran tempatan melalui kerjasama bersama sebuah syarikat swasta.

Selain itu katanya, beberapa ahli perniagaan negara timur tengah khususnya dari Oman dan Kuwait telah menunjukkan minat terhadap produknya.

Malah Kamahudin berkata, hasil buangan daripada proses berkenaan juga mempunyai nilai tersendiri apabila ia boleh digunakan untuk pembuatan colok dan setanggi.

Air yang digunakan ketika proses pemanasan juga boleh digunakan untuk tujuan mandi spa, katanya.

Sehubungan itu, beliau merancang untuk mengembangkan bidang terbabit khususnya dari segi pengeluaran dan pengekalan sumber pokok gaharu melalui tanaman secara komersil.

Katanya, penggunaan berterusan sumber hutan bukan hanya menjejaskan alam sekitar malah mampu menyebabkan kepupusan pokok gaharu.

PERUBAHAN

Sementara itu, salah seorang ahli lembaga pengarah yang juga penyelia di syarikat berkenaan, Mat Chantek, 46, berkata kehidupannya kini telah berubah secara mendadak kerana tidak lagi bergantung pada pekerjaan tradisi.

Beliau yang dahulunya mencari ikan dan kayu gaharu sebagai punca pendapatan kini telah menceburi bidang perniagaan.

"Kalau dulu kita masuk hutan sampai dua minggu, kalau tidak dapat gaharu berkualiti, kita terpaksa berhutang dengan taukeh (peraih), lepas rehat seminggu, kita masuk hutan balik", katanya.

Mat, yang digelar "doktor" oleh rakan-rakannya sebagai gurauan berikutan tugasnya yang bertanggungjawab mengasingkan minyak gaharu dari air sebagai proses akhir bagi menghasilkan minyak gaharu bermutu bak seorang saintis, berharap masyarakat Orang Asli akan mengubah cara hidup mereka dan merebut peluang yang ada bagi meningkatkan taraf hidup.

"Peluang (pasaran) sudah ada, mereka boleh mengusahakan tanaman gaharu di belakang rumah mereka sekaligus menjana pendapatan", katanya.

INI YANG TAK MUNGKIN TAPI DAH JADI KENYATAAN. DULU MASA SEKOLAH, MELAYU HINA JAKUN HINA SAKAI TAPI SEKARANG?? SELAGI KITA TAK UBAH PENDEKATAN DAN SENTIASA BERPENDAPAT PEMIKIRAN AKU YANG TERHEBAT,YG BETUL YG PANDAI AKU SEORANG JE, ORG LAIN SEMUA TK BETUL TK KENA ESOK JGN TERKEJUT ANAK2 JAKUN SAKAI TU JADI TOKEY, ANAK MELAYU MASUK HUTAN CARI POKOK GAHARU JUAL PADA TOKEY BANGSA SAKAI. INGAT TUAN2 SATU MASA DULU BANGSA INDIA JAUH KETINGGALAN TAPI SKRG DIA ORG DAH MENDAHULUI BANGSA MELAYU DARI SEGI PENCAPAIAN EKONOMI. TONGKAT SAKTI UMNO YG MELINDUNGI ORG MELAYU TIDAK AKAN BERADA DISITU SAMPAI BILA2. 2012 DAH TAK LAMA. KALAU ORG MELAYU TAK BUAT PERSEDIAAN DARI SEKARANG, ANAK CUCU KITA AKAN MENYALAHKAN KITA SEMUA. SOAL NK TNM GAHARU KE APA KE BUKAN SOAL UTAMA, TAPI BERAPA RAMAI DARI BRO YG ADA TANAH SENDIRI?? AT LEAST WORST COME TO WORST ANAK CUCU KITA ADA TEMPAT NK DITUJU KALAU DAH SAMPAI TAHAP SEWA RUMAH PUN TAK MAMPU BAYAR. FIKIR2KANLAH BANGSAKU

dato.paduka
25-04-2009, 11:26 PM
kayu gaharu ni mmg buat duit.minyak dr kayu ni dia org bikin perfume....lg 1 bro,ada org cakap kayu mengkudu pun ada harga.bro ada market x?

