PDA

View Full Version : Elakkan bayi anda tidur dalam buaian!!

nurmillionare
19-03-2009, 07:06 AM
Sindrom otak bayi bergegar.
Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.

ELAKKAN bayi terlepas daripada dukungan atau buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius.

Dr. Zulkifli Ismail

20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.

n 13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

n 14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.

Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.

"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya.

Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.

"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.

"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.

Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.

Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.

Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.

"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.

"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.

arulgit
19-03-2009, 08:00 AM
huhu..bahye ni..
so cara terbaik nk tidurkan anak mcm mana tuan tanah?
:D

nurmillionare
19-03-2009, 09:25 AM
huhu..bahye ni..
so cara terbaik nk tidurkan anak mcm mana tuan tanah?
:D

huhu...memandangkan anak akak dah dua org..Alhamdulillah dari lahir lagi mmg x ajar tidur buaian...baby ni kalau kita dah biasa bg tidur atas buaian..mmg dia xleh tido kalau xde buai..tu lah masalahnya...so cara terbaik...dr baby lagi biar dia tidur atas tilam jer...kalau biar tidur atas buai sampai besar tu yg masalah..sbb semakin dia membesar...dia dah pandai gerak2 sendiri...waktu dia gerak2 tu kita pun xkan perasan..tu yg boleh menyebabkan baby senang jatuh dr buaian...lagipun kalau kita henjut2 baby masa atas buaian pun x bagus..otaknya akan bergegar...jika kita hayunkan jer xper...bagus lak utk otak..tp ape2 pun lebih baik elakkan sesuatu yg merbahaya kan..sbb dah banyak sgt kes baby yg mati sbb jatuh dr buaian ni...tp masih ramai lg yg x ambik kesah...:(

may4ver
19-03-2009, 09:31 AM
anak saya tidur dalam buaian...
mmg dulu tak nak ajar dia tidur dalam buaian...
tp dia susah nak tidur..
patu tidur jap2 jer...
bila tak cukup tidur mulalan meragam....

akecema
19-03-2009, 09:32 AM
mak aku kalo time kitorg baik biase die buai dgn teknik
"POKONG"-bahasa banjar-
bayi tidur dalam keadaan duduk kat buaian..
bayi biase tido lena sbb keadaanya sama mcm dalam rahim

nurmillionare
19-03-2009, 09:50 AM
anak saya tidur dalam buaian...
mmg dulu tak nak ajar dia tidur dalam buaian...
tp dia susah nak tidur..
patu tidur jap2 jer...
bila tak cukup tidur mulalan meragam....

tu la...kalau dah biasa ajar dr kecik mmg susah..tp xper...ada cara..sekali sekala..ada masa bersama anak...ajar dia tidur tanpa buai..pastu lama-kelamaan x perlu lg...utk keselamatan...letakkan tilam di bawah buaian diorg supaya kalau diorg terjatuh pun..xdelah effect sgt dan buaian tu perlu rendah...n satu lagi..teknik yg betul adalah dgn menghayunkan bukan digoncang...:)

nurmillionare
19-03-2009, 09:54 AM
mak aku kalo time kitorg baik biase die buai dgn teknik
"POKONG"-bahasa banjar-
bayi tidur dalam keadaan duduk kat buaian..
bayi biase tido lena sbb keadaanya sama mcm dalam rahim

tu la..kalau ikutkan sekali sekala jika kita bg anak tidur dalam buaian dan hayun mereka perlahan-lahan..akan bg otak diorg lebih bijak dan menyalurkan oksigen ke otak tetapi harus dlm pengawasan kita...:)

nazli79
19-03-2009, 09:56 AM
nak lagi safety amik la insurance untuk anak tuh. bukannya ape just protection bila kemalangan berlaku. just sampai age 4 years.. kalau nak sambung terpulang... sayangilah anak anda :)

eday84
19-03-2009, 10:02 AM
uish.. org kg kenanga? kg aku nih

masreemie
19-03-2009, 10:07 AM
mak aku kalo time kitorg baik biase die buai dgn teknik
"POKONG"-bahasa banjar-
bayi tidur dalam keadaan duduk kat buaian..
bayi biase tido lena sbb keadaanya sama mcm dalam rahim

haah... sama la ngan masz... mmg ajaran banjar kot... haha... siap da beli kain untuk pokong bb masz nnt... :)paid:)paid

azam_p
19-03-2009, 10:16 AM
sib baek 2 org anak aku x suke tido dlm buaian...

