PDA

View Full Version : Dongeng Batu Belah Batu Bertangkup

GT
03-02-2009, 03:53 AM
http://i480.photobucket.com/albums/rr167/globaltent78/CG/batu_belah_batu_bertangkup.jpg

Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi.

Suatu masa dahulu di sebuah kampung yang berdekatan dengan gua ajaib ini, tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyik bersedih kerana baru kehilangan suami dan terpaksa menjaga kedua-dua anaknya dalam keadaan yang miskin dan daif.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangkapnya. Bukan main suka hatinya apabila dapat seekor ikan tembakul.

"Wah, besarnya ikan yang mak dapat !" teriak Pekan kegembiraan.

" Ya, ini ikan tembakul namanya. Mak rasa ikan ini ada telurnya. Sudah lama mak teringin untuk memakan telur ikan tembakul ini," kata Mak Tanjung.

Mak Tanjung terus menyiang ikan tembakul itu. Dia pun memberikan kepada Melur untuk dimasak gulai.

" Masaklah gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ini. Mak hendak ke hutan mencari kayu. Jika mak lambat pulang, Melur makanlah dahulu bersama Pekan. Tapi, jangan lupa untuk tinggalkan telur ikan tembakul untuk mak," pesan Mak Tanjung kepada Melur.

Setelah selesai memasak gulai ikan tembakul, Melur menggoreng telur ikan tembakul pula. Dia terus menyimpan sedikit telur ikan itu di dalam bakul untuk ibunya. Melur dan Pekan tunggu hingga tengah hari tetapi ibu mereka tidak pulang juga. Pekan mula menangis kerana lapar. Melur terus menyajikan nasi, telur ikan dan gulai ikan tembakul untuk dimakan bersama Pekan.

" Hmmm..sedap betul telur ikan ini," kata Pekan sambil menikmati telur ikan goreng.

" Eh Pekan, janganlah asyik makan telur ikan sahaja. Makanlah nasi dan gulai juga," pesan Melur kepada Pekan.

" Kakak, telur ikan sudah habis. Berilah Pekan lagi. Belum puas rasanya makan telur ikan tembakul ini ," minta Pekan.

" Eh, telur ikan ini memang tidak banyak. Nah, ambil bahagian kakak ini," jawab Melur.

Pekan terus memakan telur ikan kepunyaan kakaknya itu tanpa berfikir lagi. Enak betul rasa telur ikan tembakul itu! Setelah habis telur ikan dimakannya, Pekan meminta lagi.

" Kak, Pekan hendak lagi telur ikan," minta Pekan kepada Melur.

" Eh , mana ada lagi ! Pekan makan sahaja nasi dan gulai ikan. Lagipun, telur ikan yang tinggal itu untuk mak. Mak sudah pesan dengan kakak supaya menyimpankan sedikit telur ikan untuknya ," kata Melur.

Namun, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Puas Melur memujuknya tetapi Pekan tetap berdegil. Tiba-tiba, Pekan berlari dan mencapai telur ikan yang disimpan oleh Melur untuk ibunya.

" Hah, rupa-rupanya ada lagi telur ikan! " teriak Pekan dengan gembiranya.

" Pekan! Jangan makan telur itu! Kakak simpankan untuk mak," teriak Melur.

Malangnya, Pekan tidak mempedulikan teriakan kakaknya, Melur dan terus memakan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pun pulang. Melur terus menyajikan makanan untuk ibunya.

" Mana telur ikan tembakul, Melur? " tanya Mak Tanjung.

" Err... Melur ada simpankan untuk mak, tetapi Pekan telah menghabiskannya. Melur cuba melarangnya tetapi...."

" Jadi, tiada sedikit pun lagi untuk mak? " tanya Mak Tanjung.

Melur tidak menjawab kerana berasa serba salah. Dia sedih melihat ibunya yang begitu hampa kerana tidak dapat makan telur ikan tembakul.

