PDA

View Full Version : Khidmat Perunding Pinjaman & Perlindungan Perumahan Anda secara PERCUMA!

T2T
02-03-2009, 08:46 AM
Untuk Maklumat Tentang Khidmat Yang Saya

Tawarkan Layari http://wsahabat.blogspot.com (http://wsahabat.blogspot.com)
http://www.youtube.com/watch?v=5aMei3sOPak
Why Use a Mortgage Broker?
http://www.youtube.com/watch?v=ejHxWBw56cc

"...ADAKAH ANDA MAHU KURANGKAN BAYARAN INTEREST KEPADA PIHAK BANK?

"...ADAKAH ANDA MAHU MENJANA PENDAPATAN DARI KEDIAMAN ANDA TANPA PERLU ANDA JUAL ATAU MENYEWA

KEPADA ORANG LAIN?

"...ADAKAH ANDA MAHU KURANG BAYARAN BULANAN?

KAMI ADA JAWAPANNYA!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pendahuluan:
Kami menawarkan perkhidmatan Rundingan Pinjaman dan Perlindungan Perumahan kepada pembeli rumah yang memerlukan maklumat berkenaan pinjaman bagi setiap institusi kewangan yang menawarkan pinjaman perumahan. Ini termasuk terma & syarat, bayaran pendahuluan & bulanan, jenis kadar pinjaman, dan lain-lain yang bersesuaian untuk mereka yang memohon.

Cara Rundingan:

Carian Maklumat: Pendapatan/Komitmen/Jenis Kediaman/Bajet dan sebagainya. (Maklumat tidak akan di dedahkan kepada mana-mana pihak ketiga). Carian maklumat adalah penting bagi memastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman. Kami tidak akan menghantar borang permohonan jika anda tidak layak untuk membuat pinjaman.

Permohonan Pinjaman Perumahan akan dihantar oleh kami ke institusi kewangan yang berkenaan sahaja. Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan, bukan merujuk mana-mana bank kepada anda.

Memaklumkan kepada anda tentang pengeluaran surat tawaran pinjaman dan surat perjanjian pinjaman perumahan serta perjanjian jual beli.

Membantu anda untuk mendapatkan khidmat peguam berkenaan Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) & Perjanjian Pinjaman.

Kami akan memastikan dan mengawal selia dengan pihak berkenaan tentang status pinjaman serta memaklumkan kepada anda sehingga pinjaman di luluskan.

Soalan Lazim

S1) Apakah perbezaan jika saya memohon pinjaman melalui anda dan pegawai bank?

J1) Kebiasaannya apabila anda bertemu dengan pegawai bank, mereka hanya akan mempromosi pinjaman dari bank mereka sahaja dan mengatakan itulah yang terbaik yang ada di pasaran. Akan tetapi mereka tidak akan memberitahu anda kelebihan & kekurangan produk mereka. Apa yang boleh, apa yang tidak. Kami, pertama sekali akan memilih pinjaman yang mana yang sesuai untuk di pohon. Kami akan memberi anda lebih dari 1 pakej untuk pilihan. Kami beri anda fakta, dan anda yang pilih.

S2) Adakah saya akan dikenakan yuran perkhidmatan sekiranya saya memerlukan khidmat nasihat sebelum membuat pinjaman perumahan melalui anda?

J2) Kami di sini ingin membantu anda untuk memilih pinjaman perumahan yang TERBAIK yang sesuai tanpa anda perlu pergi ke mana-mana bank. Komitmen kami adalah 100%, kami tidak mengenakan apa-apa yuran perkhidmatan akan tetapi kami hanya mengenakan caj sebanyak 0.1% dari jumlah pinjaman atau RM100.00 sahaja sebagai yuran komitmen, sehingga pinjaman anda diluluskan (setelah menandatangani surat perjanjian pinjaman) YURAN TERSEBUT AKAN DIPULANGKAN 100% tanpa sebarang potongan.

S3) Mengapa saya perlu membayar yuran komitmen, sedangkan sebelum ini perkhidmatan adalah PERCUMA?

J3) Komitmen kami adalah 100%, sebelum ini kami tidak pernah mengenakan sebarang yuran komitmen, malangnya terdapat segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan khidmat kami hanya untuk mencuba-cuba membuat pinjaman dan akhirnya pinjaman tersebut tidak dapat diluluskan atas sebab-sebab tertentu seperti pemberian maklumat palsu atau enggan menandatangani surat tawaran atau surat perjanjian pinjaman dan sebagainya.

