PDA

View Full Version : Berkahwin Berlainan Rhesus : Rhesus +ve VS Rhesus -ve

mazuki
30-03-2009, 01:53 AM
Sebagaiman yang pernah saya belajar bio suatu ketika dulu...

apabila perkahwinan berlainan rhesus ini akan menyebabkan masalah kepada kandungan..

Jika :

lelaki Rhesus -ve perempuan +ve = tiada masalah kepada kandungan
lelaki Rhesus +ve perempuan -ve = Akan berlaku masalah kepada kandungan

ini yang ingin dibincangkan...

Apabila perempuan rhesus -ve berkahwin dengan lelaki rhesus +ve akan berlaku masalah kepada kandungan. Untuk kandungan pertama kebiasaan tiada masalah tetapi masalah akan timbul pada kandungan seterusnya.

Jadi ini bermakna jika lelaki +ve berkahwin dengan perempuan rhesus -ve akan dapat anak tunggal je la...

Persoalan : Adakah masalah ini dapat diatasi pada zaman moden ini??:-?

itikjuah
30-03-2009, 02:21 AM
rhesus tu apa daa?

kozu
30-03-2009, 03:07 AM
mcm penah dengar tp istilah lain dia pakai..

ujian...ujian aper tah..

mazuki
30-03-2009, 01:36 PM
kan kalau kita cek darah katakan jenis darah kita B mesti kat belakang tu doktor akan tulis B+ atau B-

the_ultimatez_najman
30-03-2009, 01:39 PM
x paham..hahha

Norfazli
30-03-2009, 01:40 PM
ni kena buka buku medical ni.
dah lupa belajar dulu :-?

drakefx
30-03-2009, 01:54 PM
rhesus tu apa ek..aku pn x tau

mazuki
30-03-2009, 06:27 PM
rupanya ramai yang tak tau pasal mnde nie ek...

jap aku cari artikel pasal rhesus ni...

sebenarnya ni penting untuk kita semua tahu...

NaZa
30-03-2009, 06:35 PM
First of all, the terms Rhesus positive and Rhesus negative are now, more frequently, being described as Rh(D) positive and Rh(D) negative. This section should hopefully explain why the transition has become necessary and, also, provide basic information about the Rhesus factor. Although the initial thought of reading through this may seem daunting, you may prefer to come back to it if you encounter any information which needs reinforcing. Alternatively, for an adequate understanding that can be applied to the other sections, skip to the end of the detailed section and read the simplified explanation below.

PLEASE NOTE: A Rh(D) positive woman would never produce an antibody against a Rh(D) negative child, as positive blood does not produce `anti-d` - there is no anti-Rh(d).

A person is Rh(D) negative if they have inherited a d gene from each parent (d/d).

A person is Rh(D) positive if they have inherited either of the following:

- a D gene from each parent (D/D)

- a D from one parent and a d from the other (D/d or d/D)

Therefore, it is possible to have a Rh(D) negative child if the mother is Rh(D) negative and the father Rh(D) positive. The father may have inherited both a D and d and it is possible that the baby could inherit the negative d gene from him. As Rh(D) negative woman definitely possess two d genes, the baby would inherit one of these from her - this combination would produce a negative child (d/d).

If the father possesses two D genes, the baby will definitely inherit a positive from him, together with the Rh(D) negative gene (d) from the mother. This combination will produce a Rh(D) positive child.

PLEASE NOTE: If a Rh(D) negative woman is absolutely certain that her partner is also Rh(D) negative, they will surely produce Rh(D) negative offspring and the baby will not be affected by Rh(D) problems, even if the mother already carries Rh(D) antibodies from a previous pregnancy or miscarriage with another partner or as a result of a transfusion using positive blood cells.

Even though both the d and D gene are referred to here, the term Rh(D) does indicate that the d gene is not really the issue here - the test performed is to determine the presence or lack of the D gene:

If a blood test shows that you do not possess the D gene, you are described as Rh(D) negative.

If this gene is found to be present, you will be described as Rh(D) positive.

So, for example:

If your blood type is B Rhesus positive (B+), the more accurate way of describing this is B Rh(D) positive (D gene is present).

If your blood type is A Rhesus negative (A-), it would be described as A Rh(D) negative (D gene is not present).