nurmillionare
19-03-2009, 10:20 AM
nak lagi safety amik la insurance untuk anak tuh. bukannya ape just protection bila kemalangan berlaku. just sampai age 4 years.. kalau nak sambung terpulang... sayangilah anak anda :)

kpd keluarga yg mampu tu..elok la..tp ape2 pun elakkan sesuatu yg bahaya dulu...:)

nurmillionare
19-03-2009, 10:24 AM
sib baek 2 org anak aku x suke tido dlm buaian...

ok lahtu...tp elakkan juga bg anak2 yg kecil tido atas katil yg tinggi...budak2 ni tahu2 je lah..bukannya reti tido setempat..takut guling2 jatuh katil lak...kalau katil baby tu ok la kan...:)

azmimazda
19-03-2009, 10:25 AM
nasib baiklah anak aku dh xsuka tido buai.. senang jer letak atas tilam terus tido..

nurmillionare
19-03-2009, 10:37 AM
nasib baiklah anak aku dh xsuka tido buai.. senang jer letak atas tilam terus tido..

baguslah camtu..budak2 pun dah pandai..dia pun tahu bahaya..heheh...

Aebby@Buddy
19-03-2009, 02:46 PM
hmm...
mcm2 diorg kaji srang nir...
agak2 u all yg cerdik pandai nir...
tido kat mane yea...???
:-? :-? :-?

rockstar
19-03-2009, 02:52 PM
tu la..kalau ikutkan sekali sekala jika kita bg anak tidur dalam buaian dan hayun mereka perlahan-lahan..akan bg otak diorg lebih bijak dan menyalurkan oksigen ke otak tetapi harus dlm pengawasan kita...:)

maksudnye xyah pki spring?...hayun kedepan ke blakang?...aisey...den enjut perlahan2....same x kesan dier?...den boboh bantal kt bwh buai slalu....

mohdridzuan®
19-03-2009, 02:56 PM
huhu..bahye ni..
so cara terbaik nk tidurkan anak mcm mana tuan tanah?
:D

tdokn kt tilam air ok x? huk2
bleh gyang2 jgak :p

underscore
19-03-2009, 03:34 PM
tidur dalam buaian memang best... itulah pengalaman masa aku kecik-kecik dulu.

Jeb
19-03-2009, 03:40 PM
biasa aje aku tengok adik2 ngan anak buah aku jatuh dulu dari buai.aku ni tak taula jatuh bper kali:)):))

may4ver
19-03-2009, 03:44 PM
mmg letak tilam pun bawah buaian...
jgn buat buangan tinggi2...
buat rendah2 jer...

tapirbawaklori
19-03-2009, 03:52 PM
beli la buaian yang ada airbeg....

lagi satu dah nama buaian..ko buai la...yang ko henjut apasal?...

nak henjut ko beli la Henjutaian ...jgn beli buaian.. salah korang gak..

underscore
19-03-2009, 04:33 PM
beli la buaian yang ada airbeg....

lagi satu dah nama buaian..ko buai la...yang ko henjut apasal?...

nak henjut ko beli la Henjutaian ...jgn beli buaian.. salah korang gak..

itu dah perkembangan teknologi, sebab dah letak spring

asal buaian berfungsi dengan hanya bergerak ke kiri dan ke kanan, :D

stephen zizi
19-03-2009, 05:42 PM
org dule selamber jer..
idup gak anak2 dia..
pn ramai yg dh jd warga CG ni.
huhuhu..
sbnarnya semua trletak pada kesunguhn dlm pnjagaan dan pngawasan..

jasonking
19-03-2009, 06:05 PM
nasib baik saya tak pakai.Good info

tuahfx
19-03-2009, 06:57 PM
perrgh..tangan yg menghayung buai boleh cerderakan bayi?:-?