S4) Bagaimana anda boleh mendapat pendapatan dengan memberi khidmat perundingan secara percuma?

J4) Kami menerima komisen dari pihak bank dan syarikat insurans melalui program-program yang telah dipersetujui antara kami dan pihak berkenaan.

S5) Apakah kelebihan yang saya dapat jika membuat permohonan melalui anda?

J5) Kami akan membantu anda untuk mendapatkan ciri-ciri pinjaman yang terbaik dengan kadar yang terbaik untuk rumah impian anda, di samping itu kami juga memberi khidmat

nasihat dalam merancang masa depan kewangan anda serta keluarga anda. Anda dapat jimatkan lebih masa tanpa bertemu pihak bank satu persatu dalam mendapatkan maklumat atau membuat permohonan pinjaman.

Email: rsyahril@gmail.com
YM: purplehazet
http://wsahabat.blogspot.com
HP: [maxis17]-2.2.3.8.4.8.7 (sila tinggalkan pesanan sms jika tidak berjawab)

Untuk mempercepatkan proses, anda di kehendaki menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman:

Salinan KP Peminjam (Depan & Belakang)

Bekerja
Slip gaji 3 - 6 bulan TERKINI
Penyata KWSP TERKINI
Penyata akaun bank (3-6 bulan TERKINI)
Borang J/EA/BE/Cukai Pendapatan TERKINI
Surat Pengesahan Jawatan (Jika bekerja bawah setahun)

Bekerja Sendiri

Dokumen Pendaftaran Syarikat - M&A, Form 24/49/44 atau R.O.C + Borang D
Penyata akaun bank syarikat (6 - 12 bulan terkini)
Penyata akaun taksiran 1-2 tahun (untuk syarikat besar yang ingin membuat pinjaman yang besar)

Dokumen Perumahan

Resit pembelian rumah (untuk pembelian rumah dari pemaju atau melalui broker hartanah)
Salinan S&P (untuk pembiayaan semula)
Rekod pembayaran (6 Bulan TERKINI - untuk pembiayaan semula sahaja)

Dokumen Tambahan / Sokongan

Simpanan / Pelaburan (Unit Amanah/Stok/FD) - sebagai dokumen sokongan (jika ada)

Keutamaan Pelanggan:
Mengurangkan bayaran bulanan, Mengurangkan kadar interest berbayar, Menggunakan Lebihan

Pendapatan untuk Pendidikan Anak-Anak, Simpanan Pencen, dan kegunaan lain yang lebih bermanafaat

*Kerjaya Sebagai

Perunding Pinjaman & Perlindungan Perumahan [Part Time / Full Time] (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3953922)

Artikel / Perbincangan Berkaitan Pinjaman Perumahan

*[info pinjaman] Apa itu Flat Rate dan Reducing Balance? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3685482)
*Property Loan Insurance (MRTA vs MLTA) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3651903)
*Home Loan with ING @ 4.85% Fixed Rate For Life, 90% MOF (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3725264)
*[info]Pajakan vs Pegangan Bebas (Leasehold vs Freehold) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3849030)
*Tangguh pembayaran rumah bermula 12 Mac 2009 (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3884376)

*apa beza freehold dengan leasehold (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=68891) - matrik79
*Apakah Bank Terbaik Untuk Membuat Pinjaman Perumahan? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=18950) - tokmat
*MRTA vs MLTA, which one isbetter? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=67183) - hazwan
*Anda memilih bank mana untuk pinjaman perumahan??? (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=60493) - butterland

Untuk Maklumat Tentang Khidmat Yang Saya Tawarkan Layari http://wsahabat.blogspot.com (http://wsahabat.blogspot.com)

T2T
03-03-2009, 06:45 PM
UPDATE:
Kemaskini Artikel Berkaitan :
[info pinjaman] Apa itu Flat Rate dan Reducing Balance? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3685482)

T2T
04-03-2009, 01:27 AM
UPDATE:
Kemaskini Artikel Berkaitan :
Property Loan Insurance (MRTA vs MLTA) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3651903)
Home Loan with ING @ 5.35% Fixed Rate For Life, 90% MOF (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3725264)

silverchair959
04-03-2009, 01:32 AM
nak jadi org 1st yg tanya hehehe...

ada tak bank yg bg loan 100% utk beli umah ??

