PDA

View Full Version : Penternakan Itik Penelur

ahib0205
10-01-2009, 10:06 PM
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم dan hi... :)

Jom kita bincang tentang secara details tentang penternakan itik penelur :)

:)cgrock

Pada pendapat saya, apa yang perlu kita tahu dan bincang tentang penternakan itik penelur ialah:

Jenis itik penelur

Reban untuk itik penelur

Cara menjaganya mengikut peringkat

Pemakanan dan ubatan yang perlu

Faktor kesihatan atau penyakit itik penelur itu sendiri

dan seterusnya tentang pemasaran
:D

Hm.... :-? Ada yang saya terlepas pandang ke? Orait jom kita gunakan kesempatan yang ada ni untuk terus berbincang :)

Sesiapa yang punya pengalaman, dijemput untuk berkongsi kat sini ye :)

Apa saya tau, insya Allah saya akan share sini :)

:)cgrock
:)cgrock

ahib0205
10-01-2009, 10:07 PM
Saya dah cuba search tentang tajuk ni. Jika dah ada saya mohon maaf dan pihak admin boleh ambil tindakan yang sewajarnya :)

rauzan
10-01-2009, 10:12 PM
dulu mak aq pnah buat biz ni...
buh kat sbelah umah jew...
psg pagaq keliling...
tanah becak ckit la...
kalaw ada kolam2 tuk itik tu mandi manda lg best...
tp tu la...ulaq ngan bewaq rajin arh dtg p kandang tu...
kami dulu pagi petang keja kutip teloq itik ja...
pastu mak p rendam dlm baldi nk buat jd teloq masin...
pastu jual arh kat pasaq tani...
:)cgrock:)cgrock:)cgrock

jasma
10-01-2009, 10:39 PM
mula2 kena pilih lokasi yg agak jauh dari kawasan perumahan...
bau kuat wooo.....
pastu kena kira kos anak itik...
makanan mahal wooo...

dulu saya beli yg dah besar...
jimat sikit...
tapi harga mahal sikit...
bila start bertelur.....
kena jaga betul2 makanannya....
silap bagi makanan...
x bertelur ler jawabnya....:D

ahib0205
10-01-2009, 11:02 PM
dulu mak aq pnah buat biz ni...
buh kat sbelah umah jew...
psg pagaq keliling...
tanah becak ckit la...
kalaw ada kolam2 tuk itik tu mandi manda lg best...
tp tu la...ulaq ngan bewaq rajin arh dtg p kandang tu...
kami dulu pagi petang keja kutip teloq itik ja...
pastu mak p rendam dlm baldi nk buat jd teloq masin...
pastu jual arh kat pasaq tani...
:)cgrock:)cgrock:)cgrock

wah.... ada ye pengalaman :)

hm... kesempatan ni saya nak tanya la ye. berpa ekor itik penelur yang mak bro bela?

baka jenis apa itik tu?

er... la dah tak buat lagi? :-?

ahib0205
10-01-2009, 11:05 PM
mula2 kena pilih lokasi yg agak jauh dari kawasan perumahan...
bau kuat wooo.....
pastu kena kira kos anak itik...
makanan mahal wooo...

dulu saya beli yg dah besar...
jimat sikit...
tapi harga mahal sikit...
bila start bertelur.....
kena jaga betul2 makanannya....
silap bagi makanan...
x bertelur ler jawabnya....:D

wah.... ada jugak pengalaman... :)

:)cgrock

hm... bro, memang busuk sangat macam mana tu ye? bau tahi dia ke?

hm... tetang jaga betul-betul makanan tu tolong terangkan sikit lagi boleh tak? :D

jasma
10-01-2009, 11:09 PM
wah.... ada jugak pengalaman... :)

:)cgrock

hm... bro, memang busuk sangat macam mana tu ye? bau tahi dia ke?

hm... tetang jaga betul-betul makanan tu tolong terangkan sikit lagi boleh tak? :D

tahi itik ler...
lagi satu lalat la....
itik penelur ni kena bagi makan cukup...

bila dah start bertelur....
elakkan bagi hampas kelapa....
seeloknya guna makanan yg dikhususkan utk itik telur....

heaven
11-01-2009, 12:06 AM
PerggHH itik telur ni kos makan tinggi beb...

RizMa
12-01-2009, 01:01 AM
PerggHH itik telur ni kos makan tinggi beb...

yup.mmg betul
kos makan die tinggi skit sbb itik telur ni kena makan yg elok2 baru die telur ari2
kalau tak, die telur 2 3 ari sekali jer

kalau bg makan temukut padi jer, mmg die xkan telur lansung
kena bg makan campuran dedak ngan jagung or campuran dedak ngan baja ikan.

atau campuran jagung ngan baja ikan atau vitamin.

xbleh bg satu2 aje

pastu itik ni suke kawasan berlopak air
so, kena sediakan kawasan mandi manda die dan termasuklah minum die dan kawasan khas utk bertelur. xpayah reban pun xpe.janji ade tempat teduh or berlitup mcm bawah kanvas or yg seumpamanya.

ini hasil pengalaman aku lah dengan bapa mertua aku yg bela itik ni:D:D

ahib0205
12-01-2009, 06:59 AM
hM... Jom-jom... kita sentuh bab pemakanan itik penelur ni. :D

Sebelum tu kalau saya silap,tolong betulkan ye :)

Baiklah, secara asasnya pemakanan itik penelur ni perlu kita jaga antaranya ialah:

- protien kasar

- tenaga metabolisme

- vitamin dan

- zat galian

Untuk tambahan, siapa pernah dengar pewarna xantofil? :D pewarna xantofil ni digunakan untuk lebih menguningkan bahagian kuning telur tu.