CheMan
25-04-2009, 11:41 PM
TT beli tak or makan komisen je dari warga CG yg nak beli tanah ni..hehe

faris07
26-04-2009, 12:17 AM
TT beli tak or makan komisen je dari warga CG yg nak beli tanah ni..hehe

dah reserve 5 ekar. jadi on sale 2995 ekar je.:(

faris07
26-04-2009, 12:20 AM
kayu gaharu ni mmg buat duit.minyak dr kayu ni dia org bikin perfume....lg 1 bro,ada org cakap kayu mengkudu pun ada harga.bro ada market x?

barang ada ke bro? mengkudu bahasa saintifiknya apa yek?TK
:)

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 08:45 AM
thai
ada murah?bole bagi quotation
kos diatas tk termasuk kos inokulan. tk semestinya kena buat inokulan nk jadi duit. skrg pun dah ada kilang ambik timbang kilo. sekilo rm15. 6 tahun lg? wallahualam
dah terbukti ke tanpa inokulan boleh dapat gaharu nyer :-?

baper kos inokulan untuk sebatang pokok?

sebatang pokok brp kali proses inokulan dibuat?

biar telus bro...

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 08:45 AM
kalau susah mas cotek,misai kucing ada, tongkat ali pun boleh. syarat tnh mesti tanaman hutan.
pisang boleh ka? category utan jugak nih :D

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 08:48 AM
kena hadir kursus. kena tambah ilmu. segala yg tk mungkin bole jadi kenyataan. org melayu kena bergerak ke depan. penghalang org melayu utk maju sebenarnya adalah diri mereka sendiri. kena positif:)

kursus kene bayar ke?

bukan masalah positive atau negative... banyak kes bro

hati-hati... ayat tu dah bese sgt dgr... dah bese sgt jumpa

dah berkali-kali aku tekankan kes2 sebegini. Sejarah menjadi pengajaran.

faris07
26-04-2009, 11:57 AM

sorila bro. lu salah org lah:))

faris07
26-04-2009, 12:00 PM
pisang boleh ka? category utan jugak nih :D

:eek:(jakun)
:)) (sakai)

faris07
26-04-2009, 12:11 PM
dah terbukti ke tanpa inokulan boleh dapat gaharu nyer :-?

baper kos inokulan untuk sebatang pokok?

sebatang pokok brp kali proses inokulan dibuat?

biar telus bro...

~X( aku jwb 8 thn lg bole tk:))

irama
26-04-2009, 12:29 PM
a'ah..sokong! sape2 nk buat tu buatlah intercroping. byk dpt hasil. cth mas cotek, tongkat ali, hempedu bumi(herba kajian skrg) dll sebab herba biasanya sesuai kawasan berteduhan.

faris07
26-04-2009, 12:55 PM
a'ah..sokong! sape2 nk buat tu buatlah intercroping. byk dpt hasil. cth mas cotek, tongkat ali, hempedu bumi(herba kajian skrg) dll sebab herba biasanya sesuai kawasan berteduhan.

bro,dah start intercroping mana2 ke?:-?

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 01:09 PM
sorila bro. lu salah org lah:))
kita tengok la nanti :D

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 01:10 PM
:eek:(jakun)
:)) (sakai)
c'mon bro... professional la sket bro

aku tanya pasal kursus tu ko tak jawab lagi... kene bayar ke

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 01:12 PM
~X( aku jwb 8 thn lg bole tk:))
kos inokulan tu baper kos nyer... tak jawab lagi?

apa bende yg 8 tahun tu...

inokulan baper kali kene buat sampai dpt gaharu nyer bro?

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 01:13 PM
a'ah..sokong! sape2 nk buat tu buatlah intercroping. byk dpt hasil. cth mas cotek, tongkat ali, hempedu bumi(herba kajian skrg) dll sebab herba biasanya sesuai kawasan berteduhan.
jgn main hentam keromo je bro... study dulu.

bila masa sesuai yg sesuai utk buat intercropping, baper tahun umur pokok boleh dpt payung yg sesuai? :-?

irama
26-04-2009, 01:21 PM
bro,dah start intercroping mana2 ke?:-?

sy bukan bro. :D budak kecik ja ni. x start mana2, blaja pon lum abis lagi. dulu masa praktikal d tawau di satu agroforestry punya tempat ada tengok diorang buat intercrop gaharu tu dgn spesis2 herba hutan tu. Misai kucing punya teh pun skrg sudah produce. hutan tebal jugak kwsn tu.

faris07
26-04-2009, 01:23 PM
kos inokulan tu baper kos nyer... tak jawab lagi?

apa bende yg 8 tahun tu...

inokulan baper kali kene buat sampai dpt gaharu nyer bro?