So, we can now see that if you possess the D gene and are, therefore, Rh(D) positive, your blood will contain the D antigen which stimulates Rh(D) negative blood into producing antibodies (anti-Rh(D)) against it.

At the risk of complicating this subject even more - a man who has inherited both positive factors (D/D) would be described as being Homozygous - meaning that every one of his sperms must contain the D gene. If a he has both (D/d or d/D) he would be described as being Heterozygous - meaning that 50% of his sperms contain the D gene and 50% contain d.

more info
http://www.childbirthsolutions.com/articles/preconception/rhesus/index.php

mazuki
30-03-2009, 06:46 PM
apa itu rhesus???

soalan :
Doktor, saya ingin tahu kaitan kesepadanan darah. Adakah darah jenis O+ sesuai untuk pasangan yang juga darahnya jenis O+? Apakah kesan jika jenis darah tidak sepadan.

Jawapan :

Ada empat jenis kumpulan darah, iaitu A, B, AB dan O. Apa yang positif atau negatif itu bermaksud kumpulan Rhesus, satu lagi jenis komponen pengenalan pada sel darah.

Seorang yang darah jenis A, boleh menerima darah dari A dan O, kumpulan B boleh menerima darah B dan O, AB boleh menerima darah dari A, B dan O. Orang yang berjenis O hanya boleh menerima darah jenis O saja. Sama seperti jenis darah, kumpulan Rhesus positif boleh menerima kedua darah positif dan negatif, tetapi yang Rhesus negatif hanya boleh menerima kumpulannya saja.

Jadi, darah O negatif, dapat diberikan kepada semua jenis A, B, AB dan O dan kumpulan positif dan negatif, tetapi orang yang ada O negatif hanya boleh menerima kumpulan darah O negatif saja. Jika diberi darah jenis lain, dan dari rhesus positif, komponen asing pada darah luaran ini akan memulakan satu respons oleh badan yang akan memecahkan sel darah di dalam badannya sehingga tiada lagi sel yang boleh berfungsi untuk membawa oksigen ke badan. Itulah sebab kita dengar orang boleh mati disebabkan kemasukan jenis darah yang tidak bersesuaian.

Di barat, kebanyakan warganya berkumpulan Rhesus negatif, tetapi di sebelah Timur dan Asia, kebanyakan orang adalah Rhesus positif. Permasalahan Rhesus dalam mengandung berlaku bila seorang wanita yang negatif mempunyai pasangan Rhesus positif.

Ada 50 peratus kemungkinan yang anak dalam kandungan itu positif. Jika anak dalam kandungan yang pertama positif, sel-sel darah dari anak dapat bercampur dengan darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini, walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dalam badan ibu dan membentuk antibodi yang memusnahkan sel-sel darah Rhesus positif bayi.

Antibodi yang dibentuk dalam ibu akan berkekalan, seperti juga kalau seorang itu telah dijangkiti demam campak - badannya telah membentuk antibodi yang melawan virus campak itu dan kemudiannya, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana antibodi yang ada ini akan mengenal virus campak pada kali yang kedua dan terus memusnahkannya.

Jadi, jika ibu itu mengandung kali kedua, dan kandungan anak itu positif juga, antibodi dari ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan, ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan 'Hydrops fetalis'.

Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sangat ada kematian bayi berikutan masalah Rhesus. Adalah menjadi amalan biasa di semua klinik mengandung untuk memeriksa kumpulan darah ibu supaya mereka yang Rhesus negatif dikenal pasti. Mereka akan diminta membawa suami untuk diperiksa jenis darah mereka. Jika suami Rhesus positif, mereka akan dinasihati seperti demikian - bila sudah bersalin, darah anak akan diperiksa untuk mengenal pasti kumpulannya. Jika ia positif, ibu akan diberi satu suntikan dalam lingkungan masa 72 jam - suntikan ubat ini mengandungi imunoglobulin yang akan melindungi darah ibu dari membentuk antibodi kepada Rhesus positif. Ini akan diulangi tiap-tiap kali ia bersalin jika anaknya itu positif juga.

