BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagenda - Lagenda Pahlawan Islam

  • Thread starter Thread starter GT
  • Start date Start date

GT

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,561
Paid Membership
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,561
Reaction score
250
Points
131
Legenda - lagenda Pahlawan Islam merupakan cerita - cerita kepahlawanan yg lebih hampir kpd ciri - ciri sejarah dan kurang mengemukakan unsur keghaiban dan luar biasa.

Ada 4 kategori legenda:

1. Mengenai pahlawan zaman Nabi SAW
2. Mengenai Nabi Muhammad SAW
3. Mengenai pahlawan sebelum Nabi SAW
4. Mengenai pahlawan tempatan


1. Mengenai pahlawan zaman Nabi SAW

- Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
- Hikayat Tamin al-Dari
- Hikayat Semaun
- Hikayat Abu Samah

Pahlawan-pahlawan pada zaman Nabi SAW yang banyak membuat jasa ialah seperti Muhammad Ali Hanafiah, Tamin al-Dari, Semaun dan Abu Samah. Kerana kehandalan dan keberanian mereka ini maka para cerdik pandai pada masa itu telah mengarang pelbagai bentuk cerita tentang pahlawan-pahlawan tersebut.

Di antara cerita yang amat popular ialah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Hikayat ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Pasai. la menceritakan tentang Muhammad Ali yang mengetuai pengikut Saidina Ali menentang pengikut Muawiyah yang amat mementingkan hal keduniaan dan bukannya ajaran Islam. Selain daripada itu hikayat ini juga menceritakan beliau kemudiannya menuntut bela di atas kematian saudagar-saudagar iaitu Hasan dan Husin di Karbala.

Diakhir hikayat ini diceritakan bahawa Muhammad Ali Haafiah meninggal dunia kerana ditutup oleh batu di Bukit Jabal Nur.


2. Mengenai Nabi Muhammad SAW

- Hikayat Nur Muhammad
- Hikayat Bulan Berbelah
- Hikayat Nabi Bercukur
- Hikayat Nabi wafat

Cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad SAW pula ialah seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Wafat. Kesemua cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad ini menggambarkan tentang ketinggian Nabi Muha'mmad SAW.

'Bulan Berbelah' misalnya, menceritakan tentang kisah Raja Habib bin Malik yang hendak melihat sendiri akan kelebihan Nabi SAW dengan melakukan perkara-perkara yang mustahil. Antara perkara-perkara mustahil yang beliau minta Nabi lakukan ialah;-

i) Memanggil bulan turun ke bumi dan mengucap dua kalimah syahadat.
ii) Bulan disuruh masuk ke lengan baju kanan Nabi dan keluar di lengan kiri.
iii) Bulan boleh terbelah dua dan kemudian bersatu semula.


3. Mengenai pahlawan sebelum Nabi SAW

- Hikayat Iskandar Zulkarnain
- Hikayat Amir Hamzah
- Hikayat Saif Zulyazan


Tokoh-tokoh pahlawan sebelum kelahiran Nabi S.A.W. ialah seperti Zulkarnain, Amir Hamzah dan Saif Zulyazan. Kesemua penceritaan tentang tokoh-tokoh ini menggunakan awalan 'Hikayat' seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Di antara hikayat yang paling popular ialah 'Hikayat Amir Hamzah'. 'Hikayat Amir Hamzah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, Parsi, Turki, Hindustan dan Tamil

Di nusantara pula Hikayat Amir Hamzah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Sunda, Jawa, Bugis, Makasar dan Bali.

Hikayat ini menceritakan tentang kegagahan Amir Hamzah melawan musuh, terutamanya di Mekah dan Madinah . Amir Hamzah telah terkorban dalam Peperangan Uhud.


4. Mengenai pahlawan tempatan

- Hikayat Raja Khandak
- Hikayat Raja Badar

Legenda Islam yang digolongkan ke dalam kategori tempatan pula ialah Hikayat Raja Khandak dan Hikayat Raja Badar.

Dalam Hikayat Raja Khandak terdapat cerita tentang keberanian Saidina Ali menentang Muawiyah bin Abu Sufyan. Semasa di medan perang, suara Saidina Ali dikatakan sangat kuat seperti halilintar manakala pedangnya pula apabila dihunus matanya terus memanjang.


Menurut Bahasa Othman, berbagai-bagai cerita-cerita legenda Islam ini muncul di dalam sastera Melayu. Di antaranya ialah:

a) Dibawa oleh pengembang Islam yang datang ke Pasai, Melaka dan Acheh sebagai pusat perkembangan agama dan kebudayaan Islam. Para mubaligh ini membawa cerita-cerita legenda Islam ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai kemurnian ajaran Islam ke dalam masyarakat Melayu yang telah lama meminati sastera epik Hindu atau legenda tempatan.

b) Mengalihkan pandangan tinggi terhadap cerita-cerita Hindu seperti Mahabrata dan Ramayana.




Dalam kesusasteraan Melayu, legenda Islam ini telah menjadi alat penting dalam penyebaran agama Islam. Lantaran daripada keberanian, ketangkasan dan kehebatan yang terdapat pada tokoh-tokoh pahlawan Islam itu, maka menambah-yakinkan lagi penganut Islam terhadap agama ini.

Kehebatan yang digambarkan terhadap tokoh-tokoh ini juga melambangkan semangat juang khususnya bagi menawan musuh negara seperti mana yang diceritakan di dalam buku 'Sejarah Melayu' iaitu orang-orang Melaka telah membaca Hikayat Muhammad Ali Hanafiah bagi menguatkan semangat untuk menawan Portugis.
 
Back
Top
Log in Register