PDA

View Full Version : [DIY] - Konfigurasi ADSL Modem Sebagai Router

zolympus
03-06-2006, 03:06 PM
Sesetengah modem yang diberi oleh Streamyx (ataupun Streamyx recommended) boleh di set sebagai router. Dalam masa 6 bulan aku pakai Streamyx ni, aku dah cuba 3 jenis modem (Aztech DSL600E, Triz 3200C & ZTE ZDSL831) dan harap dgn pengalaman yg sedikit bolehlah membantu. Benda ni sebenarnya dah ada dalam modem tu sendiri. Cumanya, kita tak perasan. Secara default, modem didatangkan dalam bridge mode (kita kena 'dail'. Tapi, kalau guna router mode (kena set dulu la) .. on sahaja modem, tunggu lampu ADSL tak berkelip dah terus boleh masuk Internet selepas itu. Tak perlu dail. One step short dibandingkan dengan sebelum ini.

NOTA: TIDAK SEMUA ADSL MODEM MEMPUNYAI BUILT IN ROUTER FUNCTION

Langkah 1: Cuba http://192.168.1.1 di perisian pelayar Internet (IE/Firefox) dan lihat sekiranya ada prompt utk masukkan username dan password. Sekiranya ada, besar kemungkinan anda boleh configure router function berkenaan boleh dikonfigurasikan melalui web management console.

Langkah 2: Dapatkan model modem berkenaan. Ini kerana, setiap modem mempunyai setting yang berlainan.

Langkah 3: Setiap modem mempunya default password yang berbeza. Sebagai contoh;

Aztech DSL600E
Username : admin
Password : admin
Triz 3200C
Username: admin
Password: telekomst
ZTE ZXDSL 831
Username: ZXDSL
Password: ZXDSL

atau

Username: ADSL
Password: expert03

KASDA KE318D
Username: admin
Password: telekomst

DB102
Username: tmadmin
Password: tmadmin

HUAWEI smartAx MT800A
Username: admin
Password: admin

Caremo (Router/Bridge)
Username : admin
Password : epicrouter

Compex (ADSL 2/2)
Username : admin
Password : password

Yang penting sekarang, kenalah tahu model modem yang digunakan selepas itu barulah kita boleh proceed ke langkah yang seterusnya

cayang77
03-06-2006, 04:09 PM
:-D waa... menarik nih... aku guna KASDA KE318D ADSL modem yang provided dari telekom malaysia... bleh diset sebagai router ke? kalo bleh... tolong2.. :lol:

bono79
03-06-2006, 04:12 PM
bro zoly,

aku pakai DSL600E (stended TM bagi) dan dpt masuk console tu...ape nak kene tuko eh?? bagus juge kalau leh set router neh, takyah beli router lagik...kekeke...

zolympus
03-06-2006, 04:40 PM
:-D waa... menarik nih... aku guna KASDA KE318D ADSL modem yang provided dari telekom malaysia... bleh diset sebagai router ke? kalo bleh... tolong2.. :lol:
Boleh. Utk access ke modem web management console;

KASDA KE318D
Username: admin
Password: telekomst

Cara untuk set boleh didapat di sini. Buat slow slow. Kalau agak sukar untuk follow, print dulu artikel tersebut;
http://www.dslreports.com/faq/11956

Di ruangan PPP di http://192.168.1.1/MainPage?id=25

Username dan password yang patut diletakkan di situ ialah username dan password streamyx anda.

username: username-streamyxanda@streamyx
password: password-streamyx-anda

HARDENING !! PENTING!!
1. Tukar port setting dari default 80 kepada nombor port lain. Nombor port setting berkenaan mestilah antara 61000-62000 utk modem ini

http://192.168.1.1/MainPage?id=29

Ada tiga field iaitu HTTP, telnet dan ftp. Masukkan nombor yang berlainan setiap satu. Contoh.

HTTP : 61080
telnet : 61023
FTP : 61021

Selepas ini, bila anda hendak masuk ke console semula (dengan web/http request), kena masukkan IP modem dan port HTTP. Contohnya, nombor port baru ialah 61080.