"sumber dipetik dari Berita Harian"

------
Walaupun jarang orang asia ber Rhesus -VE tapi tetap ada...
Jika perempuan Rhesus -VE suami +ve kandungan kedua boleh menyebabkan kematian kepada bayi.. Ini kerana -ve akan melawan bayi +ve

Berdasarkan artikel di atas jalan penyelesaian ialah dengan memberi suntikan kepada si ibu supaya rhesus -ve si ibu tidak melawan rhesus +ve si anak

P/s : kalau xnak ini berlaku kahwin dengan rhesus yang sama

ajax932
30-03-2009, 07:52 PM
ooo.... baru aku tau....

tp kalau dah jodoh nk wat camne ye x...mmmm

nur_ani
30-03-2009, 08:21 PM
ani pnh belajar tp dah lupa skit2~
dia pasal antibodi kan~
tp rhesus -ve mmg bahaya~
seb baik ani rhesus +ve :">:">
apa2 pun tq utk info nih~
refresh memori ani :):)

shila70
30-03-2009, 08:27 PM

good info..tapi orang sekarang tak pikir pun benda2 camni kan

heartnet
30-03-2009, 08:27 PM
Rasenye cikgu aku dahulu kala kata ade cara moden nak atasi erythroblastosis ni.
Senang cube dpt nasihat doktor.

jantan sejati
30-03-2009, 08:28 PM
kalo dua2 +ve mcm mana TT? ok ke tak ok? cth mcm tak lengkap je. yg BI mmg aku tak faham :))

damiaphang
30-03-2009, 08:33 PM
adik akak pernah ckp benda ni...
kawan pompuan dia ada sorang camni...

heartnet
30-03-2009, 08:35 PM
kalo dua2 +ve mcm mana TT? ok ke tak ok? cth mcm tak lengkap je. yg BI mmg aku tak faham :))

kalau dua2 positive no problem.
Kalau bapa positive mak -ve itu yg problem kerna x salah aku anak akan ikut bape (+ adalah dominant)

Ni dlm BI lagi :eek:
http://www.leedsteachinghospitals.com/sites/fetal_medicine_unit/documents/Rhesusdisease.pdf

skunksounds
30-03-2009, 08:41 PM
hmm..klu ikut kan family aku;
bapak A- & emak AB+, maka dpt la 4 adik bradik semua AB-, semuanya normal

mazuki
30-03-2009, 09:06 PM
hmm..klu ikut kan family aku;
bapak A- & emak AB+, maka dpt la 4 adik bradik semua AB-, semuanya normal

ni sebab your mother rhesus +ve...memang xde masalah

maslah kalau lelaki +ve si ibu -Ve

sebabnya lelaki xleh mengandung..yang mengandung perempuan

nur_ani
30-03-2009, 09:31 PM
ni sebab your mother rhesus +ve...memang xde masalah

maslah kalau lelaki +ve si ibu -Ve

sebabnya lelaki xleh mengandung..yang mengandung perempuan

mcm mana plak kalo dua2 -ve? hehe
should be no prob. kan? :-?:-?

mazuki
30-03-2009, 11:11 PM
mcm mana plak kalo dua2 -ve? hehe
should be no prob. kan? :-?:-?

xde masalah...tapi kompem dapat anak rhesus -ve jugak la nanti...

kebiasaannya anak akan ikut bapak....

kalau ada yang kat CG ni ada pengalaman( lelaki +ve perempuan -VE) lagi bagus tuk bertanya:)cgrock

izack1981
31-03-2009, 03:38 AM
apa itu rhesus???

soalan :
Doktor, saya ingin tahu kaitan kesepadanan darah. Adakah darah jenis O+ sesuai untuk pasangan yang juga darahnya jenis O+? Apakah kesan jika jenis darah tidak sepadan.

Jawapan :

Ada empat jenis kumpulan darah, iaitu A, B, AB dan O. Apa yang positif atau negatif itu bermaksud kumpulan Rhesus, satu lagi jenis komponen pengenalan pada sel darah.

Seorang yang darah jenis A, boleh menerima darah dari A dan O, kumpulan B boleh menerima darah B dan O, AB boleh menerima darah dari A, B dan O. Orang yang berjenis O hanya boleh menerima darah jenis O saja. Sama seperti jenis darah, kumpulan Rhesus positif boleh menerima kedua darah positif dan negatif, tetapi yang Rhesus negatif hanya boleh menerima kumpulannya saja.