" Mak sebenarnya tersangat ingin memakan telur ikan tembakul itu. Tetapi...." sebak rasanya hati Mak Tanjung kerana terlau sedih dengan perbuatan anaknya, Pekan itu.

Mak Tanjung memandang Melur dan Pekan dengan penuh kesedihan lalu berjalan menuju ke hutan. Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya dan merasakan dirinya tidak dikasihi lagi. Mak Tanjung pasti anak-anaknya tidak menyanyanginya lagi kerana sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa.

Melur dan Pekan terus mengejar ibu mereka dari belakang. Mereka berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya pulang.

" Mak, jangan tinggalkkan Pekan! Pekan minta maaf ! Mak...." jerit Pekan sekuat hatinya.

Melur turut menangis dan berteriak, " Mak, Kasihanilah kami! Mak!"

Melur dan Pekan bimbang kalau-kalau ibu mereka merajuk dan akan pergi ke gua batu belah batu bertangkup. Mereka terus berlari untuk mendapatkan Mak Tanjung.

Malangnya, Melur dan Pekan sudah terlambat. Mak Tanjung tidak mempedulikan rayuan Melur dan Pekan lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar membuka pintu. Sebaik sahaja Mak Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu pun tertutup.

Melur dan Pekan menangis sekuat hati mereka di hadapan gua batu belah batu bertangkup. Namun ibu mereka tidak kelihatan juga.

Sumber: http://www1.moe.edu.sg/nadi/arki ... /dongengwarisan.htm

EiRa
03-02-2009, 04:22 AM
penah tgk citer lama ni...
sepatutnya pekan x makan telur ikan tu...

GT
03-02-2009, 04:44 AM
penah tgk citer lama ni...
sepatutnya pekan x makan telur ikan tu...

Ira, katakanlah Pekan tak makan telur tersebut, wujudkan cerita ini? :-?:-?

Kesahihan cerita ini sukar untuk dipastikan, sebab tiada bukti sejarah yang nyatakan kewujudannya. Mungkinkah cerita ini sengaja diada-adakan yang bertujuan untuk memberi pengajaran kepada masyarakat sahaja? Agar sentiasa menghormati orang yang lebih tua.:-?

Jeb
03-02-2009, 04:57 AM
owh..katanya ada batu ni kat gombak...sekali denga kat N9 lak..sekali denga ade kat MUar lak..

GT
03-02-2009, 05:00 AM
owh..katanya ada batu ni kat gombak...sekali denga kat N9 lak..sekali denga ade kat MUar lak..

Ada 3 lokasi ker? So mana satu yang lagi sahih ni?

Jeb
03-02-2009, 05:02 AM
Ada 3 lokasi ker? So mana satu yang lagi sahih ni?

entahla..dulu pun kata ade kat gua tempurung...masa aku kompas matching dalam utan pun,ade orang kg cakap.tah mane2 tah.anyway,aku rasa ini hnyalah dongeng semata2.orang dulu suke create citer camni tuk bagi pengajaran pada anak2 muda zaman dulu:D:D

masreemie
03-02-2009, 05:03 AM
pekan pentingkan diri sendiri... huhu... geram masa tgk citer nih...

GT
03-02-2009, 05:04 AM
entahla..dulu pun kata ade kat gua tempurung...masa aku kompas matching dalam utan pun,ade orang kg cakap.tah mane2 tah.anyway,aku rasa ini hnyalah dongeng semata2.orang dulu suke create citer camni tuk bagi pengajaran pada anak2 muda zaman dulu:D:D

Haah.... Itulah maksud aku....:)paid

GT
03-02-2009, 05:19 AM
http://www.youtube.com/watch?v=wUf_N0oBRFE

Salah satu cerita Kanak - Kanak yang diadaptasikan daripada Kisah ini.

lwashere
03-02-2009, 04:06 PM
tapi tapi tapi kan ada tmpat nama batu belah kat klang

yg tu ker :-?

GT
03-02-2009, 07:13 PM
tapi tapi tapi kan ada tmpat nama batu belah kat klang

yg tu ker :-?

