PDA

View Full Version : Aqidah dan Perlembagaan Malaysia

king_diamond
24-12-2008, 08:12 AM
Aqidah merupakan tunjang kekuatan dalam Islam, kuat atau lemah keperibadiaan seseorang Islam itu ditentukan oleh aqidahnya. Saya buka thread ini untuk bincang adakah kerajaan Malaysia sekarang ini menitikberatkan soal aqidah umat Islam. Semua orang tahu kes-kes murtad yang telah berlaku, apakah tindakan drastik yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia yang bangga dengan agama rasminya agama ISLAM?

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam. Tahun1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk HashimYahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat?

Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu sistem pertahanan akidah kita amat rapuh.

Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri. Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang d! imurtadkan dirumah. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya dalam keadaan macam tu dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga peringkat 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam (Haji Tahir). Dia juga hafal surah Yasin dalam ertikata tahu ayat apa surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang azimat semua dia! tahu. Itu hebatnya Aisyah . Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.

Dari segi keterampilan dia.. budak perempuan Melayu biasa...pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C . Kakak dia pun macam ini juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu Intan dah Kristian." Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis,keluar radio menangis, pergi forum menangis... apa yang dia boleh buat?

Kes ini penting untuk orang tahu. Seorang menteri telah memesongkan fakta mengatakan Aisyah telah berkahwin secara Islam di selatan Thailand. Mengapa tok menteri ini sengaja kelabukan mata orang Melayu? Buta? Disogok? Tali barut? Kita sendiri pun tak tahu.

Terpaksalah ketua pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sendiri buat kenyataan menafikan kenyataan tok menterinya. Dikeluarkan pada 13 Februari 1998..... " kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM bagi menafikan laporan akhbar lepas yang menitik sumber akhbar kononnya Nur Aisyah dan kekasihnya telah berkahwin secara Islam di Sempadan Thai baru-baru ini." (13 Februari 1998).

Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah ini minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan...... Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan, untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 perlembagaan persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam" Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Tiada langsung disebut pasal kawin. Macamana seorang menteri Melayu boleh putarkan fakta kata ia kes kawin lari? Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 perlembagaan persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957 perlembagaan itulah yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang kita, undang -undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sul tan,rasmi parlimen dan lain lain. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik,ekonomi.... semua tak termasuk. Article 4 pula menyatakan: "mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Haji Kamarudin pada masa ceramah ini dibuat ada dalam lokap didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama18 tahun dengan begitu ! susah payah datang kerumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan Hartina balik kerestoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi.

Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil b! erpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya. Nak mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya, 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri.

Tak cukup lagi dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu. Haji Kamarudin ditangkap semula oleh polis sebab ada kejadian Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali masih terlantar kat hospital. Yang kena kurung masuk lokap Haji Kamarudin,anaknya dan anak saudaranya. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat tu saja 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat. Dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. Itulah dia kes pertembungan hukum syara' dan hukum manusia yang kita amalkan hari ini.

Ini hanyalah kes-kes yang kita ketahui, bagaimana pula dengan kes-kes lain yang diSEMBUNYIKAN dari pengetahuan umum?

Apakah peranan kita dan khususnya kerajaan sekarang menangani isu ini?

Mahukah kita lihat ISLAM dipijak2 dinegara kita sendiri?

king_diamond
24-12-2008, 08:34 AM
Sambungan....

Saudara-saudara tentu masih ingat tentang pembunuhan dalam kontena yang menimpa saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya Hindu. Malam hari valentine 14 Februari sedang anak Melayu bertukar-tukar bunga di dataran merdeka, 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi menegakkan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Sejarah Melayu tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret dihadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak bapanya,Yasir, akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad" Yasir kena pancung dipadang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Ras ullullah. Dan akhirnya mengikut sejarah Amar menjadi seorang mujahid. Berperang bersama Rasullullah. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa Rasullullah tiada kuasa pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa. Tengoklah negara kita yang mengaku Islam ini dan dipimpin oleh pemimpin Islam ini. Dalam kes negara kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya hingga putus,tak cukup lagi tangannya juga dipotong. Tiada apa tindakan yang kita ambil setakat ini. Cerita ini di adun oleh media supaya kita orang Islam tidak sedar agama kita di cabar. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid ini. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu?

Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut sehinggakan walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu mesti ada yang tak kena dengan hati kita.

Kita dah sampai peringkat saudara kita dipancung sedemikian rupa demi mempertahankan agama. Apa orang Melayu buat? Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia di ancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Terpaksa para jemaah kita di Subang Jaya sorokkan dia dalam kontena tapi mati juga kerana tiada kawalan. Sehingga kini pemimpin kita diam buat tak tahu dan biarkan....tunggu cerita lain pulak keluar.

Orang Melayu yang mengaku Islam biarkan agama kita dicincang lumat dan di hina sedemikian rupa. Astaghfirullahhal `azim.... apa nak jadi dengan kita semua, dengan pemimpin kita yang sepatutnya ada kuasa pinda undang-undang kebebasan beragama itu. Kenapa buat tak tahu saja wahai pak menteri? Kenapa orang kita asyik sibuk jaga periuk nasi untuk isi perut sahaja? Bangkitlah, minta undang-undang persekutuan yang berkaitan kebebasan beragama dalam article 11 dan lain-lain berkaitan itu dipinda supaya akidah orang Islam terbela. Setidak-tidaknya kita nak mati pun tak rasa ralat sangat dengan undang-undang yang kita sediakan untuk anak c! ucu kita nanti.

Satu draf undang-undang murtad akan dibentangkan di parlimen oleh puak-puak yang mengaku Islam ini untuk meluluskannya. Undang-undang tu kata, sapa nak murtad boleh tapi kena denda 5000 ringgit. Orang Islam sendiri (puak-puak pemimpin politik nu...) sanggup menilai keagungan Allah dengan nilai 5,000 ringgit. Mereka nak laksanakan undang-undang murtad dengan denda 5000 ringgit dengan penjara 3 tahun. Bangga sungguh puak-puak ini sanggup mempermainkan hukum Allah dengan nama hukum Islam. Kalau kita ambil sama lewa .....kita takut bala Allah ni akan turun bila-bila saja.

jejantas
24-12-2008, 08:44 AM

Artikel yang bagus.... pokok pangkal adalah sistem pendidikan kita, hiburan -ve yang terlalu subur dan pemimpin Islam sendiri takut untuk mengubal undang2 bagi menjaga agamanya.

blindclownx
24-12-2008, 09:01 AM
ape nk jadi...
yg jadi nyer bertambah....
kejadian..memang dh jadi....
jadi lah suatu yg x pernak terjadi......
akan terjadi juga akhirnya....

Wea Izre
24-12-2008, 01:28 PM
majlis ulama hanya mampu menbincangkan isu remeh temeh,cth isu yoga, isu pengkid,tp elokla drp x bincang langsung,nanti x de la nampak x wat keje sgt,duk tunggu jugak majlis ulama ni nak haramkan undang-undang lord reid

kambing gurun
24-12-2008, 01:43 PM
Artikel yg menginsafkan..
Memang sedih baca benda2 camni.. Perkara paling asas dlm islam pun xdiutamakan dlm sistem pendidikan, tu yg jadi benda2 tu.. Rukun islam n rukun iman hanya dibibir saja.. Kalo ditanya, akan jawab, "tahu".. Suruh crita??? Gagap... Sama gak rukun negara.. yang ke 5, Kesopanan n kesusilaan.. Ada lagik ke dlm diri??? Apasl berlambak 3gp blues berlambak org kita?? Berpelukan kat tmpt awam slamba je??? Berlambak2 lagik org miskin kat komplek2..(xmampu beli kain/sluar)~X(

syaqiq2312
24-12-2008, 03:44 PM
majlis ulama hanya mampu menbincangkan isu remeh temeh,cth isu yoga, isu pengkid,tp elokla drp x bincang langsung,nanti x de la nampak x wat keje sgt,duk tunggu jugak majlis ulama ni nak haramkan undang-undang lord reid

abis tu dah nama pun kerja bergaji, kang tak bersuara kang org kata makan gaji buta jerrr. so biarlah nampak buat kerja sikit. Padahal kat luar sana dah melambak2 org murtad dan murtad tanpa sedar.

MHaffiezMNazri
08-11-2012, 10:54 AM
Perlembagaan Shirik ciptaan manusia... Perlembagaan Allah mereka buang ketepi... dan hanya untuk nikah cerai mati dan lain2 hal remeh temeh...