BlueDream
19-03-2009, 07:02 PM
ish.... ish....
bayi2 zaman skg nie manja sangat.

dulu time saya bayi abah lambung tinggi2 sampai atap

nurmillionare
19-03-2009, 08:05 PM
maksudnye xyah pki spring?...hayun kedepan ke blakang?...aisey...den enjut perlahan2....same x kesan dier?...den boboh bantal kt bwh buai slalu....

seeloknya x payah pakai yg ada spring...jenis mcm tu kan leh gegarkan otak baby..tahu je lah kita kalau henjut2 kadang2 sampai terangkat-angkat dgn baby sekali...kalau boleh letak tilam ke..bantal tu kecik sgt kalau letak bawah buai...mmg bagus kalau kita hayunkan dia sbb kalau ikut kajian..bagus utk otak..bg budak cerdik..tp jgn la guna yg henjut tu...

bumantara
19-03-2009, 08:08 PM
mak pak kena hati2 nih

nurmillionare
19-03-2009, 08:09 PM
tdokn kt tilam air ok x? huk2
bleh gyang2 jgak :p

hehehe..setakat goyang sikit2 tu xper lg..tp kalau dok henjut2...tu yang bahaya utk otak...:)

nurmillionare
19-03-2009, 08:11 PM
tidur dalam buaian memang best... itulah pengalaman masa aku kecik-kecik dulu.

pergh..boleh ingat lagi ker masa baby dulu...sampai umur berapa tu tidur dalam buai lagi :-?:D

nurmillionare
19-03-2009, 08:12 PM
biasa aje aku tengok adik2 ngan anak buah aku jatuh dulu dari buai.aku ni tak taula jatuh bper kali:)):))

huhu..sib baik lah sampai skrg ni masih sihat walafiat lagi yer...:D

nurmillionare
19-03-2009, 08:14 PM
mmg letak tilam pun bawah buaian...
jgn buat buangan tinggi2...
buat rendah2 jer...

baguslah tu...utamakan keselamatan...nak guna buaian tu boleh tp pastikan utamakan keselamatan...dan hayun jer..x perlu henjut2 dah...:D

nurmillionare
19-03-2009, 08:18 PM
beli la buaian yang ada airbeg....

lagi satu dah nama buaian..ko buai la...yang ko henjut apasal?...

nak henjut ko beli la Henjutaian ...jgn beli buaian.. salah korang gak..

heheheh...betul2..skrg ni banyak buaian yg henjut tu la...siap guna elektrik lg utk henjut...mesti pengeluar x kaji keburukan nih..:D

nurmillionare
19-03-2009, 08:33 PM
org dule selamber jer..
idup gak anak2 dia..
pn ramai yg dh jd warga CG ni.
huhuhu..
sbnarnya semua trletak pada kesunguhn dlm pnjagaan dan pngawasan..

tu la pasal...entah lah zaman skrg ibu bapak bz kot..x sempat nk jaga anak betul2...bila dah jd sesuatu baru nk nyesal :(

nurmillionare
19-03-2009, 08:34 PM
nasib baik saya tak pakai.Good info

sharing is caring bro...:">..tq

ajax932
19-03-2009, 09:51 PM
owh... ye ke... baru tau nih... Tq TT...:)paid

watakutama
19-03-2009, 11:14 PM
aku siap pakai yg elektrik lagi..henjut sendiri.
insyaAllah....bayi ni malaikat lindung...

nurmillionare
20-03-2009, 02:54 AM
owh... ye ke... baru tau nih... Tq TT...:)paid

sama2 ajax...:D

nurmillionare
20-03-2009, 02:55 AM
aku siap pakai yg elektrik lagi..henjut sendiri.
insyaAllah....bayi ni malaikat lindung...

Insyaallah...:)

kuhik
20-03-2009, 03:01 AM
den dulu-dulu masa kecik-kecik pun pakai buaian. tali buaian tu masih kekal sehingga ke hari ini...

but, nanti untuk baby den sendiri, taknak ajar dia dok dalam buaian..ramai gak kata tak elok dok dalam buaian nie..