Apa cerita tempatan berkaitan dengan tempat tu?:-?

alia_angel
03-02-2009, 09:49 PM
sy adalah bc kisah batu belah nie dlm mastika dulu2.....
tp xingat kat mana tmptnya.....
adalah sorg pakcik tua (org kmpg tue) claiming mmg wujud batu belah kat kmpg dia.....

kambing gurun
04-02-2009, 08:17 AM
Batu Belah Batu Bertangkup ni cerita sejarah lisan dari orang2 tua kat Klang ni hah.. Dalam cerita2 lisan yg penah aku dengar, nama Sungai Rasah, Meru, Bukit Kapar ada disebut.. N batu tu terletak kat bawah anak bukit belakang Sek. Keb. Batu Belah, Klang.. Skrg, sebahagian drpd batu tu je yang ada.. Dengar cerita, masa pemaju naikkan kawasan perumahan kat situ, diorg dah pecahkan sikit.. Xdapat nak sahihkan samada cerita ni betul2 berlaku atau x..tp, pengajaran yg dapat dalam cerita ni yg lebih utama...

cikepong
04-02-2009, 08:44 AM
dekat pulau besar pon ada.

GT
04-02-2009, 10:41 AM

Kalaulah tempat tersebut merupakan tempat yang bersejarah, kenapa pihak muzium tak jaga tempat tu yer... Mitos ker Dongeng ker lain cerita. Yang penting pengajaran di sebalik cerita ini.

GT
04-02-2009, 10:42 AM
dekat pulau besar pon ada.

ada batunya jugak?

jezz
04-02-2009, 10:49 AM
aper2x pon citer ni mengajar untuk kita hormat dan saling mengigati kedua org tua kita.. :)cgrock:)cgrock

mr.blue
04-02-2009, 10:57 AM
kat Klang ler....

WindfaLL
11-02-2009, 04:03 PM
ehhh og indon kan wat cite ni belakon drama lagik..

indon sume cite dia wat drama..lawok lak tgk..

macam2 versi dah jadiknye..

my.name.is.nad
11-02-2009, 04:07 PM
pakeynya NGEMBA ajak bak kata org sarawak. ekeke

tok sempol
01-09-2009, 05:35 AM
Apabila cerita yang benar2 terjadi satu waktu dahulu diistilahkan dengan perkataan dongeng lalu orang ramai berfikir cerita ini tidak wujud dan rekaan semata2 dan begitulah seterusnya selepas beratus tahun akan datang apabila terjadinya sesuatu peristiwa pada zaman sekarang mereka yang hidup selepas waktu tersebut akan beranggap peristiwa tersebut dongeng jugak. Batu belah wasih wujud lagi bukan di klang tetapi tempat lain, dan ibunda tanjung bukan kena telan dgn batu tersebut tetapi beliau masuk ke alam lain sementara waktu sahaja lalu beliau kembali semula mendapatkan anakanda pekan dan melur, cuma pengolahan cerita membahasakan kita agar menghormati orang2 tua dan jangan menderhaka terhadap ayah dan ibu.

tokmat™
01-09-2009, 05:37 AM
tapi tapi tapi kan ada tmpat nama batu belah kat klang

yg tu ker :-?
ye kot.... :D

goldtrader
01-09-2009, 05:48 AM
moral dari citer ni : ibu takleh merajuk kalau anak buat perangai ...

adar
01-09-2009, 05:49 AM
pekan pentingkan diri sendiri... huhu... geram masa tgk citer nih...

budak kecil. mana la dia tahu mas. anak mas pun masih baby kan?

yg pentingkan diri dlm cerita ni mak dia. seorang ibu patut berkorban apa saja utk anak. kalo setakat telur ikan tu, apa sangat jika anak mkn. takkan sampai nak lari tingalkan anak hanya kerana telur ikan? itu namanya ibu yg pentingkan diri. abaikan anak hanya krn telur ikan.

tebuan
01-09-2009, 01:46 PM
Salam....citer sedih dan menyayat hati...tu balasan bagi anak yang x sayang bini

zamreda
17-09-2009, 08:51 PM
Salam....citer sedih dan menyayat hati...tu balasan bagi anak yang x sayang bini

explain?:-?:-?:-?:-?

akusait
17-09-2009, 08:54 PM
Ada 3 lokasi ker? So mana satu yang lagi sahih ni?