Jadi, darah O negatif, dapat diberikan kepada semua jenis A, B, AB dan O dan kumpulan positif dan negatif, tetapi orang yang ada O negatif hanya boleh menerima kumpulan darah O negatif saja. Jika diberi darah jenis lain, dan dari rhesus positif, komponen asing pada darah luaran ini akan memulakan satu respons oleh badan yang akan memecahkan sel darah di dalam badannya sehingga tiada lagi sel yang boleh berfungsi untuk membawa oksigen ke badan. Itulah sebab kita dengar orang boleh mati disebabkan kemasukan jenis darah yang tidak bersesuaian.

Di barat, kebanyakan warganya berkumpulan Rhesus negatif, tetapi di sebelah Timur dan Asia, kebanyakan orang adalah Rhesus positif. Permasalahan Rhesus dalam mengandung berlaku bila seorang wanita yang negatif mempunyai pasangan Rhesus positif.

Ada 50 peratus kemungkinan yang anak dalam kandungan itu positif. Jika anak dalam kandungan yang pertama positif, sel-sel darah dari anak dapat bercampur dengan darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini, walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dalam badan ibu dan membentuk antibodi yang memusnahkan sel-sel darah Rhesus positif bayi.

Antibodi yang dibentuk dalam ibu akan berkekalan, seperti juga kalau seorang itu telah dijangkiti demam campak - badannya telah membentuk antibodi yang melawan virus campak itu dan kemudiannya, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana antibodi yang ada ini akan mengenal virus campak pada kali yang kedua dan terus memusnahkannya.

Jadi, jika ibu itu mengandung kali kedua, dan kandungan anak itu positif juga, antibodi dari ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan, ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan 'Hydrops fetalis'.

Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sangat ada kematian bayi berikutan masalah Rhesus. Adalah menjadi amalan biasa di semua klinik mengandung untuk memeriksa kumpulan darah ibu supaya mereka yang Rhesus negatif dikenal pasti. Mereka akan diminta membawa suami untuk diperiksa jenis darah mereka. Jika suami Rhesus positif, mereka akan dinasihati seperti demikian - bila sudah bersalin, darah anak akan diperiksa untuk mengenal pasti kumpulannya. Jika ia positif, ibu akan diberi satu suntikan dalam lingkungan masa 72 jam - suntikan ubat ini mengandungi imunoglobulin yang akan melindungi darah ibu dari membentuk antibodi kepada Rhesus positif. Ini akan diulangi tiap-tiap kali ia bersalin jika anaknya itu positif juga.

"sumber dipetik dari Berita Harian"

------
Walaupun jarang orang asia ber Rhesus -VE tapi tetap ada...
Jika perempuan Rhesus -VE suami +ve kandungan kedua boleh menyebabkan kematian kepada bayi.. Ini kerana -ve akan melawan bayi +ve

Berdasarkan artikel di atas jalan penyelesaian ialah dengan memberi suntikan kepada si ibu supaya rhesus -ve si ibu tidak melawan rhesus +ve si anak

P/s : kalau xnak ini berlaku kahwin dengan rhesus yang sama

Adehh...Kena wat research dulu la kat awek klu nak kawin.. ekeke

mimpiku
31-03-2009, 12:12 PM
memag betul..
boleh bawa maut kepada anak...

cput
31-03-2009, 12:16 PM
Persoalan : Adakah masalah ini dapat diatasi pada zaman moden ini??:-?

yup!
melalui proses tukar darah..

bila janin Rh -ve, n mother +ve, darah mother akan detect janin sebagai bendasing dan mesti disingkirkan,oleh itu keguguran seringkali berlaki kat cneh, problem la etc..

melalui tech prubatan skang, mother akan go tru sistem tukar darah berkala utk perkembangan janin dalam kandugan!

skang parents yang berlainan Rh dah tak payah bimbang!! :)paid:)paid

ichiban
31-03-2009, 12:18 PM
terlalu komplikated arr~X(~X(

iorichee
31-03-2009, 01:02 PM
actually...
ada teknik untuk mengelakkan benda nie berlaku...
tapi x berapa ingat...
dah lama x refresh balik...

