BTC USD 83,918.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Peradaban Dunia (pendapat yg berbeza dari biasa)

qreemall

Legendary Member
gem
Messages
19,645
Joined
Mar 22, 2008
Messages
19,645
Reaction score
54
Points
120
Salam.
1.Selama sy pelajari sejarah mengenai peradaban dunia dari zaman
dahulu sampai sekarang, sy dapati didalam buku-buku rasmi (buku
teks sekolah) kesemuanya menceritakan bahawa peradaban bergerak
dalam bentuk mendatar.

2.Maksud sy dengan "mendatar" disini ialah peradaban manusia
zaman dulu adalah kuno dan zaman sekarang adalah maju.

3.Tetapi, penulisan sebegini meninggalkan banyak persoalan.
Seperti piramid, adakah logik dikatakan manusia pada era
tersebut kuno dan mundur sedangkan binaan tersebut telah
bertahan jauh lebih lama dari mana-mana binaan manusia yang
diketahui oleh para pengkaji moden. Malah ketepatan binaannya
juga sungguh menakjubkan sehingga membawa banyak persoalan
kepada para saintis masa kini.

4.Selain itu penemuan "Bateri Baghdad" yg berusia 2000 tahun
juga harus diberi perhatian. Apakah kegunaannya yg sebenar?
Pelbagai pihak cuba memberi hujah yg pelbagai namun gagal
memberi sebarang kesimpulan yg konkrit.

5.Semua ini menjadi persoalan kerana minda mereka sudah diset
dengan kata-kata "zaman dulu mesti lebih mundur dari sekarang".
Atau dalam kata lain mereka sudah setkan minda mereka untuk
mematuhi teori sejarah peradaban mendatar tersebut.

6.Namun, jika kita ubah "mindset" kita dengan melihat semula
sejarah peradaban dunia dengan teori "roda", maka kebanyakan
persoalan tersebut akan terjawab dengan sendirinya.

7.Teori "roda" yg sy kemukakan ini sy nyatakan dengan sistem
peradaban ada naik turunnya sepanjang masa dari zaman dahulu
hingga sekarang. Maknanya disini dalam satu-satu masa itu ada
kemajuan sehingga ke tahap maksima sebelum keruntuhannya dan
proses yang sama berulang-ulang sejak berzaman lamanya.

8.Bukti-bukti untuk menyokong teori ini setakat ini yang paling
kuat datang dari kitab suci Al-Quran dimana didalam Al-Quran ada
menyatakan tentang masyarakat pada zaman dahulukala sudah ada
bangunan yg tinggi dan mahligai-mahligai yg besar. Dan
dinyatakan juga pada zaman Nabi Sulaiman ada seorang lelaki
berilmu yg mampu memindahkan mahligai Ratu Balqis lebih pantas
dari jin Ifrit yg paling kuat.

9.Jadi ini sahaja yg sy mampu kemukakan buat masa ini. Jika ada
sebarang pendapat lain sila kemukakannya disini.
Sekian Terima Kasih.
:):)cgrock
 
Last edited:
7.Teori "roda" yg sy kemukakan ini sy nyatakan dengan sistem peradaban ada naik turunnya sepanjang masa dari zaman dahulu hingga sekarang. Maknanya disini dalam satu-satu masa itu ada kemajuan sehingga ke tahap maksima sebelum keruntuhannya dan proses yang sama berulang-ulang sejak berzaman lamanya.
aku sokong yg ni..... aku pun terpikir mcm ni.....
 
hurmm.. bernas.. sejarahwan ke ni..
tapi kalau ada naik dan kemajuan, mesti ada keruntuhan dan turun.. kalau turun tu kira kebanyakan adalah bala dari Allah la ye tt?
 
tamadun lepas runtuh sekali dgn teknologi diorg tanpa sempat diturunkan kepada tamadun seterusnya.
 
hurmm.. bernas.. sejarahwan ke ni..
tapi kalau ada naik dan kemajuan, mesti ada keruntuhan dan turun.. kalau turun tu kira kebanyakan adalah bala dari Allah la ye tt?

Ikut kerajaan mana yg anda maksudkn. Dalam sejarah peradaban
manusia ini sudah ada banyak kerajaan yg naik & turun. Antara yg
paling tersohor adalah yg berikut:
(disusun ikut zaman dari zaman yg paling
lama hingga zaman yg paling baru)

-tamadun kerajaan Greek
-tamadun kerajaan Roman & Mesir
-tamadun kerajaan Islam
-tamadun kerajaan Barat moden

Itu dari sumber sejarah di sekolah/IPT yg dikatakn runtuh akibat
masalah dalaman dan lain-lain (tapi mungkin juga adalah bala
dari Allah). Kalau ikut dari Al-Quran pula kita dapat saksikan:

-kerajaan Firaun
-kerajaan Namrud
-kerajaan Nabi Daud & Nabi Sulaiman
-kerajaan Parsi

Dua kerajaan yg pertama dimusnahkn oleh bala yg diturunkan oleh
Allah terhadap mereka. Satu sy rasa tiada maklumat. Satu lagi sy
tak pasti bagaimana.
:)
 
Salam.
1.Selama sy pelajari sejarah mengenai peradaban dunia dari zaman
dahulu sampai sekarang, sy dapati didalam buku-buku rasmi (buku
teks sekolah) kesemuanya menceritakan bahawa peradaban bergerak
dalam bentuk mendatar.