Kat perlis ada tempat nama batu bertangkup, siap ader sekolah lagi...SK Batu Bertangkup. Tapi batu2 kat situ tak bertangkup pun. :D

ctaida
26-10-2009, 01:59 PM
Fulamak... "Batu Belah Batu Bertangkup, Telanlah aku Luluhlah aku, aku mengidam telor tembakol..." Adakah pernah wujud Batu Belah Batu Bertangkup di Kampung Batu Belah di Daerah Klang, Selangor.?? Jawapan saya sebagai orang asal kampung tercinta itu ialah... "TIDAK PASTI!"

Cerita tu saya anggap sebagai "cerita penglipur-lara" yang telah didokumenkan suatu ketika dahulu, dan memang ade "kitab bahasa jawa" tu tentang batu bertangkup ... tapi malangnya versi tunggal dikahabarkan telah binasa ketika banjir besar sekitar tahun 70an. Sekarang, tak ada apa-apa bukti tentang kesasihan cerita tersebut.

Kg Batu Belah berkait rapat dengan Kg2 di sekitarnya, seperti Kg. Sungai Binjai, di Pekan Meru dan Kg. Bukit Kerayong di Pekan Kapar iaitu tempat di mana Melor dan Pekan berkelana menyusuri sungai dan menetap kemudiannya di Bukit Kerayong dengan nenek angkatnya.

Fakta sejarah dari lakaran peta-peta zaman dahulu memang menunjukkan wujudnya Sungai Binjai yang menjadi salah satu anak sungai yang berakhir di Sungai Klang. Tetapi sekarang, sungai tu dah takde lagi, kering kot? Itu sebab di jadikan jalanraya (Klang- Jalan Meru) ketika ini. Wallahu'alam.

Lokasi bongkah "bekas" batu belah batu bertangkup tersebut kini terletak di dalam kawasan lapang sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah (SRAI) Kg. Batu Belah. Tapi dah tinggal bongkah batu aje lah. Dulu masa saya kecik ade gak tengok benda tu, gitu ajelah.. sebongkah batu, tapi saya tak nampak pulak ade rupa lubang gua.. hanya sebongkah batu, macam batu sungai yang besar tu.. macam tu ler...

Menurut cerita orang tua dahulu, ketika zaman Jepun, batu-batu pejal dilereng Bukit Batu Belah telah di letupkan untuk dijadikan kerikil jalan. Batu-batu pejal tu dikatakan sebagai daripada "sebahagian badan" batu belah batu bertangkup yang telah di musnahkan terlebih dahulu oleh anak raja yang kahwin dengan si Melur tu.

Lokasi batu belah batu bertangkup pernah dijadikan sebagai salah satu tempat bersejarah di bandar Klang dalam tahun 80an dan 90an, ade gak ler saya tengok bas pelancong berhenti kat situ terjenguk-jenguk.., tapi sebab status tanahnya adalah di dalam kawasan tanah persendirian, lokasi bersejarah itu pun "selamat" ditelan oleh arus pembangunan.

Bagi memperingati sejarah lagenda batu belah batu bertangkup tersebut dua taman perumahan telah lama diberikan nama sempena nama Melur (Taman Bunga Melur) dan nama Pekan (Taman Sri Pekan) dan Kg. Batu Belah tetap menggunakan nama asalnya.

Itu aje ler info ringkas yang boleh saya bagi.

Sekian, wassalam...

