BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajarilah anak-anakmu berkuda, memanah dan berenang - Rasulullah

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Rasulullah bersabda, "ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah" (riwayat sahih bukhari/muslim)

Sudahkah anda mengajar anak-anak anda 3 perkara ini?

FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Berenang


Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

==

dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah s.a.w.) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.

Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).

Dan baginda bersabda:

“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, yaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, yaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi kebutuhannya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Coretan Tuan Tanah : jangan lupa ajar anak-anak kita 3 perkara ini. selain mengajar mereka ABC, Alif Ba Ta, yang ini dianjurkan sendiri oleh Rasulullah. sesungguhnya Rasulullah itu benar!

jangan pula mengajar anak kita untuk menjadi artis/penyanyi realiti tv pula....
 
kuda mahal la kuhik... nak join kelab kuda pun mahal.. ganti dengan kambing ke lembu mungkin boleh...renang ...nak join club pun mahal.. pastu ada peraturan kene pakai fit fit....takde kolam renang free.. kalau ada pun air hijau beralga....memanah.... panah bukan ke termasuk dalam senjata yang kena ada lesen?.... so bagaimana kita merakyatkan sukan ni?
 
kuda mahal la kuhik... nak join kelab kuda pun mahal.. ganti dengan kambing ke lembu mungkin boleh...renang ...nak join club pun mahal.. pastu ada peraturan kene pakai fit fit....takde kolam renang free.. kalau ada pun air hijau beralga....memanah.... panah bukan ke termasuk dalam senjata yang kena ada lesen?.... so bagaimana kita merakyatkan sukan ni?

takpe, usaha tu kena ada :)
kalau takde sebarang usaha tu, susah sket nak menjawab ngan baginda Rasul kita nanti :D
 
ada tak mana mana area kat malaysia ni yang ada pusat menunggang kuda harga siling?...sila list sini....pusat memanah harga lantai.... sila list juga....kolam renang harga air selangor dan perak juga list sini....untuk memudahkan kita berkunjung ...hihi
 
ada tak mana mana area kat malaysia ni yang ada pusat menunggang kuda harga siling?...sila list sini....pusat memanah harga lantai.... sila list juga....kolam renang harga air selangor dan perak juga list sini....untuk memudahkan kita berkunjung ...hihi

yup...betul juga tu..

mungkin kalau ada ahli CG ni nak bukak bisnes berkuda untuk kanak-kanak ke, memanah untuk kanak-kanak, berenang untuk kanak-kanak dengan harga yang murah...orang miskin pun boleh join :D
 
pergi ekuin park ada kuda kat situ.. rm 400 untuk beberapa sesi kut..
pastu ada lagi kat area batang kali/btg berjuntai/etc.. ada kwn aku punya kawan punya stable.. dia ckp harga rendah tapi aku tak pernah pergi.. kat UTM Skudai ada satu kat dalam area sebelah fakulti apa tah.. kat skolah agama tu.. ok gak untuk org selatan..
 
Hari sabtu nie anak nak start belajar berenang..doc yang suruh sebab dia over weight dah...
 
Aku hampir setiap minggu bawak anak aku umur 3 tahun naik kuda di tasik titiwangsa...ala baru 2 hinggit utk 3 round ..
 
Back
Top
Log in Register