Bila dah lebih kuning, sebab tu la harga lebih mahal. selalunya pembuat terlu masin lebih arif dalam hal ni :)

:)cgrock

P/s: moga thread ni sedikit sebanyak membantu bagi sesiapa yang meminati penternakan itik penelur ini :)

Teruskan mencari rezeki HALAL wahai sahabatku :)

ahib0205
12-01-2009, 07:14 AM
saya nak share sikit tentang:

Jenis itik penelur

:)cgrock

Itik penelur yang ada di negara kita ni banyak jenis. Antaranya ialah:

- Itik Siam Hitam

- Itik Siam Coklat

- Itik Khaki Campbell

- Itik Tsaiya Coklat dan

- Itik Jawa

Er.. ada ke saya tertinggal lagi? :-?

Nanti saya share beberapa pembekal itik penelur ye :) Silakan berkongsi lagi ye :)

:)cgrock

RizMa
14-01-2009, 02:21 AM
Sumber info skit:

ni petua pak mentua aku

penggunaan kimia dlm meningkatkan kualiti telur sebenarnya amat berbahaya.
memanglah telur itu akan kuning lebih, tp khasiat die dh kureng

nasihat ni org pejabat haiwan yg bgtau
kalau nk elok, seeloknya bela secara biologikal teknik
guna kaedah bio dlm penternakkan.
telur itik pun sodap, daging die pun sodap

ahib0205
14-01-2009, 07:16 AM
Thank bro RizMa share info tentang pemakanan itik penelur ni :)
Er.. nanti bro share la sikit tentang bela secara biologikal teknik ye :D

Now saya nak tambah lagi tentang pemakanan itik penelur ni. Saya silap tolong tegur ye :)

:)cgrock

hM... Jom-jom... kita sentuh bab pemakanan itik penelur ni. :D

Sebelum tu kalau saya silap,tolong betulkan ye :)

Baiklah, secara asasnya pemakanan itik penelur ni perlu kita jaga antaranya ialah:

- protien kasar

- tenaga metabolisme

- vitamin dan

- zat galian

Protien kasar untuk itik penelur ini adalah salah satu sumber makanan yang amat penting kerana untuk kesihatan tubuh badan itik itu sendiri. Apa yang saya tau juga, protein ini terdiri daripada pelbagai jenis asid amino.

Contoh asid amino yang perlu kepada itik penelur ini ialah:

- metionina

- lisina dan

- sistina... (huhu... siapa pernah belajar kimia tau kot :) )

ha nak tanya.... sapa tau apa maksud tentang formula kat bawah ni tentang makanan pembesar VS makanan penelur (mengandungi protein kasar)

19 - 23 %

16 - 17 %

16 - 18 %

Silakan bagi yang nak tabah info, atau share pengalaman :)

:)cgrock

gandaduit
14-01-2009, 08:32 AM
wah itik..dah lama ku mencari topik ini,,dulu masa ku tinggal umah pakcik ku, aku ada bljar psl itik ini, emm bagi mkn betik ok gak..isi lembut,,,betik yg bebetul masak dan mestilah buang buah biji ia....nanti tercekik plak

tu dah lama,masa aku sek rendah...

eh knape itik tidak dikomersilkan seperti ayam... kita gred itik ini..maknanya itik ini itik ternakan bukan liar dan berkeliaran..rase2 ok tak,..seronok bela itik nih.

gandaduit
14-01-2009, 08:33 AM
maaf.ambil ruang skit..
sesiapa ada perniagaan atau servis yang perlukan kaedah jualan pantas dan saya sarankan cuba
pakejkan produk/servis/benih anda dgn guna sistem rakan kongsi

sesiapa nak tahu lanjut cuba dowlot maklumat sistem ku ngh siapkan...

www.jualbeli.org/propsal1-smartE-biz.doc

ahib0205
14-01-2009, 11:28 PM
wah itik..dah lama ku mencari topik ini,,dulu masa ku tinggal umah pakcik ku, aku ada bljar psl itik ini, emm bagi mkn betik ok gak..isi lembut,,,betik yg bebetul masak dan mestilah buang buah biji ia....nanti tercekik plak

tu dah lama,masa aku sek rendah...

eh knape itik tidak dikomersilkan seperti ayam... kita gred itik ini..maknanya itik ini itik ternakan bukan liar dan berkeliaran..rase2 ok tak,..seronok bela itik nih.

hm.... :-?

soalan menarik gak ni :D

pada pandangan saya la. masih belum dikomersialkan lagi. Esok lusa, tak tau la kan :D

Tapi kan, bila kita sebut tentang kos atau modal dalam sesuatu perniagaan itu sendiri, kita perlu mengenal pasti apakah yang dinamakan kos berubah atau kos tetap itu?