CyberMachine
30-10-2009, 09:03 AM
oo..macam tu ke????

dah lama x dgr cerita nih..

leenaz
02-12-2009, 07:35 PM
bukan kat klang ker
ada satu kawsan tue nama dia batu belah

moonty
03-12-2009, 08:37 AM
bukan kat klang ker
ada satu kawsan tue nama dia batu belah

Ekeele kan org da crite kat atas tu. sah2 xbace ni wakakak:eek:

TwiStEd pIps
03-12-2009, 01:44 PM
nice info?? >:) >:) >:)

leenaz
04-12-2009, 12:16 AM
ada ker..
lol
aku baca first post jer...
:p

steveorlando79
04-12-2009, 08:36 AM
Aku tak perasan pulak, Mak Tanjong tu baru kematian suami. sian mesti dia tgh pilu. Tu dia ikutkan rasa tu sampai bawa hati masyuk batu belah.

Anyway kalau nak makan jugak telur ikan tembakul dtg ler ke umah.....

Kisah ni bukan kat Pekan, Pahang ker?????

JatJat
04-12-2009, 08:41 AM
http://i480.photobucket.com/albums/rr167/globaltent78/CG/batu_belah_batu_bertangkup.jpg

Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi.

Suatu masa dahulu di sebuah kampung yang berdekatan dengan gua ajaib ini, tinggal Mak Tanjung bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyik bersedih kerana baru kehilangan suami dan terpaksa menjaga kedua-dua anaknya dalam keadaan yang miskin dan daif.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangkapnya. Bukan main suka hatinya apabila dapat seekor ikan tembakul.

"Wah, besarnya ikan yang mak dapat !" teriak Pekan kegembiraan.

" Ya, ini ikan tembakul namanya. Mak rasa ikan ini ada telurnya. Sudah lama mak teringin untuk memakan telur ikan tembakul ini," kata Mak Tanjung.

Mak Tanjung terus menyiang ikan tembakul itu. Dia pun memberikan kepada Melur untuk dimasak gulai.

" Masaklah gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ini. Mak hendak ke hutan mencari kayu. Jika mak lambat pulang, Melur makanlah dahulu bersama Pekan. Tapi, jangan lupa untuk tinggalkan telur ikan tembakul untuk mak," pesan Mak Tanjung kepada Melur.

Setelah selesai memasak gulai ikan tembakul, Melur menggoreng telur ikan tembakul pula. Dia terus menyimpan sedikit telur ikan itu di dalam bakul untuk ibunya. Melur dan Pekan tunggu hingga tengah hari tetapi ibu mereka tidak pulang juga. Pekan mula menangis kerana lapar. Melur terus menyajikan nasi, telur ikan dan gulai ikan tembakul untuk dimakan bersama Pekan.

" Hmmm..sedap betul telur ikan ini," kata Pekan sambil menikmati telur ikan goreng.

" Eh Pekan, janganlah asyik makan telur ikan sahaja. Makanlah nasi dan gulai juga," pesan Melur kepada Pekan.

" Kakak, telur ikan sudah habis. Berilah Pekan lagi. Belum puas rasanya makan telur ikan tembakul ini ," minta Pekan.

" Eh, telur ikan ini memang tidak banyak. Nah, ambil bahagian kakak ini," jawab Melur.

Pekan terus memakan telur ikan kepunyaan kakaknya itu tanpa berfikir lagi. Enak betul rasa telur ikan tembakul itu! Setelah habis telur ikan dimakannya, Pekan meminta lagi.

" Kak, Pekan hendak lagi telur ikan," minta Pekan kepada Melur.

" Eh , mana ada lagi ! Pekan makan sahaja nasi dan gulai ikan. Lagipun, telur ikan yang tinggal itu untuk mak. Mak sudah pesan dengan kakak supaya menyimpankan sedikit telur ikan untuknya ," kata Melur.

Namun, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Puas Melur memujuknya tetapi Pekan tetap berdegil. Tiba-tiba, Pekan berlari dan mencapai telur ikan yang disimpan oleh Melur untuk ibunya.