@sap_plan
20-03-2009, 03:17 AM
tuntutlah ilmu dari buaiyan hingga ke liang lahad kata NABI S.A.W .. ..sejak zaman nabi lagi ada perkataan buaiyan..buaiyan macamaner yer tue..?

naa_zaa01
20-03-2009, 04:23 AM
Sindrom otak bayi bergegar.
Buaian paling kerap menyebabkan kecederaan bayi.

ELAKKAN bayi terlepas daripada dukungan atau buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius.

Dr. Zulkifli Ismail

20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.

n 13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

n 14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.

Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.

"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya.

Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.

"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.

"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.

Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.

Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.

Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.

"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.

"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.

Klu nak tidurkan anak dalam buai...PASTIKAN :

1.Ada tali keselamatan tambahan diikat pada tiang buaian dan besi A yg menyokong kain buai.Sekiranya berlaku failure pada spring, tali keselamatan ini dapat membantu.Pakailah apa2 tali janji kuat..Anggarkan panjang tali yg sesuai jgn pendek sangat atau panjang sangat..

2.Letak bantal,teady bear atau tilam toto dibawah buai..sekiranya tali keselamatan turut juga putus...setidak-tidaknya ada sistem airbag sebagai alternatif..

just base of my exp..

RMteam
20-03-2009, 04:29 AM
aku punya spring masa kecik dulu sampai hari ni masih ada mak aku simpan elok2... lagi... so far aku sampai adik aku yg ke 7 semua takdajatuh lagi....

point utama TT ni ialah Ibu bapa yg cuai... dan bukan masalah buaian...

RMteam
20-03-2009, 04:30 AM
den dulu-dulu masa kecik-kecik pun pakai buaian. tali buaian tu masih kekal sehingga ke hari ini...

but, nanti untuk baby den sendiri, taknak ajar dia dok dalam buaian..ramai gak kata tak elok dok dalam buaian nie..

TT pun duduk dalam buaian jugak rasanya ehhehe betul3x kan

nurmillionare
20-03-2009, 11:18 AM
Klu nak tidurkan anak dalam buai...PASTIKAN :

1.Ada tali keselamatan tambahan diikat pada tiang buaian dan besi A yg menyokong kain buai.Sekiranya berlaku failure pada spring, tali keselamatan ini dapat membantu.Pakailah apa2 tali janji kuat..Anggarkan panjang tali yg sesuai jgn pendek sangat atau panjang sangat..

2.Letak bantal,teady bear atau tilam toto dibawah buai..sekiranya tali keselamatan turut juga putus...setidak-tidaknya ada sistem airbag sebagai alternatif..

just base of my exp..

Tip2 yg bagus...:)cgrock:)cgrock

Adika
20-03-2009, 11:25 AM
haah... sama la ngan masz... mmg ajaran banjar kot... haha... siap da beli kain untuk pokong bb masz nnt... :)paid:)paid

Pokong x pe jgn Poh Kong..
Kulaan gak...

nurmillionare
20-03-2009, 12:52 PM
aku punya spring masa kecik dulu sampai hari ni masih ada mak aku simpan elok2... lagi... so far aku sampai adik aku yg ke 7 semua takdajatuh lagi....

point utama TT ni ialah Ibu bapa yg cuai... dan bukan masalah buaian...

Point utama bukan hanya cuai tetapi keburukan menggunakan buai juga....iaitu soal gejala sindrom otak bayi bergegar dan buaian adalah paling kerap menjadi penyebab...so di sini...kita bincangkan sama2 apa teknik utk elakkan drpd berlaku jika masih mahu gunakan buaian atau elakkan terus dr guna buaian kpd mereka yg baru nak dapat anak...terdapat ramai ibu-bapa baru yg tidak ada pengalaman lagi dalam menguruskan anak...kpd mereka yg ada pengalaman dan utamakan ciri-ciri keselamatan,boleh lah sama2 share kat sini...

jika ada anak yg tidur dalam buai,pastikan ada ciri2 keselamatan spt juga yg diberikan oleh naa_zaa01 dan elakkan dr menghenjut kerana boleh menggegarkan otak bayi di mana risikonya akan menyebabkan kecederaan dalaman yg kita tidak ketahui spt pendarahan dalam otak,kecacatan otak dan lain2 lagi...jika ingin berhenti dr gunakan buaian...cuba biasakan dia tidur juga tanpa buaian juga..lama kelamaan,bayi anda akan biasa....

