BTC USD 84,194.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Keunggulan Ilmu Dalam Tamadun Islam

decalXsia

Super Active Member
Messages
5,492
Joined
Jun 25, 2008
Messages
5,492
Reaction score
100
Points
73
A.Dorongan Dan Semangat Iqra
Ayat 1-5 dari surah al-a'laq mempunyai kesan terpenting bagi perkembangan ilmu falsafah tabii dan sains islam. Ayt ni juga merupakan ayat pertama diturunkn kpd Nabi Muhammad saw seterusnya baginda dilantik menjadi rasul. Terdapat 4 sebb utama mengapa ayat2 tersebut menjadi begitu penting:
1. Ia mmpunyai perintah iqra' (baca,kaji,belajar). Bermakna bermulanya penguasaan ilmu ialah dengn mmbaca,mengkaji dan belajar.
2. Dlm ayt2 tersebut bukn shaja mmpnyai mklumat metafizik yg mnegaskn manusia diciptakn oleh Allah bahkn mempnyai maklumat biologis mngenai permulaan penciptaan manusia. Kedua2 mklumt biologis dan metafizik tersebut diberi serentk dlm 1 ayat seolah2 untuk menndakn betapa pentingnya ilmu metafizik yg betul dan maklumat saintifik yg tepat bagi org2 muslim.
3. Ia mnegskn tntng kpntingn dan perann utama Qalam (pena) bagi pembangunn umat islam. Dengn erti kata lain,pembangunn intelektual haruslah mnjadi teras kpd pmbangunn umat islam.
4. Ia mnegskn bhwa asas kehidupan dan peradaban ialah pengajajarn & pembelajaran, dan mahaguru yg mutlak adalh Allah Azza wa Jalla.

Dorongn & semnangt iqra ini telh mncelekkn umat islam kpd kpntingn ilmu. Mereka mnghargaai khazanah pngetahuan yg ada pada tamadun semasa dan tamadun yg lmpau seperti tamadun mesir,yunani,parsi,Hindi, dan Nasrani. Kebanykkan bangsa seperti Nasrani Nestorian dan parsi telah mmpunyai budaya intelektual yg agak ke depan. Ditambah pula dengn perluasan kuasa dan wilayah islam telah mnyebbkn budaya ilmu islam meluas sehingga luar tanah arab.