" Hah, rupa-rupanya ada lagi telur ikan! " teriak Pekan dengan gembiranya.

" Pekan! Jangan makan telur itu! Kakak simpankan untuk mak," teriak Melur.

Malangnya, Pekan tidak mempedulikan teriakan kakaknya, Melur dan terus memakan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pun pulang. Melur terus menyajikan makanan untuk ibunya.

" Mana telur ikan tembakul, Melur? " tanya Mak Tanjung.

" Err... Melur ada simpankan untuk mak, tetapi Pekan telah menghabiskannya. Melur cuba melarangnya tetapi...."

" Jadi, tiada sedikit pun lagi untuk mak? " tanya Mak Tanjung.

Melur tidak menjawab kerana berasa serba salah. Dia sedih melihat ibunya yang begitu hampa kerana tidak dapat makan telur ikan tembakul.

" Mak sebenarnya tersangat ingin memakan telur ikan tembakul itu. Tetapi...." sebak rasanya hati Mak Tanjung kerana terlau sedih dengan perbuatan anaknya, Pekan itu.

Mak Tanjung memandang Melur dan Pekan dengan penuh kesedihan lalu berjalan menuju ke hutan. Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya dan merasakan dirinya tidak dikasihi lagi. Mak Tanjung pasti anak-anaknya tidak menyanyanginya lagi kerana sanggup melukakan hatinya sebegitu rupa.

Melur dan Pekan terus mengejar ibu mereka dari belakang. Mereka berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya pulang.

" Mak, jangan tinggalkkan Pekan! Pekan minta maaf ! Mak...." jerit Pekan sekuat hatinya.

Melur turut menangis dan berteriak, " Mak, Kasihanilah kami! Mak!"

Melur dan Pekan bimbang kalau-kalau ibu mereka merajuk dan akan pergi ke gua batu belah batu bertangkup. Mereka terus berlari untuk mendapatkan Mak Tanjung.

Malangnya, Melur dan Pekan sudah terlambat. Mak Tanjung tidak mempedulikan rayuan Melur dan Pekan lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar membuka pintu. Sebaik sahaja Mak Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu pun tertutup.

Melur dan Pekan menangis sekuat hati mereka di hadapan gua batu belah batu bertangkup. Namun ibu mereka tidak kelihatan juga.

Sumber: http://www1.moe.edu.sg/nadi/arki ... /dongengwarisan.htm

Telur ikan saja kan..What so big deal sampai p bunu diri diri tuuu.. Sian anak tada org jaga...hehe,,namanya pun cerita dongeng..

peija06
04-12-2009, 08:55 AM
mgkin cite ni dibuat utk pengajaran kot..:-?
sbb budak laki mmg terkenal ngan sikap suka mkn lauk byk..:D
langsung xtinggal pon klo dia nak..:p

p/s: ada jgk nasihat org2 tua "jgn mkn lauk byk, nti kne cacing":))

K.E.Y..kuchi
06-12-2009, 02:39 PM
tmpat ni de kt klang...

batu belah...

tapi xberapa nak jelas kalau xdikaji...

baim
06-12-2009, 03:07 PM
typical malay story, stu.pid..
pasal telor pon nak kecoh..

erDrAg00n
09-12-2009, 04:35 AM
kadang2 bila dikatakan dongeng tu, ianya tidak benar. seperti cerita fiksyen yg boleh dianggap sebagai dongeng moden. begitu juga dengan cerita dongeng warisan, ianya hanya bertujuan untuk memberi pengajaran.
kalo betul nak kaji, kenapa tidak dikaji tentang pak pandir sahaja?
ceritanya cukup terkenal, cukup masyur, tapi xde yg tahu siapa n mana keturunannya? asal usulnya?

akulag
10-12-2009, 07:02 AM
typical malay story, stu.pid..
pasal telor pon nak kecoh..

typical arrogant/ shallow minded person, only take something at face value...doesnt read between the lines...eheheheh...

p/s: amacam? best kena kutuk?:eek::eek::eek:

k_barus
15-12-2009, 11:15 AM
owh..katanya ada batu ni kat gombak...sekali denga kat N9 lak..sekali denga ade kat MUar lak..
ada plak ckp kat batu pahat....ahhhh....yg penting si Pekan salah....huhuhu

KuihKoci
15-12-2009, 03:47 PM
(pendapat peribadi aku) Dua2 salah, ikut nafsu. Maka amik la pengajaran di sebalik cerita ni...

