PDA

View Full Version : ::Keganasan Terhadap Wanita::


carnationmyra
19-12-2008, 09:03 PM
Apakah Keganasan Terhadap Wanita?

Keganasan Terhadap Wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki.

Keganasan Terhadap Wanita meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ianya juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka.

Keganasan Terhadap Wanita adalah satu jenayah, dan melanggar hak-hak asasi manusia.

Prinsip-prinsip berkenaan mengenai Keganasan Terhadap Wanita mesti diteliti:

* Keganasan Terhadap Wanita adalah lebih berdasarkan
kepada kuasa dan kawalan.

* Tiada wanita yang berhak dipukul sama sekali. wanita mempunyai hak penting untuk merasa selamat.

* Lelaki mesti dipertanggungjawabkan untuk sikap ganas mereka.

* Sistem Kehakiman Jenayah mesti mempunyai respon yang bersesuaian untuk isu Keganasan Terhadap Wanita.

* Keganasan Terhadap Wanita tidak mempunyai justifikasi samaada dari aspek sosial, budaya atau ekonomi.

* Setiap individu di mana-mana sahaja mesti tidak boleh bertoleransi tentang sebarang tindakan keganasan terhadap wanita.



Kategori-Kategori Utama Keganasan Yang Berlaku Terhadap Wanita


Keganasan Terhadap Wanita bukan hanya tertakluk kepada penderaan fizikal.

Penderaan Psikologi dan Emosi

Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.

Penderaan Fizikal

Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal.

Penderaan Seksual

Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.

Penderaan Sosial

Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.

Penderaan Kewangan

Seorang wanita yang dihalang dari mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.



Talian Bantuan

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)-------------03-7956 3488

Pusat Krisis Wanita (WCC, Penang)---------------04-228 0342

All Women Action Society of Malaysia (AWAM)-----03-7957 0224

TELEDERA----------------------------------------1-800-883040

BEFRIENDERS-------------------------------------03-7956 8144

P.S. The Children-------------------------------03-74931303


Artikel dari laman web WAO

red rose
22-12-2008, 05:49 PM
ahaks.. panjang nyer... :D :D

baca2.. jgn xbaca..

tp skrang ni pon, ramai pompuan dah ganas2... :)) :)) :))

:)paid
:)paid
:)paid

LuvHoneY
22-12-2008, 05:53 PM
tuan tanah sib baek x ganas..:D:">

carnationmyra
22-12-2008, 05:54 PM
tuan tanah sib baek x ganas..:D:">

huhuhu....ganas gak neyh....:))

carnationmyra
22-12-2008, 05:55 PM
ahaks.. panjang nyer... :D :D

baca2.. jgn xbaca..

tp skrang ni pon, ramai pompuan dah ganas2... :)) :)) :))

:)paid
:)paid
:)paid

pompuan ganas xpe....llki xde talian lagi....kalo pompuan ganas kat lelaki...diorg xleh ngadu kat sape2....:))

drewberry
26-12-2008, 04:06 PM
pompuan ganas xpe....llki xde talian lagi....kalo pompuan ganas kat lelaki...diorg xleh ngadu kat sape2....:))

kalau lelaki ngadu ..entah2 polis gelakkan kot:))

snowhazel_orange
26-12-2008, 04:08 PM
kalau lelaki ngadu ..entah2 polis gelakkan kot:))

hazel setuju kak :eek:

drewberry
26-12-2008, 04:13 PM
hazel setuju kak :eek:

tapi pernah jugak dgr kisah suami didera isteri ni..cuma ni isu terpencil la.. jarang2 berlaku..:))

*tgh bayangkan sorg suami dgn muka lebam2,rambut kusut masai,baju koyak2 g wat repot polis..
pas tu polis tnya sapa yg buat? then sang suami tu kata,isteri saya tok yg dera saya..dah lama saya besabar(sambil kesat air mata)...:eek::eek: