BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapakah Abdullah Hukum?

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
Abdullah Hukum atau nama asalnya Abdullah Rukun, ketika itu berusia 15 tahun berkelana merentasi Selat Melaka ke Melaka sebelum ke Kuala Lumpur bersama sekumpulan rakannya dengan berjalan kaki tiga hari tiga malam. Banyak tempat yang disinggahi dan banyak pula pengalaman ditempuhinya. Setibanya di Kuala Lumpur, beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street.

Ketika itu, Kuala Lumpur mempunyai dua lorong saja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) dahulunya adalah tempat sekumpulan ceti beroperasi dan di situ juga ada sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Rumah kedai pada masa itu berbumbung atap bertam dan berdinding buluh, manakala peniaga di situ kebanyakannya menjual kain dan makanan, semuanya orang Melayu berketurunan Rawa dan Mendahiling. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah di antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah pada masa itu ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).

Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.

Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ � Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai 慗alan Bangsa� sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. 態angsa� kemudian bertukar menjadi 態angsar�.

Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Datuk Dagang menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Alangkah malang jika nama besar ini turut tersisih seperti pupusnya nama Taman Ghazali Shafie dan kampung Paya di Jalan Bangsar berdekatan Kampung Abdullah Hukum, selepas deretan kedai yang menempatkan peniaga Melayu di situ dirobohkan untuk projek pembesaran Jalan Bangsar sekitar 1987. Walaupun peniaga di Taman Ghazali Shafie itu dipindahkan ke Kompleks Bangunan Uda di Bangsar Utama, nama Taman Ghazali Shafie tidak lagi tertera di atas peta Kuala Lumpur.

Kita tidak mahu nama Abdullah Hukum, seorang peneroka awal penempatan Kuala Lumpur tertindih dengan tumpuan terhadap Kapitan Yap Ah Loy sehingga nama Abdullah Hukum turut terpadam di dalam lipatan sejarah Kuala Lumpur.

Demikian iltizam Abdullah Hukum yang menjadi ikon warisan sejarah Kuala Lumpur sejak penerokaannya dalam era 1850-an sehingga ke hari ini. Sejarah 50 tahun Malaysia merdeka tahun ini biarlah dirayakan tanpa meluputkan nama pejuang dan perintis bangsa yang banyak meninggalkan jasa, seperti Abdullah Hukum.

selama ni..aku tau LRT Abdullah Hukum jer..#:-S
 
abdullahhukumdq2sf9.jpg

​
Sultan Selangor lantik Abdullah Ketua Masyarakat Kuala Lumpur

KAMPUNG Hj Abdullah Hukum, Jalan Haji Abdullah Hukum di Bangsar dan yang terbaru, Apartmen Haji Abdullah Hukum adalah antara tempat yang diambil sempena nama Haji Abdullah Hukum.

Siapakah sebenarnya Haji Abdullah Hukum? Tentu ramai generasi muda yang tidak mengetahui nama tokoh besar ini dalam sejarah tanah air dan kaitannya dengan Kuala Lumpur dan Selangor.

Nama sebenar Haji Abdullah Hukum ialah Muhammad Rukun. Beliau kemudian digelar mengikut adat sebagai Arya Jaya. Ketika menunaikan fardu Haji ke Makkah dan berada di Padang Arafah, beliau digelar sebagai Haji Abdullah Hukum.

Nama itu terus kekal hingga ke akhir hayatnya dan digunakan sehingga sekarang. Tokoh besar ini dilahirkan pada 1835 dan meninggal dunia sekitar tahun 1930-an ketika berusia kira-kira 100 tahun.

Ayahnya dikenali sebagai Sekancing yang bermakna 慿unci pintu� dan bergelar Tuk Pangku. Nama ayahnya kemudian ditukar kepada Haji Abdul Rahim, juga ketika berada di Padang Arafah, Makkah.
 
RUMAH asal Abdullah Hukum di Kampung Haji Abdullah Hukum.

abdullahhukumrumahmr8cb2.jpg

​
Haji Abdullah Hukum berketurunan suku kaum Kerinci dan berasal dari kariah Sungai Abu, jajahan Sungai Penoh di Kerinchi, Sumatera, Indonesia.

