BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Leornardo Da Vinci

butterland

Legendary Member
gem
Messages
11,420
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,420
Reaction score
211
Points
123
Leonardo Da Vinci

250pxleonardodavincimsby6.jpg



Leonardo da Vinci, tokoh Zaman Pembaharuan Itali. Dia telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Dia juga dikenali kerana ciptaan yang dibuat sebelum zamannya tetapi tidak pernah diterbitkan semasa hidupnya. Tambahan lagi, dia membantu memajukan pengajian mengenai anatomi, astronomi, dan kejuruteraan awam.


Kehidupan peribadi

Kisah hidupnya digambarkan dalam biografi Vite oleh Giorgio Vasari.

Leonardo dilahirkan di Vinci, Itali. Bapanya Ser Piero da Vinci merupakan tuan punya tanah atau tukang yang kaya, ibunya Caterina, gadis petani. Ia telah dicadangkan bahawa Caterina merupakan hamba yang berasal dari Timur Tengah yang dimiliki oleh Piero, tetapi tiada bukti kukuh.

Zamannya merupakan zaman sebelum kelaziman penggunaan nama keluarga (surname) di Eropah, oleh itu nama penuhnya adalah "Leonardo di ser Piero da Vinci", yang bererti "Leonardo, anak lelaki Piero, dari Vinci". Leonardo sendiri menandatangani hasil kerjanya sebagai "Leonardo" atau "Io, Leonardo" ("Saya, Leonardo"). Dengan itu, kebanyakan pakar merujuk hasil kerjanya sebagai "Leonardos," bukannya "da Vincis." Kemungkinannya dia tidak menggunakan nama bapanya kerana dia anak luar nikah.

Leonardo membesar dengan bapanya di Florence. Dia merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Dia menjadi anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466. Kemudian, dia menjadi pelukis bebas di Florence.


Ciptaan Leornardo yang misteri


archscrewhl2.gif


Water Lift - This invention consists of a water wheel, two archimedes screws and two towers. As the water wheel turns,the screws turn, pushing the water up to the highest tower. The tall tower acts as a resevoir for gravity fed water pipes.


helisketchrz9.gif


Heliocopter - This is a detail of the mechanism that drives the heliocopter. Two men would run on the lower level, which would rotate. The rotation would force the upper "fans" to rotate as well, lifting the heliocopter off the ground.


gearzm2.gif


Landing Gear - This is a detail from Leonardo's Heliocopter. This mechanism, the landing gear, consists of a prop and a ladder. Both the prop and the ladder were retractable.


machineguncp2.gif


Machine Gun - This machine actually consisted of three sets of machine guns, set on a rotating drum (you can see the triangle underneath the left wheel, a set of guns would be placed on each side of the triangle.) When the first set of fired, the force of the explosion would pivot the guns down, bringing the next set of guns to the top, ready to be fired.


FAKTA: Potret Mona Lisa

250pxmonalisamsmy7.jpg


Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.

Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.

Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah ‘La Gioconda’.

Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.

Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.

Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.


Teori terbaru mengatakan wanita dalam lukisan Leonardo Da Vinci wajahnya sendiri dalam versi 'kewanitaan'



SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.

Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar ‘Mona Lisa’ itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu.

Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman ‘semisteri’ senyuman Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.

Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.

Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.

Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan.

Hasilnya, program ‘pengenal emosi’ itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah.

Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.

Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya.

Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.

"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar," kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.

Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.

Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.

Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.

Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa.

Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos.

Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.

Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.

Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.

Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!


sumber : Wikipedia & Cari.com
 
KUALA LUMPUR 29 Jan. — Rakyat Malaysia berpeluang melihat secara lebih dekat lukisan potret agung abad ke-16 Mona Lisa, karya pelukis terkemuka Leonardo da Vinci, jika rancangan membawa lukisan itu bersama koleksi lukisan antarabangsa lain ke negara ini mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak swasta.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rancangan itu adalah antara usaha kementerian itu tahun ini untuk menarik minat rakyat di samping pelancong luar untuk datang menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian termasuk melawat pameran koleksi lukisan antarabangsa dan karya seni lukis tempatan.

“Lukisan Mona Lisa akan dibawa ke Malaysia jika mendapat kerjasama daripada semua pihak khususnya pihak swasta.

“Kita sedang usahakan perkara itu sekarang dan diharap ia boleh dilaksanakan pada tahun ini malah kita boleh lakukannya sama seperti kita bawa persembahan muzikal Mamma Mia untuk dipertontonkan di sini, sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengkisahan Sejarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini hari ini.