beto bro...8 tahun lps tnm baru aku quote:D

tawkeyestate
26-04-2009, 01:24 PM
sy bukan bro. :D budak kecik ja ni. x start mana2, blaja pon lum abis lagi. dulu masa praktikal d tawau di satu agroforestry punya tempat ada tengok diorang buat intercrop gaharu tu dgn spesis2 herba hutan tu. Misai kucing punya teh pun skrg sudah produce. hutan tebal jugak kwsn tu.

tawau kat mana yg buat intercrop gaharu dgn herba, blh aku usha2 apa cerita dia skrang..:D

faris07
26-04-2009, 01:26 PM

bole pakai ke lu punya ckp bro. kat sini kitaorg pakai cakap master rhoma irama jer:))

irama
26-04-2009, 01:31 PM
jgn main hentam keromo je bro... study dulu.

bila masa sesuai yg sesuai utk buat intercropping, baper tahun umur pokok boleh dpt payung yg sesuai? :-?

ni msh studylah ni bang. sorry kalau tak betul. org pun baru balajar herba ini sem. x cukup ilmu lagi. yg org tau itu herba dgn pokok gaharu yg lifespan dia lebih lama drp herba sesuai tuk relay intercropping. psl payung2 tu sila kaji sendirik lifespan spesis2 yg hendak ditanam ya. :p ok sekian.

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 01:37 PM
beto bro...8 tahun lps tnm baru aku quote:D
lepas 8 tahun macam2 boleh jadi bro :D

faris07
26-04-2009, 01:38 PM
kita tengok la nanti :D

bro,jgn pandang rendah org lain. lu tau gua sapa? kalau lu mau tau sapa gua,lu pegi pejabat tabung haji kat jln tun razak lu tanya bole dpt sikit maklumat tak. lu ckp lu mau tahu nama pendeposit RM1,000,000 di Pahang. dlm phg ini satu org saja. lu sudah dpt itu maklumat,dia punya nama pun lu sudah dapat nanti gua emel lu itu org punya buku bank. lu tgk itu nama ada sama ke tadak sama. kalau lu tak puas hati lagi gua bole tunjuk lu itu buku tabung haji original punya. tapi gua ingat kalau lu bole sampai itu pejabat tabung haji pun gua bole tabik spring lah.

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 01:40 PM
bole pakai ke lu punya ckp bro. kat sini kitaorg pakai cakap master rhoma irama jer:))
takde la master bro... yg tak betul kita tegur :D

ajaran sesat bahaya

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 01:42 PM
bro,jgn pandang rendah org lain. lu tau gua sapa? kalau lu mau tau sapa gua,lu pegi pejabat tabung haji kat jln tun razak lu tanya bole dpt sikit maklumat tak. lu ckp lu mau tahu nama pendeposit RM1,000,000 di Pahang. dlm phg ini satu org saja. lu sudah dpt itu maklumat,dia punya nama pun lu sudah dapat nanti gua emel lu itu org punya buku bank. lu tgk itu nama ada sama ke tadak sama. kalau lu tak puas hati lagi gua bole tunjuk lu itu buku tabung haji original punya. tapi gua ingat kalau lu bole sampai itu pejabat tabung haji pun gua bole tabik spring lah.
takde la pandang rendah pun... title tak menjanjikan apa2, duit masing2 punyer...

irama
26-04-2009, 01:42 PM
tawau kat mana yg buat intercrop gaharu dgn herba, blh aku usha2 apa cerita dia skrang..:D

sorry alamat penuh x igt. erm..gi search kat area Balung, Tawau. cr yg buat agroforestry jak. Sudah 2 thn lebih x p sana ntah apa crita.

bole pakai ke lu punya ckp bro. kat sini kitaorg pakai cakap master rhoma irama jer:))

ntah la, org tak paksa pun pakai. ok tamau masuk da thread ni. :p

jebatderhaka77
26-04-2009, 01:43 PM
direct question needs direct answer. plain n simple. takyah gado2. org tgk dr luar.:)

tawkeyestate
26-04-2009, 01:46 PM
sorry alamat penuh x igt. erm..gi search kat area Balung, Tawau. cr yg buat agroforestry jak. Sudah 2 thn lebih x p sana ntah apa crita. :p

tu la masalahnya... sudah 2 thn tak tau apa cerita, so jadi ke tak intercrop tu...:))

faris07
26-04-2009, 01:47 PM
lepas 8 tahun macam2 boleh jadi bro :D

bro,lu kena tuning sikit lu punya allignment. lu punya otak punya allignment. budak sekolah tu bagi opinion jer. jgn kasi mati org punya minat. lu punya Barisan Nasional protokol government khows best sudah tak bole pakai. so gua advice jgn buang masa org kat sini. apa lu punya problem gua pun tk faham sebab sini forum org bagi dan share opinion bukan mahkamah seksyen. lu mahu jatuh hukum sama semua org apahal?? lu kalau sakit lu pegi berubat,ok bro?