Sebelum: http://192.168.1.1
Selepas: http://192.168.1.1:61080

1. Tukar default password modem anda kepada password lain. Ini untuk mengelakkan individu dari luar akses modem anda dan mencuri username dan password streamyx (possibility ini boleh jadi)

http://192.168.1.1/MainPage?id=3#

Jangan lupa COMMIT & REBOOT selepas itu. Modem akan simpan setting baru dan restart selepas itu.

Harap membantu ! :-D

zolympus
03-06-2006, 04:56 PM
bro zoly,

aku pakai DSL600E (stended TM bagi) dan dpt masuk console tu...ape nak kene tuko eh?? bagus juge kalau leh set router neh, takyah beli router lagik...kekeke...
Basically, utk modem/router ini, kita akan tukar dari bridge mode sesuatu modem itu kepada router mode.

DSL600E spesifikasi:
http://www.aztech.com/prod_adsl_dsl600e.html

Utk konfigurasi DSL600E, boleh ikut di sini;
ftp://ftp.aztech.com/Malaysia/ADSL/DSL600E/DSL600E_bridge_routerv1.pdf

Sebenarnya, cara utk setting lebih kurang sama dari satu modem ke modem yang lain. Seperti kita guna gmail, Hotmail dan Yahoo. Ada beza, tapi lebih kurang sama.

NOTA TAMBAHAN UNTUK PENGGUNA TORRENT
Port forward mestilah dikonfigurasi untuk mengelakkan perisian client torrent anda melaporkan NAT setting error.

Penggunanaan router mode, kadangkala menyebabkan torrent download lebih perlahan dari penggunaan bridge mode (PPP dialling). Tapi, bagi aku sendiri, kenalah sacrifice sedikit. Sudahlah main online investment ni dah cukup berisiko, takkan nak tambahkan risiko lagi ye tak? Minimakan seminima mungkin.

Harap membantu ! :-D

tokmat™
04-06-2006, 08:08 AM
Huh....
Hebat zolympus ni.....
Banyak membantu ni....

crkb
04-06-2006, 10:13 AM
Huh....
Hebat zolympus ni.....
Banyak membantu ni....

wahh...hebat ni...nak cuba la.. :D
tak perlu dial...

zolympus
04-06-2006, 11:08 AM
Huh....
Hebat zolympus ni.....
Banyak membantu ni....

wahh...hebat ni...nak cuba la.. :D
tak perlu dial...Ceh. Tak ada hebat pun. Benda dah ada, tinggal guna je ehehehe.

Mengenai "tak perlu dial" ni, yang sebenarnya router yang mendial untuk anda sebab itu kena letak username dan password streamyx di dalam console tadi. :-D

Jangan lupa "save" atau "commit" bila sudah ubah konfigurasi modem anda.

eyzzat
05-06-2006, 02:15 PM
modem yg stimix bg tu dah router..
cume yg tukang psg tu x set je..
nak belaja lg pi port forward.com
kalu korang slh buat rosak router tu..
jd tgk btoi2..

gooddjinn
05-06-2006, 07:39 PM
Nak tanye skit, maklomlah saye ni jahil skit..

Utk pe sume ni?? Router? pe tu?

Dial?

Utk tmbah laju internet ke?

zolympus
06-06-2006, 04:59 AM
Nak tanye skit, maklomlah saye ni jahil skit..

Utk pe sume ni?? Router? pe tu?

Dial?

Utk tmbah laju internet ke?
Technically speaking, router ialah suatu device yang melakukan routing di mana paket-paket data akan di forward dari satu rangkaian ke rangkaian lain.

Dalam konteks yg kita bincangkan ini, tugas router di sini ialah suatu alat di mana ia akan melakukan tugas menyambungkan rangkaian dari rumah kita ke Streamyx. Dengan mengaktifkan router mode di modem streamyx yang kita gunakan (sekiranya ada), ia akan berfungsi untuk mendial secara automatik kepada PPPoE server Streamyx.

Selain itu, fungsi router modem hari ini biasanya bukan setakat routing, malahan berfungsi sebagai firewall asas. Jadinya, utk menjawab soalan di atas, fungsi router ialah;

i/ mendial Streamyx dgn automatik (tidak perlu mendial manual di dalam Windows)
ii/ menyediakan basic hardware firewall

Bila mana firewall tersebut berada di front end, PC kita akan menerima less intruder kerana ia sudah awal-awal lagi disekat :-D

iisnain
13-06-2006, 10:32 PM
wa nak kalau ada setting untuk DB102 ADSL Modem,
macam menarik tukar modem ni kepada router...