2.Maksud sy dengan "mendatar" disini ialah peradaban manusia
zaman dulu adalah kuno dan zaman sekarang adalah maju.

3.Tetapi, penulisan sebegini meninggalkan banyak persoalan.
Seperti piramid, adakah logik dikatakan manusia pada era
tersebut kuno dan mundur sedangkan binaan tersebut telah
bertahan jauh lebih lama dari mana-mana binaan manusia yang
diketahui oleh para pengkaji moden. Malah ketepatan binaannya
juga sungguh menakjubkan sehingga membawa banyak persoalan
kepada para saintis masa kini.

4.Selain itu penemuan "Bateri Baghdad" yg berusia 2000 tahun
juga harus diberi perhatian. Apakah kegunaannya yg sebenar?
Pelbagai pihak cuba memberi hujah yg pelbagai namun gagal
memberi sebarang kesimpulan yg konkrit.

5.Semua ini menjadi persoalan kerana minda mereka sudah diset
dengan kata-kata "zaman dulu mesti lebih mundur dari sekarang".
Atau dalam kata lain mereka sudah setkan minda mereka untuk
mematuhi teori sejarah peradaban mendatar tersebut.

6.Namun, jika kita ubah "mindset" kita dengan melihat semula
sejarah peradaban dunia dengan teori "roda", maka kebanyakan
persoalan tersebut akan terjawab dengan sendirinya.

7.Teori "roda" yg sy kemukakan ini sy nyatakan dengan sistem
peradaban ada naik turunnya sepanjang masa dari zaman dahulu
hingga sekarang. Maknanya disini dalam satu-satu masa itu ada
kemajuan sehingga ke tahap maksima sebelum keruntuhannya dan
proses yang sama berulang-ulang sejak berzaman lamanya.

8.Bukti-bukti untuk menyokong teori ini setakat ini yang paling
kuat datang dari kitab suci Al-Quran dimana didalam Al-Quran ada
menyatakan tentang masyarakat pada zaman dahulukala sudah ada
bangunan yg tinggi dan mahligai-mahligai yg besar. Dan
dinyatakan juga pada zaman Nabi Sulaiman ada seorang lelaki
berilmu yg mampu memindahkan mahligai Ratu Balqis lebih pantas
dari jin Ifrit yg paling kuat.

9.Jadi ini sahaja yg sy mampu kemukakan buat masa ini. Jika ada
sebarang pendapat lain sila kemukakannya disini.
Sekian Terima Kasih.
:):)cgrock

Betullah tu.. Buku2 sekolah yg kita baca kat sekolah adalah acuan penjajah.. So, pemikiran kita sekarang ikut pd acuan diorg.. Cerita dia mcm Amerika serang Iraq lah.. Diorg masuk setiap rumah n perpustakaan, diorg musnahkan buku2, kitab2, bunuh org2 bijak pandai dulu.. Bila dah kuasai tempat tu, diorg mulalah edar buku2, risalah2 atau kitab2 yg ikut persepsi diorg..
Samalah yg terjadi kat Filipina.. Byk benda yg lain dr apa yg kita dapat kat pendidikan aliran perdana ni... :((:((
Sebab tu gak sejarah Islam Asia Tenggara ni agak kabur jalan ceritanya....~X(
 
betul pendapat ni. kalau difikirkan balik, zaman kita sekarang ni pun dah menuju kejatuhan. kita boleh lihat budaya manusia, terutama dari aspek moral, makin mengundur, makin ke belakang. kalau disemak balik sejarah tamadun-tamadun awal, semuanya jatuh akibat kejatuhan nilai moral dan akhlak. tengok dalam masyarakat kita sendiri, anak-anak melayu pun dah mula terpengaruh budaya memuja syaitan dan benda-benda jahil. kalau diluaskan skop ke seluruh dunia, kita boleh lihat manusia mula memusnahkan satu sama lain. ini antara sebab utama tamadun-tamadun dulu lenyap dari muka bumi.

wallahualam.
 
bagi aku, secara umumnya pattern adalah "mendatar" ataupun continuous or continual improvement.... selagi tidak ada event yang mematahkan atau memutuskan trend tersebut, maka ianya akan berterusan "mendatar" dan berkembang. contohnya, teknologi senjata api.

Tetapi bagi sesetengah perkara seperti piramid ataupun bateri bagdad yg diperkatakan, sesuatu berlaku seperti perang yg memusnahkan blue print teknologi tersebut ataupun ilmu yg tak sempat diperturunkan menyebabkan ianya menjadi misteri hingga ke hari ini.....

entahlah.... hanya sekadar pendapat...
 
Mengenai teknologi senjata itu, memang tiada sebarang bukti yg boleh menyokong teori "roda" ini.
Tetapi, jika sy tidak salah, sy pernah terbaca maklumat yg sekumpulan saintis yg mengkaji tinggalan bandar Mohenjo-Daro mendapati kawasan tersebut memiliki kadar radiasi yg tinggi dan kesan yg ditinggalkan disitu seolah-olah bandar tersebut terkena sesuatu yg sangat panas.
Dan berdasarkan kesan-kesan yg ditinggalkan itu, mereka menyatakan bahawa kesan-kesan itu menyamai kesan selepas serangan bom atom.
Jadi disini kita perlu perhati semula.
Jika itu kesan tinggalan bom atom maka tidak syak lagi bahawa suatu masa dahulu dunia pernah maju sehingga senjatanya sudah mencecah ke tahap atomik.
 
Back
Top
Log in Register