Beliau datang berdagang bersama ayahnya ke Tanah Melayu pada 1850 ketika berumur 15 tahun. Mereka singgah di Melaka selama tiga malam dan menumpang di rumah Datuk Dagang Haji Said, bapa mentua kepada Tambi Abdullah yang juga seorang hartawan di Kuala Lumpur.

Dari Melaka mereka belayar menuju ke Pengkalan Kempas dan dari situ Abdullah Hukum mengambil upah menggalas kain daripada seorang saudagar kain keturunan Kerinci, iaitu Haji Abdul Rahim untuk pergi ke Sungai Ujong.

Mereka tinggal di situ selama lapan hari dan disebabkan tiada pekerjaan yang sesuai, mereka mengikut rombongan orang menggalas kain pergi ke Kuala Lumpur kerana di situ dikatakan banyak pekerjaan seperti bertanam sayur dan mendulang bijih timah.


PAPAN tanda ke Kampung Haji Abdullah Hukum di Lembah Pantai.

Abdullah Hukum menetap di Selangor selama lebih 85 tahun, iaitu sejak berumur 24 tahun di bawah kerajaan Melayu (1850-1874) dan 61 tahun di bawah pemerintahan kerajaan kolonial British (1874-1930-an).

Menurut catatan riwayatnya, Abdullah Hukum tinggal lama di Tanah Melayu dan hidup di dua zaman yang berlainan iaitu lebih dua dekad di zaman keris dan pemuras di bawah pemerintahan kerajaan Melayu dan lebih enam dekad selanjutnya di bawah pemerintahan kolonial British.

Ketika Abdullah Hukum tiba di Kuala Lumpur, beliau menumpang tinggal di rumah Haji Abdul Ghani, orang Air Bangis (Minangkabau) yang berniaga di satu lorong yang dikenali sebagai Java Street.

Sungguhpun Kuala Lumpur menjadi semakin maju dan berkembang pesat selepas campur tangan British pada 1875, penduduk Melayu yang berjaya untuk berkongsi kemajuan awal Kuala Lumpur sejak 1850-an mula tersisih daripada arus pembangunannya.

Ketika itu, Abdullah mendapat kebenaran membuka kebun di Bukit Nenas dan membuka kawasan perkampungan Sungai Putih, (sekarang Jalan Bangsar). Beliau akhirnya menetap di Sungai Putih, iaitu di kampung yang kini dikenali sebagai Kampung Haji Abdullah Hukum.

Abdullah kemudian dilantik sebagai seorang daripada ketua masyarakat di Kuala Lumpur dengan gelaran Tuk Dagang Dianjuk. Apabila umurnya meningkat hampir 80 tahun (1912) beliau memohon bersara dari jawatan ketua itu dan mendapat pencen daripada kerajaan.

Abdullah bersama Raja Bilah ialah pembesar bagi masyarakat Kuala Lumpur ketika itu bertugas mengutip hasil dagangan yang lalu lintas melalui Sungai Klang atau Sungai Gombak. Cukai timah ialah seringgit sebahara (tiga pikul).

Beliau dikatakan terbabit secara langsung dalam pembangunan Kuala Lumpur, misalnya beliau adalah ketua yang membuka kawasan Pudu-Bukit Bintang dan membuka kebun di Bukit Nenas, selain kawasan Sungai Putih. Pada hari ini Sungai Putih dikenali sebagai Jalan Bangsar.

Di sekitar kawasan Sungai Putih ada sebuah kampung Melayu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Abdullah yang juga digelar Arya Jaya mengikut adat, pernah dilantik Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad sebagai Ketua Masyarakat Kuala Lumpur dengan gelaran Tuk Dagang Dianjuk.

Sejak Kuala Lumpur dibuka hingga 1890-an, Bukit Nenas adalah pusat kuasa bagi masyarakat Melayu kerana wakil Sultan menetap di situ. Jika terdapat sebarang keramaian tradisional seperti sempena pelantikan ketua atau pembesar masyarakat Melayu, ia akan diadakan di Bukit Nenas.