Tapi wa tak pandai setupnya...takut meletup plak modem tuh

zolympus
13-06-2006, 10:44 PM
wa nak kalau ada setting untuk DB102 ADSL Modem,
macam menarik tukar modem ni kepada router...

Tapi wa tak pandai setupnya...takut meletup plak modem tuh
Interface setting dia sama dengan infamous ZTE.

DB102 ADSL Modem
Username : tmadmin
Pasword : tmadmin
Nanti kalo lu online, wa boleh tolong configkan secara remote. Insya Allah, tak meletup :lol:

RealMerchant
14-06-2006, 03:11 AM
bro..aku nk tanye sikit ye...

kalau aku nk create game untuk warcraft...biasenye kiter kene set firewall dulu kan....

camane ye nk set...bro zoly blh tolong ajar tak...bab ni aku kurang pasif..

:D :D :D :D :D

zolympus
14-06-2006, 03:51 AM

Wa pun main Warcraft, cuma dlm LAN sahaja :-D . Oleh kerana dalam LAN, wa cuma beri akses kepada program Warcraft tu utk act jadi server, jadi firewall akan buka port number utk Warcraft di dalam LAN.

Initipati di sini
i/ sesuatu program/servis ada port dia sendiri
ii/ dengan running program/servis, dia akan buka port number sendiri
iii/ port number boleh ditukar pada sesetengah servis. contohnya, http (port 80). Bagaimanapun, ini mgkn akan menyusahkan pengguna dan kalau tidak berhati-hati boleh menyebabkan konflik sekiranya menggunakan port number yg sama dengan servis/program lain.

Berbalik kepada Warcraft ni tadi, kalo ko ada benarkan org dari Internet all around the world connect ke PC ko yg mana PC ko jadi server Warcraft tersebut, makanya di router tu kenalah benarkan port forwarding utk Warcraft.

Artikel diambil dari;
- http://www.portforward.com/cportsnotes/battlenet/battlenet.htm
- http://www.portforward.com/cportsnotes/battlenet/wow.htm

Utk WCIII; (http://www.portforward.com/cportsnotes/battlenet/battlenet.htm)
Warcraft III:
Allow port 6112 TCP out and allow established sessions in
Allow port 6112 TCP in (hosting custom games)
Allow port 6113-6119 TCP out and in (hosting custom games if you've changed the default port in the Options/Gameplay screen)

If you are still having problems after you open up the required ports, try opening 116(TCP) and 118(TCP). I don't really know if these ports are required or not.
I have had people tell me that opening up those two ports have helped them connect to battle.net.

Utk WoW; (http://www.portforward.com/cportsnotes/battlenet/wow.htm)
World of Warcraft communicates on port 3724 with the TCP protocol. The patching process requires port 3724, 6112, and 6881-6999. Once again to download the patches for World of Warcraft you should forward the following ports.

3724 TCP 6112 TCP 6881-6999 TCP

If you can not forward ranges of ports and are only planning on having one computer playing WoW, just forward ports 3724 TCP and 6112 TCP. The 6881-6999 port range is mainly used where multiple computers on a network may be trying to play WoW at the same time.

Cara utk set port forward adalah berbeza dari satu router ke router yang lain. Cumanya, kalo bro pernah set port forward utk torrent, ia benda yang lebih kurang sama juga. Yang lain, cuma port number sahaja.

RealMerchant
15-06-2006, 02:16 AM
time kasih broo....

nanti kalau ade pape aku tanye ko balik...

wassalam...

:D :D :D

azman_sa
18-06-2006, 10:00 AM
Aku pakai modem HUAWEI Model MT800A.
Macam mana nak setting router...?
Harap boleh bantu... :D

StanNero
18-06-2006, 10:25 AM
hmm terere zomlypus..leh keje bahagian technical kat tempat ako nie bab STREAMYX..hehehe ..

zolympus
18-06-2006, 10:43 AM
hmm terere zomlypus..leh keje bahagian technical kat tempat ako nie bab STREAMYX..hehehe ..
Uceh. Aku cuma insan biasa ..

p/s: ada keje kosong tak? :-D

iisnain
18-06-2006, 11:41 AM
hmm terere zomlypus..leh keje bahagian technical kat tempat ako nie bab STREAMYX..hehehe ..
Uceh. Aku cuma insan biasa ..

p/s: ada keje kosong tak? :-D

zoly mmg power!..huar huar huar..cayalahhh

zolympus
18-06-2006, 02:32 PM
Aku pakai modem HUAWEI Model MT800A.
Macam mana nak setting router...?
Harap boleh bantu... :D
Huhuhu. Ini HUAWEI MT800A ini agak sukar nak beri panduan secara online sebab manual pun dalam bahasa Cina. Tapi, once boleh masuk dia pun console, insya Allah sama je praktis dia dg config yang lain2 ni.

http://www.9orange.com/article_content.asp?typeid=00010100&article_id=3292

Cuba beri screenshot di sini. Takpun, add aku dalam Yahoo Messenger. ID aku - the_darkwan. Nanti kita cuba sama-sama jika aku ada masa :-D

Anway, cara utk masuk spt biasa dengan pergi ke http://192.168.1.1

Model: HUAWEI smartAx MT800A
Username: admin
Password: admin

cariemas
27-07-2006, 11:56 PM
kebanyakkan modem dari TMNuts mmg leh jadi router. cuma satu jer diorang tak ajo camner. kena lah someone macam Zolympus utk bagi cara how to.
cayolah zolympus..

kanoha_village
28-07-2006, 08:04 AM
kebanyakkan modem dari TMNuts mmg leh jadi router. cuma satu jer diorang tak ajo camner. kena lah someone macam Zolympus utk bagi cara how to.
cayolah zolympus..

Aku nya ADSL guna TMNET punya
Brand AZTECH

Dulu aku wat autodial...convert modem jadi router,,,,,
kekadang selalu ada problem...bila ON modem NON-STOP tanpa OFF selama 3 days....tetiba modem aztech jd idle....takleh access internet,.....terpaksa restart modem....

Skrang ada solution...
Beli D-Link DI-604, set d-link tu sebagai router....
autodial ke modem AZTECH...
AZTECH still modem....yg dial D-LINK router

So..far performance mmg ok...
Laju2 jugak dari upkan modem jadi router
dan yg penting....ON sebulan pun tak ader status idle...
:D :D

SoNiC
28-07-2006, 09:04 AM
tapi korang kena ingatlah.... kalau dah set modem jadi router n then satu hari esok... korang nak pakai wireless router.. manalah tau waktu tuh dah kaya kan.. kekekke.. nak surf pakai laptop jer dlm umah... korang kena tukar balik setting modem tuh ke asalnya... iaitu jadikan ia modem balik... kalau tak nanti jadi konflik ngan wireless router korang.....

zolympus
28-07-2006, 12:41 PM

Makan kacang je tu .. huhuhu.

Modem dalam factory setting ni kita panggil bridge mode. Kalau dah set ke router mode, nak tukar ke bridge mode dengan cara paling pantas, kasi reset je. Lain jenis modem, lain jenis resetnya. Tapi yang penting, boleh physical reset atau 'software' reset dan physical reset la yg paling senangnya :lol:

SoNiC
28-07-2006, 04:59 PM

hehehehe.. mmg kacang bagi yg pandai... tapi bagi beginner.. leh pecah kepala... ( aku lah dulu tuh.. ) wakakakaka.. siot :lol:

pengajaran : kena rajin bertanya... kekekeke

zolympus
28-07-2006, 05:52 PM

Ehehe. Aku tak menari kalau tak ada muzik. Aku tak berdengkur kalau aku tak tidur. Aku tak kata makan kacang kalau benda tu tak senang dibuat oleh semua orang ehehe ;)

Dekat modem/router tu, ada satu lubang reset. Ambil pin, hidupkan modem/router tu, cucuk selama 20 saat, nanti configuration modem/router tu akan reset kepada factory setting. Ini la apa yang aku namakan sebagai physical reset di atas ..

kanoha_village
28-07-2006, 06:55 PM

you right bro
Kat lubang kecik kat modem tu..terang2 dah tulis
RESET.....

hehe....no prob so far..
user friendly utk reset

Blues
30-07-2006, 06:09 PM
As'kum,

Aku nak tambah 2 jenis modem lagi.. Settingnya lebih kurang sama ngan apa yg telah diajarkan oleh zolympus la..

