BTC USD 82,950.2 Gold USD 4,144.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HMS Victory dengan harta 3.8 Billion dijumpai

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SEBUAH kapal utama dan yang terpenting dalam Angkatan Tentera Laut Diraja Britain karam di dasar laut Selat Inggeris akibat ribut petir pada 1744, bersama-sama emas bernilai lebih RM3.8 bilion.

Kapal itu ialah HMS Victory, kapal perang yang dibina untuk mengganti kapal perang yang mempunyai nama sama di bawah pimpinan Laksamana Lord Nelson.
Rangka kapal itu, yang menjadi pusara kepada kira-kira 900 orang yang karam bersamanya, ditemui tahun lalu. Ia mencetuskan pertelingkahan mengenai siapa berhak terhadap emas dan meriam gangsa dalam kapal berkenaan yang sangat tinggi nilainya.

Sebuah syarikat penyelamat Amerika Syarikat menemui kapal berkenaan di perairan antarabangsa, Mei lalu. Namun dek kerana undang-undang berhubung kapal perang sebuah negara berdaulat, kerajaan mempunyai hak untuk mengawal kerja menaikkan rangka kapal itu dan menuntut hak ke atas semua isi dan artifaks yang ditemui bersama kapal berkenaan.

Rangka kapal itu ditemui oleh syarikat Odyssey Marine Exploration yang berpangkalan di Florida. Pengasas bersama syarikat berkenaan, Greg Stemm, berkata pihaknya kini giat berunding dengan kerajaan Britain berhubung cadangan mengadakan kerjasama menaikkan harta karun dalam rangka kapal berkenaan.

"Ini penemuan besar, semata-mata kerana ada kaitan dengan sejarah. Jarang anda dapat menyelesaikan misteri seumpama ini," kata Stemm.

Menurutnya, sebahagian rangka kapal itu, termasuk 31 meriam tembaganya, membantu mereka mengenal pasti HMS Victory sepanjang 54 meter itu.

Kapal berkenaan dalam perjalanan pulang dari Lisbon, Portugal dan mungkin mengangkut bersama-samanya 100,000 syiling emas Portugis untuk urusan perdagangan, mengikut kajian Odyssey.

Ia belayar ke sana untuk membantu menyelamatkan konvoi kapal tentera laut Britain yang dikepung oleh pihak berkuasa Perancis di Sungai Tagus di Lisbon.

Penemuan HMS Victory adalah secara tidak sengaja. Ia ditemui ketika syarikat itu menjalankan gerakan mencari rangka kapal lain di Selat Inggeris.

Kapal terbabit dipercayai terpisah daripada konvoinya dan karam di Selat Inggeris pada 14 Oktober 1744 bersama sekurang-kurangnya 900 anak kapal. HMS Victory adalah kapal terbesar dan dengan dilengkapi 110 meriam tembaga, ia juga menjadi kapal perang paling berat ketika itu.

Stemm enggan memberitahu di mana sebenarnya rangka HMS Victory ditemui kerana bimbang ia menarik perhatian pihak tidak bertanggungjawab.

"Kami menemuinya lebih 80 kilometer dari tempat yang ramai menjangka ia karam," kata Stemm.

Menurut rekod mahkamah yang dikemukakan Odyssey di Tampa, syarikat itu berusaha mendapatkan hak eksklusif untuk membawa naik harta karun dalam rangka HMS Victory di kawasan yang terletak antara 40 hingga 70 kilometer dari pantai Inggeris, di luar perairan wilayah Britain.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Britain berkata, kerajaan menyedari mengenai penemuan itu oleh Odyssey.

"Jika benar kapal itu kapal perang Britain, hak mutlak terhadap rangka kapal dan kandungan di dalamnya tidak boleh dipertikaikan. Ia milik Britain," kata jurucakap itu.

Ini bermakna tiada pihak boleh membawa naik rangka kapal atau kandungannya tanpa kebenaran kerajaan Britain.

Jurucakap itu bagaimanapun memberitahu, kerajaan sudah mula berunding dengan Odyssey mengenai masa depan rangka kapal itu.

Akhbar ketika itu dan rekod sejarah lain yang dianalisis oleh syarikat berkenaan menunjukkan HMS Victory karam di luar pantai Pulau Alderney, berhampiran Cherbourg, Perancis.

Setem yang dikeluarkan pihak berkuasa pos Britain pada 1991 menunjukkan lukisan kapal terbabit melanggar batu karang di kawasan berkenaan. Serpihan kapal itu ditemui di beberapa tempat. Namun, lokasi sebenar ia karam terus menjadi misteri.

Kepercayaan bahawa HMS Victory merempuh batu karang menjejaskan rekod perkhidmatan komandernya, Sir John Balchin dan penjaga rumah api di Alderney yang didakwa di mahkamah atas tuduhan cuai kerana gagal memastikan api isyarat berfungsi.

Odyssey percaya penemuannya membuktikan kedua-dua lelaki itu tidak bersalah.

"Bagi keluarga kedua-dua lelaki terbabit, ia penemuan menakjubkan, " kata Robert Balchin, 66, pentadbir sebuah universiti di Britain yang mempunyai kaitan kekeluargaan secara langsung dengan komander berkenaan.

Kawasan karam itu ialah kira-kira seluas 25 meter kali 70 meter dan dipenuhi dengan longgokan serpihan lain, menurut kenyataan Odyssey.

Kapal penyelidiknya, Odyssey Explorer, dilengkapi dengan robot dasar laut yang dikawal dari jarak jauh, berupaya mengalihkan bahan paling kecil dari bawah dan merakam gambar serta video beresolusi tinggi.

Kerja yang dilakukan pada HMS Victory itu akan disiarkan oleh rancangan televisyen Discovery Channel tidak lama lagi.

Odyssey, sebuah syarikat awam, menjadi tajuk akhbar dua tahun lalu apabila mengumumkan menaikkan 17 tan syiling perak dari sebuah kapal yang karam di Lautan Atlantik.

Syarikat itu kemudian berkata, ia percaya kapal berkenaan milik Sepanyol, Spanish galleon Nuestra Senora de las Mercedes y las Animas, yang karam di luar pantai Portugal pada 1804.

Tidak lama selepas itu, kerajaan Sepanyol menyaman Odyssey di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat di Tampa untuk menuntut harta karun berkenaan, dengan alasan negara itu tidak pernah menggugurkan hak terhadap kapal berkenaan. Kes itu masih menunggu untuk dibicarakan.

Sehubungan itu, beberapa pihak dalam kerajaan Sepanyol menggelar syarikat itu 'lanun abad ke-21'. Dan sepanjang tahun lalu, berlaku dua kejadian yang menyaksikan kapal pengawal pantai Sepanyol merampas kapal milik Odyssey di luar pantai Sepanyol. Dalam kedua-dua kejadian itu, kapal berkenaan dan kelasinya dibebaskan dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, hubungan syarikat itu dengan kerajaan Britain lebih mesra.

Odyssey sudah berunding dengan pegawai Britain mengenai usaha mencari HMS Sussex yang karam di barat Meditteranean pada 1694 bersama-sama puluhan ribu syiling emas.
 

Attachments

  • 18.6 KB Views: 620
:((:o~X(#-o:-SS;;):rolleyes::-$@-)8->=P~:x:">:D
 
lagi banyak dari 2.6B ni..huhu
 
Battle Stations: HMS Victory (War History Documentary) ​

 
Back
Top
Log in Register