Niyang
15-12-2009, 03:49 PM
Nih citer pengajaran semata2, x lebih dari tuh... x wujud kot...

comix
22-08-2011, 06:28 AM
tapi tapi tapi kan ada tmpat nama batu belah kat klang

yg tu ker :-?

batu bertangkup je xde.. :P

azimuth
22-08-2011, 08:00 AM
klu x wujud cmne dorg leh wt cite ni ek??org dlu2 xde la terdedah dgn media cm skrg...cm naga tu pon..cmne dorg leh imagine naga tu gtu rupa.

mazri_myie
22-08-2011, 08:14 AM
klu x wujud cmne dorg leh wt cite ni ek??org dlu2 xde la terdedah dgn media cm skrg...cm naga tu pon..cmne dorg leh imagine naga tu gtu rupa.

itu ler psl..arwah nenek aku kata naga ada dlm laut
sejauh mana betulnya aku xtau..

little_lily
22-08-2011, 08:32 AM
ketuk jer paler pekan tu, spoilt brat betul :))

darkkiller
22-08-2011, 08:34 AM
orang tua dulu suka mengajar dengan cara menipu,sesuatu yg kurang elok,walaupun niat sebenarnya elok

MoShed
22-08-2011, 08:46 AM
tipu gila cerita ni..

mana ada mak macam ni..

yang dengaq, mak sanggup tak makan janji anak2 makan..

hahah..adoii.suka btoi buat cerita2 tadak motif camni la..syok sgt bersembang smpai buat cerita melalut..

gaban_baik
22-08-2011, 09:00 AM
Kat Klang pun ada, nama tempat Batu Belah... Batu Bertangkupnya aku tak tau... hehehe

shahchenko
22-08-2011, 09:10 AM
Ada 3 lokasi ker? So mana satu yang lagi sahih ni?

nama tempat batu belah ada dekat klang...dekat ngan kapar...aku dari kecik ingat benda ni jdi kat situ..hehhe

shah9744
22-08-2011, 09:37 AM
hanya mitos je kot..tapi citer dulu2 banyak bagi pengajaran..

Ran
22-08-2011, 12:28 PM
telur ikan jer mak tanjung..tangkap laa yg lain plk..sampai nk bunuh diri cam tu skali..klu mak tanjung tu islam kompem msuk neraka..huhu

ali ridha
22-08-2011, 12:38 PM
orang dulu memang suka buat cerita pengajaran.

Don Malaya
14-05-2012, 03:53 AM
Dengan kuasa bulan ...aku bump tread nie Sempena Hari Ibu...
hari2 ku hanya utk ibu..

Pada 14may2012

Dengan kuasa bulan ...aku bump tread nie Sempena Hari Ibu...
hari2 ku hanya utk ibu..

hehehe

REMEDY KARUNG GUNI
14-05-2012, 03:56 AM
cerita ni memang layan...

mahir_tg
14-05-2012, 03:59 AM
Selamat hari ibu hari2...:D

akeyrasta
14-05-2012, 04:39 AM
teringat style rambut pekan, mcm abu bakar ela..

mamaimran
14-05-2012, 11:55 AM
owh..katanya ada batu ni kat gombak...sekali denga kat N9 lak..sekali denga ade kat MUar lak..

kat klang yg sebenarnya:)

msapar
14-05-2012, 12:17 PM
tetapi pengajaranya bagi kita seorang bapa/ibu tidak seharusnya mengikut perasaan sendiri, hanya disebabkan anak yang masih belum sampai akalnya dia membinasakan diri sendiri akibatnya anak-anak terabai dan menderita.

p/s: jangan salahkan pekan dia masih budak yang belum sampai akalnya, walaupun ini cerita dogeng or rekaan pendapat aku la.

rayz
14-05-2012, 02:21 PM
betoi ka cerita ni. sbb ada aku nmpk tepi jalan kat perlis batu besar nama tmpy batu belah batu bertangkup. cuba tnya org perlis..

qubs
14-05-2012, 07:21 PM
kt pekan agk nye batu belah nie :D

bioboy
14-05-2012, 08:35 PM
Mak Tanjung tu mmg x bertanggungjawab..
lebih layankan perasaan sendiri berbanding amanah 2 org anak yg masih kecil tu..dia x fikir panjang mcm mana ank dia nk survive dgn tiada parents..cerita ni bagus utk bg pengajaran utk golongan parents jugak..kalau ank2 dia rosak, parents akn dipersoalkan di akhirat kot..

Saleh83
14-05-2012, 09:15 PM
mak dier masuk neraka sebab bunuh diri.....

sharemalaysia
15-05-2012, 08:38 AM
batu belah yang tak boleh blah.. ngn mak pekan tu sedap2 dia tangkup.. ngn jepun punya TNT.. pecah mulut dia nak tangkup..

PokGuard
15-05-2012, 08:39 AM
Sape tengok dh lagu loque batu belah batu konkrit...haha

Ahmad Pintu8_8
15-05-2012, 08:47 AM
Batu Belah Batu Bertangkup ni cerita sejarah lisan dari orang2 tua kat Klang ni hah.. Dalam cerita2 lisan yg penah aku dengar, nama Sungai Rasah, Meru, Bukit Kapar ada disebut.. N batu tu terletak kat bawah anak bukit belakang Sek. Keb. Batu Belah, Klang.. Skrg, sebahagian drpd batu tu je yang ada.. Dengar cerita, masa pemaju naikkan kawasan perumahan kat situ, diorg dah pecahkan sikit.. Xdapat nak sahihkan samada cerita ni betul2 berlaku atau x..tp, pengajaran yg dapat dalam cerita ni yg lebih utama...

Bapa saya ada cerita versi lain..tapi memang dikatakan kawasan dia batu belah di klang, dan melur serta pekan setelah kematian ibunya, dia berjalan sekehendak hatinya dan melalui Meru, Bukit Kapar dan sampai ke bukit kerayong..

Sepanjang perjalanan nya 2, ada peristiwa2 dia, agak menarik, tapi mcm cerita hikayat pula..

ending dia melor ni kawin dengan raja... sekian dongeng dari saya, ini hanya lah cerita lisan dari ayah saya..:)cgrock:)cgrock

rocketeer999
15-05-2012, 08:53 AM
mmber aku kate, batu belah kt klang tu la batu nye..

kalo gi kt batu tu, blh nmpk rambut2 kt batu2 tu

taktau la die kencing aku ke hape

mosquito7
15-05-2012, 09:02 AM
ikan tembakul bukan ikan belacak ker??? klu alkisah belalang versi rosyam nor Belalang bagi telur ikan kembung hahahah rasa yer sama jer.. dalam cerita tu laa

aquos
17-05-2012, 03:51 AM
sedapke telo ikan tu? mcm pelik je..hahahaha

copy left
17-05-2012, 07:58 AM
ni citer rekaan jerk bukan betul pun,alahh mcm citer kat movie tu hehehehe

Niyang
17-05-2012, 08:29 AM
dongeng dan utk pengajaran semata... x wujud pun tmpt ni

Bizmen2u
18-05-2012, 03:45 AM
ade la kt lgkawi

mohdzairilanuar
29-05-2012, 11:52 AM
semua cerita ini hanya utk memberi taulada pada kita semua...supaya kita mentaati ibu dan bapa...sebab tue depa reka cerita nie