1. Caremo (Router/Bridge)

username : admin
password : epicrouter

2. Compex (ADSL 2/2)

username : admin
password : password

Setting dia senang jer... Leh ikut panduan yg telah zolympus buat http://192.168.1.1 gak..

freelance
07-12-2006, 01:57 PM
akum,bro zoly...aku dah buat ikut step yg ko bagi...nak tnya kalau jadi maknanya kita bley erus access ke internet tanpa perlu dial up kan? kalau btul maknanya jadi ler apa yg aku buat ni...n thank a lot!:D

zolympus
09-04-2007, 05:48 PM

Lambat pulak aku reply hehe. Tapi, lebih kurang maksudnya, betul lah tu. Tak perlu dial, sbb router yang akan dialkan.

kawe78
18-09-2007, 07:04 AM
salam bro zolympus,
bro leh terangkan ttg port forward cam mana nak wat settingnya.
kata la aku nak access dr luar utk lebih dr 1 pc yg running http?
harap dpt membantu

Megat Sri Rama
18-09-2007, 09:38 AM
salam bro zolympus,
bro leh terangkan ttg port forward cam mana nak wat settingnya.
kata la aku nak access dr luar utk lebih dr 1 pc yg running http?
harap dpt membantu

kena set port lain2 untuk http bagi setiap http server.

contoh http server A : 192.168.1.2:80
contoh http server B : 192.168.1.3:8080

kat NAT dalam router,
forward TCP packet requesting port 80 to 192.168.1.2
forward TCP packet requesting port 8080 to 192.168.1.3

aku tak tau kalau ada router yang NAT based on name. maksudnya kalau kau pakai dynamic dns, kau boleh map dua domain name, point ke IP yang sama, but once packet sampai kat router, router akan filter based on requested domain name. kalau ada maknanya tinggal set supaya request forward to the coresponding server that you made to listen to a certain domain name (biasa set dalam apache).

if it's solely based on IP, makanya takde pilihan melainkan filter melalui port number.

Megat Sri Rama
18-09-2007, 09:42 AM
kebanyakkan modem dari TMNuts mmg leh jadi router. cuma satu jer diorang tak ajo camner. kena lah someone macam Zolympus utk bagi cara how to.
cayolah zolympus..

diorang tak akan ajar. support diorang tak cukup IQ untuk faham benda tu semua, so tak payah galakkan customer guna advanced manual setting.

bukan modem tmnuts je, hampir semua modem sekarang ada router. but then again, what is a router if you have less than 2 lan ports? setakat bridging LAN dan WAN? what happen to bridging 2 LAN subnets?

Megat Sri Rama
18-09-2007, 09:44 AM
Aku nya ADSL guna TMNET punya
Brand AZTECH

Dulu aku wat autodial...convert modem jadi router,,,,,
kekadang selalu ada problem...bila ON modem NON-STOP tanpa OFF selama 3 days....tetiba modem aztech jd idle....takleh access internet,.....terpaksa restart modem....

Skrang ada solution...
Beli D-Link DI-604, set d-link tu sebagai router....
autodial ke modem AZTECH...
AZTECH still modem....yg dial D-LINK router

So..far performance mmg ok...
Laju2 jugak dari upkan modem jadi router
dan yg penting....ON sebulan pun tak ader status idle...
:D :D

nak lagi stabil? buat router sendiri guna pc lama zaman nabi nuh, sumbat network card banyak2 sket. install OS khas untuk router.

shah_azli
18-09-2007, 02:07 PM
nak lagi stabil? buat router sendiri guna pc lama zaman nabi nuh, sumbat network card banyak2 sket. install OS khas untuk router.

bro..camne ngan db102??cmne nk wat x yah dail..auto connect je??bole tolong?? nak set kat 192.168.1.1 tu camne??bg step by step

kawe78
18-09-2007, 05:48 PM
kena set port lain2 untuk http bagi setiap http server.