Contohnya dalam penternakan itik penelur ini sendiri. Apa yang kita boleh lihat ialah kos pengeluaran telur itik merupakan kos yang berubah. Contoh lain kos berubah ialah:

- kos operasi (uruskan) penternakan

- kos buruh

- kos perubatan itik

- kos makanan berkhasiat itik (contoh: garam galian, vitamin)

- kos air dan

- kos elektrik

Manakala contoh kos tetap dalam penternakan itik penelur ini ialah:

- kos pembinaan reban dan

- kos kos peralatan

Er... lagi pendapat korang tentang penternakan itik penelur ni? :)

:)cgrock

gandaduit
15-01-2009, 12:28 AM
itik oh itik..emm..kena kumpul team nih!

gandaduit
15-01-2009, 12:30 AM
aku jumpa blog psl peternakan itik gi sini
http://harizamrry.files.wordpress.com/2007/10/projek-itik-kgtok-jembal.jpg
http://harizamrry.wordpress.com/2007/06/21/panduan-ternakan-itik/

menarik juga blog ini aku baru baca perenggan satu..dah rase nak UMPH!!

rauzan
15-01-2009, 12:33 AM
pergghhh...
ni baru la seyes ternak itik...
:)cgrock:)cgrock:)cgrock

RizMa
15-01-2009, 12:52 AM
Thank bro RizMa share info tentang pemakanan itik penelur ni :)
Er.. nanti bro share la sikit tentang bela secara biologikal teknik ye :D

:)cgrock

saya xla arif bab penternakan itik ni
bapa mertua saya je yg dok bela.die bela kecil kecil aje
tp pengalaman die laus juga
start dari pengeraman telur itik, penjagaan dari kecil sehinggalah itik bertelur dan menghasilkan daging utk jualan

skang ni, di sebabkan kos membeli dedak baja ikan dh makin mahal, bapa mertua saya dh kurangkan membela

ikut pemahaman saya , cara bio ni kite cube elakkan menggunakan kimia dlm pemakanan itik
guna terus bahan asli

cth:
batang sagu, hampas tebu, sawit,hampas kelapa, baja ikan, jagung dan lain2 yg di andaikan itik selera makan.

mcm bapa mertua saya, die buat sendiri makanan itik dia.

jagung+baja ikan kering+hampas kelapa+dedak padi (kepala padi)

dengan campuran ini, itik nmpknya senang bertelur sbb zat ckup
kalau bg makan dedak padi saja.itik langsung xnk bertelur

ahib0205
15-01-2009, 06:58 AM
itik oh itik..emm..kena kumpul team nih!

a'a tengahh kumpul team aka geng la ni :)paid

:)cgrock

bro berminat ke? :D

ahib0205
15-01-2009, 07:00 AM
aku jumpa blog psl peternakan itik gi sini
http://harizamrry.files.wordpress.com/2007/10/projek-itik-kgtok-jembal.jpg
http://harizamrry.wordpress.com/2007/06/21/panduan-ternakan-itik/

menarik juga blog ini aku baru baca perenggan satu..dah rase nak UMPH!!

wah... menarik menarik... :)

thanks kongsi tu bro..

sesiapa berminat boleh la layari website tu untuk tambah lagi pengetahuan tentang penternakan itik penelur ni :)

:)cgrock

gandaduit
15-01-2009, 08:31 PM
a'a tengahh kumpul team aka geng la ni :)paid

:)cgrock

bro berminat ke? :D

memang minat bidang penternakan tetapi kemahiran kurang...bagaimana kita nak mula kajian ini...

ahib0205
17-01-2009, 11:48 PM
memang minat bidang penternakan tetapi kemahiran kurang...bagaimana kita nak mula kajian ini...

hm... apa kata kita bermula dengan bincang secara teori dulu tentang penternakan itik penelur ni? :)

Pada pendapat saya, apa yang perlu kita tahu dan bincang tentang penternakan itik penelur ialah:

Jenis itik penelur

Reban untuk itik penelur

Cara menjaganya mengikut peringkat

Pemakanan dan ubatan yang perlu

Faktor kesihatan atau penyakit itik penelur itu sendiri

dan seterusnya tentang pemasaran
:D

gandaduit
19-01-2009, 10:35 AM
hm... apa kata kita bermula dengan bincang secara teori dulu tentang penternakan itik penelur ni? :)
bump bump bump

aKuLaH
19-01-2009, 10:41 AM
best gak ternak itik ni../

aKuLaH
19-01-2009, 10:41 AM
telur itik ni tuk wat telur masin erk?... :-?

AlchemisT
19-01-2009, 10:49 AM
member aku ada ternak itik ni...jaga itik senang jer bagi mkn jer...pastu bertelur..harga telur pun mahal...daging lak jual kat kedai cina..

gandaduit
19-01-2009, 11:05 AM
telur itik ni tuk wat telur masin erk?... :-?

tak semestinya telur masin aje kot,ntah setahu aku telur masin je

gandaduit
19-01-2009, 11:07 AM
member aku ada ternak itik ni...jaga itik senang jer bagi mkn jer...pastu bertelur..harga telur pun mahal...daging lak jual kat kedai cina..
oh..menarik tu bro... tapi saya nak buat peternakan itik secara mudarabah pastu jual pun tak nak mahal.. kita pelbagai kan daging itik,,jgn ikut cina sgt mahal tak tentu arah coz sebab tuh market diaorg pegang.

gandaduit
19-01-2009, 11:11 AM
hm... apa kata kita bermula dengan bincang secara teori dulu tentang penternakan itik penelur ni? :)

Jenis dulu.. bro ..aku takde masa sgt nak cari bahan kat luar tuh aa..aku byk tul kena baca.

gandaduit
20-01-2009, 11:17 AM
senyap je ,,meh aku bump! BUMP for today!

ahib0205
24-01-2009, 08:25 AM
Jenis dulu.. bro ..aku takde masa sgt nak cari bahan kat luar tuh aa..aku byk tul kena baca.

jenis? jenis naka itik menelur ke maksud bro?

saya nak share sikit tentang:

Jenis itik penelur

:)cgrock

Itik penelur yang ada di negara kita ni banyak jenis. Antaranya ialah:

- Itik Siam Hitam

- Itik Siam Coklat

- Itik Khaki Campbell

- Itik Tsaiya Coklat dan

- Itik Jawa

Er.. ada ke saya tertinggal lagi? :-?