Lebih baik kita elakkan sesuatu yg belum terjadi dan utk kebaikan bayi itu juga...
mmg jika dibuai...bagus utk otak kerana oksigen akan disalurkan ke otak ketika dibuai perlahan-lahan menyebabkan otak jd bijak..tp jika kita x utamakan keselamatan...banyak pula negatif dr positif...semuanya di tangan anda...
Kawan2 semua x perlu risau...kita cuma bincangkan isu keselamatan...apa yg boleh kita elakkan..kita cuba elakkan...:)

nurmillionare
20-03-2009, 01:00 PM
TT pun duduk dalam buaian jugak rasanya ehhehe betul3x kan

ada guna tp adik2 semua dah x guna sbb mak kata susah nanti kalau dah biasa guna buai..bila pergi travel mana2 xleh nak tido sbb xde buai...:)

stanley_climbfall
20-03-2009, 08:19 PM
masa adek aku kecik aku penah terjatuh kan dia dari buaian..
tp sib baik xde ape2, x nanges pun, tp muka tekejut je...
cuak gak la..bunyi kepala dia kena lantai kuat ooo...

Anteyiyi
20-03-2009, 08:38 PM
TT, camne lak kalo aku guna motor@mesin henjut buaian lak?
ada apa2 efek kt baby ke?:-?

AMICO66
20-03-2009, 09:01 PM
anak aku dari baby tak pernah naik ndoi (buaian)...memang aku tak bagi pun..
Bila balik kampung cuti raya, senang je anak aku tido dan tak sama dengan anak2 saudara aku yang lain yang asyik menangis nak tido atai ndoi..kan senang gitu :)

nurmillionare
21-03-2009, 02:04 AM
masa adek aku kecik aku penah terjatuh kan dia dari buaian..
tp sib baik xde ape2, x nanges pun, tp muka tekejut je...
cuak gak la..bunyi kepala dia kena lantai kuat ooo...

uish...budak2 kecik kalau terjatuh..jgn biarkan jer...kena perhatikan tindakbalas dia...if slps jatuh,dia mcm mengantuk semacam jer..tidur pun lama atau dia ada muntah,menangis lama dan sawan..kena cepat2 bawak jumpa dgn doktor..kadang2 perubahan x akan berlaku cepat...so kalau jatuh yg menyebabkan kepala terhantuk...jgn biarkan yer...anak akak dulu...kerap jatuh...teruk pulak tu...Alhamdulillah masa anak pertama baru lahir ada pakcik perkenalkan ubat dr homopati..jika ada d antara anak2 atau kita sendiri terjatuh ke,luka ke..terus mkn ubat tu..Insyaallah akan bg darah jalan lancar dan x akan jd darah beku...ada sekali tu anak akak jatuh sbb terlalu aktif...sehingga kepala dia benjol teruk..dan slps dia jatuh...dia ada muntah dan nangis lama...masa tu mmg panic..akak terus bg dia makan ubat tu dan bawak dia ke hospital...Alhamdulillah setelah doktor buat exray...doktor kata kepala dia tidak ada apa2 kecederaan atau darah beku dalam otaknya...sepatutnya kata doktor..jika dilihat pd keadaan kepalanya yg benjol teruk akan menyebabkan pendarahan dalaman otak..alhamdulillah dgn izin Allah..ubat tu mmg berkesan...korang boleh tanya d klinik2 homoepati jika rasa perlu...

nurmillionare
21-03-2009, 02:32 AM
TT, camne lak kalo aku guna motor@mesin henjut buaian lak?
ada apa2 efek kt baby ke?:-?