contoh http server A : 192.168.1.2:80
contoh http server B : 192.168.1.3:8080

kat NAT dalam router,
forward TCP packet requesting port 80 to 192.168.1.2
forward TCP packet requesting port 8080 to 192.168.1.3

aku tak tau kalau ada router yang NAT based on name. maksudnya kalau kau pakai dynamic dns, kau boleh map dua domain name, point ke IP yang sama, but once packet sampai kat router, router akan filter based on requested domain name. kalau ada maknanya tinggal set supaya request forward to the coresponding server that you made to listen to a certain domain name (biasa set dalam apache).

if it's solely based on IP, makanya takde pilihan melainkan filter melalui port number.

tq atas info :D :)cgrock

skynet
24-10-2007, 09:42 PM
Aku guna Aztech ADSl 605EW...blh tlg ajar ke mcm mana nak set bg jadi router..

Megat Sri Rama
24-10-2007, 09:53 PM
Aku guna Aztech ADSl 605EW...blh tlg ajar ke mcm mana nak set bg jadi router..

sama je semua router ADSL. tinggal cari password dengan local IPnya. kalau kau baca betul2 semua info dalam CG ini sahaja dah cukup untuk buat.

kalau aku carikan password untuk kau pun aku kena google gak, so apa kata kau google sat.

zolympus
24-10-2007, 10:21 PM
sama je semua router ADSL. tinggal cari password dengan local IPnya. kalau kau baca betul2 semua info dalam CG ini sahaja dah cukup untuk buat.

kalau aku carikan password untuk kau pun aku kena google gak, so apa kata kau google sat.
Ditto. Kemungkinan besar, setting dia sama dengan modem-modem Aztech yang lain. Username dan password, guna admin/admin.

goldtrader
24-10-2007, 10:32 PM
zolympus ko tau tak camne nak recover bad firmware update ???

ko ada tak tools yang mcm T1 remote application ?? aku dah guna software ni tapi tak jadik ..

mylepak
24-10-2007, 10:49 PM
aztech 600e ngan 600ew lebih kuang sama je kan? ke ada apa2 perbezaan?

RMteam
24-10-2007, 11:04 PM
bro zoly aku guna ZTE ZXDSL 831 macam mana ek?

skynet
29-10-2007, 05:58 PM
orait...tengkui 4 u all...aku dah paham....tengkui

aidiryatim
29-10-2007, 09:10 PM
ade sesiapa sudi ajar sy x cam ner nk setting router nih.. da tgk panduan zolympus tuh.. tp still x dpt buat.. nk cari setting TC/IP x jmp la..:((

mesincanai
13-11-2007, 01:26 PM
aku nyer lak pakai adslrouter jenama Billion..medel BIPAC 51125...tapi takde dalam senarai zolympus..huk huk

mcnie
25-01-2008, 03:43 PM
modem tukar jadi routers ? kalau yg mcm kat pusat akses sekolah2 tu fungsi die mcm ni gak. smua rangkaian komp disambungkan kpd hub kemudian kpd modem tersebut. kalau nak suv internet xyah dial trus masuk ja....

zinedine
04-08-2008, 05:49 PM
Zolympus,

Aku nak tanya. Aku guna modem Aztech DSL600E. Aku dah jadikan ia sebagai modem router. Jadi, aku tak payah dial streamyx kat ikon dialer dia (Tango Manager).

Aku baru beli Aztech 802.11b/g Wireless Broadband Router. Jadi, aku nak sambungkan modem Aztech DSL600E tu tadi ke Aztech wireless router ni. Lepas aku sambungkan kabel modem ke port wireless router, streamyx aku terus tak berfungsi. Terus tak jadi. Aku try dail kat dialer Tango Manager modem tu pun tak boleh.

Camner cara nak konfigurasi antara modem & wireless router ni? Aku dah godeh2 kat browser 192.168.1.1 utk kedua2 device ni, tapi tak jadi jugak.