Nanti saya share beberapa pembekal itik penelur ye :) Silakan berkongsi lagi ye :)

:)cgrock

ok saya terangkan lagi details sikit lagi ye :)

Itik Siam Hitam atau ada jugak yang panggil itik baka Cholburi atau Paknam asalnya dari Thailand. Selalunya kita akan nampak warna bulunya hitam atau coklat tua. Kat dada itik tu pula akan ada tompok putih. Secara teori, itik Siam Hitam ni boleh bertelur lebih kurang 200 biji setahun... (er.. sapa ada gambar itik Siam Hitam ni boleh tolong share ye :) )

Orait. kita masuk Itik Siam Coklat pulak :D Itik Siam Coklat ni asalnya dari Thailand jugak. Khabarnya itik ni adalah baka hasil kacukan antara Itik Khaki Champbell + Itik Tempatan Siam. Warna bulu pulak coklat muda atau coklat tua hitam-kehitaman sikit. Ha... Itik ni kalau korang nak tau akan mula bertelur mulai umur 4 - 4 1/2 bulan. Berat badan depa masa tu lebih kurang 1.8kg. Purata telur setahun ialah 174 dengan berat sebiji 60g :o

:)cgrock

Maaf daku SIBUKKKKKK..... (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=61466)

P/s: Insya Allah nanti saya kongsi lagi :)

:)cgrock

ahib0205
24-01-2009, 12:56 PM
oh..menarik tu bro... tapi saya nak buat peternakan itik secara mudarabah pastu jual pun tak nak mahal.. kita pelbagai kan daging itik,,jgn ikut cina sgt mahal tak tentu arah coz sebab tuh market diaorg pegang.

hm.... details sikt bro pelbagaikan tu cintohnya? :-?

ehem.. ada ke satay daging itik? burger daging itik? :D :)cgrock

epoi2405
30-01-2009, 11:54 PM
sila pm aku harga utk anak itik penelor aper jenis pun boleh.kuantiti 200-500 ekor.

ahib0205
01-02-2009, 09:09 AM
sila pm aku harga utk anak itik penelor aper jenis pun boleh.kuantiti 200-500 ekor.

ha tu dia ada yang berminat nak tau harga :)

:)cgrock

kepada yang berkenaan boleh PM sahabat kita epoi2405 :)

Firas966
01-02-2009, 10:00 AM
salam bro,
1000ekor berapa harga?
anak berapa umur dia?
pasaran macamana bro?
saya baru nak start projek ternak itekni1,apa2 info boleh share kat saya
w.s tq

ahib0205
01-02-2009, 05:06 PM
salam bro,
1000ekor berapa harga?
anak berapa umur dia?
pasaran macamana bro?
saya baru nak start projek ternak itekni1,apa2 info boleh share kat saya
w.s tq

tu dia. ada lagi yang bertanya sapa boleh jual anak itek penelur ni...

:)

bro, insya Allah sama-sama kita bincang ye

:)cgrock

lxnder
06-02-2009, 11:46 PM
sebab malas tulis, saya cut paste je post lama.

Nasihat saya… jgn guna gold coin. guna mesh penang. Keduanya, senarai pembekal yang diberi, cuba la dpt kredit kalau bole, kot dapat cakap kat aku. Dulu kami pun beli dari penternak yang ada 70,000 ekor khaki campbell, lagi murah kalau beli direct distributor… sebab diorang ada MOQ. Masa tu kami bela 3,000 ekor. Now, harga dah sekali ganda… dulu RM50.50, sekarang RM 90-98…. cuba la calculate kalau ada untung ke tak. Itu pun kalau penjagaan sempurna and itik bertelur pada kadar 85-95%.

Dengar ada org ganu Melayu kita masuk sekali 5,000 ekor khaki campbell… saya tak tau la apa cite sekarang tapi i can bet dia akan jual semula itik dalam masa 4-6 bulan, iaitu sebelum itik bertelur secara consisten.

Bagi yang buat makanan campur… kalau duk Ganu ok la kot, byk bahan mentah yg murah (kalau pandai carik). Dan dah ada pun produk Melayu (telur asin jeruk) yang masuk Sabasun. Bangga gak tgk.

Jangka hayat penelur? biasa kalau yg besar-besaran 2 tahun bertelur pastu jual pencen, mula stabil bertelur 4-6 bulan. Jangan langsung bagi natang ni stress… sok gi nya telur ok, lusa turun… nak bagi naik balik susah lambat.

untuk makanan lak, layer… untuk 1,000 eko dalam 2.5-3 guni. Roughly la. Bagi sekali pagi. Kalu 2,000 ekor, bukak 3 guni pagi, 3 guni ptg. Kalau guna kolam, tutup sblm kul 7, tak pasal2 telur byk dlm kolam.

Berkenaan produk, kalau pantai timur lebey ke telur masin jeruk. Teur hitam biasa pantai barat. Harga… tgk sendiri la. Kira sendiri. Pasaraya akan jual dlm 60-70 sen sebijik… maksudnya harga ladang mungkin 35-55 sen… ikut grade dan budi bicara tauke ladang.

Produk selain dari tu… kuning telur yg dah keras (dijeruk)… ni bermusim skit… untuk kek perayaan Cina. Harga… pepandai la nego.

Untuk sesiapa yg minat nak wat khaki cambell… nasihat saya… cari tanah yang naturally BERPASIR… tapi tak dekat sangat dengan LAUT. Ada sebab saya nasihat camni. Pasir… supaya telur cantik dari segi pemakanan itik, diorang mmg makan skit pasir. Kedua bersih, senang kutip, tak kotor. Lecah2 leceh wooo. Takkan kita org Melayu jual telur kotor… nak bersihkan lagi… swt. Bekas lombong = canteeeeek!!!