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 01:50 PM

tadak hal la bro... aku sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman. Banyak soklan aku tu ko tak jawab lagi. Bukan niat nak menjatuhkan ko. Tapi kalau soklan macam tu pun takleh nak jawab camner bro... simple je

faris07
26-04-2009, 01:55 PM
sorry alamat penuh x igt. erm..gi search kat area Balung, Tawau. cr yg buat agroforestry jak. Sudah 2 thn lebih x p sana ntah apa crita.

ntah la, org tak paksa pun pakai. ok tamau masuk da thread ni. :p

jgn patah semangat bro. menyebarkan ilmu tu jihad. teruskan walaupun mcm bro tgk sendiri mcm2 halangan bukan dari org luar tapi dari dlm sendiri. salah sikit sebanyak sana sini tu adatlah kita manusia

irama
26-04-2009, 01:57 PM
tu la masalahnya... sudah 2 thn tak tau apa cerita, so jadi ke tak intercrop tu...:))

jadi yg dia produced siap patternkan misai kucing dalam kotak tu hape? adeh. k la ye..minta maap klu buat x sng hati. :)) k salam

*blah

irama
26-04-2009, 02:08 PM
eheh...dah la...tu encik rhoma tu byk tanya sbb memang peting pon tau kesahihah apa2 pun. bertanya mcm tu x slh.

td ada gogle sikit cari psl agroforestri balung tu. x byk info dpt. tp tu pun selit dlm article universti jak. info tara byk. (mungkin saja x mo share ilmu kot..pemiliknya orang kaya yg memang strategik gak) :)) ni linknya.

http://kinabalu.ums.edu.my/mgfep_gtz/issue/fepnewsletter03&042007.pdf
article tu pun tak best sgt sbb kod student kitaorang bkn HG23, tp 34. hahah!

ok la selamat utk agriculturist! :D

PulunSakan
26-04-2009, 02:21 PM
TT ada sikit sikap eks n rasa bangga diri.
org tanya simple question, jauh dia pusing,
sampai ke Barisan Nasional, Tabung Haji, dll.

kurang kan hanky panky tu, direct to the point jer,
b profesional sikit:D

aku pun nak tau jugak lebih maklumat pasal projek ni. minat gak ni. tp kalu dah cam ni.......... tak tau nak cakap apa la...... bye...... kalu ada perubahan aku masuk balik....

faris07
26-04-2009, 02:45 PM
tadak hal la bro... aku sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman. Banyak soklan aku tu ko tak jawab lagi. Bukan niat nak menjatuhkan ko. Tapi kalau soklan macam tu pun takleh nak jawab camner bro... simple je

bukan tknk jwb @ takde jwpn sebenarnya jwpn tu ada pada previous pages, masalahnya sifat semulajadi manusia MALAS. lgpun thread ni lebih kpd nk bagi peluang org melayu yg takde tanah boleh ada tanah sendiri. jadi jgnlah thread jadi mcm mahkamah seksyen pulak. aku ada soalan TT kena jwb walaupun jwpn aku dah bagi. aku penah go thru satu thread <> 70 muka 1 by 1 sebab aku taknk buang masa org jwb mende yg sama. thread ni pun kalau ikut hampir semua posting aku reply. soalan mcm kursus kena byr ke tak, anak aku nk beli coklat 2 bijik kat kedai apek pun tau nk kena ada duit. tanya aku pasal inokulan,kalau aku kontr sekalipun tak berani nk quote skrg. buatnya kos 8 tahun akan dtg pegi sekali ganda kang ckp aku tipu pulak. tapi kang aku dah ckp ada tauke sanggup ambik RM10-RM15 sekilo SEKARANG kalau lapan thn lg pegi sampai RM20 sekilo bonuslah. takan sebatang pokok takde 50 kg kot? kos baru berapa? tnh korang punya lg. common sense la bro

faris07
26-04-2009, 02:49 PM
TT ada sikit sikap eks n rasa bangga diri.
org tanya simple question, jauh dia pusing,
sampai ke Barisan Nasional, Tabung Haji, dll.

kurang kan hanky panky tu, direct to the point jer,
b profesional sikit:D

aku pun nak tau jugak lebih maklumat pasal projek ni. minat gak ni. tp kalu dah cam ni.......... tak tau nak cakap apa la...... bye...... kalu ada perubahan aku masuk balik....

bro ada RM6k anytime boleh buat u-turn

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 02:57 PM
aku ikut thread ni dr awal la bro... ada lg soklan yg ko tak jawab bro... aku tolong la listkan soklan yg ko tak jawab tu :D... mungkin ko terlepas pandang :-?