Katanya semasa mengadakan lawatan ke Paris baru-baru ini, beliau ada berbincang mengenai cara untuk membawa masuk koleksi seni di kota itu ke negara ini dan menghubungi pihak yang menguruskan hal berkenaan.

“Kita mahu bukan saja potret Mona Lisa, tapi koleksi pelukis lain juga untuk dipaparkan kepada masyarakat Malaysia,” katanya.

Mohd Shafie berkata mengenai tempoh masa pameran, ia bergantung kepada perjanjian yang akan dilakukan kelak.

“Harapan saya ia bukan saja dapat memberi manfaat kepada rakyat tempatan tapi rakyat dari negara jiran juga. Ini kerana bukan semua orang mampu ke negara Eropah seperti Perancis tetapi mereka boleh datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan itu,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah adalah Timbalan Menterinya Teng Boon Soon, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Muzahet Masruri dan Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Nor Azmal Mohd Nazir.

Antara tokoh yang dijemput sempena pengkisahan ini ialah Tan Sri Kamarul Ariffin, Datuk Syed Ahmad Jamal dan Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata BSLN akan memulakan pembinaan bangunan tambahan baru bernilai RM20 juta pada tahun ini bagi menyediakan ruang kepada pelukis jalanan di negara ini mempamerkan hasil karya seni mereka.

Katanya bangunan yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan itu adalah antara usaha kementerian untuk memberi sokongan kepada pelukis yang kurang mampu dari aspek fizikal dan kewangan.

“Mereka boleh memapar dan menjual hasil seni mereka di bangunan ini dan kita akan mempromosikan bangunan ini sebagai galakan untuk mereka yang sering merungut mengenai kewangan dan lokasi yang tidak strategik.

“Saya yakin kalau lokasi ini kita promosikan setiap minggu sebagai ruang untuk mempamerkan dan menjual lukisan ia akan dikenali ramai bukan sahaja dari penduduk tempatan malah pelancong asing,” katanya.

Katanya melalui landasan itu, pelukis jalanan terbabit boleh mula menyertai jualan mingguan yang akan dikelolakan kementerian atau mana-mana pihak di tempat tertentu.

“Kita bercadang memulakan pameran mingguan kecil-kecilan terlebih dulu dan mengambil pendekatan yang dilakukan balai seni lukis di London dan Paris,” katanya.

— BERNAMA

aku tertarik nak mengetahui sejarah monalisa / pelukis potret selepas berita kemungkinan potret ini akan dipamerkan di Malaysia.
 
senyuman gambar pun diorang nk kaji jgk ke? apa yg peliknye senyuman dia? aku tgk biasa jer
 
erm btul tu tertarik sgt nk kaji, tp tkder qualification pongs....senyuman dia tu mmg misteri, klu org senyum gembira btul dia tk mcm tu... tp senyum dia mcm suka dlm duka...misteri sgt...mastika pon penah kuarkan cerita monalisa ni, tp tk dpt mengesahkan mana satu betul...
 
Pernah gak lynn baca dulu...
sebenarnyer leonardo da vinci nak lukis gambor dier sendiri,
entah mana silapnyer lukisan tuh x sama cam muka dier,
so dier pun wat ajdust cikit lukis muka monalisa..uhuhuh...
 
Pernah gak lynn baca dulu...
sebenarnyer leonardo da vinci nak lukis gambor dier sendiri,
entah mana silapnyer lukisan tuh x sama cam muka dier,
so dier pun wat ajdust cikit lukis muka monalisa..uhuhuh...

lyn bleh updated kat sini kalu trjumpa artikel yg lyn baca tu...

gambar monalisa ni seakan2 hidup,so ramai yg mengkaji gambar tersebut
 
leonardo ni tak penah kawen sebab dia gay rasanya :-?

sebab mastika ada gtaw
 
betul ke leornado da vinci ni buta?
dan dengar kabar.. lukisan monalisa tu menarik sebab tiada garisann pertemuan pada wajah potret tersebut...
 
betul ke leornado da vinci ni buta?
dan dengar kabar.. lukisan monalisa tu menarik sebab tiada garisann pertemuan pada wajah potret tersebut...

yang ni lg menarik utk dibincangkan...
adakah leornardo itu BUTA?

kalu ada terjumpa sumber sila update
 
Back
Top
Log in Register