Boleh ajarkan tak. Senang jer kan zolympus. Atau ada sesapa yg boleh ajorkan stepnya satu-persatu.

metallizer
04-08-2008, 07:37 PM
bro zinedine...
Dua-dua alat (modem & Wireless router) takleh dlm mode Router. salah satu je mesti jadi router..Modem jadi bridge & wireless jadi router atau modem jadi router & wireless jadi AP...

gOdFeLLa
04-08-2008, 07:44 PM
aku nyer lak pakai adslrouter jenama Billion..medel BIPAC 51125...tapi takde dalam senarai zolympus..huk huk

modem baru yang tmnet supply biasanya datang dengan pwd di bwh:

user: tmadmin
pwd: tmadmin

zinedine
04-08-2008, 09:07 PM
Modem jadi bridge & wireless jadi router atau modem jadi router & wireless jadi AP...

Camner cara nak buat? boleh ajorkan tak step by step.

ratusanRM
04-08-2008, 09:16 PM
modem baru yang tmnet supply biasanya datang dengan pwd di bwh:

user: tmadmin
pwd: tmadmin

selalunya lah....

:D:D:D:D

den setting wireless jadi router... :)cgrock :)cgrock

zinedine
04-08-2008, 09:58 PM
Aku dah buat setting wireless jadi router & modem jadi bridge masih tak jadi-jadi. Dah ikut manual dia pun masih tak jadi jugak.

Bila aku sambungkan kabel modem tu ke port wireless router, streamyx aku terus putus. Bila aku try dail semula guna dialer modem tu (Tango Manager), terus tak boleh masuk streamyx. Ada sesapa boleh bantu aku tak?

anbusan
04-08-2008, 10:11 PM

ko ade update firmware tuk aztech ni? klu belum ko update latest firmware pastu try lai sekali sbb firmware yg lame cuma leh guna bridge ke pc x leh connect ke router

gOdFeLLa
04-08-2008, 10:24 PM
Aku dah buat setting wireless jadi router & modem jadi bridge masih tak jadi-jadi. Dah ikut manual dia pun masih tak jadi jugak.

Bila aku sambungkan kabel modem tu ke port wireless router, streamyx aku terus putus. Bila aku try dail semula guna dialer modem tu (Tango Manager), terus tak boleh masuk streamyx. Ada sesapa boleh bantu aku tak?

modem dijadikan bridge?? kalau dialer engkau setup dekat wireles router, biarkan modem sebagai modem standalone.

ratusanRM
04-08-2008, 10:27 PM
modem dijadikan bridge?? kalau dialer engkau setup dekat wireles router, biarkan modem sebagai modem standalone.

betul tu.... watpe nak jadikan modem bridge..?? den rasa solution ikut cam godfella cakap tu je... :D:D:D:D

setel semua masalah :D :D

zinedine
04-08-2008, 10:43 PM
modem dijadikan bridge?? kalau dialer engkau setup dekat wireles router, biarkan modem sebagai modem standalone.

Ok, aku rasa aku akan ikut cadangan ko.

Bagitau aku step2nya camner nak buat termasuk nak setupkan dialer streamyx sekali. Aku nak belajor ni. Serius nii.

Sekarang, camner aku nak sambungkan modem aku ke wireless router. Dua2 jenama Aztech. Sampai sekarang tak jadi2 lagi ni. Confius aku.

gOdFeLLa
04-08-2008, 10:53 PM

bro, bagi spec aztech engkau tu, aku try tengok model mana dekat website.
kalau nak mudah, add YM aku, lebih memudahkan.

ym aku: wan_azihan

zinedine
04-08-2008, 11:08 PM
bro, bagi spec aztech engkau tu, aku try tengok model mana dekat website.
kalau nak mudah, add YM aku, lebih memudahkan.

ym aku: wan_azihan

Komponen yg ada sekarang:

1)- Modem aku Aztech DSL600E.

2)- Wireless Router Aztech 802.11b/g siri WL830RT4

3)- 1 PC

Jadik, nak tau camner cara nak sambungkan antara modem tu dgn wireless router tu.

metallizer
05-09-2008, 10:26 PM
Komponen yg ada sekarang:

1)- Modem aku Aztech DSL600E.

2)- Wireless Router Aztech 802.11b/g siri WL830RT4

3)- 1 PC

Jadik, nak tau camner cara nak sambungkan antara modem tu dgn wireless router tu.