yang jadi problem apabila si ayah rh +ve dan si ibu -ve
kandungan pertama jika anak ada rh +ve
masa itu antibodi si ibu akan develop....
then kandungan kedua si anak masih lagi rh+ve
maka antibodi si ibu akan menyerang darah si anak kedua ini...
tapi jika kandungan si anak kedua -ve xde pe2 akan terjadi...

mazuki
31-03-2009, 01:18 PM

yup kalau anak yang dikandung ber rhesus -ve sama cam ibu memang selamat la

yup!
melalui proses tukar darah..

bila janin Rh -ve, n mother +ve, darah mother akan detect janin sebagai bendasing dan mesti disingkirkan,oleh itu keguguran seringkali berlaki kat cneh, problem la etc..

melalui tech prubatan skang, mother akan go tru sistem tukar darah berkala utk perkembangan janin dalam kandugan!

skang parents yang berlainan Rh dah tak payah bimbang!! :)paid:)paid

siibu kena tukar darah ker janin tu kena tukar darah??

P/S : Jika anda berdarah O -ve anda adalah sukar untuk mendapat penderma darah...dan jika anda berdarah ini sila pergi derma darah...mungkin anda dapat menyelamatkan nyawa orang lain:)cgrock

mazuki
14-02-2011, 12:20 PM
UPdate : Baru keluar Berita Harian Semalam...

Jika rhesus darah ibu tidak sama dengan janin, beberapa masalah akan berlaku antaranya komplikasi pada bayi

MEMAHAMI komplikasi dan alahan sepanjang kehamilan mungkin tidak terlalu sukar buat bakal ibu, suami, ahli keluarga dan rakan, tetapi apabila timbul isu perbezaan rhesus darah (Rh - faktor resus) antara si ibu dan anak, tidak ramai yang tahu jauh sekali memahaminya.

Mungkin sebahagian daripada puncanya kerana komplikasi perbezaan faktor Rh jarang berlaku. Ini kerana hampir 90 peratus perempuan Asia memiliki Rh positif, manakala hanya dua peratus perempuan Melayu dikesan memiliki Rh negatif.
Umumnya faktor Rh yang berbeza antara ibu dan anak dalam kandungan tidak menjadi persoalan untuk kehamilan yang pertama. Bagaimanapun apabila ibu hamil kali kedua atau ketiga dan seterusnya, perbezaan faktor Rh mula mendatangkan komplikasi kepada bayi, contohnya masalah kekurangan darah (anemia) yang teruk.

Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof Madya Dr Shah Reza Johan Noor, berkata faktor rhesus merujuk protein khusus yang ditemui pada permukaan sel darah merah.

Jika darah anda memiliki protein, anda dikategorikan sebagai Rh positif - iaitu faktor rhesus yang sangat biasa ditemui dan jika permukaan darah kurang protein, anda dikategorikan sebagai Rh negatif. Walaupun faktor Rh tidak mengganggu kesihatan, ia menjejaskan kehamilan.

“Bagi wanita yang memiliki Rh negatif, manakala suami pula Rh positif, kehamilan memerlukan penjagaan yang khusus,” katanya.
Jelas Dr Shah Reza, jika ibu memiliki faktor Rh yang berbeza dengan anak dalam kandungan, antibodinya akan mengenal pasti protein Rh pada si anak sebagai ‘bendasing’ dan masuk ke dalam sistem aliran darah anak serta menyerangnya. Ini akan menyebabkan bengkak dan kemusnahan pada sel darah merah.

“Bakal ibu sepatutnya tahu bukan saja jenis darahnya tetapi faktor Rh darah itu. Secara umum, apabila anda hamil buat pertama kali, doktor akan menyarankan ujian faktor Rh. Ujian faktor Rh ini adalah ujian asas darah untuk mengetahui sama ada anda Rh positif atau negatif,” katanya.

Katanya lagi, faktor Rh penting sekiranya ibu hamil tidak mempunyai faktor terbabit tetapi suami pula mempunyai faktor Rh, berkemungkinan anak dalam kandungan juga akan memiliki faktor Rh positif. Kehadiran rhesus positif pada janin akan mencetuskan pembentukan antibodi oleh badan ibu.

Ketika proses melahirkan, sesetengah sel darah merah bayi akan bercampur dengan darah ibu. Masalah berlaku jika ibu memiliki Rh negatif dan bayi Rh positif. Tubuh akan menghasilkan antibodi Rh selepas terdedah kepada sel darah merah bayi.

Antibodi ini selalunya tidak mendatangkan masalah pada kehamilan pertama, namun untuk kehamilan seterusnya, antibodi Rh ibu akan menjejaskan plasenta dan menyerang sel darah merah si anak. Anak akan berhadapan penyakit berkaitan Rh seperti masalah kurang darah atau masalah serius lain.

Jika anda Rh negatif, mungkin memerlukan imbasan antibodi bagi mengesan antibodi terhadap darah Rh positif. Andai tiada antibodi dihasilkan, anda memerlukan suntikan Rh imun globulin (suntikan yang mengandungi antibodi dalam darah) bagi mencegah tubuh menghasilkan antibodi ketika hamil.

“Jika bayi anda Rh negatif, semua ini tidak diperlukan. Namun jika dia Rh positif, anda memerlukan suntikan lain sebaik bayi dilahirkan,” katanya.

Jelas Dr Shah Reza, apa yang dibimbangkan ialah jika isteri mempunyai Rh negatif dan suami pula Rh positif. Oleh kerana bayi adalah gabungan baka ayah dan ibu, badan ibu akan menghasilkan antibodi untuk ‘menolak’ bayi yang dianggap sebagai bahan asing, membolehkan ibu mengalami pendarahan sama ada sebelum atau selepas melahirkan anak.

Sistem darah ibu hamil akan mengenali sistem darah anak sebagai sistem asing dan seterusnya mencetuskan pembentukan antibodi yang akan melawan sel darah janin dan juga anak sejurus kelahiran. Akibatnya darah anak rosak serta berlaku pendarahan semasa dalam kandungan atau selepas kelahiran. Janin dalam kandungan juga mungkin gagal diselamatkan.

Sebab itulah pemeriksaan ultrasound penting semasa mengandung. Selepas kelahiran, ujian darah dilakukan pada anak.

“Menjadi amalan di Malaysia kumpulan darah serta faktor Rh ibu akan dikenal pasti semasa mereka hadir untuk pemeriksaan pertama kandungan,” katanya.

Mujur di negara kita, masalah rhesus darah bukan masalah kesihatan yang lazim dalam kalangan wanita hamil, namun ia tetap disaring serta dipantau kerana memberi kesan kepada kandungan dan juga anak yang baru dilahirkan. Penyaringan pada peringkat awal juga dibuat kerana sebarang masalah boleh diatasi pada peringkat awal pengesanan.

Jika pada peringkat awal kehamilan, si ibu dikesan berhadapan faktor Rh negatif, dia akan dipanggil untuk penyiasatan, runding cara lanjutan dan diberikan suntikan.

“Sekiranya suami mempunyai rhesus positif dan isteri rhesus negatif, kandungan pula kandungan sulung, maka pada minggu ke-28 kehamilan, ibu akan disuntik dengan ubat RhoGAM (anti D immunoglobulin).

“Jika ibu hamil untuk kali kedua dan semasa kandungan sulungnya tidak diketahui status rhesus atau tidak mendapat suntikan anti D, darahnya akan diambil dan diuji untuk kehadiran antibodi D, Anti D immunoglobulin tidak lagi diberikan. Ibu hamil itu akan diklasifikasi sebagai pesakit berisiko tinggi dan dipantau lebih teliti,” katanya.

Sebaik-baiknya jenis darah serta rhesus suami isteri perlu diketahui sebelum kehamilan. Sekiranya si isteri mempunyai rhesus negatif, perlu segera memberitahu doktor yang merawat terutama jika pernah berhadapan dengan masalah seperti berikut:

Pernah menerima transfusi darah.
Kandungan sebelum ini gagal seperti keguguran atau di luar rahim.
Pernah disuntik rhoGAM.
Rhesus darah suami positif.
Mendapat rawatan invasif perbidanan.

mecha901
25-02-2011, 10:36 AM
nnt ak blaja medik r..