Selain tu, baik terlibat secara langsung. Jgn harap upah org je. Tauke Taiping nasihat camtu, ada sekali… pekerja dia tak suntik itik2… beribu mati. Bila tanya pekerja dia kata dah… so baik moniter dan terlibat secara langsung.

Pengalaman dgn Veterinar??? Huh, masa check… ada ke pegawai veterinar tu tanya kite;”Itik ni sihat kan?”… nampak sgt tak tau menda… tgk buku je la tu. By the way, kebanyakan jabatan vet amik anak itik dari tauke yg sama. Base kat Perak. Muscovi ngan Khaki campbell. Incubator dia… huh… last time tgk ada 8 butir bawah gudang… besar2 yg leh muat beribu telur tuk eram.

Lupe nak cakap, kat atastu tade sebut pasal injek. Kena injek…ot tak siap la. Ada mesin dia, kot tak mampu beli cuba pinjam veterinar atau mana2 tauke yang baik hati.

sebelum masuk itik… cam biasa, sembur la anti hama dsb. bia 2-3 minggu.

Design bekas air… baik guna atau set yg automaik je. Kalau guna kolam, pastikan design tak membebankan kerja.

hmm… saya tak tau penternak lain… tapi rate ladang lama telur adalah 85-95% atau 345-365/tahun seekor. Itupun kalau jaga betul2 la. Jaga main2, hasil main2 la.

Penyakit lak, paling commom = lumpuh. asingkan, wat ala2 ICU unit. Bia sampai sembuh, kalau tidak sembelih wat sup.

Telur masin, macam2 campuran ada. nak best, test sendiri sampai perfect. Takya la susah2 wat sarang, itik bukan cam ayam le.

aya nasihatkan jangan bergantung sangat pada maklumat yang dapat dari internet, baik jumpa and cari peladang/usahawan yang betul2 buat.

satu lagi kalau ada mangkuk2 ayun yang offer menjual itik penelur yang kononnya dah matang bertelur (4-6 bulan)… nasihat saya JANGAN la jadi sengal dan beli. ada beberapa sebab;

1. owner tak mampu maintain sebab kos terlalu tinggi (kemungkinan besar itik kurang optimum), system ladang tak betul, KURANG hasil telur sebab SALAH pengurusan ataupun tak reti buat feed sendiri/makanan campur.

2. itik khaki campbell ni, kalau sedang bertelur dan tiba2 ditransport ke lokasi lain akan mengalami stress… telur menjunam atau hampir takkan ada telur. saya bagi contoh la ye… katakan pindahkan 1000 ekor khaki campbell umur 5-6 bulan yang hasilnya di ladang asal purata sehari 750-850 biji (itupun kalau jaga betul)… kena pindah ke ladang lain (itupun kalau cara pindah betul)… hasil sehari dua lepas pindah akan jadi KOSONG atau sedikit. Nak naikkan balik jadi corak produksi telur asal makan masa berbulan (itupun kalau caranya betul). itik baka ni amat2 sensitif dan tak boleh stress.

saya nak beritahu disini… TIADA pengeluar anak itik penelur atau muscovi bumiputera. Yang ada cuma towkey2 di area2 taiping dan sekitar perak. even Jabatan Haiwan & Veterinar amik dari diorang.

selain itu kena pastikan tau cara vaccination, kena tahu bila masa sesuai penukaran dari starter-grower-layer, dan kena kenal pasti serta merta kalau ada yg sakit. kalau setakat lumpuh, asingkan je.

kalau ada menda nak tanya pasal itik penelur khaki campbell, email saya di lxn_deria@yahoo.com. saya akan cuba jawab berdasarkan pengalaman. kalau nak tanya pegawai veterinar, tanya la. pengalaman saya bila diorang datang check ladang… pegawai veterinar tanya kitorang balik itik ni sihat ke tak. kelakar betul.

ahib0205
07-02-2009, 12:55 PM

itu dia akhirnya orang yang memang pengalaman dalam bidang penternakan itik penelur bersedia untuk bantu :). Terima kasih banyak-banyak bro sudi berkongsi kat sini :)

korang boleh singgah baca kat blog lxnder kat: http://harizamrry.wordpress.com/2007/06/21/panduan-ternakan-itik/

thanks bro :)

bro punya tempat kat mana? boleh kami datang melawat? :)

:)cgrock

lxnder
07-02-2009, 05:00 PM
lol, terus terang cakap, saya dah tak terlibat. dulu saya kerja jadi buruh ladang itik penelur, dari jaga sampai ke buat telur asin dan telur jeruk... tapi disebabkan masalah partnership antara 2 owner (boss2 saya), diorang pecah, sorang masih di bukit tinggi (genting sempah), sorang di KT. untuk jaga hati dua partner ni, saya tak join mana satu pun... dan decide buat c/o sendiri berkaitan hortikultur, agrikultur & landscape consultancy (sebenarnya saya ada degree in biomedicine, saja nak cara hidup susah dan cari exp). banyak tumpu kepada landscape consultancy sahaja... sekarang baru nak bergiat dalam pertanian semula... dan Insya Allah, dalam industri sarang burung (kalau nak tau pasal layang2, baik ke forum lowyat, situ cina melayu semua kongsi maklumat & transparent) dan tanaman pisang bermula hujung bulan ini.