Antaranya sempena pelantikan Tuk Alam Setapak, Tuk Bela Sungai Cantik, Imam Perang Muhammad Arif, Raja Utih dan Tuk Dagang Dianjak (Haji Abdullah Hukum sendiri), di mana satu keramaian diadakan selama tujuh hari tujuh malam menurut adat keramaian zaman dulu.

Cucu Abdullah, Esah Hassan, 71, ketika ditemui Berita Minggu menjelaskan, arwah datuknya seorang yang sangat tegap, berbadan besar, tinggi dan berkulit cerah.

揔etika umur saya 10 tahun, saya masih ingat atuk hanya duduk terbaring di rumah, dia sakit tua selama beberapa tahun. Emak saya cakap atuk menghidap penyakit bisul di tengkuk, katanya sakit orang kaya.

揝aya pun tak ambil kisah sangat hal itu sebab masih kanak-kanak. Apa yang saya tahu dia memang sakit lama dan selepas beberapa tahun meninggal dunia di rumah emak saudara saya. Sekarang rumah itu saya tinggal bersama suami, Muhamad Amir Mahmud, 75, katanya.

Esah dan Muhamad Amir adalah sepupu dan kini masih tinggal bersebelahan rumah asal yang dibina Abdullah di Kampung Haji Abdullah Hukum. Rumah yang mempunyai 18 tiang itu dikatakan dibina sejak lebih 100 tahun lalu dan masih kukuh sehingga sekarang.

Tangga batu rumah itu juga dibina berdasarkan ciri rumah orang Melaka, dipercayai mengikut cita rasa isterinya, Zainab Ismail yang berasal dari Melaka.

Ketika kawasan perumahan di kampung itu dirobohkan untuk tujuan pembangunan, keluarga Abdullah merayu agar rumah tinggalan pengasas kampung itu dipelihara dan dikekalkan sebagai warisan sejarah yang boleh dikunjungi generasi akan datang.

Kami akur diarah berpindah atas nama kemajuan dan tak kisah jika rumah kami dirobohkan. Cuma kami minta kerajaan jangan robohkan rumah pusaka bersejarah ini untuk tatapan akan datang, katanya.
 
Pergh.... baru aku tau... dulu2 penah dok apartment area2 situ...
 
Fakta: Abdullah Hukum

# Mengambil upah membuat tali air di Segambut (Batu Lima di Setapak) bekerja dengan Sutan Puasa.

# Mendulang di Setapak.

# Petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah.

# Menjadi juak-juak (orang yang mengiringi Raja atau membawa alat kebesaran) kepada seorang pembesar Selangor, Raja Mahmud Tengku Panglima Raja .

# Memainkan peranan penting dan terbabit dalam beberapa peperangan di Selangor sehingga 1870-an.

# Peniaga kain di Semenyih.

# Membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenan Raja Laut yang ketika itu menjadi Raja Muda Selangor. Beliau diangkat menjadi Penghulu Masjid di Pudu oleh Raja Laut.

# Menjadi nakhoda mengambil upah membawa beras dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan perahu dan membeli kerbau dari Pahang dan Dungun di Terengganu untuk diniagakan di Kuala Lumpur.


sumber.. http://ulama.blogspot.com/2005/03/ulama-minangkabau.html
 
selama ini kita cuma tau yap ah loy mate sepet. thanks for this info. serius, ni 1st time aku dgr. jahil sungguh hamba. :(
 
Bagus.... bertambah pengetahuan aku....
 
Nemo tolong cari info pasal Kampong Dato' Harun, Kampong Kerinchi dan Kampong Medan. Adakah ada tokoh pahlawan or etc.. disebalik sebab apa kampong tu mendapat nama?

Thanks :)
 
selama ni..aku tau LRT Abdullah Hukum jer..#:-S

aku pun baru ni kenal Hj Abdullah Hukum nih... Thanks Nemo...:)paid:)paid
Al-Fatihah untuk beliau...
 
Back
Top
Log in Register