T2T
04-03-2009, 01:42 AM
nak jadi org 1st yg tanya hehehe...

ada tak bank yg bg loan 100% utk beli umah ??

hehe.. :D

bank yang bagi 100% loan? Bank Islam bagi 100% MOF, tengok kat sini, Pinjaman perumahan yang disyorkan di Malaysia (http://wsahabat.blogspot.com/2009/02/pinjaman-perumahan-yang-disyorkan-di.html) (tengok jadual). :)

T2T
05-03-2009, 03:05 AM
UPDATE:
Video :)

T2T
15-03-2009, 05:13 PM
UPDATE:
Kemaskini Artikel Berkaitan :
[info]Pajakan vs Pegangan Bebas (Leasehold vs Freehold) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3849030)

T2T
18-03-2009, 08:41 PM
UPDATE:
Kemaskini Artikel Berkaitan :

Tangguh pembayaran rumah bermula 12 Mac 2009 (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3884376)

Jakethitam
18-03-2009, 09:18 PM
good info..berminat. nak jadi agen buleh ker..email ke jakethitam09@yahoo.com atau hubungi 017-3041918

T2T
18-03-2009, 09:32 PM
good info..berminat. nak jadi agen buleh ker..email ke jakethitam09@yahoo.com atau hubungi 017-3041918
hehe besok jumpa 2-3pm jln ipoh.. :)

Ridzuan_AIA
18-03-2009, 09:51 PM
:)cgrock:)cgrock:)cgrock

syabas pada tuan tanah!!

manja
18-03-2009, 09:59 PM
salam tuan tanah.

saya berminat nak tau cara dan syarat2 utk refinance semula pinjaman perumahan sy skrg ni.

T2T
18-03-2009, 10:08 PM
:)cgrock:)cgrock:)cgrock

syabas!!

tenkiu bro...

p/s sorry pagi tadi tak sompek nak ketemu..:((

T2T
18-03-2009, 10:11 PM
salam tuan tanah.

saya berminat nak tau cara dan syarat2 utk refinance semula pinjaman perumahan sy skrg ni.

manja, cek PM :)

Ridzuan_AIA
18-03-2009, 10:16 PM
tenkiu bro...

p/s sorry pagi tadi tak sompek nak ketemu..:((

no prob... :)

T2T
18-03-2009, 10:18 PM
no prob... :)

next week ada lagi kan? insyallah aku sampai juga.. :D

Ridzuan_AIA
18-03-2009, 10:24 PM
bro just nk tanya sket leh x?

apa maksud T2T?
jenama minyak 2T ke :D

T2T
18-03-2009, 10:32 PM
bro just nk tanya sket leh x?

apa maksud T2T?
jenama minyak 2T ke :D

teman 2 teman

maksudnya kawan2kawan laa.. hehehe..

T2T
18-03-2009, 10:48 PM
salam tuan tanah.

saya berminat nak tau cara dan syarat2 utk refinance semula pinjaman perumahan sy skrg ni.

manja, check PM & email :)

Mr Giant
19-03-2009, 11:50 AM
ingat nk refinance rumah.....
tapi kebnykkan bank cuma nak property yg 70k keatas....
cam sy nie nk refinance rmh low cost, bleh ke.....

T2T
19-03-2009, 11:14 PM
ingat nk refinance rumah.....
tapi kebnykkan bank cuma nak property yg 70k keatas....
cam sy nie nk refinance rmh low cost, bleh ke.....

bro check pm :)

T2T
25-03-2009, 04:00 PM
"...adakah anda mahu kurangkan bayaran interest kepada pihak bank?

"...adakah anda mahu menjana pendapatan dari kediaman anda tanpa perlu anda jual atau menyewa kepada orang lain?

hubungi saya untuk mengetahui caranya...

T2T
25-03-2009, 04:45 PM
UPDATE:
*Kerjaya Sebagai Perunding Pinjaman & Perlindungan Perumahan [Part Time / Full Time] (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3953922)

KIOS
07-04-2009, 02:41 PM
bagus thread nih..
nak carik info pasal beli rumah, tapi tak tau nak mula kat mana..
harap TT dapat bantu..

T2T
07-04-2009, 08:37 PM
bagus thread nih..
nak carik info pasal beli rumah, tapi tak tau nak mula kat mana..
harap TT dapat bantu..

insyallah.hmm munkin kiosanggun boleh mulakan dengan cari rumah yang sesuai di tempat yang diidamkan. ciri2 tempat tu, dah tentu lah ada skolah, masjid, pejabat pos, bank, stesen minyak, pengangkutan awam dsbnya..