B. Peranan Tokoh2 Pemerintah
Pemerintah memainkan perann yg sangt penting dalm pembangunn ilmu dalm tamadun islam. Perann mereka dapt dilihat dengn terbinanya intitusi pengajian,pusat terjemahan,pusat cerapan dan pusat kesihatan. Institusi dan pusat2 tersebut ditaja dan dibiaya dengan sepenuhnya oleh pemerintah demi mementingkn pembangunn rohani dan jasmani rakyat jelata ketika itu.
• Institusi pendidikan.
Masjid menjadi pusat pembangunn intelektual terawal utama pada ketika itu. Lama-kelamaan masjid ini bertukar mnjadi pusat pendidikn yang dinamakn Maktab. Dalm mkna asalnya maktab boleh disamakan dengn sekolh rakyat atau sekolh rendh untuk mmpelajari cara menulis dan membaca bagi peringkat permulaan. Dari aspek pendidikan sains dan falsafah tabii,kepentingan maktab tersebut adalh kerana disitulah sikap pertama terhadap kajian alam tabii dibina dan beberapa asas metafizik tabii atau teologi tabii dibereskan sebelum seseorang pelajar itu meneruskan kajiannya ke peringkat yg lebih tinggi.
Kemudian peringkt yg seterusnya ialah kolej-masjid. Dalam kamus biografi Yaqut telah diriwayatkan tentang beberapa kolej-masjid yang terkenal,antaranya Kolej al-kisa’i. kolej ini menawarkan pengajian al-Quran,nahu dan Leksikografi (ilmu mmbuat kamus)
Abu n-Najm Badr (m.d 1015) dilantik menjadi gabenor jajahan timur Islam oleh Khalifah al-Qadir (memerinth antara 991-1031) pada tahun 979. Semasa pemerintahn beliau telh terbina 3000 kompleks masjid-khan atau dinamkan kolej-masjid berasrama (ibn Kathir,354). Ini memudhkn pelajar yg berasal dari jauh untuk menntut ilmu.
Pertumbuhn pesat institusi pengajian ini banyak bergantung kpd institusi waqaf dlm islam. Intitusi2 ini dapt mmbiayai gaji guru2,hakim dan ulamak yg mngelolakan institusi tersebut. Dengn ini para pelajar tidk perlu mmbayr sebarng yurn pengajian atau upah kpd guru. Dalm konteks semasa,waqaf boleh disamakan dengn dermasiswa.
• Pusat terjemahan
Pusat terjemahn yang paling agung ialah Baitul Hikmah yg dibina di Bagdad semasa pemerintahn khalifah al-Ma’mum sekitar 815 masehi. Penyelenggaraannya termasuk gaji & kos penyelidikan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Aktiviti akademik dan ilmiah utama yg dijalankn di sana ialah terjemahan buku-buku ilmiah daripada bahasa lain kepada bahasa arab. Kemudian buku2 yg diterjemahkn akan disalin untuk mnjadi bahn rujukn ditempat lain termasuk daerah jajahn islam yg lain. Aktiviti ini sangt dititikberatkn supaya rakyat jelata dapt menguasi dan memahami ilmu dengn mudah seterusnya dapt memnfaatkn ilmu itu demi kemajuan bersama.
Perlu diingat,pada ketika ini masih lagi wujud tamadun-tamadun lain yang maju seperti Rom dan Parsi. Yang mana tamadun ini dikuasai oleh org kafir. Walaubagaimanapun ketika itu sentimen agama hampir tidak wujud yang mana org2 kafir dan org2 islam dapt bekrjasama dalm mmbangunkn ilmu dalm tamadun islam. Contohnya Yuhanna bin Masawih seorng nasrani yang pakar dlm perubatn dan falsafah telah dilntik oleh al-Ma’mum mnjadi ketua pertama Baitul Hikmah.
• Pusat Cerapan
Pusat cerapan disepakati oleh sejarawan sains sebagai tempat bermulanya tradisi sains islam. Ia bukn sahaja tmpat cerapan bagi mngumpul data2 astronomi, tapi juga makmal,perpustakaan,tmpat latihan dan “university astronomi” yg unggul.
Syamasiah ialah pusat cerapan pertama yg dibina di bagdad pada 828 masehi di bawh pemerinthan al-Ma’mum. Dua orang ahli astronomi yg terkenal yang bertugas di pusat tersebut ialah Muhamma ibn Musa al-Khawarizmi (seorng tokoh matematik terkenal) dan Fadl ibn al-Naubakht.
Pusat cerapan mnjadi satu institusi yg sangt penting dlm pembngunn ilmu islam adalh kerana ilmu astronomi sangt diperlukan dlm beberapa ibadah wajib seperti haji dan puasa ramadhan.

Kesimpulannya kemajuan ilmu dlm tamadun islam ini banyak didorng oleh keimanan yng kuat terhadap perintah Allah di dalm al-Quran yang mana penguasaan ilmu oleh orang2 islam ketika itu banyak bertunjangkn ayat-ayat al-Quran disebabkan mereka memahami al-Quran dengn baik. Mereka menguasai ilmu hanya untuk kebaikan bersama tanpa ada unsur permusuhan dan keganasan. Peranan tokoh2 pemerintah sangat2 penting dalam pembangunn ilmu dalm tamadun islam kerana merekalah yang menntukan dasar sesebuah kerajaan. Oleh sebb mereka menghayati ajaran islam dengn sempurna,mereka melaksanakn dasar2 yang semata-mata untuk kemajuan umat islam. Bukan kemajuan diri sendiri serta kroni2.
Oleh itu marilah kita bersama mnghayati bagaimana islam pernah mengungguli pelbagai bidang ilmu satu masa dahulu. Supaya kita dapat mngmmbil manfaatnya dan bukn sebagai tatapan sahaja.
Kalau diikutkan sebenarnya banyak sumbangan umat2 islam dahulu terhadap pembangunn ilmu sekarng ini. Tapi cukuplh sekadr ape yg paling penting ku nukilkn disini..
 
sesungguhnya sudh terang lg bersuluh ajaran islam itu adalh mmbawa kebahagiaan dan kesejahteraan sejagat.
tetapi disebbkn cinta kpd dunia semata2,umat islam makin mndur dan diratah maruahnya dengn rakus...
 
Sesungguhnya sudah terang lagik bersuluh AlQuran adalah ibu, punca, mata air segala ilmu didunia.. AlQuran jugaklah jalan membawa keluar dr belenggu kebongokkan.. Namun skrg, ianya berfungsi hanya utk dibaca n hampir taboo kalo dibaca ditempat2 umum.. Tidak mustahil umat islam masih mundur n diratah maruahnya..
 
Back
Top
Log in Register