1 ekar 1000 pokok. Berapa jarak antara pokok?
kenapa contractor amik upah untuk cuci kawasan mahal sgt sampai rm2000 seekar. Apa machine pakai bro? Excavator, bulldozer, backhoe?
kursus tu kene bayar ke. Baper rege kursus bro? Baper ari kursus bro? Lokasi kursus kat mana bro?

soklan baru

tolong bg nama atau nama syrarikat contractor yg akan buat cuci kawasan tu.
sapa yg akan buat proses inokulan bro? tolong bg nama atau nama company
ko pernah tanam ke gaharu ni bro?
pesal ko amik 5 ekar je bro?

faris07
26-04-2009, 03:05 PM

mcm gua ckp tadi,gua dah malas buang masa dgn lu bro

faris07
26-04-2009, 03:10 PM
Salam, kalau ada yg berminat untuk memiliki tanah khususnya utk. projek tanaman gaharu ada 3,000 ekar di Batu Talam, Raub, Pahang. Pemilikan minima 1 ekar. Harga RM6,000 seekar. Pajakan 60 tahun. Boleh kalau nak tanam pokok hutan lain tapi eloknya tanamlah pokok jutawan tu. Seekar boleh tanam 1,000 batang pokok. Boleh kongsi dengan anak beranak apa ke. Anak pokok pun tak sampai RM20 sepokok. Apa2 boleh je call, sms, emel atau PM

0189020617
farishaziq07@yahoo.com.my
Yahoo Messenger : fauzee07

En. Rhoma Irama
26-04-2009, 03:20 PM
mcm gua ckp tadi,gua dah malas buang masa dgn lu bro
aku nak beli tanah tu la bro... pesal ko ckp aku buang masa bro? :D

... aku sebagai prospect, prospect bertanyakan soklan, ko taknak jawab bro... lari la prospect ko bro :D

tolong la jawab bro :((

faris07
26-04-2009, 03:24 PM
thread lebih bertujuan untuk membolehkan pemilikan tanah dikalangan org melayu. tanaman gaharu adalah satu cadangan namun sebarang tnmn hutan lain turut dibenarkan. Rosyam Nor tanam tongkat ali. jadi hrp threader2 dpt. lihat dari skop yg lebih jelas tujuan thread ini.TK

bujal38
26-04-2009, 03:42 PM
aku ikut thread ni dr awal la bro... ada lg soklan yg ko tak jawab bro... aku tolong la listkan soklan yg ko tak jawab tu :D... mungkin ko terlepas pandang :-?

1 ekar 1000 pokok. Berapa jarak antara pokok?
kenapa contractor amik upah untuk cuci kawasan mahal sgt sampai rm2000 seekar. Apa machine pakai bro? Excavator, bulldozer, backhoe?
kursus tu kene bayar ke. Baper rege kursus bro? Baper ari kursus bro? Lokasi kursus kat mana bro?

soklan baru

tolong bg nama atau nama syrarikat contractor yg akan buat cuci kawasan tu.
sapa yg akan buat proses inokulan bro? tolong bg nama atau nama company
ko pernah tanam ke gaharu ni bro?
pesal ko amik 5 ekar je bro?

bagus soalan ni. soalan soalan ni jugak saya akan tanya kalau saya nak melabur.
jgn kasar sangat bahasa tu en faris07. skarang ni macam macam kes penipuan dah kita dengar dan lihat di akhbar dan tv. menakutkan......siap ada hitam putih paperwork etc lagi.
wallahualam.....

CikSukan
26-04-2009, 04:03 PM
kos satu pokok katakanlah maksima RM20 sepokok termasuk kos upah tanam (kalau beli kuantiti bole dpt murah lagi)x 1,000 pokok = RM20,000 ,kos cuci kwsan seekar kontraktor caj RM2,000. Berkenaan tempoh matang dan pulangan keuntungan sila rujuk keterangan dibwh

