PDA

View Full Version : Tanah sawit pajak di Johor, Melaka & N.9


sconsult
13-02-2009, 06:56 PM
Kawan saya (usahawan sawit) sedang mencari tanah sawit untuk dipajak di Negeri Johor, Melaka & N9.

Kalau ada info boleh pm saya, sertakan details kawasan tu termasuk usia pokok, anggaran jarak kilang sawit dari ladang, tuantanah (individu atau syarikat).

Nanti saya akan buat lawatan bersama2 dgn kawan saya tu.

sconsult
14-02-2009, 12:11 PM
Ada lagi? Boleh pm terus saya ...

muarguy
26-02-2009, 07:42 PM
PER : TAWARAN PENJUALAN DAN PENGAMBILALIHAN PROJEK USAHASAMA
PEMBANGUNAN TANAH DENGAN PENANAMAN KELAPA SAWIT DI ATAS TANAH
LOT 3335 MUKIM KAHANG DAERAH KLUANG NEGERI JOHOR SELUAS 2000 EKAR

Kami merujuk kepada perkara di atas.

Pemajak ( Sykt ' B ' ) bersetuju untuk menjual dan seterusnya mengambilalih projek usahasama
pembangunan tanah dengan penanaman kelapa sawit di atas tanah milik GLC ( Sykt. ' A ' )
di Lot 3335 Mukim Kahang, Kluang, Johor seluas 2000 ekar melalui pengambilalihan
syarikat ( Sykt ' B ' ) tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang di nyatakan
di bawah ini :-

(a) Harga tawaran keseluruhan bagi penjualan dan pengambilalihan syarikat ( Sykt ' B ) adalah
sebanyak Ringgit Malaysia : Sepuluh Juta ( RM10,000,000.00 ) sahaja iaitu
Ringgit Malaysia : Lima Ribu ( RM5,000.00 ) bagi setiap ekar.

(b) Bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada nilai harga jualan tersebut sebanyak
Ringgit Malaysia : Satu Juta ( RM1,000,000.00 ) sahaja akan di bayar oleh
pembeli semasa menandatangai perjanjian jual beli saham ( sales & purchase shares )
dan bayaran hendaklah di lakukan dalam bentuk bank draf.

(c) Manakala baki bayaran daripada harga jualan sebanyak 90% iaitu
Ringgit Malaysia : Sembilan Juta ( RM9,000,000.00 ) sahaja lagi hendaklah
dibayar dan / di jelaskan setelah pendaftaran Borang 15A ( Borang Pajakan ) sempurna
didaftarkan di Pejabat Tanah dan Galian.

(d) Semasa menandatangani perjanjian jual beli saham tersebut dan penerimaan bayaran
cengkeram sebanyak 10% sepertimana dinyatakan di perenggan (a) di atas, salah satu
pengarah syarikat ( Sykt ' B ' ) tersebut ( setakat ini syarikat tersebut mempunyai 3 ahli pengarah
syarikat akan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada seorang wakil pembeli
untuk di daftarkan sebagai Ahli Pengarah Syarikat tersebut.

Status Tanah :-

(a) Geran asal hartanah tersebut berada dalam simpanan Pejabat pemilik yang di punyai oleh
sebuah syarikat kepunyaan Goverment Link Company (GLC - Sykt ' A ' ) memegang pajakan selama
99 tahun berakhir pada 15/11/2100.

(b) Melalui perjanjian usahasama dan perjanjian pajakan bertarikh 12/09/2008, pihak pemilik ( Sykt ' A )
telah bersetuju untuk usahasama dengan sebuah syarikat ( Sykt ' B ' -100% bumiputera dengan
sub-pajakan tanah tersebut selama 60 tahun untuk tanaman kelapa sawit.Selepas 5 tahun penanaman,
pembahagian keuntungan bersih 30% adalah milik pemilik (GLC - Sykt ' A ' ) ) dan baki 70% milik syarikat
( Sykt ' B ' ) tersebut.

Kami mengharapkan sepenuh kerjasama dan komitmen dari pihak tuan dengan mengemukakan
kepada kami :-

(a) Surat Niat kepada En. Amran Bin Abu Bakar dan dokumen membuktikan tuan ada kemampuan
untuk membayar keseluruhan harga jualan tersebut seperti Jaminan Bank ( BG )

(b) Surat Niat kepada peguam di lantik dan salinan Bank Draf 10% kepada peguam ( akan di beritahu
kemudian )

Sebarang pertanyaan perihal dokumen-dokumen perjanjian yang sedia ada di antara pemilik tanah,
sila berhubung dengan menghubungi 0142645695 pada bila-bila masa.

megatf
02-03-2009, 11:40 AM
Cuba cal en Abdullah 016-3860305. Kawan dia kat Kluang tahu pasal tanah sawit untuk disewa. (Cakap dapat no hp ni dari Megat)

soduku
02-03-2009, 08:28 PM
nak tanah kosong atau tanah yg dah ada sawit?
berapa ekar min?

sconsult
03-03-2009, 10:24 AM
nak tanah kosong atau tanah yg dah ada sawit?
berapa ekar min?

tanah yg dah ada sawit la....7, 8 tahun memang cun

500-1000 ekar dah memadai.

soduku
03-03-2009, 09:32 PM
tanah yg dah ada sawit la....7, 8 tahun memang cun

500-1000 ekar dah memadai.

100 ekar ada tanah freehold ada di bandar tenggara,
dalam tanah dah ada sawit, nanti saya update umur sawit tu.
Harga RM83k/ekar :)cgrock:)cgrock

sconsult
03-03-2009, 09:35 PM
100 ekar ada tanah freehold ada di bandar tenggara,
dalam tanah dah ada sawit, nanti saya update umur sawit tu.
Harga RM83k/ekar :)cgrock:)cgrock

Alamak kawan...

kawan aku tu cari tanah sawit untuk dipajak, bukannya nak beli tanah pajakan.

soduku
03-03-2009, 10:30 PM
Alamak kawan...

kawan aku tu cari tanah sawit untuk dipajak, bukannya nak beli tanah pajakan.

aduss yea ker?satu lagi ada 500 ekar di pahang utk pajak, tanah milik perbadanan negeri johor. murah jer RM15000/ekar.
nanti saya try dapatkan detail dulu yea TT.:)cgrock

sconsult
04-03-2009, 10:31 AM
aduss yea ker?satu lagi ada 500 ekar di pahang utk pajak, tanah milik perbadanan negeri johor. murah jer RM15000/ekar.
nanti saya try dapatkan detail dulu yea TT.:)cgrock

boleh juga tu....

AlchemisT
04-03-2009, 10:33 AM
tanam sawit ker bro..

sconsult
04-03-2009, 12:51 PM
tanam sawit ker bro..

Dia tak nak tanam baru....buang masa

Nak pajak ladang sawit sediada.

sconsult
08-03-2009, 06:31 PM
up................