PDA

View Full Version : horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari


hazel07
05-12-2008, 10:43 AM
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang
dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang
telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku
lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca
horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya
Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama
seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email
tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau
di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka
percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan
tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca
ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya
tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula
ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah,
menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi
wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa
dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan
perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum
Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat
Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang
kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya,
maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi
Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9
yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang
mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari
perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana
Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka
membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada
suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya
terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang
diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap
hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan
hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak
memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan
untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah,
kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang
dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek
psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu
benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan
mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan
tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka
yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah
sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah
murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu
kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah
disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi
itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah
mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum
boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara
suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri
yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan
berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang
lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang
taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga
golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal
barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di
langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta
Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika
diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta
terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu
berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai
Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu
berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali
sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh
lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20
Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama
Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi
bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun
banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung
sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak
perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan
membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana
boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

ahmadnaim
05-12-2008, 10:50 AM
alhamdulillah terima kasih tuan tanah atas perkongsian ini

hazel07
05-12-2008, 11:09 AM
alhamdulillah terima kasih tuan tanah atas perkongsian ini

welkam..sama2 ingat mengingati..

Pistia
05-12-2008, 01:21 PM
tq 4 the info..:)

tudung87
05-12-2008, 01:43 PM
Hurm...
Ada gak nengok2 horoskop ni..:(:(

tudung87
05-12-2008, 01:45 PM
Hurm...
Ada gak nengok2 horoskop ni..:(:(

blindclownx
05-12-2008, 03:16 PM
hmmm....bagus info nie.....mber aku mcm xpercayer jer....sambil bace horoskop

amazinggold88
05-12-2008, 06:35 PM
tanx bro
info yng bermanfaat nie

Jeb
05-12-2008, 06:49 PM
betul ke ni bro..

baca pun salah ke??


aku takla slalu baca.aku akui aku tak pnah rasa yakin pada horoskop.
tapi baca pun salah ke??

hilal
05-12-2008, 11:52 PM
iishhhh ade ke makhluk yang mampu tau solat tu sah ke tak?????? pening gak aku..kalau ade nak sgt jumpa ni...nak tgk meter kat sebelah ni ok ke tak..

virtualbiz
05-12-2008, 11:55 PM
adess..aku slalu baca tp mmg xcaya..mcm mana ni :p

hilal
06-12-2008, 12:02 AM
adess..aku slalu baca tp mmg xcaya..mcm mana ni :p

ha maknanya solat kau diterima sikit2 lah tu..hauhauahaua macam musibat... aku pun tak tau camna leh kuar penyataan sebegitu rupa....

tobba
06-12-2008, 02:35 AM
iishhhh ade ke makhluk yang mampu tau solat tu sah ke tak?????? pening gak aku..kalau ade nak sgt jumpa ni...nak tgk meter kat sebelah ni ok ke tak.. __________________
ye la, sape tau....

hazwan17
06-12-2008, 02:45 AM
aik yeke....

bullah
06-12-2008, 02:51 AM
kenyataan itu bersandarkan hadis nabi..kite kene terime..then diulas pulak oleh yusuf qardawi..ulamak tersohor pada zaman kite..kalo x ikot para ulamak kite nk ikot sepe?x kan nk ikot akal fikiran kite yg serba kekurangan neh..sesungguhnya para ulamak itu pewaris nabi..wallahu a'lam