Anteyiyi...actually kalau guna buai yg jenis henjut mmg x bagus utk otak...satu akan bg otak baby bergegar,kemungkinan tinggi boleh menyebabkan kecederaan dlm otak atau kecatatan otak...dua, sememangnya x bagus utk perkembangan otak kecuali jika kita hayun perlahan-lahan...tapi jika dapat ajar anak tidur tanpa buaian adalah lebih baik utk kita mengelakkan gejala yg tidak diingini berlaku...dan juga memudahkan kita juga utk menidurkannya di mana2 sahaja kita berada...x perlu susah2 nak bawa buaian ke sana sini...:D

nurmillionare
21-03-2009, 02:37 AM
anak aku dari baby tak pernah naik ndoi (buaian)...memang aku tak bagi pun..
Bila balik kampung cuti raya, senang je anak aku tido dan tak sama dengan anak2 saudara aku yang lain yang asyik menangis nak tido atai ndoi..kan senang gitu :)

Bagus kan...senang nak pergi mana2 bawak anak2 yg x tido buai ni...Alhamdulillah masa tgh mengandungkan anak pertama lagi...hubby rajin cari info bagaimana nk jaga dan didik anak dgn betul...dgn dia2 sekali pandai jaga anak...lelaki skrg ni dah rajin jaga anak..bagus2...:)cgrock

wealthgainer
21-03-2009, 02:42 AM
Anak aku dah bagi tido buai...dah beli machine henjut sekali...
Tak nak jugak dia tido dalam buai...nak "ngempeng" ibunye jugak...:))

nurmillionare
21-03-2009, 03:16 AM
Anak aku dah bagi tido buai...dah beli machine henjut sekali...
Tak nak jugak dia tido dalam buai...nak "ngempeng" ibunye jugak...:))

hahaha..anak ko pun tahu nak jaga keselamatan diri dia...baik ngempeng ibunya lagi bagus...:D

p/s :ngempeng tu ape ek?main belasah je pakai ni..heheh

jantan sejati
21-03-2009, 03:20 AM
huhu..bahye ni..
so cara terbaik nk tidurkan anak mcm mana tuan tanah?
:D

jgn ajar tidur buian sejak lahir lg bro. anak aku sejak lahir mmg tak pernah letak dlm boyan. skrg dah 10 bln dan mmg dia tidur atas katil dgn bini aku. aku plak kena tidur bawah sbb tak muat :((

aku tak pikir pun pasal efek pada otak. aku saja tak nak ajar dia tidur boyan sbb menyusahkan. jika blk kampung ke atau pergi rumah saudara mara, nnt nak boyan. jd kalo tak ajar, mudah bawa kemana2.

aku dah tgk anak2 buah aku, kalo dtg rumah mlm mesti mengamuk nak boyan. payah. malu beb. :)

nurmillionare
21-03-2009, 02:26 PM

hehheh..sian kat awak lak yer..nape x bg tido dlm katil baby jer...:D

mmg senang kalau x tidur buai kan...mudah nak bg tidur kat mana2 pun...:)

AMICO66
21-03-2009, 03:10 PM
bagus kan...senang nak pergi mana2 bawak anak2 yg x tido buai ni...alhamdulillah masa tgh mengandungkan anak pertama lagi...hubby rajin cari info bagaimana nk jaga dan didik anak dgn betul...dgn dia2 sekali pandai jaga anak...lelaki skrg ni dah rajin jaga anak..bagus2...:)cgrock

konsep tolong menolong...baru bertambah umat...:)):)):))

anak aku dah bagi tido buai...dah beli machine henjut sekali...
Tak nak jugak dia tido dalam buai...nak "ngempeng" ibunye jugak...:))

sah ko ni wong jowo...:)):)):))

nurmillionare
21-03-2009, 03:44 PM
konsep tolong menolong...baru bertambah umat...:)):)):))

hehehhe..mmg patut la kena rajin...jgn pandai menambah umat jer tp x pandai nk jaga sama..hahah:D

AMICO66
21-03-2009, 04:18 PM
hehehhe..mmg patut la kena rajin...jgn pandai menambah umat jer tp x pandai nk jaga sama..hahah:D

satu pesanan yang baik untuk kaum lelaki yang bernama suami...:D

nurmillionare
21-03-2009, 04:50 PM
satu pesanan yang baik untuk kaum lelaki yang bernama suami...:D