FAKTA DARI VIETNAM
Harga minyak gaharu bagi 20 pohon pokok gaharu (karas) yang diproses akan menghasilkan 1 liter minyak harga USD45,000 /liter.
Oleh itu, harga 1 pokok gaharu selepas dirawat (umur 6 8 tahun) ialah
USD45,000 = USD 2,250 POKOK
20 POKOK
SEKIRANYA USD 1 = RM 3.50
HARGA 1 POKOK = RM 3.50 X 2,250 POKOK = RM 7,875.00
Dalam 1 ekar tanah boleh ditanam 800 1000 pokok. Oleh itu hasil bagi 1 ekar ialah
RM 7,875.00 x 1000 = RM 7,875,000.00
:)cgrock

Boleh bagi paper work tak? upload kat rapidshare ke then bagi link sini. Antara soalan2 saya untuk thread tuan
1.Membeli lot tanah (saya faham macam tanam modal) dan usaha menanam pokok dijalankan oleh kontraktor. Ada profile kontraktor? Camna kita nak tahu dia boleh perform tak menyeleweng sebab masa ni bertahun nak dapat hasil.

2.Adakah tanah tu gran atas nama kita? Kalau ya Ada option tak untuk dicagarkan tanah tu kat Bank?

3.Camna kalau pokok tu mati? Replacement sapa tanggung kos?

4.Adakah harga dia mengikut pasaran atau boleh lock? Contoh eh dulu heboh orang tanam pokok sentang dan jati emas. Apa yg I nampak takda lagi yang kaya raya jadi Tokey balak tolak jati emas diorang seperti apa yg diberitahu 15 tahun yg dulu- Ni kes I tengok kat Muar Johor my uncle usahakan ni.

5.Adakah harga tu tanah sahaja tidak termasuk infra macam pengairan, access road dan sebagainya.

Sekian terima kasih :)

faris07
26-04-2009, 04:28 PM

1,3&4 Pecah lot dibuat atas nama pembeli melalui perjanjian peguam. Tnm gaharu option shj bukan kemestian. RM6k untuk tnh shj

2. Lawyer agreement. Tak boleh cagar

4. Kalau tnm gaharu...see below but no guarantee

Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran

Ada lagi 80% pasaran yg belum terisi. Penakrifan oleh badan a/bangsa. Pasal sentang n jati emas havoc dicipta oleh jabatan pertanian. ribut dlm cawan

5. Setiap ekar termasuk akses road

TQ 4 ?

CikSukan
26-04-2009, 04:33 PM

OK Terima kasih dan saya tak berminat untuk bertanya lagi selepas ni.

faris07
26-04-2009, 04:34 PM
kalau dah dpt paperwork pasal gaharu tu i will inform all. threader yg ada link towards it... welcomed

faris07
26-04-2009, 04:36 PM
OK Terima kasih dan saya tak berminat untuk bertanya lagi selepas ni.

its ok, tiada paksaan.

PulunSakan
26-04-2009, 04:49 PM
aku ikut thread ni dr awal la bro... ada lg soklan yg ko tak jawab bro... aku tolong la listkan soklan yg ko tak jawab tu :D... mungkin ko terlepas pandang :-?

1 ekar 1000 pokok. Berapa jarak antara pokok?
kenapa contractor amik upah untuk cuci kawasan mahal sgt sampai rm2000 seekar. Apa machine pakai bro? Excavator, bulldozer, backhoe?
kursus tu kene bayar ke. Baper rege kursus bro? Baper ari kursus bro? Lokasi kursus kat mana bro?

soklan baru

tolong bg nama atau nama syrarikat contractor yg akan buat cuci kawasan tu.
sapa yg akan buat proses inokulan bro? tolong bg nama atau nama company
ko pernah tanam ke gaharu ni bro?
pesal ko amik 5 ekar je bro?

aku pun nak tau gak.
rasanya semua yg nak melabur tu mesti nak tau.

pasal harga cuci tanah rm2000/eakar tu amat mahal,
aku pun nak sub kontrak kerja cuci hutan tu,

kalu cuci hutan ni boleh buat free la bro,
silap2 boleh dapat duit lg bukan keluar duit.

melainkan syarikat yg ko nak pajak pajak tanah tu dah clearkan hutan tu awal2. kira nak kena cuci mangkuk la ni.

faris07
26-04-2009, 04:56 PM

2k tu anggaran saja.kalau ada yg buat murah dari tu...go ahead

faris07
26-04-2009, 05:05 PM
cuci mangkuk kalau kwsn balak. ni bkn kwsn balak.

salmiah_salim
26-04-2009, 05:27 PM
hmm very interesting, saya tunggu paperwork dari awak.

faris07
26-04-2009, 05:28 PM
kwsn ni penuh dengan semak samun je. mmg nk kena upah kontr/org utk bersih kwsn

faris07
26-04-2009, 05:31 PM
hmm very interesting, saya tunggu paperwork dari awak.