itik khaki campbell, bukan takleh nak buat tapi lokasi yang cantik susah nak dapat. saya tunjuk gamba si Ah Leng, tauke Taiping dan pengeluar no.2 terbesar Malaysia dan satu-satunya yang dapat export permit ke Singapore;

http://img91.imageshack.us/img91/379/picture070ch4.th.jpg (http://img91.imageshack.us/my.php?image=picture070ch4.jpg)

yang atas ni khaki campbell la ye bagi sesapa yang tak familiar. kami dulu ada 3,000 ekor... tauke ni ada 70,000 ekor. jadi kami ni kira macam bukan pesaing langsung bagi dia.

http://img21.imageshack.us/img21/4893/picture081oj0.th.jpg (http://img21.imageshack.us/my.php?image=picture081oj0.jpg)

atas ni muscovi, pedaging. selain dari khaki & muscovi... dia ada buat patin sangkar, sawit, getah, pengeraman & penetasan, jual commercial feed dan macam2. macam saya cakap, lokasi yg dia dapat adalah bekas lombong... the most ideal location. pasir free, air free. luas pun luas dan tak timbul masalah kebersihan sangat. rasanya ada dalam website Veterinar Perak.

Saja nak kongsi... tauke tu amik masa 15 tahun nak capai tahap skarang. asalnya partner 2 org... bila dah maju diorang pecah... bukan sebab bergaduh tapi sorang amik bahagian ladang dan raw material... sorang amik processing & packaging. tengok... banyak benda kite kena belajar dengan orang2 macam ni. bukan gaduh pasal keuntungan.

ni ladang lama saya jadi buruh dulu;

http://img22.imageshack.us/img22/358/img0149rn4.th.jpg (http://img22.imageshack.us/my.php?image=img0149rn4.jpg)

http://img13.imageshack.us/img13/921/img0162qq7.th.jpg (http://img13.imageshack.us/my.php?image=img0162qq7.jpg)

mula2 masuk 1,000 ekor, sebelum batch pertama start telur, batch kedua masuk lagi 2,000. sebenarnya kalau untuk dapatkan titik pulang modal dalam 1.5 - 2 tahun... 3,000 serentak memang cantik... tapi saya cadangkan lebih baik bagi sesape yang baru berjinak.... bela skit2 dulu dan pahami masalah serta cara2 yang betul. rasanya jabatan pertanian/veterinar masih lagi bagi bantuan anak itik dan bantuan makanan... tapi macam biasa sebab diorang tak consistant dan diorangh sendiri naif dalam bidang ni... byk tak menjadi. kalau nak start, amik peluang dengan jabatan dulu since kemudahan diberi. dah serasi dan dapat system ladang yang paling cun... bantai la ko nak buat byk mana.

bab produk... basically ada 4;

1. telur mentah

ada gred, dulu kami buat manual je dan ada cara nak senang. TOLONG bersihkan telur ye, jangan sekali2 biarkan taik melekat. bukan apa, kite orang islam jual pada orang islam, pastikan kesucian dan kebersihan makanan. cara bersihkan pun ada teknik.

2. telur hitam

ada formula sendiri. effisiensi kerja bergantung kepada kemudahan. kalau ada mesin = senang. kalau takde = gile penat.

3. telur jeruk

ada formula. buat la trial and error tgk tempoh matang & ketahanan. Mardi ada resipi tapi kena bayar la kot.

4. telur merah (dari jeruk)

haa.... ni bermusim... especially musim kuih bulan dan perayaan cina. siapa pernah makan kuih ni tau la sedapnya.

nasihat saya... kerja2 yang melecehkan seperti bersihkan, menggentel telur, packaging.... kot2 la ada warga tua atau ibu2 tunggal or org2 OKU area tu, bagi la upah diorang buat. saya jamin publisiti dan sokongan agensi kerajaan konpirm KAW2... lagi2 kalau ada YB2 area tuh. kena pandai menda2 camni. pertanian MEMANG perniagaan... tapi unsur political leverage, sape dapat nama & credits memang takle tinggal.

owh... ada dulu saya ingat makcik yang milik Sendayu Tinggi ada jugak buat. Taktau saya mana ladang dia... tapi ni jabatan vet selangor yang bagitau. Ada lagi sepasang suammi isteri Petronas Kerteh, diorang quit kerja sbb bukak ladang itik... kot tak silap dah lebih 10,000 ekor sekarang. Tahniah pada diorang. i envy them.

kat sini saya tak edit langsung exp sebab ilmu ni saya alami dan belajar hands on. pernah ada lawyer dtg ladang nak belajar... siap lepak ladang seminggu. bila dapat pinjaman, kereta baru yang keluar... ramai orang camni. kite kongsi2 la pandangan dan pengalaman. tak rugi ilmu neh.

lxnder
20-02-2009, 03:11 PM
Salam, maklumat tambahan... kepada sesiapa yang tinggal di daerah Jasin, Melaka... De Bella Projek Sdn Bhd ada sebuah ladang yg cun... kalau melihat wesite dia... mungkin lebih dari 10,000 ekor. Siap ada mesin gelek telur hitam... packaging sendiri (kotak 50biji) dan milik bumiputera. saya sendiri kagum. sudah sampai masa pengusaha itik telur kita mencapai apa yg De Bella buat. Kalau ada keluangan saya akan lawat ke sana. Sila Layari;

http://www.bellaprojek.com.my/

produk mereka telah pun memasuki pasaraya Tesco.