Bro.. setup wireless dah setel lom....kawan pun nak tau gak solution nyer..:)

lutfi_broadband
06-09-2008, 02:20 AM
Bro.. setup wireless dah setel lom....kawan pun nak tau gak solution nyer..:)

check dulu whether modem tu built-in dialup.. kalau both modem n router built-in dialup,mmg clash ar..dua2 nak berebut dial kan..haha.aku penah try..

so disable kan either one..tapi kalau nak senang, beli je yg wireless modem yg dah ade router siap2..

buntalamus2
18-09-2008, 03:07 PM
rumah aku pkai stremyx 1 mb....pecah kepada 4 komputer,,,,
pkai router d link di604...modem standard tmnet....
kawan aku tu kuat main game online...
aku nak tanya,,,,
napa kami yang lain ( yang bukan main game on9) internet amat lembab?
jgn kata nak dload, nak view yahoo pun kadang2 takle,,,,
padahal kawan aku yang main game on9 ne cakap, dia dload muvie 3 jam je satu muvies,,,, kami yang tak main game on9 ne buta sket pasal2 networking ne....so takot la kawan yang main game on9 ne manipulate modem tu...

soklaan aku.....
1. adakah kawan aku ne ( yang main game on9) telah set apa2 supaya speed internetnya laju?
2. macam mana aku nak setup kasik internet speed sama rata?

plzzzzz.....da bergaduh da pasal ne...
hohohohoho

En.Hafiz
18-11-2008, 08:34 PM
Kalau saya guna modem ZXDSL 831, and ada bermain online game warcraft dota menggunakan GArena, mcm mana nak setting saya punyer modem tu? Harap boleh beri sedikit pertolongan

En.Hafiz
18-11-2008, 08:35 PM
rumah aku pkai stremyx 1 mb....pecah kepada 4 komputer,,,,
pkai router d link di604...modem standard tmnet....
kawan aku tu kuat main game online...
aku nak tanya,,,,
napa kami yang lain ( yang bukan main game on9) internet amat lembab?
jgn kata nak dload, nak view yahoo pun kadang2 takle,,,,
padahal kawan aku yang main game on9 ne cakap, dia dload muvie 3 jam je satu muvies,,,, kami yang tak main game on9 ne buta sket pasal2 networking ne....so takot la kawan yang main game on9 ne manipulate modem tu...

soklaan aku.....
1. adakah kawan aku ne ( yang main game on9) telah set apa2 supaya speed internetnya laju?
2. macam mana aku nak setup kasik internet speed sama rata?

plzzzzz.....da bergaduh da pasal ne...
hohohohoho

Try la check www.speedtest.net antara komputer ko dengan komputer yg selalu main online game tu. sama ke x.

En.Hafiz
19-11-2008, 01:37 AM
saya sudah pun buat mengikut guide di sini:-

http://smartinfo.com.my/IT/PC_Hardware/TM_Net_Streamyx_ZTE_ZXDXL_831_Modem.htm

tapi still x auto login la.. boleh x tlg saya?
Saya guna ZXDSL 831

ammal07
10-05-2009, 10:58 PM
kebanyakan modem yg baru-baru dah ada built in router,tinggal beli dia punya ethernet switch utk pecah kepada 4 atau lebih komputer..rm40 je..

wandie222
06-03-2010, 09:05 PM
salam.... nak tanya, aku ada wireless router tenda jenis W548D....... skrg nie pakai modem free yg streamyx bg... ingat nak tukar ...so,siapa2 tau nak configure wireless router tenda W548D nie... aku dah try, tp xbjaya ar... klu ada sapa yg bley bg tunjuk ajar amat dihargai...salam...

ramos
08-03-2010, 11:17 AM

ko da try cek connection type die pki pe??

wandie222
10-03-2010, 01:23 AM
ko da try cek connection type die pki pe??

wifi bley n cable bley....tenda yg wireless router...tp yg ssh nye dier configuration dier.. sume setting manual kot, sbb dlm manual dier pn xde automatic setting....

ramos
10-03-2010, 10:39 AM
ko nye ip address tuk wireless router tu brape??try ko masuk pastu access kat connection type die..biase streamyx die auto configure

wandie222
11-03-2010, 02:01 AM
ok.. akan ku coba... thanks2....