coming soon. dah ada tnh ke cik kak?:)

salmiah_salim
26-04-2009, 05:33 PM
belum lagi, kalau ur paperwork okay and everything checks out, boleh beli dari awak terus. tengok lah dulu k

faris07
26-04-2009, 05:45 PM
belum lagi, kalau ur paperwork okay and everything checks out, boleh beli dari awak terus. tengok lah dulu k

ok. will revert then. TK

Saniboy
26-04-2009, 07:23 PM
ok. will revert then. TK

Salam bro. . .kalau ada apa2 good news PM saya

Tq

faris07
26-04-2009, 07:35 PM
Salam bro. . .kalau ada apa2 good news PM saya

Tq

roger bro:)

PulunSakan
30-04-2009, 02:00 PM
apa cite yg terbaru.... nak tau gak ni..:-?

kancil biru
30-04-2009, 04:25 PM
ermmm menarik nie.. kalau nk pajak tanah ja..tp x nk buat apa apa lagi leh x?

faris07
02-05-2009, 03:52 PM
ermmm menarik nie.. kalau nk pajak tanah ja..tp x nk buat apa apa lagi leh x?

no problem. kalau utk 60 thn tu nk buat **** jek pun takde hal. sebab tnh tu korang punya:)

faris07
02-05-2009, 05:10 PM
apa cite yg terbaru.... nak tau gak ni..:-?

itula. akupun tk leh buat apa. kalau habit bertangguh dah jadi budaya nk buat camana. aku nk bagi peluang org kita yg blm ada tnh, boleh ada tnh. skrg banglo lot pun dah puluh ribu. baru berapa ribu kaki persegi. ini rm6k satu ekar. seekar 43,560 kaki. lot banglo aku kat kuantan pun dah RM10 sekaki. nasib baik masa ada duit itu hari aku beli

thariq_shahalam
09-05-2009, 03:43 PM
ok. will revert then. TK

Salam faris07,

Dah ada paperwork ke? Saya agak berminat dengan gaharu ni.

faris07
10-05-2009, 07:13 AM
Salam faris07,

Dah ada paperwork ke? Saya agak berminat dengan gaharu ni.

sebenarnya utk thread ni lebih kepada pemilikan tanah bro. gaharu just another ideal. tapi ada kursus mengenai gaharu yg u boleh join kalau minat:)

faris07
10-05-2009, 10:07 AM
Kertaskerja secara ringkas. Nak tahu lebih kena ambik kursus lah ya

Anggaran Kos Penanaman dan Anggaran Pendapatan Tanaman Gaharu
Anggaran Kos Permulaan Penanaman bagi Seekar Tanah

1)Membersih tanah- RM500.00
2)Anak Pokok ukuran 2 kaki tinggi (RM10.00 x 430 pokok)- RM4300.00
3)Baja C.I.R.P (RM0.50 x 430 ketul)- RM215.00
4)Kos penanaman (RM1.00 x 430 pokok)- RM430.00
5)Sistem siraman (anggaran polypaip untuk seekar)- RM3500.00
6)Kayu penegak / buluh (RM0.50 x 430 batang)- RM215.00

JUMLAH- RM9,160.00

Anggaran Kos untuk 7 tahun Seekar Tanah

1)Kos penanaman awal- RM9,160.00
2)Pembajaan C.I.R.P (3 x 3 tahun x RM0.50 x 430 pokok)- RM1,935.00
3)Penjagaan / pembersihan kawasan (RM 200 x 7 tahun)- RM1,400.00
4)Kos suntikan/ inducement pada tahun ke - 5 (RM50 x 430 pokok)- RM21,500.00
5)Kos penebangan pokok dan kutipan hasi- RMl3,500.00
6)Lain-lain kos (pagar / jagaan dsbnya)- RM5000.00

JUMLAH- RM43,495.00

GAHARU – Anggaran Hasil

Anggaran hasil minimun RM 1,000.00 sepokok.