Keduanya, bagi sesiapa yang berminat mendapatkan anak khaki campbell atau ayam kampung (bukan kacukan commercial) di sekitar Rembau Negeri Sembilan... ataupun telur itik masin dan mentah DAN telur ayam kampung... sila hubungi;

En. Sajin - 012-3361392

En. Sajin merupakan pengusaha khaki campbell dan ayam kampung yang saya hormati. Pengalamannya banyak dan beberapa isu dibincangkan bila kami bertemu buat pertama kali baru-baru ini disamping berbincang berkenaan system ladang yang sesuai. Kemungkinan kami akan berjiran (jcb tgh clearkan tanah saya di daerah sama), dan saya mengadap dia bertanyakan pasaran, birokrasi dan masalah2 lain yang mungkin dihadapi.

ahib0205
20-02-2009, 04:35 PM

kalau nak buat lawatan sambil belajar dari ahli forum CAriGold.com ke sana boleh tak tolong arrange kan? :)

:)cgrock

aris
21-02-2009, 06:01 PM
Berapa anggaran harga itik penelur ni kalau nak beli?

lxnder
22-02-2009, 04:06 PM
salam,

baik bincang dgn encik Sajin secara terus kalau di daerah Rembau. Saya rasa la ahib0205, kalau you call dan beritahu niat you secara terus dgn encik Sajin, lebih elok, dan you pun seorang forumer aktif, agak mudah nak organize sendiri. Tanya pada en. Sajin berapa org yang dia boleh cater for, and cari masa dia betul2 free. lepas tu ajak la saya sekali, saya memang suka berborak dgn en. Sajin. Saya seperti dia juga, jenis yang banyak belajar melalui trial and error dan berani experimen (calculated risks).

Bagi De Bella, mereka memang ada anjurkan kursus. Saya pulak nak lawat sahaja Bella and tengok system ladang. Kalau cantek, adaptkan. Boleh saja email mereka terus dan arrange sendiri.

Jangan salah anggap ye, saya cuma kongsi pengalaman dan contact yang ada sambil membantu sesiapa yang mahukan maklumat, bukan untuk arrange visit atau lawatan atau mengambil kesempatan apa2. saya cuma mahu lebih ramai bakal pengusaha ada basic knowledge dan bersedia sebaik mungkin sebelum terlibat dalam industri ini. dalam pertanian... sekali terlajak, tidak boleh berundur. saya tak mahu rekod pengusaha GAGAL dalam industri itik penelur bertambah hanya disebabkan kegagalan agensi kerajaan yang tidak proaktif.

ahib0205
06-06-2009, 05:20 PM

takde salah paham insya Allah :)

cadangan yang bagus!

sama-sama kita cuba rancang betul2 ye. :)

:)cgrock

isa@is
11-10-2010, 04:21 AM
takde salah paham insya Allah :)

cadangan yang bagus!

sama-sama kita cuba rancang betul2 ye. :)

:)cgrock

salam.. ade sape2 yg nak beli telur itik or ade tempat nak tolak telur itik x? kapasiti sebulan boleh bekal sebanyak 3 ribu biji jer.. ade sape2 yg tahu tu nt inform2 la yer..pm je pun boleh..

AuraSuccess_88
11-10-2010, 05:01 AM
salam sejahtera semua

mcm mana penternakan itik nie...dah ade yg mencuba dah ker?

ahib0205
11-10-2010, 12:04 PM
salam.. ade sape2 yg nak beli telur itik or ade tempat nak tolak telur itik x? kapasiti sebulan boleh bekal sebanyak 3 ribu biji jer.. ade sape2 yg tahu tu nt inform2 la yer..pm je pun boleh..

PM saya harga berapa nak tolak untuk pemborong.

Minimum oder berapa?

Kalau saya nak siap bungkus 4 biji telur sebungkus berapa nak tolak?

isa@is
11-10-2010, 02:18 PM
PM saya harga berapa nak tolak untuk pemborong.

Minimum oder berapa?

Kalau saya nak siap bungkus 4 biji telur sebungkus berapa nak tolak?

salam..pasal harga tu yg xtau tu..hehe..bukan bese gn harga nih.. erm..bukak la harga nt sya try pk2kan.. tp memang xde la byk..3000 biji seulan je boleh hasil.. lebih dr tu yg xleh nak kata..erm..baru lagi dlm penternakan itik telur ni..

isa@is
11-10-2010, 02:21 PM
PM saya harga berapa nak tolak untuk pemborong.

Minimum oder berapa?

Kalau saya nak siap bungkus 4 biji telur sebungkus berapa nak tolak?

salam..pasal harga tu yg xtau tu..hehe..bukan bese gn harga nih.. erm..bukak la harga nt sya try pk2kan.. tp memang xde la byk..3000 biji sebulan..itu lah kapasiti buat masa nih..hehe.... lebih dr tu yg xleh nak kata..erm..baru lagi ni dlm penternakan itik telur ni..

ahib0205
12-10-2010, 07:24 AM

Ok macam ni. kita jumpa bincang ok tak? :) Ni no saya 013-2785103.

Bila free bagitau kita set time untuk jumpa :)cgrock

isa@is
12-10-2010, 11:41 AM
Ok macam ni. kita jumpa bincang ok tak? :) Ni no saya 013-2785103.

Bila free bagitau kita set time untuk jumpa :)cgrock

ok.. nt kita bincang2 kan.. sya akan call bila free..hehe.. thanx..

k-rollmobile
06-03-2011, 12:29 AM
mcmne projek itik telur tuan2.. ok x.. ayah sy pon ada bela gak dlm 400 ekor..

yusry2007
06-03-2011, 06:15 PM
wah.. Pertama skali saya nak ucapkan thanks to bro habib, mmg tread yg dia open nie byk info tentang penternakan itik telur. Dan tk lupa juga pada semua forumer yg bykk memberi info2.

