eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan bermulanya di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang akhir dan bersemayam di Kampar (Sumatera) setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.
Sebelum kemangkatan Sultan Mahmud Shah, Baginda telah menitahkan Puteranya agar menjadi raja di Negeri Perak diatas permintaan rakyat di Negeri itu mahukan Puteranya dijadikan raja pemerintah, Maka belayarlah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata
"Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka,
Perpisahan Aku di Selat Melaka....
Didalam keadaan yang huru-hara itu tiba-tiba muncul satu Jin yang sangat besar sehingga kepalanya kelihatan mencecah langit. Jin tersebut telah berkata kepada Sultan Muzzaffar Shah ;
" Sekiramya tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah tuanku buangkan Mahkota tuanku kedalam laut
terlebih dahulu...."
Sultan Muzzaffar serta merta mengambil mahkota Baginda dan buangkannya kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali saperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda. Maka baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.
Semenjak peristiwa itu Negeri Perak tidak lagi memakai nama 'Tengku Mahkota' oleh sebab mahkotanya telah di ambil oleh Jin yang menjaga Negeri tersebut yang bernama Dato'Mahkota Si Raja Jin.. Gelaran tersebut telah ditukar kepada 'Raja Muda'. Sehingga kini setiap Sultan Perak yang baru ditabal akan menziarahi ke kawasan Beting Beras Basah sebagai salah satu adat kebesaran Negeri dan DEMI UNTUK MENGINGATI peristiwa sejarah tersebut serta tidak ada melibatkan sebarang unsur - unsur yang dilarang di dalam Islam. . .

Attachments
-
68.4 KB Views: 615
-
63.1 KB Views: 611
-
60 KB Views: 606