Seekar (430 pokok)
- 100% RM 430,000.00
- 80% RM 344,000.00
- 50% RM 215,000.00

Mr.Zapa
11-05-2009, 02:06 AM
yang saya dengar ada injections bila pokok capai usia 3tahun..
sekali inject untuk satu pokok RM200..
betul ke?n mcm mane dengan kesan die pada pokok?

faris07
11-05-2009, 05:36 AM
cuba baca info saya baik2. info yg u dpt tu dari sumber mana?

blackj
11-05-2009, 10:19 PM
lot untuk bumi saja ke?? nak wt rumah walet blh ke??

faris07
11-05-2009, 10:27 PM
lot untuk bumi saja ke?? nak wt rumah walet blh ke??

open title. bole buat rumah walit tapi cover line la sikit bro. jgn obvious sgt:)

ulam
12-05-2009, 07:46 AM
Skrg nie x ada modal lg, insyallah bila ada modal nanti leh dipertimbangkan projek nie.. :))

arulgit
12-05-2009, 08:40 AM
1,3&4 Pecah lot dibuat atas nama pembeli melalui perjanjian peguam. Tnm gaharu option shj bukan kemestian. RM6k untuk tnh shj

2. Lawyer agreement. Tak boleh cagar

4. Kalau tnm gaharu...see below but no guarantee

Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi dan bekalan hanya memenuhi 20% daripada permintaan pasaran

Ada lagi 80% pasaran yg belum terisi. Penakrifan oleh badan a/bangsa. Pasal sentang n jati emas havoc dicipta oleh jabatan pertanian. ribut dlm cawan

5. Setiap ekar termasuk akses road

TQ 4 ?

apesal tanah tu tkleh cagar?kate tanah tu jd milik kita?

faris07
13-05-2009, 01:14 AM
apesal tanah tu tkleh cagar?kate tanah tu jd milik kita?

adus...tanah felda kalau bole jual, sekeping geran dah takde skrg milik peneroka. tanah ni kerajaan sekat sebab mmg dah masak perangai org melayu

faris07
13-05-2009, 01:25 AM
Skrg nie x ada modal lg, insyallah bila ada modal nanti leh dipertimbangkan projek nie.. :))

pakat kongsi anak beranak @ adik beradik:)

faris07
17-05-2009, 11:54 AM
buat setakat ni belum ada yg minat nk beli tnh ni...huhuhu

faris07
19-05-2009, 01:52 AM
aku frust gak tgk kurang kesungguhan org melayu pada pemilikan tanah bagi tujuan pertanian

haziq07
03-06-2009, 04:33 AM
org melayu belum nmpk permasalahan 20 tahun akan dtg. pelan tun razak bagi pemilikan tanah kpd org melayu menerusi FELDA telah berjaya

ayoi82
14-06-2009, 11:29 AM
Kertaskerja secara ringkas. Nak tahu lebih kena ambik kursus lah ya

Anggaran Kos Penanaman dan Anggaran Pendapatan Tanaman Gaharu
Anggaran Kos Permulaan Penanaman bagi Seekar Tanah

1)Membersih tanah- RM500.00
2)Anak Pokok ukuran 2 kaki tinggi (RM10.00 x 430 pokok)- RM4300.00
3)Baja C.I.R.P (RM0.50 x 430 ketul)- RM215.00
4)Kos penanaman (RM1.00 x 430 pokok)- RM430.00
5)Sistem siraman (anggaran polypaip untuk seekar)- RM3500.00
6)Kayu penegak / buluh (RM0.50 x 430 batang)- RM215.00

JUMLAH- RM9,160.00

Anggaran Kos untuk 7 tahun Seekar Tanah

1)Kos penanaman awal- RM9,160.00
2)Pembajaan C.I.R.P (3 x 3 tahun x RM0.50 x 430 pokok)- RM1,935.00
3)Penjagaan / pembersihan kawasan (RM 200 x 7 tahun)- RM1,400.00
4)Kos suntikan/ inducement pada tahun ke - 5 (RM50 x 430 pokok)- RM21,500.00
5)Kos penebangan pokok dan kutipan hasi- RMl3,500.00
6)Lain-lain kos (pagar / jagaan dsbnya)- RM5000.00

JUMLAH- RM43,495.00

GAHARU Anggaran Hasil

Anggaran hasil minimun RM 1,000.00 sepokok.

Seekar (430 pokok)
- 100% RM 430,000.00
- 80% RM 344,000.00
- 50% RM 215,000.00

good info bos...

ada sikit nak tanya..

1. harga rm6000 seekar tu termasuk kos sukat tanah n buat geran sementara ke?

2. apa akan jadi selepas 60 thn pajakan tu?

3. setakat hari ni berapa ekar lagi tinggal?

4. 3000 ekar ni under projek kerajaan negeri utk bangunkan sektor pertanian ke?

eapui
14-06-2009, 11:50 AM
gharu,mas cotek, tongkat ali, hempedu bumi mana nak dapat anak benih?

ada sape2 tahu..