T2T
24-04-2009, 11:46 AM
UPDATE:
*Video: Why use a Mortgage Broker?

CheMan
24-04-2009, 12:38 PM
Camne kita nak tahu value rumah yg kita beli skg ni...ade tak source blh rujuk or maybe tt blh bantu...:D

T2T
28-04-2009, 12:15 PM
Camne kita nak tahu value rumah yg kita beli skg ni...ade tak source blh rujuk or maybe tt blh bantu...:D

kalau nak tau value rumah, biasanya bergantung pada valuer, dan dikenakan caj. tapi secara kasarnya boleh refer pada pemaju, tengok di internet, atau tanya pada jiran-jiran.

MRSZUL
05-05-2009, 09:16 AM
saya nak buat refinance rumah...boleh tau tak mane bank yang menawarkan kadar faedah rendah + bulanan rendah + dapat cash money lagi..saya buat pinjaman bank Ambank pada 2002...

T2T
05-05-2009, 05:06 PM
saya nak buat refinance rumah...boleh tau tak mane bank yang menawarkan kadar faedah rendah + bulanan rendah + dapat cash money lagi..saya buat pinjaman bank Ambank pada 2002...

hmmm.. kalau 2002 tu dah lama.. ada market value dan baki loan pun dah kurang...nak tau bank dan pakej yang sesuai.. kena tau awak punya DSR dan lokasi dulu.. check email.. TQ :)

rinnizz
12-05-2009, 10:11 AM
aku pun nak wat refinance...tolong advise....

Farah_anne
12-05-2009, 10:57 AM
salam...nak tanya...saya n hubby cadang nk beli umah..tapi tuk letak nama saya dh x bley sbb ada blacklist..so,epf pun x bley kua...ada x cara tuk kuarkan gak epf saya tuh?? :-?

T2T
12-05-2009, 02:31 PM
aku pun nak wat refinance...tolong advise....

check PM :)

salam...nak tanya...saya n hubby cadang nk beli umah..tapi tuk letak nama saya dh x bley sbb ada blacklist..so,epf pun x bley kua...ada x cara tuk kuarkan gak epf saya tuh?? :-?

hehe... cara nak kuarkan EPF.. tanpa ada nama dalam loan rumah.. saya tak pandai dalam bab2 nih.. ehhehe.. mungkin ada kawan2 dalam CG yang boleh bantu dan tau cara nak buat..

sambil2 tu, layan nih plak..
Ahli Menipu Pengeluaran Perumahan KWSP Dijatuhi Hukuman (http://wsahabat.blogspot.com/2009/05/ahli-menipu-pengeluaran-perumahan-kwsp.html)

jah2008
12-05-2009, 11:03 PM
betul ke proses buat refinance rumah tu lambat?

ape beza refinance dgn gadaian rumah?

kalau berbeza, mana yg lebih mudah prosesnya?

T2T
13-05-2009, 12:13 AM
betul ke proses buat refinance rumah tu lambat?

ape beza refinance dgn gadaian rumah?

kalau berbeza, mana yg lebih mudah prosesnya?

refinance = loan tak habis lagi, tapi nak buat pinjaman atas baki/harga semasa

gadaian = rumah dah habis bayar, kemudian nak buat pinjaman atas market value / jumlah tertentu.

proses biasanya sama je. cuma cepat lambat tu bergantung kepada dokumen, lokasi, status rumah tersebut.

harap membantu.

jah2008
13-05-2009, 09:11 PM

tq TT.

kedua2 proses tu, perlu guarantor tak?

sebenarnya akak ada cadangan nak gadai rumah akak utk beli rumah lg satu utk tujuan disewakan....ape pendapat TT? apa pendapat TT berkenaan buat OD utk beli rumah?

T2T
14-05-2009, 01:25 AM

gerentor tak semestinya, bergantung pada income/hutang... kalau perlu guna joint account.. kalau tak.. tak perlu...

tentang nak gadai beli rumah untuk disewakan.. bagus gak.. asalkan positif cash flow.. :)

OD bagus kalau pandai guna.. pendapat saya.. jgn guna OD, guna home loan biasa, tapi dalam masa yang sama guna tools2 yang ada untuk cut down interest, reduce loan tenure dsbnya..

jah2008
14-05-2009, 04:38 PM

rasanya byk lg soalan akak.... akak rasa akak perlukan perkhidmatan TT nanti.selalu gak buka blog TT.:D

T2T
14-05-2009, 05:48 PM
rasanya byk lg soalan akak.... akak rasa akak perlukan perkhidmatan TT nanti.selalu gak buka blog TT.:D

terima kasih kerana melawat blog saya kak :)
bila-bila akak free, boleh je jumpa, takde fees apa pun.. belanja minum je. hehehe :">:D

nonama
15-05-2009, 12:57 PM
mcm best je thread ni, nak tanya TT aku ade buat join loan ngan wife utk beli umah kat JB under setia, tapi baru² ni loan kitorang reject ngan Eonbank atas alasan ccris credit card tapi credit card tu aku dah setel kan pon, baru 300+ je, so ade pape suggestion x? loan tu 1st name nama wife aku die keje gomen, 2nd nama aku, aku keje sendiri... mintak tulun tuan tanah, email kat aku ke nazrudy@yahoo.com ... thx...

T2T
15-05-2009, 01:45 PM

salah satu faktor loan tak lulus ialah laporan kredit yang tak cun melecun. bukan nak cun sangat pun, at least 1 sebulan tak bayar takpe lagi, tapi kalau 2 bulan lebih sangkut payment, dalam tempoh 12 bulan kebelakang, mmg tak lepas. walaupun dah lepas, tapi ada rekod.

mcm nih, kredit kad tu dah settle kan.? senang je.. pergi ke bank, kata nak batal kredit kad tu, lepas 20 haribulan cek ccris balik, sepatutnya credit facility untuk kad kredit tu dah hilang dari komputer diorang. reapply semula loan. :) setakat kredit kad, anytime leh apply balik, yang penting kena hilangkan facility loan (kredit kad) tu dulu.

Harap membantu.

nina76
18-05-2009, 02:23 PM
TT, check PM...thanks

nina76
18-05-2009, 02:29 PM
salah satu faktor loan tak lulus ialah laporan kredit yang tak cun melecun. bukan nak cun sangat pun, at least 1 sebulan tak bayar takpe lagi, tapi kalau 2 bulan lebih sangkut payment, dalam tempoh 12 bulan kebelakang, mmg tak lepas. walaupun dah lepas, tapi ada rekod.

mcm nih, kredit kad tu dah settle kan.? senang je.. pergi ke bank, kata nak batal kredit kad tu, lepas 20 haribulan cek ccris balik, sepatutnya credit facility untuk kad kredit tu dah hilang dari komputer diorang. reapply semula loan. :) setakat kredit kad, anytime leh apply balik, yang penting kena hilangkan facility loan (kredit kad) tu dulu.

Harap membantu.

Tp TT, kalau dh cancel kad tu mestilah settlekan sekali any balance yg ada....sy pon ada cancel satu kad ni...tp yg malangnye ada balance 5 sen...which sy ingat tkdelah affect apa2 since ..yelah 5 sen..tkkn itu pon nk dikira...dh 2 tahun tu cancel...tk sangka bila sy print out ccris bulan lepas ada masih ada rekod on kad ini......lps sy call customer service baru dia waivekan 5 sen tu....

T2T
18-05-2009, 06:18 PM

anyway case to case basis, kalau setakat 5 sen tu, bank pun takla kejam sangat sampai tak luluskan loan..heheh..

akaklin79
18-05-2009, 10:03 PM
emmm...kak dah clearkan nama...tapi tulah semua kater kena tunggu 6 bulan dulu...bosankan...so dah sangkut nama.

T2T
18-05-2009, 10:57 PM
emmm...kak dah clearkan nama...tapi tulah semua kater kena tunggu 6 bulan dulu...bosankan...so dah sangkut nama.

hmm sangkut loan apa?

akaklin79
19-05-2009, 02:04 PM
entah lah...kak dah bayar all cc....apply kat cimb dan bank islam..then diorang ckp kena tunggu 6 bulan baru leh apply...loan rumah ke..aper ke...tak ke dah payah..tu

Jutawan
20-05-2009, 03:54 PM
Thread berguna untuk maklumat2 berkaitan perumahan agar tidak tertipu. Tapi broker selalu makan banyak tak terhadap service you all???:-?

T2T
21-05-2009, 12:05 AM
entah lah...kak dah bayar all cc....apply kat cimb dan bank islam..then diorang ckp kena tunggu 6 bulan baru leh apply...loan rumah ke..aper ke...tak ke dah payah..tu

cadangan saya, kalau akaklin dah clear cc jadi RM0. pergi cancel terus kredit kad tu.. lepas 20hb cek kat bank negara semula. print ccris report. by right dalam ccris report dah tunjuk kosong..facility credit card tu dah di tarik keluar.

p/s dah masuk ctos ke belum?

T2T
21-05-2009, 12:06 AM
Thread berguna untuk maklumat2 berkaitan perumahan agar tidak tertipu. Tapi broker selalu makan banyak tak terhadap service you all???:-?

broker normally tak pandang sangat komisen dari bank.. heheh..

depa dapat komisen dari agency real estate dah banyak.. yang penting loan lulus :) betul tak broker2 semua :)

akaklin79
27-05-2009, 10:12 AM
emmm...kak dah lama cancel kan cc tu...dan now dah habis bayar pun..nanti kak pergi BNM ok..

T2T
27-05-2009, 06:16 PM
emmm...kak dah lama cancel kan cc tu...dan now dah habis bayar pun..nanti kak pergi BNM ok..

ok.. now dah senang nak check ccris report tu.. ada kiosk cam kwsp.. good luck.! :)

jutawan_kokusba89
22-07-2009, 01:56 AM
boleh jadi ejen area utara??

T2T
31-07-2009, 05:04 PM
area utara sampai perak je.. kedah / penang belum ada wakil lagi la. kalau nak jadi wakil boleh.. kena datang training dulu..

paktam
02-08-2009, 10:28 PM
area utara sampai perak je.. kedah / penang belum ada wakil lagi la. kalau nak jadi wakil boleh.. kena datang training dulu..

ok aku dah dpt S&P aku tuh...tq shahril...good luck...

T2T
26-08-2009, 10:19 PM
bump.. sempena bulan puasa.. :)

brozul
30-09-2009, 07:42 AM
aku ada mslh ni... tp tataw mcm mana nak mula...

mak aku suruh refinance umah tp aku tkut tak mampu...

ada kelayakan ke if nak refinance? coz aku ada personal loan dah...

umah tu plak dah habis byr...

sory if tnya soklan ****...
__________________

zulco
30-09-2009, 07:52 AM
bro..
kalo ada lokasi umah kat ampang ,cheras, leh bagitahu...
nak gak cari umah....

T2T
30-09-2009, 10:14 AM
aku ada mslh ni... tp tataw mcm mana nak mula...

mak aku suruh refinance umah tp aku tkut tak mampu...

ada kelayakan ke if nak refinance? coz aku ada personal loan dah...

umah tu plak dah habis byr...

sory if tnya soklan ****...
__________________

iskh.. apa pulak takleh tanya.. mmg thread nih untuk tanya2 pasal loan umah.

kalau nak re-mortgage/refinance, kelayakan mcm apply loan biasa, tapi dari segi syarat2 tu berlainan lah sedikit dari loan biasa. kalau ada personal loan pun takde masalah, semuanya bergantung pada income & komitmen.

tak semestinya nak amik full amount (Market Value), mungkin leh amik ikut kemampuan je..

kau kat area mana? PM aku butiran pendapatan/komitmen dan market value rumah tu... aku wat kiraan :)

T2T
30-09-2009, 10:20 AM
bro..
kalo ada lokasi umah kat ampang ,cheras, leh bagitahu...
nak gak cari umah....

ok boss...estimate bajet berapa?

awie_kl
08-10-2009, 12:46 AM
salam bro adik saya nak wat loan rmh bank mana yg senang lulus? apa2 pm saya yer t.q

T2T
12-10-2009, 03:53 PM
salam bro adik saya nak wat loan rmh bank mana yg senang lulus? apa2 pm saya yer t.q

awie, cek pm :)

syaqiq2312
15-10-2009, 04:13 AM
Bump untuk tuan tanah....siapa nak loan umah leh jumpa tuan tanah, jika tuan tanah sibuk dan lambat layan korang, pm jer aku kat ym atau tepon aku...nanti aku marah kat tuan tanah jika dia lambat layan korang2 yang nak beli umah....
Tuan tanah jgn marah ehhhhh......kekekekeek

T2T
15-10-2009, 11:28 AM

syaqiq.. projek personal loan ko camne? customer semalam dah roger?

T2T
07-12-2009, 12:02 PM
pakej free moving cost sudah tiada.. jadi apa pilihan anda?

dinasmakeup
10-12-2009, 12:34 PM
T2T,

Nak tanya kalo nak wat refinance rumah, hutang tingal RM99K. Loan rumah dulu RM136K. Value rmh skrg RM190K tapi saya nak wat loan dlm RM170K shj. Leh tlg kira brp monthly kalau loan dgn ING lepas?

T2T
10-12-2009, 07:54 PM
T2T,

Nak tanya kalo nak wat refinance rumah, hutang tingal RM99K. Loan rumah dulu RM136K. Value rmh skrg RM190K tapi saya nak wat loan dlm RM170K shj. Leh tlg kira brp monthly kalau loan dgn ING lepas?

Salam dinasmakeup, dari kiraan;

Loan: 170K
Interest: 4.85% Fixed (NFMC)
Monthly: RM897.08

Loan Balance: 99K
Cash Out: 170K - 99K = 71K

email saya (rsyahril@gmail.com) pendapatan dan komitmen setiap bulan untuk kira kelayakan :)

pekerjasusahhati
17-09-2010, 03:03 AM
hmmm...nak tanya tt

kalau yang first time nak beli rumah boleh ker?

Kelaut
31-03-2011, 11:34 AM
Salam,

Fixed Rates HOME LOAN paling rendah berapa sekarang ???

Terima Kasih

Kelaut
31-03-2011, 11:35 AM
Salam,

Fixed Rates HOME LOAN paling rendah berapa sekarang ???

Terima Kasih

azhar4705
31-03-2011, 04:48 PM
TT, kalo nk buat rumah atas tanah sendiri...
loan bank mane yg paling OK??

Pls advise....

mzak
31-03-2011, 05:35 PM
Untuk Maklumat Tentang Khidmat Yang Saya

Tawarkan Layari http://wsahabat.blogspot.com (http://wsahabat.blogspot.com)
http://www.youtube.com/watch?v=5aMei3sOPak
Why Use a Mortgage Broker?
http://www.youtube.com/watch?v=ejHxWBw56cc

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pendahuluan:
Kami menawarkan perkhidmatan Rundingan Pinjaman dan Perlindungan Perumahan kepada pembeli rumah yang memerlukan maklumat berkenaan pinjaman bagi setiap institusi kewangan yang menawarkan pinjaman perumahan. Ini termasuk terma & syarat, bayaran pendahuluan & bulanan, jenis kadar pinjaman, dan lain-lain yang bersesuaian untuk mereka yang memohon.

Cara Rundingan:

Carian Maklumat: Pendapatan/Komitmen/Jenis Kediaman/Bajet dan sebagainya. (Maklumat tidak akan di dedahkan kepada mana-mana pihak ketiga). Carian maklumat adalah penting bagi memastikan anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman. Kami tidak akan menghantar borang permohonan jika anda tidak layak untuk membuat pinjaman.

Permohonan Pinjaman Perumahan akan dihantar oleh kami ke institusi kewangan yang berkenaan sahaja. Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan, bukan merujuk mana-mana bank kepada anda.

Memaklumkan kepada anda tentang pengeluaran surat tawaran pinjaman dan surat perjanjian pinjaman perumahan serta perjanjian jual beli.

Membantu anda untuk mendapatkan khidmat peguam berkenaan Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) & Perjanjian Pinjaman.

Kami akan memastikan dan mengawal selia dengan pihak berkenaan tentang status pinjaman serta memaklumkan kepada anda sehingga pinjaman di luluskan.

Soalan Lazim

S1) Apakah perbezaan jika saya memohon pinjaman melalui anda dan pegawai bank?

J1) Kebiasaannya apabila anda bertemu dengan pegawai bank, mereka hanya akan mempromosi pinjaman dari bank mereka sahaja dan mengatakan itulah yang terbaik yang ada di pasaran. Akan tetapi mereka tidak akan memberitahu anda kelebihan & kekurangan produk mereka. Apa yang boleh, apa yang tidak. Kami, pertama sekali akan memilih pinjaman yang mana yang sesuai untuk di pohon. Kami akan memberi anda lebih dari 1 pakej untuk pilihan. Kami beri anda fakta, dan anda yang pilih.

S2) Adakah saya akan dikenakan yuran perkhidmatan sekiranya saya memerlukan khidmat nasihat sebelum membuat pinjaman perumahan melalui anda?

J2) Kami di sini ingin membantu anda untuk memilih pinjaman perumahan yang TERBAIK yang sesuai tanpa anda perlu pergi ke mana-mana bank. Komitmen kami adalah 100%, kami tidak mengenakan apa-apa yuran perkhidmatan akan tetapi kami hanya mengenakan caj sebanyak 0.1% dari jumlah pinjaman atau RM100.00 sahaja sebagai yuran komitmen, sehingga pinjaman anda diluluskan (setelah menandatangani surat perjanjian pinjaman) YURAN TERSEBUT AKAN DIPULANGKAN 100% tanpa sebarang potongan.

S3) Mengapa saya perlu membayar yuran komitmen, sedangkan sebelum ini perkhidmatan adalah PERCUMA?

J3) Komitmen kami adalah 100%, sebelum ini kami tidak pernah mengenakan sebarang yuran komitmen, malangnya terdapat segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan khidmat kami hanya untuk mencuba-cuba membuat pinjaman dan akhirnya pinjaman tersebut tidak dapat diluluskan atas sebab-sebab tertentu seperti pemberian maklumat palsu atau enggan menandatangani surat tawaran atau surat perjanjian pinjaman dan sebagainya.

S4) Bagaimana anda boleh mendapat pendapatan dengan memberi khidmat perundingan secara percuma?

J4) Kami menerima komisen dari pihak bank dan syarikat insurans melalui program-program yang telah dipersetujui antara kami dan pihak berkenaan.

S5) Apakah kelebihan yang saya dapat jika membuat permohonan melalui anda?

J5) Kami akan membantu anda untuk mendapatkan ciri-ciri pinjaman yang terbaik dengan kadar yang terbaik untuk rumah impian anda, di samping itu kami juga memberi khidmat

nasihat dalam merancang masa depan kewangan anda serta keluarga anda. Anda dapat jimatkan lebih masa tanpa bertemu pihak bank satu persatu dalam mendapatkan maklumat atau membuat permohonan pinjaman.

Email: rsyahril@gmail.com
YM: purplehazet
http://wsahabat.blogspot.com
HP: [maxis17]-2.2.3.8.4.8.7 (sila tinggalkan pesanan sms jika tidak berjawab)

Untuk mempercepatkan proses, anda di kehendaki menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman:

Salinan KP Peminjam (Depan & Belakang)

Bekerja
Slip gaji 3 - 6 bulan TERKINI
Penyata KWSP TERKINI
Penyata akaun bank (3-6 bulan TERKINI)
Borang J/EA/BE/Cukai Pendapatan TERKINI
Surat Pengesahan Jawatan (Jika bekerja bawah setahun)

Bekerja Sendiri

Dokumen Pendaftaran Syarikat - M&A, Form 24/49/44 atau R.O.C + Borang D
Penyata akaun bank syarikat (6 - 12 bulan terkini)
Penyata akaun taksiran 1-2 tahun (untuk syarikat besar yang ingin membuat pinjaman yang besar)

Dokumen Perumahan

Resit pembelian rumah (untuk pembelian rumah dari pemaju atau melalui broker hartanah)
Salinan S&P (untuk pembiayaan semula)
Rekod pembayaran (6 Bulan TERKINI - untuk pembiayaan semula sahaja)

Dokumen Tambahan / Sokongan

Simpanan / Pelaburan (Unit Amanah/Stok/FD) - sebagai dokumen sokongan (jika ada)

Keutamaan Pelanggan:
Mengurangkan bayaran bulanan, Mengurangkan kadar interest berbayar, Menggunakan Lebihan

Pendapatan untuk Pendidikan Anak-Anak, Simpanan Pencen, dan kegunaan lain yang lebih bermanafaat

*Kerjaya Sebagai

Perunding Pinjaman & Perlindungan Perumahan [Part Time / Full Time] (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3953922)

Artikel / Perbincangan Berkaitan Pinjaman Perumahan

*[info pinjaman] Apa itu Flat Rate dan Reducing Balance? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3685482)
*Property Loan Insurance (MRTA vs MLTA) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3651903)
*Home Loan with ING @ 4.85% Fixed Rate For Life, 90% MOF (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3725264)
*[info]Pajakan vs Pegangan Bebas (Leasehold vs Freehold) (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3849030)
*Tangguh pembayaran rumah bermula 12 Mac 2009 (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=3884376)

*apa beza freehold dengan leasehold (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=68891) - matrik79
*Apakah Bank Terbaik Untuk Membuat Pinjaman Perumahan? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=18950) - tokmat
*MRTA vs MLTA, which one isbetter? (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=67183) - hazwan
*Anda memilih bank mana untuk pinjaman perumahan??? (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=60493) - butterland

Untuk Maklumat Tentang Khidmat Yang Saya Tawarkan Layari http://wsahabat.blogspot.com (http://wsahabat.blogspot.com)

Terbaik dari TT...:):):D:D