:">:">:"> jdlah seorg suami yg bertangungjawab walaupun tidak pernah merasa kesakitan melahirkan anak...dpt tunaikan tanggungjawab sama2 pun dah syukur...:D

ammal07
21-03-2009, 08:41 PM
dah berkurun-kurun bayi tidur dalam buaian,tak da masalahpun,

masalah yg timbul tu kerana cara membuainya tak betul,

takleh buai terlalu laju, buai laju-laju hanya utk kanak-kanak yg dah besar,bukan utk bayi..

cik_kiah
21-03-2009, 08:45 PM
alhamdulillah..anak dah stop masuk buai...
________
Zoloft Settlements (http://www.classactionsettlements.org/lawsuit/zoloft/)

hugeprofits
22-03-2009, 02:33 PM
dah berkurun-kurun bayi tidur dalam buaian,tak da masalahpun,

masalah yg timbul tu kerana cara membuainya tak betul,

takleh buai terlalu laju, buai laju-laju hanya utk kanak-kanak yg dah besar,bukan utk bayi..

Betul betul betul...
Takleh buai laju laju...
So, pantun buai laju laju, sampai pokok sena,
apa dalam baju... tu tak patut dinyanyikan lagi...

Hmmm...buai laju laju hanya utk kanak-kanak yg dah besar?? :-?

nurmillionare
23-03-2009, 02:00 AM
alhamdulillah..anak dah stop masuk buai...

baguslah tu cik kiah...:)

stanley_climbfall
24-03-2009, 09:42 PM
uish...budak2 kecik kalau terjatuh..jgn biarkan jer...kena perhatikan tindakbalas dia...if slps jatuh,dia mcm mengantuk semacam jer..tidur pun lama atau dia ada muntah,menangis lama dan sawan..kena cepat2 bawak jumpa dgn doktor..kadang2 perubahan x akan berlaku cepat...so kalau jatuh yg menyebabkan kepala terhantuk...jgn biarkan yer...anak akak dulu...kerap jatuh...teruk pulak tu...Alhamdulillah masa anak pertama baru lahir ada pakcik perkenalkan ubat dr homopati..jika ada d antara anak2 atau kita sendiri terjatuh ke,luka ke..terus mkn ubat tu..Insyaallah akan bg darah jalan lancar dan x akan jd darah beku...ada sekali tu anak akak jatuh sbb terlalu aktif...sehingga kepala dia benjol teruk..dan slps dia jatuh...dia ada muntah dan nangis lama...masa tu mmg panic..akak terus bg dia makan ubat tu dan bawak dia ke hospital...Alhamdulillah setelah doktor buat exray...doktor kata kepala dia tidak ada apa2 kecederaan atau darah beku dalam otaknya...sepatutnya kata doktor..jika dilihat pd keadaan kepalanya yg benjol teruk akan menyebabkan pendarahan dalaman otak..alhamdulillah dgn izin Allah..ubat tu mmg berkesan...korang boleh tanya d klinik2 homoepati jika rasa perlu...

herm kesan dari jatuh tu lama ke kak?
sbb adik sy dah umur 15 tahun dah.
alhamdulillah la takat ni, smua ok..

nurmillionare
25-03-2009, 01:18 AM
herm kesan dari jatuh tu lama ke kak?
sbb adik sy dah umur 15 tahun dah.
alhamdulillah la takat ni, smua ok..

kalau budak yg dah besar jatuh..boleh tahan lagi sbb tempurung kepala dah keras tetapi jika baby lagi tu yg bahaya...
Kesan tu dr dalam..kita xkan nampak..tp apa yg kita boleh kesan jika baru terjatuh spt yg akak senaraikan tu...spt muntah,mengantuk,menangis x henti2..kiranya jika nampak perubahan lain mcm jer dr biasa..tu kena cepat2 bawak ke hospital..jika utk jangka panjang lak...akan bg kesan dalaman spt menyebabkan terencat,atau mudah jd pendarahan jika jatuh lg...itu setakat apa yg akak tahu lah dik...budak2 ni Insyaallah Allah pelihara..tetapi kita x boleh menyerah mcm tu jer...menyerah pd Allah setelah kita berusaha...:)