BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Revolusi Perindustrian

butterland

Legendary Member
gem
Messages
11,420
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,420
Reaction score
211
Points
123
Revolusi Perindustrian

300pxmaquinavaporwattetdj2.jpg

Enjin stim Watt, enjim stim yang menggerakkan Revolusi Perindustian di Britain dan juga di dunia.

Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Great Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara seterusnya dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian. Revolusi Perindustrian merupakan satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara-bandar.

Pada akhir tahun 1700-an, ekonomi Great Britain yang berasaskan tenaga manual buruh mula digantikan oleh industri dan pembuatan mesin. Ia dimulakan dengan industri tekstil, perkembangan teknik membuat besi dan peningkatan penggunaan arang batu. Perluasan perdagangan pula dipermudahkan dengan pengenalan terusan, jalan yang baik dan landasan keretapi. Pengenalan enjin stim yang digerakkan oleh arang batu digunakan oleh mesin terutamanya dalam pembuatan tekstil telah meningkatkan lagi pengeluaran secara besar-besaran. Perkembangan peralatan mesin yang dibuat dari besi pada dua dekad pertama kurun ke-19 membolehkan pengeluaran mesin-mesin untuk kegunaan industri lain. Kesannya kemudian merebak ke seluruh Eropah Barat dan Amerika Utara semasa kurun ke-19, yang kemudiannya memberi kesan menyeluruh kepada dunia. Impak perubahan ini kepada masyarakat sangat besar.

Faktor penyebab

Sebilangan sejarawan berpendapat Revolusi Perindustria berlaku akibat perubahan sosial dan institusi yang berlaku dengan berakhirnya sistem feudalisme di Great Britain setelah berakhirnya Perang Saudara Inggeris pada kurun ke-17. Dan dengan pengawalan sempadan yang semakin cekap, pengawalan penyakit berjangkit dapat dipertingkatkan sekaligus mengawal epidemik yang biasa terjadi pada zaman itu. Bilangan kanak-kanak yang hidup selepas dilahirkan meningkat yang membawa kepada gunatenaga yang lebih besar. Perladangan yang lebih baik serta Revolusi Pertanian di Britain menjadikan pengeluaran makanan lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga buruh telah memaksa penduduk yang ramai tidak lagi dapat bekerja dalam sektor pertanian tetapi ke industri kecil seperti menganyam dan ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang-kilang yang baru dibina. Perluasan wilayah kolonial pada kurun ke-17 pula menggalakkan perkembangan kegiatan perdagangan, kewujudan pasaran kewangan dan pengumpulan modal juga disebut sebagai faktor-faktor revolusi berlaku.

Inovasi teknologi adalah ciri utama Revolusi Perindustrian dan kunci kepada teknologi ini adalah penciptaan enjin stim. Enjim stim yang dicipta oleh James Watt, telah digunakan untuk menggerakkan kilang-kilang dan lombong-lombong. Ia juga digunakan sebagai enjin yang menggerakkan keretapi.

Nota kaki
↑ Business and Economics. Leading Issues in Economic Development, Oxford University Press US. ISBN 0-19-511589-9 Baca
↑ Russell Brown, Lester. Eco-Economy, James & James / Earthscan. ISBN 1-85383-904-3
↑ Hudson, Pat. The Industrial Revolution, Oxford University Press US. ISBN 0-7131-6531-6

sumber : akulelaki
 
Pada abad ke-9 pedagang-pedagang Arab membawa pulang Tebu dari India dan Asia Tenggara dan menanam tebu di kawasan pesisiran pantai di semenanjung arab dan afrika.

Berpuluh-puluh kilang gula dibina, menggunakan kincir angin dan air. Penggunaan gear dan lain-lain cara penghantaran tenaga adalah dengan sangat meluas.

Perkataan SUGAR dari bahasa inggeris itu pun berasal dari perkataan arab SUKKAR.

Orang Islam juga sudah mula menggunakan sumber petroleum ketika itu.

Fikir-fikirkan, kebanyakan sumber sejarah adalah Western-European-Centric, iaitu cenderung dari perspektif orang Eropah Barat. "History is written by the victors".

Di manakah bermulanya revolusi perindustrian?
 
yup betul..ni lah sejarah yg kita pelajari di sekolah..barat byk meniru teknologi islam dan mengaku mereka pencipta nya...
 
Sukkar = Sugar
Itu salah satu contoh.
Satu lagi contoh:
Alkuhl = Alkohol
 
Apakah gula itu hanya terhasil dr tebu sahaja atau dr buah2 yg manis?
 
Back
Top
Log in Register