Terlebih dahulu, saya mmg berminat dan dalam perangan projek 2011 untuk berkecimpung didalam bidang penternakan itik telur. Saya memohon kepada kwn2 forumer jika dpt membantu saya untuk mendptkan num tpn pengusaha itik telur yg sudah berjaya untuk berkogsi ilmu.

Saya harap semua dpt membantu.

ahib0205
06-03-2011, 06:36 PM

cuba bro hubungi kawan kita bawah ni atau kawan-kawan lain yang pernah dah buat :)

:)cgrock

mcmne projek itik telur tuan2.. ok x.. ayah sy pon ada bela gak dlm 400 ekor..

kalseth
06-03-2011, 08:15 PM
hM... Jom-jom... kita sentuh bab pemakanan itik penelur ni. :D

Sebelum tu kalau saya silap,tolong betulkan ye :)

Baiklah, secara asasnya pemakanan itik penelur ni perlu kita jaga antaranya ialah:

- protien kasar

- tenaga metabolisme

- vitamin dan

- zat galian

Untuk tambahan, siapa pernah dengar pewarna xantofil? :D pewarna xantofil ni digunakan untuk lebih menguningkan bahagian kuning telur tu.

Bila dah lebih kuning, sebab tu la harga lebih mahal. selalunya pembuat terlu masin lebih arif dalam hal ni :)

:)cgrock

P/s: moga thread ni sedikit sebanyak membantu bagi sesiapa yang meminati penternakan itik penelur ini :)

Teruskan mencari rezeki HALAL wahai sahabatku :),

brader, kalau nak kuningkan kuning telur, xantofil tu cara salah. cara x jujur tu, haram makan duit tu.

buar aku cerita kit. abah aku bela itik penelur ni, kitorang baru mula beberapa bulan lalu. start 100 ekor itik, sekarang dalam sehari 80~90 telur kita dapat. (FYI itik x perlu mengawan, cukup makan je bertelur)

back to previous topic, bahagian kuning telur tu akan jadi cukup merah kalau ia dah diasinkan dengan seccukupnya. maknanya kalau lepas direbus, dia x cukup oren/merah lagi, maksudnya telur tu pramatang. kena diasinkan lebih hari lagi.

utk pengetahuan saudara, kekuningan telur tu selepas dimasak ialah cara kita untuk ukur kematangan kemasinan telur tu. kalau guna bahan kimia, kita x dapat tentukan lagi dah telur tu jadi ke tak sebab x masin pun dia jadi kemerahan.

harap dapat membantu.
ada apa2 soalan sila pm, k? :)

k-rollmobile
17-03-2011, 12:15 AM
up kan balik forum ni.. bg meriah ckit

sanz
17-03-2011, 12:29 AM
lame dah terkubur thread ni. tapi aku rase telur itik pun bagus gak. banyak tempat takde telur itik sangat. maybe sebab permintaan kurang ke atau mahal ke. tah la. tapi haritu aku cari telur itik kat mydin takde.yang ade telur masin, ayam n puyuh je.

aes
17-03-2011, 03:24 PM

pelWANG pd pengusaha itik penelur .....

tp mungkin gak sbb demand utk telur itik kurang tu yg takde kat market.

adikacu
17-06-2012, 05:03 PM
puasa nk dekat, geng2 ternak itik mesti senyum lebar.. harga telur itik naik pada bulan puasa.

adikacu
17-06-2012, 05:10 PM
http://youtu.be/1zJXSpyNNLw

sekadar berkongsi. Penternak itik di indonesia.

ahib0205
24-06-2012, 10:58 AM
puasa nk dekat, geng2 ternak itik mesti senyum lebar.. harga telur itik naik pada bulan puasa.

memang setiap kali bulan puasa memang harga naik ye? :-?

saga merah
24-06-2012, 12:23 PM
memang setiap kali bulan puasa memang harga naik ye? :-?

mmg harga melambung tt...

am2020
24-06-2012, 12:49 PM
pak cik aku stop sbb x tahan dngan makanan dia...mahal sgt...

ahib0205
25-06-2012, 10:48 PM
mmg harga melambung tt...

tapi kat kedai emak saya jual tetap harga sama je takde beza

itu yang saya pelik :D

azulasmidi
26-06-2012, 12:03 AM
camner plak klau ayam gegasi??? same x cara nak bela???

syahays
26-06-2012, 12:06 AM
pak cik aku stop sbb x tahan dngan makanan dia...mahal sgt...

bagi makan dedak biasa pon leh..
bertelor gak..itik den dulu..hari2 bertelor..makan dedak murah tu je..

agrofutures
17-08-2012, 03:21 PM
Rahsia utk peniaga telur itik..Kalo nak jadikan telur masin tu warna oren telur kuningnya lepas rebus, gunakan dedak padi..

Kos pun jimat..itik dapat makan kenyang hehe..

Kalo minat saya boleh supplykan..

Kami dari pihak TECHNOFARM TRADING merupakan pembekal dedak grade A and B (dedak padi)untuk ayam kampung dan itik. Maklumat lanjut seperti dibawah.

Jenis : Dedak Padi grade A & B untuk Ayam Kampung & Itik (Hancur)
Ulasan : Grade A banyak nukut dan grade B ada campur dgn beras nukut skit2.
Packaging : 1 guni (dalam 38-40kg)
Harga : Grade A = RM26/Guni, Grade B = RM20/Guni siap hantar. Paling jauh Endau,Johor)
Minimum Order : 150 guni.

Jika berminat sila hubungi saya melalui hp/email.

Hp : 0197650020 (En. Jasmin)
E-mail : Agrofutures@gmail.com

my pren
06-02-2014, 10:36 PM
ade ke geng cg ni yang ternak itik